-->
Q-Aini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 21, 2010

Perasaan malu perisai masalah gejala sosial



KEBANYAKAN malapetaka sosial yang menimpa masyarakat hari ini seperti gejala seks rambang, hidup bersekedudukan tanpa nikah, main kayu tiga, anak luar nikah, penderaan wanitadan kanak-kanak, wabak Aids adalah kerana hilang atau kurangnya sifat malu dalam diri manusia.
Daripada Abi Mas'ud al-Badri berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di antara ucapan kenabian pertama (Adam) yang didapati manusia (daripada generasi ke generasi) adalah, “Jika engkau tidak malu maka perbuatlah apa yang engkau inginkan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Hadis Nabi SAW ada menyatakan bahawa: “Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalahsaling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Maksud hadis itu ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu. Nabi SAW bersabda bermaksud: “Apabila seorang itu terbabit dengan perzinaan, dia bukan lagi beriman, apabila seseorang itu mencuri, dia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak, dia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyeleweng selepas diberi amanah oleh orang lain, dia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang di antara kamu menipu, dia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah.” Justeru, malu seorang lelaki atau wanita itu datang daripada sifat malu kerana takut kepada Allah.

“Setiap agama mempunyai kriteria dan kriteria (agama) Islam adalah sifat malu.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sifat malu dan memelihara kehormatan adalah perhiasan dan perisai bagi mereka yang percayakan adanya pembalasan pada hari akhirat. Perisai inilah yang menghalang mereka daripada terjerumus melakukan dosa serta noda zahir dan batin.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila
seseorang menyertakan keghairahan atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukannya, ia akan menjadi keburukan, dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan ia akan menjadi indah.” (Hadis riwayat al-Imam at-Tirmizi)

Allah menggantungkan kebahagiaan dan kejayaan insan kepada kemampuannya menjaga kehormatannya. Tidak ada jalan menuju kebahagiaan dan kejayaan tanpa menjaga kehormatan.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang beriman. (Yaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, orang yang menunaikan zakat, orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barang siapa mencari yang di balik itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-7)

Perbuatan zina yang keji bermula daripada pandangan mata. Oleh itu, Allah mendahulukan perintah untuk memalingkan pandangan mata sebelum perintah menjaga kemaluan kerana banyak musibah besar bermula daripada pandangan pertama.

Imam Ibnu Qayyum al Jauzi berpendapat: “Barang siapa yang mampu menjaga empat perkara ini, dia menyelamatkan agamanya. Al-Lahazhat (pandangan pertama), al-Khatharat (fikiran melintas di benak), al-Lafazhat (lidah dan ucapan), al-Khathawat (langkah nyata untuk
sesuatu perbuatan).

Rasulullah SAW memerintahkan kita memelihara diri daripada perbuatan dibenci Allah.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Malu adalah cabang iman dan iman di dalam syurga dan kurang sopan itu adalah sebahagian daripada kekerasan hati, kekerasan hati adalah di dalam api neraka.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmizi)

Menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita adalah cara memupuk sifat malu. Walau apapun yang kita lakukan, mesti dibenteng dengan sifat malu. Kita perlu meletakkan batas dalam minda kita diikuti dengan perbuatan yang mengukuhkan komitmen.

Sifat malu atau (haya') adalah benteng iman. Kerana kita malu kepada Allah, malu kepada manusia dan kepada diri sendiri, maka kita terhalang daripada menjatuhkan maruah dengan perlakuan maksiat. Terbuka atau tersembunyi, sifat malu itulah yang menjadi benteng
daripada suasana persekitaran yang merosakkan iman.


Oleh Endok Sempo M Tahir
Sumber : http://library.kdn.gov.my/documents/perisai%20diri.pdf


Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 12:59 AM 0 komen Geng Comel
Labels: Ilmu Pengetahuan, inspirasi

Saturday, December 18, 2010

Kesabaranku teruJi..


Kita semua pasti pernah dengar sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Sabar itu
salah satu daripada cabang iman"
Means, jika kita tak sabar iman kita boleh goyah..Nauzubillah..
Hari ni kesabaranku agak teruji sedikit. Nasib baiklah aku tidak mengambil tindakan " kurang bijak".. Lokasi kejadian waktu pergi klinik, nak check sakit aku ni. Klinik mana, biarlah rahsia.. Biar hanya aku, parents and ALLAH jak yg tahu.. Da daftar tu aku cuba menyelit duk di sebelah nenek cina ni. Memang dugaan untuk aku. D
alam klinik tu aku jak yang muslim. Sedang2 menunggu nenek ni dgn selamba bertanya, " amoi, kamu tak panaskah guna tudung?"
Aku pun menjawab walaupun masa tu aku agak pening n malas nak bercakap, " taklah..Jika sesuatu perbuatan itu niat kerana ALLAH S.W.T, dengan izinNYA seseorang itu akan merasa senang dengan apa yang dilakukannya..Lagipun ini tuntutan agama Islam.Setiap yang diaturkan oleh ALLAH S.W.T pasti ada hikmahnya. Bukan untuk menyusahkan hambaNYA.. " Nenek itu hanya mengangguk n kemudian
speaking chinese dengan anaknya kalau tak silap..Entah apa dorang cerita, wallahualam. Aku hanya cuba untuk bersangka baik..Sesungguhnya, seba
ik2 tingkat ukhuwah ialah bersangka baik..

Nampaknya dah 2 jam aku duk dalam klinik tu tapi tak dipanggil2..Aku tgk orang yang lambat datang didahulukan.. Di situ kesabaranku agak terbatas..Mana taknya, macam pilih kasih betul..Mereka dahulukan orang cina berbanding orang Melayu walaupun Melayu da daftar awal.. Astaghfirullah..Apa aku fikir ni..Hm, aku cuba kikis pemikiran negatif itu dengan ingat balik 1 artikel yang aku pernah baca dulu..


" Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama dan diakui kebaikannya oleh para ilmuan,raja dan pentadbir. Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang, memikirkannya dengan teratur dan jika timbul masalah ia tidak berputus asa.
Semangat ketabahan yang ada pada seorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan kepercayaannya terhadap matlamat yang harus dicapai. Ia sebenarnya mempunyai wawasan yang jelas dan hanya mengatur
langkah-langkah yang sesuai untuk mencapai wawasan itu. Kelakuan tergopoh-gapah tidak
membawa apa-apa keuntungan, malah akan mengusutkan keadaan hingga segala
keadaan menjadi kucar- kacir dan rumit. "

" Sabar jaklah, memang lumrah kehidupan..Jadi daripada terus merungut baik aku kosongkan otak aku adri semua keluhan2 ni.." desus hatiku sendiri.


Orang yang sabar biasanya tidak akan mudah menyalahkan
orang lain. Orang yang sabar ini juga InsayaALLAH dapat melembutkan hati orang lain. Kalau yang sedang berkasih-kasihan tu, o
rang yang dipujuk itu selalunya akan makin sayang dengan orang yang sabar ni. Betul ke? Ini aku agak2 jak secara logiknya.. Siapa yang tak suka
dengan orang yang penyabar kan? Semua pun orang suka maa..Aku pun terus terang suka dengan orang penyabar ni..Sejuk jak hati..ala2 penyejuk mataku, penghibur hatiku..hehe..Belajar erti kesabaran juga mampu men
dewasakan pemikiran seseorang..

Tapi bila memikirkan parents yang menunggu aku, aku tak sampai hati. Aku pun SMS mak aku,

"Salam..Mak tak yahlah check..
Penat dah menunggu ni..Mesti mak da lapar kan? Aini pun
lapar jugak..Sakit
perut dah ni"

Aku tak nak pentingkan diri. Lagipun lebih lama aku menunggu lagi tercabar kesabaranku.. Tak lama kemudian parents aku datang dgn cousin aku.. Parents aku ajak aku check di Klinik Wong. plak..Aku pun keluar dari klinik tu dengan pe
rasaan hamapa..Setibanya di klinik Wong, Alhamdulillah aku mendapat layanan yang baik..Aku yang sakit ni rasa
sihat plak..hehe
Selepas pemeriksaan kesihatan, doktor maklumkan aku cuma terkena infeksi dan keletihan.. Nasib baik tak teruk..Risau jugak kalau ada kesan sampingan..Nasib baik tak ada..Alhamdulillah..
Cuma pesan doktor, take ur medicine ya..don`t push urself ok..
Seperti biasa, kalau tak jawab ya, mesti senyum..hehe

Terima kasih doktor.. Terima kasih mak ayah..sebab
sabar deng
an anakmu ini..
Parents aku memang penyabar..^_^
Petua nak sabar..ingatlah ALLAH..ni doa untuk jadi penyabar..





Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 3:14 AM 0 komen Geng Comel
Labels: cerita kami, himpunan doa n zikir, inspirasi
Subscribe to: Posts (Atom)
shoutbox icon
BIODATA SAYA
Qurratu `Aini binti Jumaan
Tawau, Sabah
Sweet 23
Bakal Cikgu 2016
Memantapkan team Netball IB 2014..
99 KEKASIHKU
Image Hover Effects @ JellyMuffin.comJellyMuffin.com Glitter graphics and flash generators
TERKINI DARI GAZA

Geng Comel

Photobucket
 
SECEBIS INGATAN

Mengadulah kepada ALLAH.. Ambillah wudhu kemudian mengaji.. Sesungguhnya Al-Quran adalah penawar bg orang yang beriman. Tiada gunanya kita mengadu sesama makhluk. Minta doa kepada ALLAH agar tabah menghadapi semua masalah..InsyaALLAH ~Cikgu Qurratu~





TINTA-TINTA ILMU
  • ▼  2014 (1)
    • ▼  February (1)
      • Doodles Video 1 : Kawan
  • ►  2013 (14)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  February (7)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (18)
    • ►  December (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (7)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (33)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  August (13)
    • ►  July (3)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (45)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (15)
    • ►  March (12)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
CERITA TERBAHARU
get this widget here
MY BLOG LIST
  • Tinta Islami
    Swagbucks: (GPT)
    9 years ago
  • سماي كباءيقن تواي كريضاءن
    Amal yang Hilang
    10 years ago
  • Unit Kokurikulum IPG KBM
    Perhimpunan Unit Beruniform Bil 2/2016
    10 years ago
  • "Art Is Pleasant... "
    SOFTWARE FOR YOU from someone blog, credit to him, (BUT THIS IS ALL PIRATE, SO GLUCK)
    12 years ago
  • ~:\ NuKiLaN KeHiDuPaN /:~
    TeRoMPeT IsRaFiL DiTeMui NASA (hanya teori)
    13 years ago
  • KERANAMU BEGITU BERHARGA
    JANGAN SELALU TIDO LEWAT
    14 years ago
  • Nisa' Kawasan Tawau
    Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video
    14 years ago
  • ...RaKaN SuRau aR-RaSHiDiN...
    Pertandingan MuslimSmart Production
    14 years ago
  • Sahabat Al-'Irfaan
    adab menguap~~
    14 years ago
  • Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
    Data penipuan dalam otak manusia
    15 years ago
  • Alumni Irfaan
    Sejarah Tercipta
    15 years ago
  • Laman Rasmi JPP IPG Kampus Bahasa Melayu
  • ♥World Of FRENZZ♥
BLOG SAHABAT
  • LUKISANHATIE NAIEN
    :: Terakhir ::
    8 years ago
  • apabila paan menulis
    Home Tuition Tanjung Malim
    10 years ago
  • ~assyifaa'~(^^)~
    Cerita cinta sikit..eh.
    12 years ago
  • MisEyz BLurz
    Senangnya kalau jadi seorang guru
    12 years ago
  • Taste Of Life
    Because He Is A Muslim
    13 years ago
  • :: CIK DOI PUNYA CERITA ::
    Kalau tiap hari nak seronok, bila masanya kita nak rasa susah?
    13 years ago
  • Indahnya Islam...adakah aku mensyukuri nikmatNYA?
    Mari Belajar Al-Quran
    13 years ago
  • farisukimi =)
    Pakej Fotografi Perkahwinan FP
    13 years ago
  • Khalila Is Khalila
    Haram Ke Tak Haram Ni?
    13 years ago
  • Aku Seorang Cikgu
    Bahan Mengajar 4 : Panduan Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR
    13 years ago
  • BicaraKu,Dari Hati
    #Cuti=KehidupanSebagaiStudent
    13 years ago
  • KASIH PENAWAR
    14 years ago
  • SentapHatiMakNak [dot] com
    SentapHatiMakNak : Kek Buat Kawan
    14 years ago
  • ❀ nzee_zara ❀
    J.A.D.U.A.L E.X.A.M :)
    14 years ago
  • "KAMI DELEGASI PENCETUS REVOLUSI, MEDIUM KEINTELEKTUALAN TERCIPTA"
    14 years ago
  • Selembut Kasih Hawa
    15 years ago
  • Konotasi Si Pencinta
  • Hijazie Zikrullah
  • iedaya's life
  • SuKa - SuKi
  • ♥
  • PPISMP 3E - kita berjalan bersama-sama, menuju yang Satu
  • Kerana namaku SHARIFAH .....
  • Dewi_Syifa
  • c!k EmMa OraNg UtaRa nak habaq Ma!
  • AkHbAr
  • nukhilan anak mama
  • nadia nabilah

Umur Blog

Daisypath Friendship tickers

Apa kata Hati?

Apa kata Hati?

Mereka..^^

Cikgu Q-ratuaini~. Powered by Blogger.
Semua yang tertulis dalam blog ini hak ALLAH..kLu nak copy, silakan^_^