Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan anda.
Apa yang perlu anda lakukan adalah :
# Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
# Jawab dengan jelas dan lantang
# Kikiskan sifat ego anda
# Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba
menggunakan jawapan anda untuk membidas
# Banyakkan senyuman
# Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis
dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh
dicapai orang lain
# Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan
Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.
0 komen Geng Comel:
Post a Comment