Untuk mu ya Mukminah
Insan yg dikasihi,
Peliharalah auratmu walau di mana kau berada.
Jangan biar keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yg bukan mahrammu.
Insan yg dikasihi,
Pelihara solatmu,
Tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yg bukan milikmu.
Kelak engkau yg bertuah ketika menjadi tetamu Allah.
Moga2 dirimu disambut penuh kasih oleh bidadari syurga Ainul Mardhiah.
Insan yg dikasihi,
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu,
contohi dan ikutinya.
Pasti engkau yg bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan wanita solehah sepertimu.
Insan yg dikasihi,
Jadikanlah dirimu seperti permata yg berharga dicelah kaca.
Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.
Al-Quran panduan hidupmu, Hadith menjadi sumber rujukmu.
Insan yg dikasihi,
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada.
Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada.
Moga ia menjadi perisai buat dirimu.
Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.
Buat mu ya daieyah
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.
Beritahu muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati2 meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dlaam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..
buat yang bergelar wanita umumnya, kuatkan diri kita ya.
0 komen Geng Comel:
Post a Comment