Bismillahirrahmannirrahim..
"AMANAH"
Acap kali aku bertanya pada diri ini..mampukah aku? Layakkah aku? Amanah? Bila bercakap pasal amanah ni, mengingatkan kita pada Nabi dan Rasul kita..Amanah merupakan sifat wajib yang ada pada diri Nabi dan Rasul..Dan, sememangnya amat berat untuk dipikul oleh manusia terutama diri yg serba kekurangan ini.. Ia terdetik di hati tanpa diundang, tanpa dipanggil dan tanpa disapa2..
"Mampukah aku memikul amanah seberat ini?"
" Ya Allah, kenapa mesti aku yang harus memikul amanah ini?"
" Aku rasa diri tak layak la...sapa la diri ni..masih banyak yg perlu aku pelajari"
"Aku takut..aku tak boleh..aku tak yakinlah.."
Inilah antara kata-kata yang terdetik di hati dan akhirnya terukir jua di kalam bicara kita bila kita mendapat amanah untuk digalas.. Tapi itu semua fitrah.. Aku katakan demikian sebab, hal ini berlaku padaku..
Tatkala mendapat tahu aku telah dipilih untuk menjadi Naib Setiausaha 2 di bawah naungan Kelab Rakan Islah IPGM Kampus Bahasa Melayu.. Allahu Akbar! Tatkala itu seluruh badan ku terasa lemah seketika..Seolah2 tidak percaya..Perasaan gembira bercampur risau, gelisah dan terharu..Kenapa tidak, aku merasa diri ini kerdil untuk memegang jawatan ini..dan sejujurnya aku tidak pernah bermimpi dan berharap untuk semua ini.. Dan..aku tidak mempunyai pengetahuan yg tggi n bnyk pasal ilmu ini..Tujuan aku menyertai bdn dkwh ini dgn harapan agr dpt mendpt HidayahNYA..Dan merupakn satu platform untuk diri ini terus istiqamah membentuk diri dan mebajai ilmu2 agama yg ada agar mampu menggalas amanah yg tlh diberikan oleh ALLAH sebaiknya..InsyaALLAH..InsyaAllah akan ku cuba untuk istiqamah. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk pentarbiyahan diri ku sendiri. Ku ingin menjadi sebaik-baik manusia. Ya, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. Tika menyeru teman-teman dansahabat handai kepada kebaikan, secara tak langsung ia adalah peringatan untuk diriku sendiri..
Beratnya kurasa amanah ini. 1 lagi amanah yang perlu didukung. Subhanallah, mampukah aku? Namun, sahabat-sahabat ramai yang memberi semangat dan tidak kurang juga yang mengingatkan daku akan janji Allah, akan kalamullah fi kitabihil 'Aziz. "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya" ( 2:286)
Pada mulanya..aku merasa semua ini beban..pd mlm mesyuarat tu ingin aku suarakan pd mereka yg aku enggan menerima perlantikn ini.. Dalam hatiku berdoa..andai ini yg terbaik untukku, kuatkanlah hatiku..Ikhlaskan hatiku untuk memikul amanah ini Ya ALLAH.. Namun, kata2 seorang hamba ALLAH memancing hati ini..Mengetuk pintu hati ini agar menerima semua ini dgn hati terbuka..Betul juga, kalau ikutkan sampai bila2 pun kita x akan pernah mampu dan layak..Tapi bila dipikir balik..Sampai bila-bila pun kita tak kan sempurna. Sampai bila-bila pun ilmu kita takkan cukup. Sampai bila-bila pun kita takkan berasa diri kita da cukup baik. Sampai bila-bila pun kita tak kan rasa layak. Tapi soal kita ni baik ke tak baik ke, pandai tak pandai ke, layak tak layak ke, sepatutnya tak timbul! Kita sepatutnya sedar kita semua punya amanah itu; Amar ma'aruf nahi mungkar. Harus diingat, Bukan hanya mereka yang belajar ilmu agama sahaja yang wajib melaksanakan amanah itu! Aku membisik hatiku berulang kali..Ingatlah..bekerja di jalan ALLAH ni x kira masa..Buat yg termampu..Perbetulkan niat.."LILLAHI TAALA" Malam itu, aku hanya mendiamkan diri dan menjadi pendengar setia..ALhamdulillah semua kata2 yg dilontarkan penuh dgn hikmah, kebijaksanaan dan kebaikan yg semuanya meniup semangat diriku agar mempunyai keyakinan serta kekuatan untuk memikul amanah ini.. aku amat menghargai mereka yg telah memberi kepercayaan ini padaku..Terima kasih akak..n abg2..=)
Janganlah kita sesekali menganggap AMANAH itu sebagai beban. Jangan sesekali! Kerana apabila kita menganggap amanah itu satu beban. Kita akan bertambah-tambah rasa ia berat dan amat sulit untuk dilaksanakan.Islam amat menganjurkan umatnya agar menghiasi diri dengan sifat amanah dan apa yang paling menarik ialah sifat tersebut juga dianggap sebagai titik atau garis pemisah kepada tahap keimanan dan agama seseorang insan. Ini bersesuaian sebagaimana hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam: Maksudnya:“Tiada iman bagi orang yang tidak memegang amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak dapat dipegang janjinya.” (Riwayat al-Imam Ahmad)
Ya ALLAH, berilah hambaMU ini kekuatan..Jauhilah kami dari sifat2 putus asa.. Bantulah hamba2MU..Kasihi kami Ya ALLAH..Perbaiki diri kami dgn sinar HidayahMU Ya ALLAH..
Satu soalan di sini.."Apa sumbangan kita untuk Islam selama kita hidup di dunia ini? Apa yang telah kita lakukan untuk memastikan Islam terus gemilang? Apa khidmat yang telah kita curahkan buat agama tercinta? Ya Allah, ,mampukah kita nak jawab dihadapanNya kelak andai di tanya sedemikian?"
P/s: Dalam diari seorang pejuang tiada masalah yg merumitkan, ujian yg melemahkan dugaan yg menyusahkan bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat! Mereka tepu dengan dugaan, Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi lambang kekerdilan kudrat hamba. Berdepan dgn ‘belaian’ Pencipta sebagai ingatan dari-NYA~
0 komen Geng Comel:
Post a Comment