Assalammualaikum sahabat2 yang disayangi kerana ALLAH..
Hari ini aku bukan nak kongsi rahsia besar itu..Rahsia tetap rahsia. Hal ini pun memang sangat mengejutkan diri ini. Aku bingung, patutkah aku ceritakan rahsia ini pada ayah bonda? Pada teman rapatku? Atau biarkan sahaja aku menyimpan rahsia ini hingga rahsia ini tidak mampu lagi tinggal di bilik rahsia..?
Ya ALLAH,Engkau mengetahui rahsiaku..patutkah aku ceritakan pada mereka..Tapi aku risau, mereka akan terganggu..Bukan niatku membelakangkan mereka, tapi kerana sayangkan mereka aku terpaksa simpan rahsia ini.. I`m sorry.. Mungkin, suatu masa nanti akan ku khabarkan pada mereka..sama ada ia sudah terlewat mahupun belum.
Rahsia yang berbentuk rahsia..Patutkah aku selesaikan sendiri hal ini..Atau hanya meluahkannya melalui aksara-aksara? Tapi, aku yakin satu hari pasti rahsia ini akan terbongkar..Ayah bondaku sangat memahami diri ini.Mereka dapat merasakan perkara yang berlaku dengan diri ini walau nun jauh terpisah dengan Lautan China Selatan.Maakan anakanada kerna merahsiakan hal ini.. Marahlah diri ini.. Memang patut pun. Aku tak taw keadaan diri ini bagaimana nanti saat bertemu dengan keluarga tercinta di bumi di bawah bayu.
Terima kasih semua..Hargailah nikmat yang telah diberikan olehNYA..
p/s: aku ingin merasai kemanisan berkongsi rahsia dengan ALLAH selagi hayat masih ada..
0 komen Geng Comel:
Post a Comment