Ini antara kata- kata yang selalu kita dengar. Perkataan sebegini mampu merobek hati teman- teman disekeliling kita yang berniat baik untuk menghilangkan kemarahan kita. Kasihan bukan, kata- kata lembutnya kita balas dengan tengkingan?
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad saw: berilah wasiat kepadaku. Nabi bersabda maksudnya : “janganlah marah”. Beliau mengulanginya beberapa kali dan bersabda: “jangan marah”.Tindakan Nabi Muhammad saw mengulangi kata- katanya adalah bertujuan menasihati lelaki itu kerana sikapnya yang sering marah, sehingga nasihat ini ditujukan khusus kepadanya.
Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tips mencegah kemarahan. Moga perkongsian ringkas ini mampu membantu dalam usaha mencegah kemarahan dan dapat merapatkan ukhwahfillah sesama kita.
- Berlatih memaafkan orang lain
setiap individu tidak pernah terlepas dari kesalahan. Apabila melakukan kesalahan melibatkan hubungan dengan Allah swt, kita akan melakukan solat taubat untuk memohon keampunanNYA. Sekiranya Allah swt boleh memaafkan kesilapan semua hambaNYA, kenapa kita sesama manusia tidak boleh memaafkan?
- Mengubah posisi kedudukan
Cuba praktik semasa marah, kita mengubah posisi kedudukan iaitu apabila kita marah semasa berdiri, kita hendaklah duduk atau kita marah semasa berbaring, kita hendaklah duduk. Jangan biarkan kemarahan kita membuak tapi redakan dengan amalan menarik nafas untuk melegakan perasaan yang berkecamuk. Selain itu, mengucapkan ta’awwuz juga digalakkan.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
- Berhenti berbicara
Banyak bicara maka banyak juga kesalahan yang timbul. Apatah lagi semasa kita dilambung kemarahan, perbicaraan kita lebih menjurus kepada ketidakpuasan hati sehingga menyakiti hati orang- orang yang mendengarnya. Maka seeloknya berhenti berbicara sekiranya kita mula diserang rasa marah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk binasa.
- Terapi air
Marah itu api! Salah satu cara memadamkan api adalah dengan menyimbah air dan bukannya menyimbah minyak tanah. Dalam keadaan marah, kita boleh mengambil air untuk menyejukkan kemarahan dengan minum air, berwudhuk mahupun mandi.
Sebenarnya Allah swt amat memuji golongan yang mampu mengendalikan kemarahannya dan suka memberi maaf kepada orang lain sejajar dengan Sabda Baginda yang bermaksud:
“sesiapa yang menahan marahnya padahal dia boleh melepaskannya, kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segala makhluk sehingga dia diberi hak untuk memilih bidadari yang disukainya.”
Akhir kalam, marilah kita menghapuskan sifat marah yang amat buruk padahnya kerana orang yang marah akan dipertanggungjawabkan keatas akibat perbuatan marahnya. Namun, kita dibolehkan marah keranaNYA iaitu marah kerana membela agama, marah kerana mencari redhaNYA mahupun marah kerana membela kehormatan saudara muslim yang dihina atau direndah- rendahkan. Antara lain sabda Nabi Muhammad saw berkaitan marah adalah bermaksud:
“Bukanlah dikatakan orang kuat kerana dapat menumbangkan lawannya tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya di waktu marah.”
0 komen Geng Comel:
Post a Comment