-->
Q-Aini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 1, 2012

Buat pertama kalinya.. =)




Oh.. hoi. Hoi…Pertama kali ku melihat wajah si dia.. Pertemuan bermula di taman si kebun bunga.. Si tua mulanya.. berjumpa bertentangan mata..

Alamak-alamak.. ternyanyi lah pulak aku ni.. haha.. Macam “banyak bakat” jak kan..haha.. Sampai terlupa maw bagi salam.. Astaghfirullahalazim..(cepat ikut aku istighfar jg..Tenangkan hati sbb aku taw kamu bengang dengar nyanyian aku ni..hehehe..)

Baiklah.. Assalamualaikum dan salam muhibbah buat semua..
Kali ini Ratu  aku nak cerita sedikit..(padahal banyak..hahaha).

Okay, berbalik kepada tajuk entri.. “ Pertama kali.” Entri ni pun akan dibuat oleh si gadis comel, Nur Siti Zahara.. (Klik sini untuk pergi ke blognya)


Harini aku penat lah jugak kan. aduhai. penat penat.. Semalam baru habis buat show.. (padahal baru show yg pertama kali..haha) Show apa? Biarlah rahsia.. Kalau aku bagitaw nanti confirm banyak sgt yg nak panggil untuk buat show demi menyerikan sesebuah majlis..haha.. (jangan menyampah ok..=P). 

Itu cerita semalam.. sekarang maw bagitaw cerita hari ini. Hari ni kan cuti sempena hari pekerja, jadi aku dan kawan-kawan sekelas pergilah melakukan aktiviti tutorial bersama.. Jadi tadi, start pukul 10.30 pagi kami pun bergerak menuju ke Mid Valley. 
Eh kejap, aku ada jumpa kau lah tadi.. Alaa, cuba ingat balik.. Ada kan budak yang comel-comel tu.. (perasan gila ko Cikgu Qurratu!) Haha.. abaikan statement merapu ini.
Kat Mid Valley buat apa? Sebelum tu cuba tarik nafas dalam-dalam.. Sedalam cintaku padamu.. pergh! Maaf ya..agak ter”EXCITED”

Sebenarnya kan kami sekelas nak main bowling.. Dan untuk pengetahuan semua (walaupun dalam hati tak nak tahu..) ini merupakan pertama kali aku bermain Bowling.. Kesian kan.. padahal family selalu jak ajak pergi main bowling,  tp saja x nak ikut. (alasan: nak study..haha..=P) Kawan-kawan sekolah menengah pun ada ajak juga dulu, tapi malu-malu arnab.. haha.. xda bakat konon..
Ok, berbalik pada cerita main bowling ni.. Untuk permainan pertama,kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan.. iaitu BAWAR, ADA CAAN, MANTOP, & OTAI. Haha..lawak jak nama kumpulan kan..
Aku merupakan ahli kumpulan ADA CAAN.. Ha.. Cuba tengok gambar kat bawah ni.. Inilah grup ADA CAAN yang confirm hebat-hebat belaka..
Dari kiri: Aku , Nadia, Cass, Hafiz, Adiba


Berdebarnya..Sampai Pilih bola pun minta orang pilihkan..hahaha
Mula-mula main tu rasanya macam orang kampung sahaja.. memang pun aku dari kampung.. yang belajar di kota metropilitan.. Malu jugaklah.. Asyik nak masuk longkah sahaja.. haha.. Berkat tunjuk ajar Mr. Carlos, Cass, Nadia dan Adiba.. Akhirnya boleh juga aku main walaupun masih masuk longkang..hahaha..

hahaha.. Fokus konon..=P

Game ini dimenangi oleh MR.Carlos a.k.a Hafiz Sukaimi, satu-satunya sang kumbang di dalam grup Ada Caan.. Cuba teka aku dapat tempat ke berapa? Hahaha.. Cepat tengok gambar di bawah ni..hehe.. Dah taw, diam-diam..hehe

Hahaha.. 47? Okaylah tu untuk budak yg baru perrtama kali main mcm aku ni..

Lepas game ni, aku main lagi.. Xpuas main 10 pusingan..=P
Kali ni main dengan diorang Zara, Nadia, Marliah, Adibah dan Cassandra.. Makin lama makin excited.. Hasil game ni,

Haha.. sekali lagi di tangga kedua..dan makin merosot nampaknya..=P

Haha.. Keputusan itu tidak penting.. Yang penting ukhuwah kita semakin erat dan rapat.. Tak gitu? Masing-masing saling memberi sokongan antara satu sama lain.. =)
Lepas main bowling kami pergi makan dekat Oasis Food Court.. Haaa.. ini pun pertama kali juga.. Sebelum2 ni asyik nak makan dekat food Court yang atas sekali tu jak..  Memang masa tu lapar sangat, jadi aku pun memesan makanan dan minuman yang terlalu mewah tapi masih mengekalkan ciri makanan kampung.. (haruslah..hehe). Mendengar sahaja akak dekat kaunter menjerit-jerit.. “Order..Order..Order.. Adik nak order apa?” Dengan semangatnya aku menjawab, Akak nak Ikan Pari Bakar dan Sotong.. Bab bakar-bakar ni, memang selera nombor satu aku.. hehe.. Pastu aku beli ABC Durian.. Pergh.. sedap sangat.. Alhamdulillah, ALLAH bagi rezeki.. Jom hayati menu-menu yang telah dimakan..Sebelum tu, jangan terkejut melihat makanan-makanan yg telah dihadamkan aku beberapa jam yang lalu.. Memang aku kuat makan.. Tapi x gemuk-gemuk juga..Kurus melidi sahaja.. hahaha..
Jom layaanz..
Nasi putih..-FREE of CHARGE.. =)

Ikan Pari Bakar +Sotong..


ABC Durian.. Power punya.. nyummy.. Kalau aku bagi Cik Lyeen ni, confirm dia tolak habis.. hehe..kenapa pulak? Cuba tnya Cik Lyeen ni.. Pglah trejah blognya,, 

Haa.. ini pun sedap juga.. Ni bukan aku punya, tapi aku makan juga..haha..=P

Ini Sup Ayam.. Paling syok ada tomato, my favourite! Dan yg paling penting, ini pun bukan aku punya..hehe.. Tapi aku tetap makan juga sup ni.. Haa..aku kena bagi rasa, aku makanlah sikit.. Sikitkah aku rasa ya? haha..=P
Hmm.. mesti kamu fikir, aku x dapat habiskan makanan2 tadi itu.. Oh tidak.. sangkaan anda salah 100%. Aku berjaya menghabiskannya.. Padahal memang selalu habis pun.hehe.. Kan membazir x elok.. Org lain terutamnya yg susah  kesian selalu x dapat makan.. Jadi x bolehlah nak buang2..bazir2.. bagus bagi orang sedekah duit tu.. Betul tak.. ?

Haa.. ini bukti2 yg menunjukkan aku tidak menipu kamu..hehe..
Bukti 1: Nasi dan ikan bakar habis! Alhamdulillah

Bukti 2: Hehe..



Bukti 3: ABC Durian..Licin..hehe..
ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..
Lepas makan kitorang solat.. Lepas solat kami berpisah.. Masing-masing dengan urusan sendiri yang perlu diselesaikan.. Apa? Urusan aku? Aku apa lagi, shopping lah..heheh.. Tiadalah, gurau sahaja.. Aku, Zara, Nadia dan Ririn pergi membeli barang keperluan yang telah habis stok. Dan buat pertama kalinya, belanja aku tak lebih RM 50 bila pergi Jusco.. Hehe.. Kan aku dah kata, nak beli barang keperluan sahaja..hehe.. Itu dekat Jusco sahaja.. Belum lagi campur dengan tempat lain..hehe=P

Dan buat pertama kalinyaaa... aku melihat seorang perempuan yg tidak menangis apabila hp nya hilang.. Kalau aku sudah nangis kali.. Sebab terbayang-bayang betapa susahnya nak dapatkan duit untuk beli hp.. Perempuan tu kawan aku juga, Miss Nadia Nabilah.. Bravo Nadia! Dan juga Zahara, Ririn, Liza dan Syidah yang setia menanti dan mencari hp Nadia.. Walaupun tak jumpa, usaha kalian sangat2 berharga.. =)

Sebagai penutup cerita, aku ingin ucapkan terima kasih pada semua kawan-kawan yang sudi meluangkan masa bersama.. Susah senang bersama.. That is the promise ok! Serius, memang seronok..Sayang mereka semua ni.. Sporting betul! Hehe..
Credit To Zahara.. Abaikan org yg pose dekat tiang tu..hahaha..=P


Ok.. cukup sahaja cerita hari ini.. Ampun maaf dipinta buat semua.. Andai ada kata2 yg x sedap didengar..


p/s: aku bukan penulis berkaliber, tapi aku cuba melakar coretan asam garam kehidupanku.. =P




Photobucket
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 9:53 AM
Labels: cerita kami, ukhuwah

6 comments:

  1. nadia nabilahMay 2, 2012 at 7:38 AM

    Wah..chomelnyeee geng!! kenangan abadi tersemat di jiwa:) lestarikan kenangan bersama...<3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Cikgu Q-RatU aiNiMay 4, 2012 at 4:31 AM

    hehe.. bila nak main bowlong lagi?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousMay 4, 2012 at 9:03 AM

    guru yg serba boleh...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Q-RatU aiNiDecember 4, 2012 at 3:43 AM

      InsyaALLAH.. :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  4. Miss ButterflyMay 13, 2012 at 6:31 AM

    lapar lapar laparrrr... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Q-RatU aiNiDecember 4, 2012 at 3:44 AM

      Siaannyaa.. lapar makanlah..hehe.;)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
Add comment
Load more...

Subscribe to: Post Comments (Atom)
shoutbox icon
BIODATA SAYA
Qurratu `Aini binti Jumaan
Tawau, Sabah
Sweet 23
Bakal Cikgu 2016
Memantapkan team Netball IB 2014..
99 KEKASIHKU
Image Hover Effects @ JellyMuffin.comJellyMuffin.com Glitter graphics and flash generators
TERKINI DARI GAZA

Geng Comel

Photobucket
 
SECEBIS INGATAN

Mengadulah kepada ALLAH.. Ambillah wudhu kemudian mengaji.. Sesungguhnya Al-Quran adalah penawar bg orang yang beriman. Tiada gunanya kita mengadu sesama makhluk. Minta doa kepada ALLAH agar tabah menghadapi semua masalah..InsyaALLAH ~Cikgu Qurratu~





TINTA-TINTA ILMU
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  February (7)
    • ►  January (5)
  • ▼  2012 (18)
    • ►  December (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ▼  May (2)
      • Tetamu yang tidak diundang!!!
      • Buat pertama kalinya.. =)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (7)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (33)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  August (13)
    • ►  July (3)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (45)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (15)
    • ►  March (12)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
CERITA TERBAHARU
get this widget here
MY BLOG LIST
  • Tinta Islami
  • سماي كباءيقن تواي كريضاءن
  • KERANAMU BEGITU BERHARGA
  • ...RaKaN SuRau aR-RaSHiDiN...
  • Nisa' Kawasan Tawau
  • Laman Rasmi JPP IPG Kampus Bahasa Melayu
  • "Art Is Pleasant... "
  • Alumni Irfaan
  • ~:\ NuKiLaN KeHiDuPaN /:~
  • Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
  • Unit Kokurikulum IPG KBM
  • Sahabat Al-'Irfaan
  • ♥World Of FRENZZ♥
BLOG SAHABAT
  • Selembut Kasih Hawa
  • Konotasi Si Pencinta
  • Hijazie Zikrullah
  • MisEyz BLurz
  • iedaya's life
  • KASIH PENAWAR
  • SentapHatiMakNak [dot] com
  • SuKa - SuKi
  • ♥
  • PPISMP 3E - kita berjalan bersama-sama, menuju yang Satu
  • ❀ nzee_zara ❀
  • farisukimi =)
  • Kerana namaku SHARIFAH .....
  • Taste Of Life
  • ~assyifaa'~(^^)~
  • Indahnya Islam...adakah aku mensyukuri nikmatNYA?
  • Aku Seorang Cikgu
  • BicaraKu,Dari Hati
  • Khalila Is Khalila
  • "KAMI DELEGASI PENCETUS REVOLUSI, MEDIUM KEINTELEKTUALAN TERCIPTA"
  • Dewi_Syifa
  • LUKISANHATIE NAIEN
  • c!k EmMa OraNg UtaRa nak habaq Ma!
  • :: CIK DOI PUNYA CERITA ::
  • AkHbAr
  • nukhilan anak mama
  • nadia nabilah
  • apabila paan menulis

Umur Blog

Daisypath Friendship tickers

Apa kata Hati?

Apa kata Hati?

Mereka..^^

Cikgu Q-ratuaini~. Powered by Blogger.
Semua yang tertulis dalam blog ini hak ALLAH..kLu nak copy, silakan^_^