Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni mood
memang pelbagai. Sedih pun ada, gembira pun ada, nervous pun ada, kecewa pun
ada, seronok pun ada.. Indahnya kurniaan ALLAH S.W.T pada hambaNYA.. Hanya
manusia yang dikurniakan akal berserta perasaan.. Alhamdulillah..
Baru buat entri
hari ini memandangkan perasaanku yang tak stabil, jadualku yang terlampau penuh
hinggakan terpaksa mereka yang masuk dalam jadualku duduk
berpangku-pangku..Tambah-tambah lagi, hati ini rasa hilang pelanginya buat seketika..
Why? Senyum sahajalah.. Hari ini baru ada kekuatan hendak buat entri.
Tambah-tambah lagi, sang diari hati enggan menerima luahan hatiku lagi. Dia
give up dah mendengar keluhanku. Tapi aku tetap sayang pemberian ALLAH ini..
sebab hari ni dia tolong juga aku membuat entri yang penuh emosional ini..
Family dan
kawan-kawan tengok aku gembira.. Murid-murid pun tengok aku
gembira..Pensyarah-pensyarah aku pun tengok aku happy semacam jak.. Iya,
betullah apa yang kamu nampak. Aku senyum, aku gelak sampai terguling-guling..Aku
buat lawak.. Aku jadi superhero mengalahkan ultraman..Aku berlagak seperti
kaunselor gemilang mengalahkan Dr.Fadzilah Kamsah.. Pokoknya, akulah orang yang
paling BAHAGIA.. Yes, itulah perasaan yang
aku tunjukkan pada kamu semua. Perasaan yang telah bekerjasama dengan aku untuk
“cover line..” sesuatu. Terima kasih banyak2.. J
Kenapa aku boleh
paksa perasaan gembira itu supaya berkomplot dengan aku? Reason dia banyak..
1. ALLAH
masih sayang aku. ALLAH kurniakan kekuatan. ALLAH mendengar doa-doaku.. ALLAH
memang Maha Penyayang. Buktinya,
"Sesungguhnya Allah lebih sayang kepada hambaNya melebihi sayangnya
ibu kepada anaknya," (HR Bukhari & Muslim)
2. sejujurnya Aku
mempunyai FAMILY yang sangat penyayang dan supportive. Aku yakin dan percaya,
semua orang pasti mempunyai family macam aku kan.. Syukurlah. Mereka
seolah-olah tahu hati ini perlukan ubat. Mereka hadir tanpa dipinta. Mungkin
sahaja itu hadiah daripada ALLAH sempena Karnival Dari Hati Ke Hati . Hari ini
sahaja, aku baru habis Video Chat dengan mak, bapa, dan adik perempuan aku.
Banyak yang dibualkan.. Banyak juga yang ditunjukkan.. Pengubat hati yang
sedang lara.
3. sejujurnya Aku
mempunyai sahabat-sahabat yang cool dan positif. Bila aku luahkan rasa dengan
mereka, secara tiba2 aku jadi orang yang positif. Ya, mungkin di situlah aku
cuba membina menara motivasi. Aura sahabat yang dikasihi memberikan penangan
sebegitu padaku. Lagi satu, aku suka buka FB sebab mereka sering share
kata-kata positif tak kiralah hak cipta terpelihara mahupun hak cipta perkongsian.
Serius, aku cuba bisikkan kata-kata positif itu dalam diri walaupun suatu
ketika dahulu ada insan yang sering memberikan kata-kata nasihat.. Kata-kata
nasihat yang aku rindui.. Mereka sememangnya anugerah percuma yang mengindahkan
hari-hariku dengan kisah suka dan duka. Antara kata perangsang yang aku dapat tanpa dipinta:
Bukan Allah tiidak mengetahui jerihnya hatimu..
Bukan Allah tidak tahu letihnya dirimu..
Bukan Allah tidak tahu lemahnya kamu..
Bukan Allah tidak tahu sakitnya hatimu..
Bukan Allah tidak tahu semua yang terjadi pada dirimu.
Bukan Allah tidak tahu letihnya dirimu..
Bukan Allah tidak tahu lemahnya kamu..
Bukan Allah tidak tahu sakitnya hatimu..
Bukan Allah tidak tahu semua yang terjadi pada dirimu.
Allah cuma mahu kau merintih pada-Nya..
Allah cuma mahu mendengar luahan hatimu pada-Nya..
Allah cuma mahu melihat gugurnya air matamu di hadapan-Nya..
Allah cuma mahu melihat pengharapanmu hanya pada-Nya.
Ya, kesabaran yang bertahun itu amat memeritkan..
Adakalanya pasti dikau hampir berputus asa..
Namun, Allah anugerahkan lagi kekuatan..
dan akhirnya tanpa kausedari kesabaranmu itu sudah terlalu lama.
Engkau menanti saat Allah mengabulkan doamu..
Engkau menanti saat Allah mengizinkan yang terbaik untukmu..
Jangan pernah engkau berhenti menanti saat Allah mengabulkan doamu..
Jika bukan sekarang, pasti Allah merencanakan yang terbaik untuk dirimu.
Ya, yang terbaik untukmu. Pasti. Pasti yang terbaik untuk dirimu.
Terima kasih sahabat.. :)
4. Sejujurnya Aku belajar untuk tidak melupakan. Mungkin aku sudah dilupakan. Dan kadang kala
silapku juga kerana berlagak seperti melupakan. Walaupun hakikatnya, sedikit
pun aku tidak melupakan. Aku sentiasa ingat kau. Bukan susuk dirimu, tapi
keperibadianmu. Maaf, aku bukan minta
simpati, Aku tak perlu semua itu. Hanya keikhlasan yang aku dambakan. Bukan
calang-calang orang yang pandai menyelitkan kata-kata nasihat di sendi hatiku..
dan bukan mudah hendak merobohkan tembok EGO yang tersergam kukuh di urat
hatiku.. Apalagi membuka pintu hati yang pernah suatu ketika kehilangan
kuncinya. Kau berjaya buat itu semua. Dan bila suatu hari kau ungkapkan kata-kata
semudah menyebut ABC.. Aku sebenarnya terpaku. Aku rasa macam hilang sesuatu.
Tapi aku gagahkan diri melawan kata-kata hatiku. Aku cuba antonimkan kata2
hatiku dan terjemahkannya dalam bentuk tulisan. Maaf aku tak terus terang dengan kau hari tu,,Kau mungkin anggap, betapa tak
ada perasaannya aku kan.. Mungkin kau fikir hati aku dah tawar, dah jadi batu.
Aku tak salahkan kau.. Aku tak salahkan siapa2.. Mungkin ini sudah
ketentuannya.. Sejujurnya, aku tak nangis sebab kau.. Cuma bila aku rasa sebak,
cepat2 aku menghalau rasa sebak itu. Sebab apa? Sebab aku masih berpegang dan
ingat dan kata-kata kau,
“jangan menangis sebab aku jangan bersedih kerana aku, bersedihlah kerana ALLAH Taala.“
Ya.. aku
ingat semua itu.. Didikan dari kau yang tidak pernah sekali aku perolehi dari
mana2 dan tidak aku lupakan.Terima kasih atas segalanya.. Aku minta maaf jika
selama ni jadi bebanan. Dan untuk pengetahuan kau, kau tidak pernah jadi bebanan
buat diri ini. Aku cuma takut kita mengukir kemurkaan ALLAH S.W.T.. Aku tahu kau tahu cara yang sebaiknya.. sebagai seorang MUSLIM.. Apapun, semoga kau bahagia dengannya... :)
p/s: "Kekuatan manusia itu pada hatinya, hati
manusia itu milik Allah. Ada Allah dihatinya, maka segala kekuatan itu ada pada
kita".
0 komen Geng Comel:
Post a Comment