"Gambar2 di atas sekadar hiasan..tapi jemput2 udang kering aku lebih kurang macam inilah..hehe"
sArapan? Hari ni giliran aku buat sarapan.. Aku pun buat jemput2 udang kering.. sEDikit ilmu, 3 perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap. Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik... Nah, jadi siapa tak suka ambil sarapan, kena lah ambil ya..No "excuse" ..
Apa aku nak cerita pasal jemput2 udang kering ni?
Actually tak ada apa pun yang speacial..cuma nak luahkan isi hati ni.. Begini ceritanya, tiap2 pagi kan cousin aku akan hantar anak dia, baby perempuan baru umur 2 bulan lebih untuk dijaga namanya "zahira:.. Time buat sarapan tu, zahira dihantar..Gorengan yang terakhir. Kebetulan waktu tu zahira perlu ganti pampers. Jadi, aku pun p gantilah pampers dia.. Dalam keasyikan mengurus si zahira, aku terlupa aku tgh menggoreng jemput2.. Aku tersedar bila aku nak ke dapur buatkan susu nestum @ sarapan untuk zahira.. Nasib baik bukan sarapan zahira yg hangus..ahaha..
Mak aku waktu tu jemur kain kat atas.. Jadi tak ada siapalah yg sedar akan si jemput2.. Hangus sebelah jak..Tapi yang menghairankan, yang hangus tu yang habis dulu.. Tak sangka yang hangus tu pulak yang disuka family aku.. Alhamdulillah.. Tak ada juga makanan yang terbuang..^_^
pengajarannya: jangan leka, bahaya tu api..bak kata pepatah " malang tak berbau"..Nauzubillah min zalliq..
buat kerja baik2..hehe
0 komen Geng Comel:
Post a Comment