Cerita yang sama mak cerita berulang-ulang kali. Nasihat yang sama mak ulang2..Namun aku tak pernah jemu. Setiap kali mak bercerita, alhamdulillah, Allah izinkan aku untuk berfikir dan kembali melihat siapa diri ini.
Aku start guna tudung waktu tadika lagi..Masa tu aku tadika Agama di Merotai.. Di tadika tu kami cuma belajar pasal agama, dan mengenal dan membaca huruf2 Jawi.. Kami tak diajar ABC.. Jadi mak memainkan peranan untuk mengajar aku ABC..Mak cerita balik dgn aku, waktu ni aku agak liat sikt diajar..Malas..tak nak mendengar cakap..jadi ajar guna rotan..Pesan mak, jangan malas, malas tu kawan syaitan..Masa tu budak2 kan, jadi terus aku ketakutan..Sampai nangis2 bah aku diajar..Alhamdulillah, berkat usaha kedua orang tuaku aku da boleh baca jawi dan rumi umur 6 tahun. Da lewat sangat ni..hihi
Ada satu hari, kami adik beradik ditegur oleh mak. Direct. Kami adik beradik yang perempuan, masa tu tengah main game. Tengah main-main tu, tiba2, ada yang tergelak besar. Langsung mak tegur, “Apa gelak besar sangat tu? Kamu tu perempuan. Tutup aurat bukan nya dengan pakai tudung jak, tapi tutup perangai2 yang tak elok.” Mula2 kami tak boleh terima, sebab masih budak2 waktu tu umur 12 tahun..boleh terimakah alasan macam ni..ALhamdulillah, kitorang tak sudah gelak besar-besar lepas mak tegur tu..
Dulu, aku selalu gaduh dengan adik-adik terutama yang kembar tu..yang menang selalunya adik2lah..2 lawan 1, mmglah kalah..hehe..sebenrnya sebab aku ni cengeng, tak berani maw membalas..Lagipun mak tak bagi aku naik tangan dengan adik2..Sebab apa selalu gaduh, mulut aku ni takda insurans..TAk tahulah kenapa dulu suka sangat menyakat adik2..ada jak maw dikacau bah.adik2 pun selalu kacau jugak..hehe.kalau dikenang2 kisah budak2 dulu, nakalnya aku ni..kalau diam terlampau pendiam, kalau bising terlampau bising..bila da gaduh, mak cuma kata "Itulah, kerana mulut badan binasa.." Tapi itu kisah lama da..sekarang kami da ok..Tapi sekarang aku yg selalu kena buli..buli2 tanda sayang, makin mesra dah kami..hihi..sabar jaklah, carik2 bulu ayam, akhirnya bercantum semula..
Waktu umur 13 tahun, aku asyik nak study jak..mASA memang bnyk habis dgn buku, masa untuk beribadat cuma waktu solat 5 waktu dan waktu kelas mengaji dgn Ustaz Manaf.. Mak pun tegur lagi " Ulat buku seorang ni, ingat apa tujuan ALLAH cipta manusia..Allah menjadikan manusia / makhluk dari tiada kepada ada .bukan sia-2 .. tetapi ada tujuan yang khusus .. iaitu untuk mengabdikan diri kepada allah sebagai tanda syukur kepada allah .. yang telah memberi kita nikmat kehidupan yang sangat banyak ..Sebagai orang yang membalas budi Allah yang terlalu banyak .. maka kita pergunakanlan segala nikmat yang diberikan dengan cara yang dibenarkan oleh syara' .. semua anggota dan nikmat yang allah berikan untuk tujuan agama .. walaupun pada zahirnya perbuatan dunia .. tapi hakikatnya kembali pada agama / akhirat..beLajarlah kerana ALLAH..Jangan lupa tanggungjawab lain.." Punya panjang mak tegur aini..Di sini aku berfikir lagi, ayat yg jadi hint kat minda aku ni "mengabdikan diri pada ALLAH.Aku sedar aku terlalu asyik dibuai dunia dek kerana mengejar cita2.. pADAhal tanpa nikmat2 kurniaanNYA aku tak sempurna, tak punya akal, tak akan jadi si ulat buku..Hm..betul jugak cakap mak. Niat aku belajar bukan kerana ALLAH, kerana impian dunia semata2..Astaghfirullah..
Kalau pasal makanan aku ni agak kurang makan sikit orangya..adik beradik aku jak yang paling kerap makan sayur. Adik2 tak..sebab waktu kecik2 dulu aku kena paksa makan sayur. Ingat lagi pesan mak, nak sihat makan sayur..Aku pun makan tapi aku muntahkan balik. Mak marah aku..Aku nangis2 kena marah.. Ingat maw minta simpati dengan mak tapi, tangisan tak dapat meraih simpati mak. Mahu tak mahu, aku pun makan sayur tu perlahan2..Satu hari aku makan, mak buat keja. Jadi aku berniat nak buang sayur, kalu tak silap sayur kobis. Perlahan2 aku pergi dekat tingkap, nak lempar sayur kobis tu. Akhirnya aku berjaya melaksanakan misi burukku itu tanpa pengetahuan mak..Esoknya aku nak buat lagi, tapi bak kata pepatah sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..Aku kedapatan..Punyalah mak aku marah sangat dengan aku. apalagi aku kenalah..Aku pun nangis lagi..Aku merajuk dengan mak..Malam masa aku tidur lebih kurang jam 10 mlm,(padahal aku pura2 tidur, takut kena marah lagi sebab tak tido lagi time2 begitu), mak datang kat katil aini. Mak usap2 kepala aini..Mak cium peluk aini..Terharunya aku..Mak bisik kat aini
" nak, jangan membazir, nanti jadi kawan syaitan..Kalau jadi kawan syaitan, siapa nak kawan dengan mak?" Punyalah sedih aku dngar macam tu..Aku terus berenti berlakon. aku Peluk mak..Makkkk!!! Mak terkejut..Dan malam tu aku tidur di pangkuan mak..
Teringat waktu umur 13 tahun gitu..Family kitorang memang rajin buat kenduri, majlis2, rumah2 terbuka..Biasanya kami buat kerja ni secara gotong-royong.. Aku tak nak tolong..Mak tegur, " kau ni kenalah bantu2 sikit kerja kat dapur tu..Kamu tu perempuan. Apa orang kata ni, tgk perawan duk jak tak buat kerja..Tak reti buat kerja"
Aku menjawab, " pedulilah orang cakap apa..diorang jugak berdosa..nak mengata orang lain.."
Mak jawab, " baguslah perangai macam tu..Pelihara sampai ke tua.. ingat, setiap perbuatan ada balasannya..Kita ni hidup dalam masyarakat bukan dalam hutan.. Tolong-menolong sesama insan itu amalan mulia. "
Aku tersedar..Ya ALLAH..Kenapa aku ni..aku terus bangkit ke dapur menolong apa yang patut..Alhamdulillah, pesan ibu ini aku ingat sampai sekarang..
Akhir2 ni mak selalu cakao macam ni, hari2 rasanya..Tapi aku tak pernah bosan mendengarnya.." Kerja puas2 kat rumah, luang masa banyak2 dengan family ni, utamakan komitmen dengan family di zaman membujang ni,sebab nanti da kerja sibuk kerja..Da kahwin da ada tanggungjawab baru n jadi tanggungjawab orang lain..Ingat pesanan ni..Tanggungjawab seorang anak tak pernah berakhir dengan kedua orang tuanya.."
Ayat ni terngiang2 di telinga aku.. Bila difikirkan aku nekad, komitmen dengan family perlu diutamakan! Aku tak nak sia-siakan peluang yang ada..Aku tengok saudara2 aku yang lain bila da kahwin tapi tak semualah adalah 2 3 0rang gitu,sibuk urus rumah tangga..Agaknya mak tak nak aku macam tu..Hm, btul jugak kan..
Banyak lagi pesan ibu ni..nanti sambung lagi..^_^
0 komen Geng Comel:
Post a Comment