TAHNIAH! ANDA TERPILIH
Kursus : Sains pemuliharaan – Biodiversiti (UMT)
Sila berikan jawapan dengan memilih pilihan di bawah:
Ya, saya terima tawaran ini.
Tidak (berikan alasan)
• Ingin menukar jenis kursus
• Lain2..
Aku melonjak girang bila mendapat tawaran itu.. Aku terus berlari ke arah mak yang khusyuk menonton rancangan televisyen kegemaran mak.. Dalam hatiku, Alhamdulillah, kursus yang aku mohon dapat jugak walaupun kursus ini pilihan kedua. Walaupun tak dapat pilhan pertama iaitu pendidikan subjek biologi aku gembira kerana melalui bidang ini juga dapat kusalurkan minatku. Kawan2ku sering memanggilku “budak Bio” disebabkan minatku yang terlalu kuat dalam bidang ni, tambah-tambah lagi aku selalu dapat markah tinggi dalam subjek ni. Pada asalnnya aku nak jadi dentist tapi aku tak mampu memandangkan persaingan begitu kuat dengan student2 4 plat..”Aku setakat pointer 3 point something manalah layak..”bisik hatiku sendiri.Jadi aku memilih bidang yg betul2 aku rasa layak untukku. Aku tersengih2 depan mak. Mak agak hairan dengan tingkah laku ku seolah-olah baru mendapat rumah banglo tapi mak tetap juga menonton drama dari seberang itu tanpa menghiraukan kehadiranku di situ. Rasanya aku tidak sabar hendak menunggu iklan..” Bilalah nak iklan ni.., getus hatiku sendiri.. Aku berangan-angan seketika, seronoknya dapat bekerja dengan alam sekitar. Biodiversiti antara bab yang paling mencabar dalam silibus budak2 matrik yang mengambil sains hayat.. Aku turut mengakui betapa mencabarnya topic itu. Banyak sangat yang perlu dikaji..Nama2 saintifik yang perlu diingat.“Wah..ada harapan nak jadi saintis, kalau tak pun pegawai alam sekitar, jadi renjer hutankah..hm,lepas tu boleh jadi pensyarah Biodiversiti pula, dapatlah aku melaksanakan pilihan satu dalam pemohonan UPU..”,otakku terus ligat melakar perancangan masa hadapan sambil tersenyum-senyum.Besar betul impianku..Entah boleh jadi kenyataan atau tak..Aku menghentikan khayalanku risau kalau-kalau aku terlalu taksub dengan perancangan dunia yang sementara ini.
Aku tersenyum-senyum duduk di sebelah mak.. Bila iklan jak aku terus peluk mak.
“ Aini ni kenapa? Lepaslah..sakit badan mak, kuat betul pelukan anak gadis mak ni, badan jak kurus tapi bukan main bila memeluk..” kata mak sambil cuba melepaskan pelukan ku.. Aku lepaskan pelukan itu. Aku tersenyum lagi..Tiba-tiba aku menangis..
“ Aik? Tadi senyum2 tapi sekarang menangis? Kau ni sihat tak aini? Kalau ada masalah cerita dengan mak” , mak mula menunjukkan kerisauan..
Air mataku semakin deras.. Memang aku jenis yang mudah mengalirkan air mata tak kira apa jua keadaan..sama ada sedih mahupun gembira. Di rumah sahaja aku terkenal dengan budak air mata.. Mana taknya, dari kecik cengeng aku ni tak hilang.. Aku berusaha menyuarakan isi hatiku pada mak walaupun agak lambat.
“ Sebenarnya, aini dapat tawaran ke UMT..Kos Sains Pemuliharaan Biodi.. Memang aini harap betul dapat kursus ni..”luahku senang hati.
Mak membisu kejap sebelum memberi respons padaku.. “ Alhamdulillah, syukurlah dapat. Dah bagitahu ayah?” ,ujar mak.
“ Belum lagi..ayahkan belum balik dari solat Jumaat..”, jawabku pula.
Pandangan sesetengah keluargaku agak berbeza kali ini. Ada seorang mak saudaraku. E bkn nama sbnr... Muda setahun dari aku. Nenekku adik beradik dengan ayah dia sebab tu aku panggil mak cik..tapi E tak nak dipanggil mak cik, cukup setakat nama sahaja. Setiap kali berjumpa ada sahaja yang dia akan cakap tanpa menghiraukan perasaan orang. Ada satu hari kata-katanya buat aku menangis..
“ Aini, kau belajar kat mana sekarang?”, soalnya.
“ Kat KL..” jawabku ringkas. Sebenarnya aku malas nak berborak dengan dia, bukan apa cerita dia kadang-kadang tak membawa faedah langsung. Buat dosa adalah..kalau tak buat ketupat mesti ada jak nak buat orang marah.Mesti ada perkataaan yang kurang sedap didengar tiap kali dia bercerita denganku.
“Oh..jadi doctor ya?”, duganya pula.
Dalam hatiku..” ish budak ni, bukan dia dah tanyakah hari tu? Berapa kali tanyalah..Patutlah result exam kau teruk samapai nak sambung study pun tak boleh..”
“ Taklah..jadi cikgu..”,jawabku lagi.
“ Jadi cikgu? Bukan doktorkah? Bilang kau hari tu doctor..Kau tipu aku ya..”, soalnya seolah-olah aku ni seorang penipu dengan lagaknya yang angkuh. Mataku semakin lama semakin berat digenangi air mata. Aku menahan sebak dalam diam dan sedikit perasaan marah. Aku cuba menjawab pertanyaan itu untuk menyembunyikan dilema perasaan yang aku alami sekrang.
“ Bila masa aku cakap doctor, kau tu yang dah nyanyuk.. Aku memang ada cita-cita nak jadi doctor tapi itu semua sudah tinggal kenangan..Sudah lama dibawa pergi oleh angin yang tidak akan kembali lagi..”, jelasku sayu..
Dia kelihatan tidak puas hati dengan jawapanku. Aku sudah tidak kisah apa yang dia fikirkan pasal aku. Kalau dibesar-besarkan hal ni, parah pula jadinya. Bila mengenangkan ayahnya yang selalu membantu aku menghantar ke sekolah dan ke bandar dengan kereta usangnya, aku jadi kasihan melihat mereka. Sampai mati pun aku tidak akan pernah sesekali untuk lupakan jasa ayah E. Hidup E sekeluarga memang agak daif, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi nasib baiklah arwah atuk E ada meninggalkan tanah untuk mereka bercucuk tanam. Sekurang-kurangnya dapat juga jimat kos dan menampungi perbelanjaan harian mereka sekeluarga selepas ayah E pencen. Itulah kebiasaan yang aku lakukan untuk meredakan perasaan amarah dalam diri ini disertai dengan istighfar berbanyak-banyak kepada-NYA.
Aku merasakan mataku tidak dapat menampung air mataku lagi. Aku terus bangkit dan meminta izin untuk masuk bilik sekejap tanpa memandang E. Di bilik, aku menangis sepuas-puas hatiku. Selagi aku tak nangis selagi tulah aku tak puas hati.. Keadaan itu berlarutan untuk beberapa minit sehingga kedengaran azan Asar berkumandang. Aku mengintai-intai keluar agar tidak ada sesipa pun melihat mataku yang bengkak.
Selesai sahaja solat aku terus membaca Al-Quran. Jiwaku sudah kehausan.. Aku tahu jiwaku lapar dengan kalimah-kalimah indah yang tersusun rapi dalam mukjizat Nabi Muhammad S.A.W itu. Sudah 3 hari aku tak membacanya, teman hidupku di dunia dan akhirat.Selepas membaca Al-Quran barulah aku lega sedikit. Teringat kata-kata ustaz Khairun, “Jadikan AL-Quran itu pegangan dan panduan hidupmu”..
_____________________________________________________________________
“Aku tak tau mau cakap macam mana. Yang aku tahu ,hati aku tak ada di maktab. Aku betul2 tak nak jadi cikgu, lebih-lebih lagi cikgu bahasa. Bukan kerana bencikan ilmu bahasa, bukan kerana merendahkan taraf bahasa tapi kerna minatku lebih menjurus ke arah bidang lain. Walaupun aku tak nak menjadi cikgu aku tak pernah memandang rendah dengan pekerjaan mulia ini..Insan sepertiku seolah-olah tidak cukup syarat untuk bergelar pendidik..Mak bapa memanglah happy sebab keluar maktab jak terus dapat kerja. Hakikatnya aku jenis yang suka mencari ilmu, tak kisahlah berapa lama aku belajar.Aku rasa macam mau berhenti jak tapi mana boleh sesuka hati jak keluar. Orang lain mungkin suka sebab dapat maktab sebab dapat elaun, n tak busy macam di U, di U maybe lebih mengajarku untuk hidup berdikari. Tapi aku tak boleh hidup dalam keadaan relax . Entah untuk kali yang ke berapa sudah aku menangis ni.. Kesal dan marah dalam diam..betul2 buntu..”
Begitulah keadaanku bila hatiku digamit rindu untuk belajar Biologi. Bila aku tidak dapat menguasai topic dalam subjek BM, bila aku tak dapat nak melukis.. Rasanya ingin sahaja aku lari dari maktab ni.. Pdahal dah habis satu semester aku study kat sini. Aku betul2 buntu. Aku mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajran atas dasar tidak ingin menyusahkan kedua orang tuaku. Aku tidak mahu mereka terbeban dengan yuran pengajian yang terlalu tinggi walaupun hakikatnya aku tahu mereka mampu membiayai ku. Cukuplah aku menyusahkan mereka.
Kak Miza tempat aku selalu mengadu, senior kami. “ Em walaupun tak suka, aini kena juga terima. Inilah perancangan Allah untuk Aini. Memang Aini tak nampak lagi kepentingan dan hikmahnya tapi percayalah satu hari nanti Aini akan Nampak jugak. Sekarang Aini banyakkan solat tahajud dan istiqorah agar dapat ketenangan. InsyaALLAH Aini... Ririn juga turut sama memberiku nasihat agar bersabar dan melakukan solat tahjud. Tidak kurang dengan roomateku, nadia nabilah atau dikenali sebagai Kak Ngah,.. “ Jangan begitu Alang, saya faham jugak. Tapi semuanya pasti ada hikmahnya. Tak perlu disesalkan, kerana ini adalah pilihan yang terbaik untuk diri kau. Mungkin kenahuan kau berbeza tapi sebenranya perancangan ALLAH S.W.T untuk jalan hidup kau adalah yang terbaik..ingat semua yang telah ALLAH S.W.T tentukan itu adalah yang terbaik untuk hambaNYA. Lagipula kau memang berbakat besar dalam bidang bahasa ni taw. Allah S.W.T berikan cabaran dan dugaan sebab DIA tahu kau mampu hadapi semua ni dengan baik. Lalui dengan tabah dan sabar kerna kau pasti akan dapat ganjaran yang berlipat kali ganda dari ALLAH..InsyaALLAH. Amin..
...Bersambung...
Kisah benar : Cikgu Qurratu
pesanan buatku dan senasib dnganku..REDHLAH WAHAI CIKGU..PERBETULKAN NIATMU!!
0 komen Geng Comel:
Post a Comment