Selama 3 hari 2 malam " offline"
Kini aku kembali 0nline..^_^
Sebab??
Kami budak PPISMP Wajib menyertai PROGRAM TAHSIN SOLAT..
Memang bestlah program tu..(sejujurnya)
Nak share sikitlah cerita.. Kisah ini aku khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri aku sendiri untuk hari-hari kemudian..
Sebelum Program aku memang ada mengeluh jugalah sedikit pasal tmpt penginapan sepnjg program mulia ni kot..Aku tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada aku.. Tapi bila aku call mak tercinta aku, Alhamdulillah aku boleh terima seadanya program ni. Mak aku kata, majlis ilmu itu baik, jangan siakan peluang yg sdia ada selagi masih hidup ni.. Kalau mak dah tiada nanti, mak boleh pergi dengan tenang sebab anak mak dah ada ilmu.. Statement ni memang buat aku terharu..Buat aku tambah semangat..ya! Go aini! Sayang mak.. Dan start itu aku cuba perbetulkan niat aku..
" Setiap amalan itu dimulakan dengan niat"..Macam pernah dengar ayat ni, tapi di mana ya? Memang aku kerap mendengar ayat ni. Apa yang penting nawaitu individu itu..Lillahi Taala! Pengarah program Tahsin ni pun ada cakap macam tu.. Wah, awal2 lagi dah ada pengisian..Nice job..Credit to them! ( bro n sis Kelab Rakan Islah)
Hm.. penceramah pun tak kurang hebatnya..Masing-masing berkongsi ilmu ALLAH yang sedia ada..Alhamdulillah.. Antara topik yang dibincangkan:
* Hebatnya Solat vs Kelebihan solat
* Bacaan dan pergerakan solat
*Rukhsah Solat-Sakit-Jamak dan Qasar
* Kelebihan berjemaah, masbuk n muafiq
* n banyak lagilah!! Belum lagi masuk kuliah subuh n kuliah magrib.
Memang banyak ilmu yang aku perolehi..Alhamdulillah, aku terpilih mengikuti majlis ini..
Entah bagaimanalah aku sekarang kalau aku tak join program tu..
Tepuk dada tanya selera..Sempurnakah solat kita? Kita golongan yang macam mana tu?
Suka statement seorang ustaz ni " kalau nak pimpin orang lain kenalah pimpin diri sendiri dahulu".. Setuju tak?? Lagi satu " bacalah buku agama, mantapkanlah ilmu agama kita..sebagai bakal seorang pendidik kita kenalah melengkapkan diri kita dengan ilmu..barulah boleh pimpin anak murid!"
Ukhuwah pun semakin erat terutama dengan senior2.. Aku team number 3.. 1 group 5 orang. Akak Fasi, akak Ain Solehah Anas..(Ustazah Terengganu) Memang 1 Malaysialah.. Team aku :
:::: Nur syuhadah -Ustazah Kelantan::::
:::: Siti Aminah - Ustazah Kelantan::::
::::Noor Ashikin -Ustazah Sabah::::
::::Amiratuz-Ustazah Sarawak::::
Guess who be the leader? Hm, agak seganlah nak cakap.. hehe..(boleh agaklah kan)
Rasa tak layak ja pegang tanggungjawab tu.. Hm, apa org kata blum cuba belum tahu kan? Jadi aku pun cuba memikul tanggunjawab itu dengan sebaiknya, insyaALLAH dengan Petunjuk dari ALLAH S.W.T... Ukhuwah yang terbina atas dasar keikhlasan, cinta dan kasih InsyaALLAH akan diberkati oleh NYA.. Sayang sangat kat mereka. Sebelum ni kami tak rapat, kalau terserempak pun cuma tengok2, pandang2 ja..Bila dah ada program ni secara tidak langsung kami dapat bermesraan.. Walaupun 3 hari jak, aku dah sayang sangat kat mereka.. Kak Ain, terima kasih sebab banyak memberi tunjuk ajar..Sahabat2, peliharalah ukhuwah kita walau di amna jua kita berada.Pesanku buatmu sahabat..Jaga diri! Smoga berjaya dunia akhirat..Amin..
Aktiviti lain..
Aktiviti riadah..
Macam biasa, sangat seronok.. Pagi2 lagi dah makan buah oren. Memang sedaplah oren tu..( Freekan) hehe..
Tak yah nak pakai bedak, dah dapat bedak percuma jenama tepung gandum.. Main bukan sebarang main, ada juga manfaat yang diperolehi di sebalik aktiviti riadah ni.. Sekurang-kurangnya boleh menguji pemahaman kita pasal ISLAM..
Alamak, dah pukul 11.47pm lah.. Banyak lagi nak cerita ni..Tapi mata dah ngantuk.
Esok sambung lagi ya..InsyaALLAH..^_^
salam wbt,
ReplyDeletealhamdulillah satu prkongsian pengalamn yag baik..