Kadang-kadang, aku terasa jugak bila ada orang memperlekehkan aku dan sesiapa sahaja hanya kerana sebab bagi nasihat. Bila kita cakap perkara yang baik-baik, orang merendah-rendahkan kita konon kita ni berlagak macam ustazah, terlalu banyak ilmu padahal diri nih baru setahun jagung. Kadang-kadang suara hati dan halwa telinga terdengar-dengar bagai orang mengumpat dan mengata kita di belakang. Penuh dengan kesinisan. Memang dugaaan betul. Kita perlu anngapnya sebagai satu dugaan. Dugaan itu pasti datang bila kita sedang melakukan sesuatu perkara yang baik, kan? Jadi apa yang penting, kita tahu apa yang kita buat tu betul dan benar. Jangan putus asa dalam beramal.
Contohnya seperti situasi yang biasanya berlaku. Kita sebagai kawan,sahabat lebih-lebih lagi kawan baik, mesti sayang dengan kawan kita kan tapi adakah cuma setakat sayang saja? Adakah kita ni betul-betul sayang dengan dia? Cuba tanya hati kita yang paling dalam. Kenapa kalau dia buat benda yang jelas-jelas salah di sudut Islam seperti berlebihan dalam pergaulan dengan bukan mahram, tak tutup aurat dengan sempurna, tak solat, dan banyak lagi, kita hanya biarkan dan terus pertahankan dia. Mungkin hati dia akan terguris kalau kita nasihat, tapi itu lebih baik daripada dia menerima azab di akhirat nanti. Aku yakin, walaupun dia marah sekarang tapi percayalah satu hari nanti dia akan berterima kasih kepada kita kerana pernah menasihatkan dirinya. Jangan salah faham, tujuan memberi nasihat bukanlah semata hendak mengharapkan balasan tapi niatlah kerana ALLAH. Selamatkanlah umat Islam yang berada di sekeliling kamu. Jangan biarkan mereka tersesat. Sama-samalah mengislahkan diri. Nasihat ini sebenarnya untuk diri ini yang masih punya perasaan takut dan risau akan risiko bila menegur seseorang face to face walaupun dengan cara yang baik. Selalu sahaja menggunakan taktik secara tidak langsung dan kadang taktik ini tidak menjadi. Mengapa jadi begini? Kerana masih tersimpan di sudut hati ini rasa kekurangan diri yang teramat sangat.
PESANAN BUAT SAHABAT
Buat sahabat yang aku sayangi kerana ALLAH..
Bacaah pesanan yang lahir dari hati ini..Selepas Zuhur tadi, aku ada membaca sesuatu. Bila aku baca balik buku nota usrah sewaktu di Kolej Matrikulasi Labuan, ada serangkap catatan yang buat aku perlu melakukan sesuatu.
31 Januari 2010
Sabda Rasulullah S.A.w:
“Siapa saja diantara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika ia tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah selemah-lemahnya iman.”
Memang aku perlu lakukan sesuatu lagi. Jika usahaku selama ini tak disedari aku perlu cari jalan lain.Bila begitu, aku dengan mudahnya berputus asa. Astaghfirullahalzim.. Aku rasa berdosa kerana membiarkan dirimu wahai sahabatku. Mengapa aku mudah sekali berputus asa dalam usaha menyedarkan kau. Aku sangat sayangkan kau, insyaALLAH kerana ALLAH. Tapi, apa yang aku buat. Inikah tanda kasih dan sayang padamu?
Tapi di sudut hati kecilku, aku tahu engkau tahu aku sedang cuba memberi nasihat padamu dengan memperdengarkan video Islam yang di dalamnya ada “teguran” dan ayat-ayat AL-Quran. Cuma engkau mengendahkannya. Adakah kau menunggu diriku agar tampil berani bercakap direct deNganmu? Tapi aku masih rasa jahil kerna aku bukanlah muslimah yang solehah..Masih banyak dosa yang perlu aku usaikan..
Aku sangat sayangkan kau tapi aku benci bila kau biarkan aku sebab nak bersama dengan si dia.. Aku menyampah bila kau berdua-duaan dengan orang yang bukan mahram kau. Aku meluat bila kau buat maksiat depan aku. Aku marah bila kau tak tutup aurat dengan sempurna. Aku sakit hati bila kau sambil lewa menjalankan perintahNYA. Aku sedih bila kau senang-senang melakukan kemungkaran walaupun kau tahu semua itu tidak harus dilakukan.Maafkan aku, kerana ingin menjaga hatimu aku jadi hipokrit. Nauzubillah min zalliq..Aku enggan tergolong lagi dalam golongan itu kerana terlalu memikirkan perasaan orang lain. Aku hanya benci dengan suasana dan keadaan itu tapi bukannya kau! Tolonglah jangan salah faham, kawan dan tolonglah terasa dengan nasihat ni walaupun sedikit dan buat lah perubahan. Selagi tiada perubahan sedikit pun, hati ini tidak akan tenang.
Akhir kata, maafkan aku sahabat. Aku sayangkan kau. Aku ingin menjadi sahabat yang terbaik untukmu.
Yang benar,
Cikgu Qurratu.
0 komen Geng Comel:
Post a Comment