-->
Q-Aini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Surat untukmu







Assalamualaikum w.b.t dan salam ramadhan aku ucapkan pada semua. Alhamdulillah, akhirnya aku diberi kekuatan oleh ALLAH untuk menulis sesuatu dalam blog ini. InsyaALLAH bnyak manfaat yang diperolehi. Mula-mula, aku ingin meminta maaf jika ada sesiapa yang terasa bila baca post ini. Sekelumit rasa syukur bila ada yang membaca post ini. Mudah-mudahan ALLAH bukakn pintu hati InsyaALLAH. Yang kedua maaf pada yang lebih berusia dari aku kerana penggunaan perkataan “aku”. Mungkin ia agak kasar tapi sebenrnya aku menggunkan “aku” untuk mendapatkan feel bila nak buat entri sendiri. Maaf sangat-sangat.. As a Muslimah, I admit I am not a good one, nor a good example to anyone who'd like to embrace Islam. Tapi manusia itu tidak perlu menjadi sempurna untuk saling mengingati. Aku tahu, I`m not the perfect one.. But I try to being the perfect one..

Kadang-kadang, aku terasa jugak bila ada orang memperlekehkan aku dan sesiapa sahaja hanya kerana sebab bagi nasihat. Bila kita cakap perkara yang baik-baik, orang merendah-rendahkan kita konon kita ni berlagak macam ustazah, terlalu banyak ilmu padahal diri nih baru setahun jagung. Kadang-kadang suara hati dan halwa telinga terdengar-dengar bagai orang mengumpat dan mengata kita di belakang. Penuh dengan kesinisan. Memang dugaaan betul. Kita perlu anngapnya sebagai satu dugaan. Dugaan itu pasti datang bila kita sedang melakukan sesuatu perkara yang baik, kan? Jadi apa yang penting, kita tahu apa yang kita buat tu betul dan benar. Jangan putus asa dalam beramal.


Contohnya seperti situasi yang biasanya berlaku. Kita sebagai kawan,sahabat lebih-lebih lagi kawan baik, mesti sayang dengan kawan kita kan tapi adakah cuma setakat sayang saja? Adakah kita ni betul-betul sayang dengan dia? Cuba tanya hati kita yang paling dalam. Kenapa kalau dia buat benda yang jelas-jelas salah di sudut Islam seperti berlebihan dalam pergaulan dengan bukan mahram, tak tutup aurat dengan sempurna, tak solat, dan banyak lagi, kita hanya biarkan dan terus pertahankan dia. Mungkin hati dia akan terguris kalau kita nasihat, tapi itu lebih baik daripada dia menerima azab di akhirat nanti. Aku yakin, walaupun dia marah sekarang tapi percayalah satu hari nanti dia akan berterima kasih kepada kita kerana pernah menasihatkan dirinya. Jangan salah faham, tujuan memberi nasihat bukanlah semata hendak mengharapkan balasan tapi niatlah kerana ALLAH. Selamatkanlah umat Islam yang berada di sekeliling kamu. Jangan biarkan mereka tersesat. Sama-samalah mengislahkan diri. Nasihat ini sebenarnya untuk diri ini yang masih punya perasaan takut dan risau akan risiko bila menegur seseorang face to face walaupun dengan cara yang baik. Selalu sahaja menggunakan taktik secara tidak langsung dan kadang taktik ini tidak menjadi. Mengapa jadi begini? Kerana masih tersimpan di sudut hati ini rasa kekurangan diri yang teramat sangat.

PESANAN BUAT SAHABAT

Buat sahabat yang aku sayangi kerana ALLAH..

Bacaah pesanan yang lahir dari hati ini..Selepas Zuhur tadi, aku ada membaca sesuatu. Bila aku baca balik buku nota usrah sewaktu di Kolej Matrikulasi Labuan, ada serangkap catatan yang buat aku perlu melakukan sesuatu.

31 Januari 2010

Sabda Rasulullah S.A.w:

“Siapa saja diantara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika ia tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah selemah-lemahnya iman.”

Memang aku perlu lakukan sesuatu lagi. Jika usahaku selama ini tak disedari aku perlu cari jalan lain.Bila begitu, aku dengan mudahnya berputus asa. Astaghfirullahalzim.. Aku rasa berdosa kerana membiarkan dirimu wahai sahabatku. Mengapa aku mudah sekali berputus asa dalam usaha menyedarkan kau. Aku sangat sayangkan kau, insyaALLAH kerana ALLAH. Tapi, apa yang aku buat. Inikah tanda kasih dan sayang padamu?

Tapi di sudut hati kecilku, aku tahu engkau tahu aku sedang cuba memberi nasihat padamu dengan memperdengarkan video Islam yang di dalamnya ada “teguran” dan ayat-ayat AL-Quran. Cuma engkau mengendahkannya. Adakah kau menunggu diriku agar tampil berani bercakap direct deNganmu? Tapi aku masih rasa jahil kerna aku bukanlah muslimah yang solehah..Masih banyak dosa yang perlu aku usaikan..

Aku sangat sayangkan kau tapi aku benci bila kau biarkan aku sebab nak bersama dengan si dia.. Aku menyampah bila kau berdua-duaan dengan orang yang bukan mahram kau. Aku meluat bila kau buat maksiat depan aku. Aku marah bila kau tak tutup aurat dengan sempurna. Aku sakit hati bila kau sambil lewa menjalankan perintahNYA. Aku sedih bila kau senang-senang melakukan kemungkaran walaupun kau tahu semua itu tidak harus dilakukan.Maafkan aku, kerana ingin menjaga hatimu aku jadi hipokrit. Nauzubillah min zalliq..Aku enggan tergolong lagi dalam golongan itu kerana terlalu memikirkan perasaan orang lain. Aku hanya benci dengan suasana dan keadaan itu tapi bukannya kau! Tolonglah jangan salah faham, kawan dan tolonglah terasa dengan nasihat ni walaupun sedikit dan buat lah perubahan. Selagi tiada perubahan sedikit pun, hati ini tidak akan tenang.

Akhir kata, maafkan aku sahabat. Aku sayangkan kau. Aku ingin menjadi sahabat yang terbaik untukmu.

Yang benar,

Cikgu Qurratu.




Photobucket
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 11:33 AM 0 komen Geng Comel
Labels: cerita kami, inspirasi, muslimah, ucapan, ukhuwah

Friday, July 29, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Marhaban Ya Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci ini kerana mengharapkan agar hati dan jiwaraga kita diasah dan diasuh, dilatih dan ditarbiyyah serta dinaiktaraf dan diiktiraf.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan! Selamat datang ke madrasah Ramadhan dan semoga apabila madrasah Ramadhan ditutup buat sementara waktu kelak, semoga darinya segala dosa-dosa kita diampuni oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita semua. Demi sesungguhnya “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.” Ikhlaskan dirimu..! InsyaALLAH kita bukan tergolong dari golongan yang rugi..

Nabi bersabda, “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).

Menurut hadith ini, orang yang berpuasa perlu kuat bersabar apabila dalam situasi genting atau bertelingkah. Disebutnya, ‘Saya berpuasa’ beberapa kali untuk mengingatkan diri agar tidak merosakkan pahala puasa. Puasa begitu penting dijadikan latihan mengubah sikap hingga Rasulullah mengingatkan kita, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan sia-sia maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari).

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” (Riwayat Imam Al-Bukhari).

OUR CHECKLIST..Klik gambar untuk paparan saiz yang lebih besar..


Selamat menunaikan ibadah puasa..Jangan lupa solat terawih..

P/S: To syaitan, selamat bercuti di penjara..hehe..Jgn balik2 lagilah...=)

Photobucket
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 10:28 PM 0 komen Geng Comel
Labels: info Islam, inspirasi, ucapan

Saturday, June 4, 2011

Say no to Astaga!!

Assalamualaikum..Kali nak share pasal penggunaan perkataan Astaga.. Sebelum tu aku minta maaf if ada salah silap.. Aku hanya ingiN berkongsi ilmu dengan semua dgn niat mo bg teguran jgklah..Moga yg tak tahu dah tahu dan yg dah tahu bertambah tahu..InsyaALLAH..Jom baca, jgn lupa Bismillah..Biar ilmu tu lekat..InsyaALLAH..^^

Situasi 1 : “Astaga !! Hujan plak petang ne.. Adui..Ndak dapat kita main bola sepak neh …”

Situasi 2: A: “Ko sdah buat assignment yang pensyarah kita bagi ka?”
B: “Astagaaaaaaaa… Aku terlupa buat bah..”

Situasi 3: A: yah!! (mengejutkan kawannya)
B : Astaga!! Ko ni kan bt aku terkejut jak..

Seringkali andai kita terlupa sesuatu, menerima khabaran buruk atau melakukan kesalahan, kita akan terus mengucapkan ‘Astaghfirullahalazim’.Namun, apa yang menyedihkan, zikir ini sentiasa disalah sebut atau diubah hingga menjadi sebutan yang berlainan seperti‘astaga’, ‘’astagaaaaa’, ‘astaganaga’ dan yang paling pendek istighfar yang diucapkan ialah‘astag..’. Dan ada juga yang melafazkan dengan sebutan yang salah iaituastaufirullahalhazim. Sebutan yang sebenar ialah"astaghfirullahal'aziim", iaitu huruf"ghain" bukan huruf "wau"

Yang mengecewakan, umat Islam sendiri yang menyebutnya seperti itu. Tidakkah anda terfikir apakah maksud yang anda ucapkan sedemikian rupa? Sejujurnya, saya sendiri tidak mengetahui maksud zikir yang telah diubah sebutannya melainkan yang telah diajar oleh Nabi junjungan kita. Ucapan—ucapan ini telah menjadi tabiat atau kebiasaan oleh orang sekeliling. Oleh itu, melalui risalah ini saya akan membetulkan apa yang telah menjadi tabiat atau kebiasaan yang tidak boleh diteruskan.

Melalui buku Indahnya Hidup Bersyarat karangan Dato’ Ismail Kamus, istighfar bermaksudmenundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan. Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana saja mereka berada. Firman Allah:

Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha pengampun lagi Maha mengasihani’.
(Surah al-Muzammil:Ayat 20)

'Selain memohon keampunan daripada Allah S.W.T, beristighfar juga adalah pembuka pintu rezeki seperti hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'anhuma ia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka."


Beristighfar adalah amalan yang dtuntut dalam agama Islam. Pelbagai hikmah yang diperolehi hasil daripada beristighfar iaitu dapat membanteras tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa, meningkatkan ketaqwaan diri, mendekatkan diri dengan Allah dan menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.

Photobucket


Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbetulkan ucapan lafaz istighfar kita mulai saat ini. Lafazkan istighfar yang bermakna. Usahlah dipermain-mainkan dengan sengaja. Dosa akan mengiringi kita jika kita sengaja menyebutnya dengan salah. Jadilah hamba Allah yang lidahnya sentiasa basah dengn berzikir kepada Allah. Semoga kita mendapat keampunan dan rahmat daripada Nya. Wallahualam.

Sumber : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat, (2009).klik sini.

Photobucket
______________________________________________________________
Amar Ma`ruf Nahi Munkar
______________________________________________________________
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 5:43 AM 11 komen Geng Comel
Labels: himpunan doa n zikir, Ilmu Pengetahuan, info Islam, inspirasi, muslimah, Muslimin, ucapan

Friday, June 3, 2011

Wajah Baharu Cik Blog

"Tinggal kenangan"
Assalamualaikum dan salam sejahtera suma!! Apa khabar? Harap semuanya sihat2 belaka.^^Oh ya..7 hari bt operation..dan inilah hasilnya.."caaaak!!!" Amacam? Best sgt main dgn blog ni..Buat tu..buat ni..Paling ak happy, da ble sikit2 bt design sendiri cuma blum mahir lg..Masih Sekolah Rendah lgni mo bt design,graphic n design sendiri..tgklah hasilnya..hehe..Hm, pada pendapat aku sendirilah, aku lebih suka design blog lama..Sebab?

Tema dia warna Ungu!! Warna menyala2..n Penuh semangat..Tp aku xkata aku x suka design terbaru ni..hehe..sudah tentulah suka..cuma kurg lah sikit dr si cik blog ungu
tu..Xpa2..(p/s: Aini..apasal ko ni pencinta tegar warna purple..??)


Apa agaknya ya part2 yg kena operate ni? kepala ke, kakikah..matakah, tgnkah, bibirkah..hm, kalau nak taw, baca post ni smpai habis k..(klu rajin mendgr kemengarutan akulah..)^^


Yang Pertama
Sudah tentulah background kan.. Pilihan pertama warna ungu..mati2 nak bt blog ni maintain ungu..tp hati ni lebih tertarik pd pinky background..(mY second fav colour after purple)..nak buat perubahn lah..namanya pun wajah baharu..ya sudah tentu baju pun baharu kan!

Yang Kedua
Cuba tgk header dia? Amacam? Pndpt aku sendiri, biasa2 jak..xpandai lg nk edit2 gmbr ni..haru biru dibuat..nak bt tu pun punyalah lama..(almaklum, bdk baru blajar)..napa pilih kartun? sebabnya aku dah minat..nak bt mcm mana..hehe.. Aku bt header tu gn paint ngn photoshop jak..tp sejujurnya paint bnyk membantulah..(dlm hatiku: nmpk sgt ko ni aini masih merangkak2 nak edit2 pic ni..masih gak gn paint..haha..) Sebenarnya..bnyk Header yg aku dah buat...Pic2 comel ni aku ambik dr site OwhSoMuslim..(Maaf pd editor sbb ambik pic ni n pandai2 p ubah)..Cuba usha pic di bwh ni..

Header 1
Header 2
Header 3
Header 4
Header 5 ( Menjadi pilihan hati ^_^)


Pastu Footer dia..Ada 2 footer..satu " senyum tak perlu kata apa2.." n satu g" Jika nakkan pelangi, kena bertahan dgn hujan"


(CSI, hope u still remember this..)

Yang Ketiga
Cuba tgk kat tajuk blog ni..ada nama baru..Actually sama jak, cuma dizahirkan dalam lambang bahasa yang berbeza..
Dulu: Penyejuk Mataku, Penghibur Hatiku.. Skrg: Cikgu Qurratu..

***Hakikatnya Nama blog yg dulu tu bersempena dgn mksd nama aku..n yg skrg ni, nama btul aku tp yg first name jaklah..

Yang keempat
Apa lagi ya..bnyk sgt smpai aku pun ble lupa..hihi..(mkn semut gak kah mcm cik syidah? jgn mrh ya chek!) Widget2 aku pun dah kurg..dah takda lgi aksesori2 Habib Jewel yang dipakaikan kat blog ni..klu dulu blink2..Aku dah buang blink2 tu sbb kacaulah..org nak klik lain, lain yg muncul..bila ada benda tu cursor pun xdpt nak melintasi tmbok pertahanan widget bllink2 tu..so, dgn senang hatinya..aku g derma aksesori2 tu balik pd tuan punya Habib Jewel..^^

Yang kelima
Lepas ni..xdalah org nak jemput2 korg masuk blog ni..drg dah pencen..xdpt nak cari pengganti..hehe..Pada yg nak follow..followlah..(xda unsur paksaan)
Photobucket

Yang keenam
Ha..Shoutbox pun dah berubah..ada pic muslimah yg memegang banner " Jom Borak".. Pic tu dpt dr Wan Hazel :)..thanks to him..^_^

Yang ketujuh
Floating button..Hm, nampak tak yg belah kiri tu..nmpk pelik jak kan..haha..aku pun gelak sendiri tgk hasil kerja aku..tiba2 lak aku rajin nak buat imej floating button sendiri..Serius lucu..tp aku puas hati sbb ini hasil kerja aku sendiri..aku dah usaha semampu yg aku boleh..Bt button ni memerlukan paint, photoshop n photobucket..photobucket tuk ambik URL gmbr..Cuba arahkan mouse ke arah gmbr..nmpk apa? ada rainbow rain kan..(p/s: I really care with the rain to being rainbow)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Yang kelapan
Hm, secara ringkasnya...korg mesti dah menyampah baca post ni kan? hehe..(aini! jgn buruk sgka..ALLAH x suka..)

side comment pun kena ubah sikit, cursor blog, ada favicon, ada icon kat tepi adress title blog bar, ada energy saving mode, icon bergambar pada home dan older/newer post,
Hm, itu jaklah yg plg ketara..

Akhir kata.. Kalau ada apa2 komen adalah sgt dialu2kan..Positifkah..negatifkah...Tp biarlah ayt yg ada budi sikit..Opps terlupa, ada lagi, signature aku bkn yg tulisan berangkai tu..tp kali ni siap ada cop rasmi lagi..tgk pic perempuan comel tu kat bwh ni..

Hm..oklah..Rasanya itu jak mo dicerita kali ni..Sebenarnya operaTion x settle lg..still ada yg ak nak improvekan..Banyak yg aku nak buat tp bnyk x jadi..fUH, sabar jaklah..( belajar bersabar k!)

Thanks to them sbb dah sediakan tutorial yg baik punyer..Thank You so Much!!!!
Lyssa Secret, Wan Hazel, Cik Edriena Hazelina, n Mommy Pinky





Photobucket
______________________________________________________________
x sabar nak post entri baru..nantikan entri Islam yg terbaru ^_^
______________________________________________________________
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 9:55 AM 2 komen Geng Comel
Labels: cerita kami, ucapan

Saturday, April 30, 2011

Nak Masuk Matriks?



Tahniah buat adik-adik yang berjaya diterima masuk ke Matrikulasi..

..Sebagai seorang ex-senior yang telah menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan dlm Sains Hayat(ceh,) ni akak nak cerita skit..Buat adik-adik yang tengah keliru nanti nak masuk aliran mana satu,lepas baca perbezaan antara 2 kos ini, buat keputusan baik2..fikir masak2..tanya hati dan minda..buat solat istikharah..okay? Jum!!

Sudah terang lagi bersuluh subjek membezakan antara budak hayat dan fizikal ialah Bio dan Fizik.kalau masuk sains hayat,subjek yg Wajib ambil BIO,MATHS dan CHEM. Kalau Sains Fizikal, subjeknya FIZIK,MATHS dan Chem. Pastu,intai-intailah result SPM kamu haritu,Tgk mana subjek yg menunjukkan keintelektualan kamu.. Maksud akak, score mana yg lebih baik..Kalau Bio dapat A,Fizik B,go for sains hayat .. Kalau dua-dua dapat A,tengok Maths dan Add Maths korang..Kalau A jugak,go for sains fizikal..

Mana satu senang score ?

Yang nie bergantung pada individu juga lah.. kalau dh minat mmg senang score laa..tak kira kau budak hayat or fizikal.. kalau kau minat fizik,memang kacang je lah walaupun satu sem tu ada 15/16 chapter kena pulun but since kau dh minat bnda tu jadi sgt senang.. sama juga ngan budak hayat..Apapaun kenalah study smart OK! Jangan bnyk buang masa n tension2 k..yG penting jujur n usaha..Rajinkan diri bertanya pada pensyarah bab2 yg x paham..jgn risaulah, pnsyrh kat matrik x makan org..hehe..Time kuliah plis jgn tidur..n pliz FOKUS k.. jgn terikut2 kawan yg cuba bawa anda ke gejala yg tidak baik especially Lelaki..


MySpace
p/s : adakah adik kembarku Qawie n Qawiem bakal terpisah buat sementara?
Qawiem, kalau dah masuk matrik nanti kena kuat ya dik..akak x sempat nak jumpa b4 ko g daftar..take care
Qawie, kalau masuk form 6 blajar baik2 ya..
Kesian dorg..sorang jak yg dpt tawaran matrik..
Walau mereka BELAJAR dan berada di mana pun semoga berjaya..




Pada yg dpt Kolej Matrikulasi Labuan..jgn segan silu nak klik link ni..
http://www.kml.matrik.edu.my/weblog/?p=5568






Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 10:14 PM 2 komen Geng Comel
Labels: Ilmu Pengetahuan, inspirasi, ucapan

Wednesday, August 11, 2010

salam Ramadhan Al-Mubarak

11 0gos 2010...
Hari ini umat islam di seluruh dunia menunaikan salah satu rukun Islam " Berpuasa di bulan Ramadhan". First day, memang agak meletihkan saya. Hm, tambah2 lagi ada kelas pendidikan pergerakan..memang penat..tapi Alhamdulillah, kami dilepaskan awal oleh pensyarah kelab hoki..jadi dapatlah tidur sekejap..kira2 jam 5 g2 bangun, solat asar pastu p bazar. sesaknya bazar ramadhan ni..malas da nak p esok..pas berbuka dgn nasi ayam yang agak masin dan air mangga saya pun bersiap p mandi, solat magrib n trus p terawih..
hm, syok2 mengarang tiba2 roomate sound.." kerja puan wak chu da siapkah?" Hm terus teringat plak assignment lain..assignment kb, kmt, psv, ff dll. Waduh! K, lah mo buat assignment dulu..salam ramadhan. Puasalah kerana ALLAH bukan kerana nak raya je..
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 7:53 AM 0 komen Geng Comel
Labels: cerita kami, ucapan

Wednesday, November 25, 2009

selamat hari raya Aidiladha

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..Tahun ni aku x blek raya kat kampung..aku raya dengan SAHABAT2 AL-IRFAAN Ngn pnsyrh2 yg x blk kg. First time ni x raya ngn keluarga..tapi x pa..cari pengalamn...mlm ni startlah program sambutan hari raya AIDILADHA..aKu bertugas under AJK PUBLISITI N FOTOSASI..alaa, yg ambik2 gmbar tu..yg promote iklan..ni pun first time bertugas under ni..maw tukar2 angin..namanya maw cari pengalamn..hm, buat kwn2 aku kat Tawau..jaga diri ya..saudara maraku yg tersyg, jgn lupa kirimkn aku baju raya..hehe..gurau jak..ni ada tazkirah untuk renungn semua..Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang bangun pada kedua malam dari Raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan ikhlas, kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada saat hati semua orang telah mati". (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Umam
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 7:38 PM 0 komen Geng Comel
Labels: cerita kami, ucapan

Sunday, January 4, 2009

Salam mAal HijaraH 1430H

Di lembaran tahun baru ni kuatkanlah hati wahai para muslimin dan muslimat..Sesungguhnya, kesilapan yang pernah dilakukan merupkan jalan utama menuju kejayaan. itupun klu ada buat silaplah..manusia x ada yg sempurna..mesti ada buat silap kan..binalah aZam yng akan membangunkan kita bukan menjatuhkn..Apa aZam tahun Baru koRang ya??
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 4:21 PM 0 komen Geng Comel
Labels: cerita kami, ucapan, ukhuwah
Subscribe to: Posts (Atom)
shoutbox icon
BIODATA SAYA
Qurratu `Aini binti Jumaan
Tawau, Sabah
Sweet 23
Bakal Cikgu 2016
Memantapkan team Netball IB 2014..
99 KEKASIHKU
Image Hover Effects @ JellyMuffin.comJellyMuffin.com Glitter graphics and flash generators
TERKINI DARI GAZA

Geng Comel

Photobucket
 
SECEBIS INGATAN

Mengadulah kepada ALLAH.. Ambillah wudhu kemudian mengaji.. Sesungguhnya Al-Quran adalah penawar bg orang yang beriman. Tiada gunanya kita mengadu sesama makhluk. Minta doa kepada ALLAH agar tabah menghadapi semua masalah..InsyaALLAH ~Cikgu Qurratu~





TINTA-TINTA ILMU
  • ▼  2014 (1)
    • ▼  February (1)
      • Doodles Video 1 : Kawan
  • ►  2013 (14)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  February (7)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (18)
    • ►  December (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (7)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (33)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  August (13)
    • ►  July (3)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (45)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (15)
    • ►  March (12)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
CERITA TERBAHARU
get this widget here
MY BLOG LIST
  • Tinta Islami
    Swagbucks: (GPT)
    9 years ago
  • سماي كباءيقن تواي كريضاءن
    Amal yang Hilang
    10 years ago
  • Unit Kokurikulum IPG KBM
    Perhimpunan Unit Beruniform Bil 2/2016
    10 years ago
  • "Art Is Pleasant... "
    SOFTWARE FOR YOU from someone blog, credit to him, (BUT THIS IS ALL PIRATE, SO GLUCK)
    12 years ago
  • ~:\ NuKiLaN KeHiDuPaN /:~
    TeRoMPeT IsRaFiL DiTeMui NASA (hanya teori)
    13 years ago
  • KERANAMU BEGITU BERHARGA
    JANGAN SELALU TIDO LEWAT
    14 years ago
  • Nisa' Kawasan Tawau
    Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video
    14 years ago
  • ...RaKaN SuRau aR-RaSHiDiN...
    Pertandingan MuslimSmart Production
    14 years ago
  • Sahabat Al-'Irfaan
    adab menguap~~
    14 years ago
  • Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
    Data penipuan dalam otak manusia
    15 years ago
  • Alumni Irfaan
    Sejarah Tercipta
    15 years ago
  • Laman Rasmi JPP IPG Kampus Bahasa Melayu
  • ♥World Of FRENZZ♥
BLOG SAHABAT
  • LUKISANHATIE NAIEN
    :: Terakhir ::
    8 years ago
  • apabila paan menulis
    Home Tuition Tanjung Malim
    10 years ago
  • ~assyifaa'~(^^)~
    Cerita cinta sikit..eh.
    12 years ago
  • MisEyz BLurz
    Senangnya kalau jadi seorang guru
    12 years ago
  • Taste Of Life
    Because He Is A Muslim
    13 years ago
  • :: CIK DOI PUNYA CERITA ::
    Kalau tiap hari nak seronok, bila masanya kita nak rasa susah?
    13 years ago
  • Indahnya Islam...adakah aku mensyukuri nikmatNYA?
    Mari Belajar Al-Quran
    13 years ago
  • farisukimi =)
    Pakej Fotografi Perkahwinan FP
    13 years ago
  • Khalila Is Khalila
    Haram Ke Tak Haram Ni?
    13 years ago
  • Aku Seorang Cikgu
    Bahan Mengajar 4 : Panduan Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR
    13 years ago
  • BicaraKu,Dari Hati
    #Cuti=KehidupanSebagaiStudent
    13 years ago
  • KASIH PENAWAR
    14 years ago
  • SentapHatiMakNak [dot] com
    SentapHatiMakNak : Kek Buat Kawan
    14 years ago
  • ❀ nzee_zara ❀
    J.A.D.U.A.L E.X.A.M :)
    14 years ago
  • "KAMI DELEGASI PENCETUS REVOLUSI, MEDIUM KEINTELEKTUALAN TERCIPTA"
    14 years ago
  • Selembut Kasih Hawa
    15 years ago
  • Konotasi Si Pencinta
  • Hijazie Zikrullah
  • iedaya's life
  • SuKa - SuKi
  • ♥
  • PPISMP 3E - kita berjalan bersama-sama, menuju yang Satu
  • Kerana namaku SHARIFAH .....
  • Dewi_Syifa
  • c!k EmMa OraNg UtaRa nak habaq Ma!
  • AkHbAr
  • nukhilan anak mama
  • nadia nabilah

Umur Blog

Daisypath Friendship tickers

Apa kata Hati?

Apa kata Hati?

Mereka..^^

Cikgu Q-ratuaini~. Powered by Blogger.
Semua yang tertulis dalam blog ini hak ALLAH..kLu nak copy, silakan^_^