Lama tak update blog ni.. Disebabkan kekangan masa dan komitmen lain, blog ni terpaksa dibiarkan sekejap.
Sekarang dah masuk tahun baharu. Macam-macam berlaku.. Kisah suka duka mewarna Bulan Januari ni. Baru sebulan, dah macam2 kisah terlakar indah dan pahit.
Dengan bermulanya tahun baharu ini, saya dah rasmi bergelar sebagai Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Guru. Alhamdulillah.. Syukur ya ALLAH.
Tapi....
.
.
.
.
.
.
.
Kisah duka lebih bnyak terlukis tanpa bicara, tanpa diingini.. Berlaku juga.
ALKISAH 1 : Laptop SAKIT
Mula-mula laptop kesayangan ini rosak. Sebab belum diketahui lagi. Sebab akan diketahui bila elaun sdh keluar.. Mudahanlah laptop tu boleh dibaiki. Terlalu sayangkan laptop tu. Dah nak 3 tahun laptop tu sy GUNA.. Dugaan betul.. Tugasan banyak, tapi x dapat buat kerja. Perasaan bersalah pun ada. Laptop tu pemberian ayah.. Tapi sy dah rosakkan secara x sengaja.. T_T
ALKISAH 2 : Si merah
Bila ingat si merah ni, terfikir.. xpa aku dah ada back up.. Tapi harapan itu hanya harapan rapuh. Bilamana si merah "Hard disk" pun sakit. Semua folder dalam hard disk tu jadi shortcut. Maknanya ada virus lah tu. Fail jadi hidden. Yang x tahan tu folder assignment yang hilang. Harap2 dapat jumpa balik lepas format back up nanti.
ALKISAH 3: Gagal 2 kali dalam masa seminggu
Gagal 2 kali.. Memang terukkan? Ya, saya memang teruk. Minggu ni saya ada 2 tugasan.
Tugasan yang pertama ialah tugasan Huraian Sukatan BM KBSR. Kami dikehendaki membuat sesi p dan p. Maka dengan semangatnya sy dan rakan-rakan merancang aktiviti. Aktiviti memang seronok hinggakan pensyarah yang garang pun ikut gelak dan tersenyum melihat telatah kami. Dan inilah kali pertama saya menyanyi di hadapan kelas. Mengajar kanak-kanak melalui lagu dan gerakan. TAPI....Aktiviti ini gagal menepati objektif pembelajaran. Owh~Bercakap di hadapan bagai nak rak, macam dah lulus.. mcam dah lama jadi cikgu tp result = 0.. T_T
Tugasan 2 pasal Kaedah Pengajaran BM sekolah Rendah. Kali ni kami kena buat sesi p dan p berdasarkan teori transformasi generatif. Aktiviti ni lebih kepada teori ni, jadi pendekatan yang digunakan adalah pendekatan deduktif. Jadi ajarlah macam mana nak buat ayat tunggal dan ayat majmuk. Siap bagi rumus lagi, bgtaw subjek dan predikat, jenis kata hubung n aktiviti yang mlbtkn pembinaan ayat majmuk. Memang ada kesilapan kami. Bila ayat yg diberi x sesuai. Selesai sesi p dan p, lecturer cakap mcm ni.. " teori itu ada, dan pendekatn deduktif itu pun ada... cuma anda masih belum punya kemahiran menyampaikan sbg seorg guru.." Dush! Satu hentaman hinggap di kepala rasanya. " Masih belum punya kemahiran" itu yg rasa down sangat. Sy try fikir positif, ambik pengajaran jangan putus asa. ini baru permulaan.. Namun, dalam proses sy membina semangat diri tu..TIBA-TIBA 2 orang classmates saya melihat saya lalu menggelakkan saya. Apa tujuan mereka?! Memang lepas tu, semangat ni hilang. Namun xda siapa yang tahu.. Tahu pun bila kolam mata ni menumpahkan airnya..Saya x nak tunjuk kt orang saya sedih tapi mata ni tak habis2 mengalirkan air mata. Semakin ditahan semakin deras. Dalam masa yang sama.. masalah2 yg berlaku bermain di minda..Laptop..hard disk..T_T
ALKISAH 4 : NAWAK
Tak habis masalah yg di atas tu, wujud lagi masalah baharu. ALLAH.. Besarnya ujianMU ya ALLAH. Saya pun pelik macam mana benda ni boleh jadi.. Kalau tengok dari awal, sebenarnya isu sebegitu tidak wujud. Xda masalah sebenarnya, tapi dibesar-besarkan.. Dan bila ada masalah begini, nama ini turut dikaitkan.. Seolah-olah saya punca masalah.. Sedarlah.. siapa sebenarnya yg membesarkan masalah? Sy x nak cakap, biarlah dia sedar sendiri. Bila diingatkan cakap saya menyibuk..bila saya beri pendapat kata saya ni pembangkang.. xda pendirian.. sombong.. Minta maaf.. ada saya kata yang saya BANGKANG?! Bila masa pula saya sombong? Yang korang terasa apa hal.. Sombong macam mana tu? Saya masih respect organisasi yang ada. Bukannya bertindak melulu dan mentafsir bukan2. Sy ada sebab tersendiri. Biarlah sy luahkan di sini sebab kalau saya explain kau xkan dengar. Tahu bercakap dan mengarah sahaja. dan menjatuhkan kawan sendiri.
1. sY ingin memudahkan perbincangan.
Sebab: Kalau perempuan dengan perempuan senang nak bincang. Boleh bincang dan buat kerja di asrama sampai lewat malam. Kalau satu grup dengan lelaki payah nak bincang.. Tapi bukan smua lelaki xboleh dibawa berbincang. Saya masih ingat lagi seorang kawan saya, yang sanggup korbankan kreditnya untuk berbincang dengan kami (sy dan seorg kwn perempuan sy) dlm jarak jauh di mana kami d asrma perempuan dan dia di asrama lelaki, padahal petang tu kami dah bincang. Malam tu kami bincang lagi. Nampak komitmennya di situ.. Perbincangan tetap boleh berlaku andai ada "komitmen'' di situ.. Komitmen yang dimaksudkan.. sedar akan tanggungjawab tanpa perlu ditegur dan diingatkan.. Dah 3 sem, x cukup lagikah pengalaman membuat tugasan? Xkan x sedar-sedar kesilapan diri. Nanti bila ditegur kata orang sombonglah, berlagaklah., minta pujilah, memandang rendahlah...bila tak tegur cakap pentingkan dirilah, asyik nak dalam geng sendirilah.. apasal x tegur, kalau taw org salah tegurlah.. Maaf sngt2, dah penat mulut ni bercakap ok.. Tapi kata2 tu macam angin lalu sahaja. Setakat ni, geng perempuan semua okay. Tapi pelik bila ada yg terasa.. Pelik..pelik.. yg sepatutnya terasa x terasa pulak..
2. Untuk keadilan
Apa yang saya maksudkan dengan keadilan? Keadilannya, sama2 boleh buat kerja.. sama2 senang hati buat kerja.. Jadi xdalah yang buat kerja terlebih dan terkurang.. sy dah serik kerja dgn org yg x bagi komitmen.. Adakah itu yang dikatakan sombong? Orang berhempas pulas dan ahli lain sedap jak tidur..
3. Keikhlasan
Bila dah wujud ketidakpuasan hati.. maka keikhlasan yg dibina hancur berkecai. Ikhlas itu sulit dan bukan mudah untuk ikhlas.. Ini satu usaha.
4. Pengajaran
Rasalah nikmat membuat assignment dan nikmat berjaya atas usaha bersama. Bukan atas usaha sendiri.. dan juga bukan atas usaha orang lain.. Kalau x paham boleh tanya ya,,
Pandai jak cakap "BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH" aPa buktinya.. Ko tu yng memanaskan keadaan. Rileklah bro.. Kalau ko tak taw apa2 jangan cepat buat kesimpulan sendiri. Ko ada tanya aku kah? Tiada kan.. Alaa, dari dulu lagi memang begitu, Bila ada masalah terus aku kena cap "PENJAHAT" tERima kasihlah title tu. Dengan orang lain aku xda masalah, dengan kamu jak yg ada masalah. Sebelum ni aman damai jak aku hidup dengan mereka di zaman remaja. Xdalah nak kecoh2 macam ni.. Nama jak paling senior tapi mcm budak2! begitukah cara menyelesaikan masalah yg x pernah wujud ni.. haha..masalah ni xakan pernah habis jika pencetus dan pembesar2 masalah ni x leraikan masalah ni..
Sejujurnya..bila sy kenangkan masalh num 4 ni memang sy terharu dan sedih.. Di mana silapnya saya?? Dipersalahkan atas perkara yg kurang jelas.. Ya,saya akui, saya bukan anak yang baik..kawan yang baik..kakak yg baik.. guru yang baik dan juga bukan hamba ALLAH yang baik.
Ya, saya sedar itu..
JAWAPAN KEPADA PERMASALAHAN DI ATAS:
JAWAPAN 1 dan 2 :
Laptop rosak pasti ada hikmahnya. Jadi xyahlah habiskan masa depan laptop dengna on9 jak. Lepas tu, bila difikir2 balik.. itu harta dunia.. pinjaman semata.. ALLAH dah tarik balik pinjamanNYA.. Itu semua ujian kan.. Tanda kasih ALLAH. ALLAH nak ingatkan kita balik apa kesilapan ita. Untunglah masih boleh berfikir.
JAWAPAN 3:
sAya dah dapat terima kenyataan gagal 2x. Sesungguhnya manusia setiap hari akan mempelajari ilmu baharu. Ilmu boleh didapati dgn pelbagai cara. Sama ada melalui petanyaan, bacaan, teguran dan ejekan orang. Terserah kepada diri sendiri untuk menilai dan menerimanya.. Pesanan untuk diri " GAGAL ATAS USAHA SENDIRI LEBIH BAIK DARIPADA BERJAYA ATAS USAHA ORANG LAIN" =)
JAWAPAN 4:
Kawan yang baik ialah kawan yang sering menasihati kawannya sendiri bukan menjatuhkan sesama sendiri. Yang penting ALLAH tahu apa yang aku fikirkan.. Tidak sejahat seperti yang disangkakan mereka. Semoga mereka bahagia.. Jadi bila ada org bertanya dan memberi pendapat jangan cepat melatah.. kalau tak, jadilah isu macam ni.. SALAH FAHAM SEMATA! Sekadar cadangan, banyak lagi cara untuk bina ukhuwah dan perpaduan.. Bukan dengan "cara" itu semata.. Jangan jadikan alasan itu ya. Pesanan untuk semua.. "Ikatlah kata-katamu dgn akal dan ilmu kerana hamburan kata-kata tanpa kewarasan, ibarat anak panah yang terlepas dari busur tanpa kawal, mungkin menikam mereka yang tidak berdosa." Apapun saya MINTA MAAF SANGAT-SANGAT JIKA SELAMA NI SAYA BUAT PERKARA YG MENYAKITKAN HATI. KALAU ADA TEGURLAH, JANGAN FACEBOOK IT. JANGN PENDAM DALAM HATI. JUST TELL ME. SAYA JENIS ORANG BOLEH MENERIMA TEGURAN.. KAWAN ADALAH CERMIN DIRI KITA=).. Memang betul kita kena belajar menerima kekurangan orang lain..tapi jangan sampai orang lain ambik kesempatan atas diri kita.. peace no war..=)
Sejujunya mood masih sedih. Hanya ALLAH yang tahu betapa sedihnya diri ini. Try to build self-motivation.. Yakinlah AIni.. ALLAH selalu ada untukmu.
p/s: Terima kasih to my roomate sbb pnjamkan laptop n broadband untuk update blog ni..
0 komen Geng Comel:
Post a Comment