dan selamat Sejahtera semuanya.. Apa khabar.. Diharapkan semuanya baik..
Hari ini Cikgu Qurratu akan menggunakan kata ganti diri "Aku". Maaf jika nampak kasar..
Pagi tadi seorang sahabat saya menghantarkan pesanan ringkas lewat handphone usang yg telah bnyak berbakti padaku.. SMS itu berbunyi..
Jawabku:
Responsnya lagi:
Nampaknya sahabatku itu memahami jawapan itu. Alhamdulillah..
Siap bagi motivasi lagi. Sejujurnya, aku sgt merindui kamu.. Yang sentiasa memberi
teguran dan nasihat dengan nada intonasi yg menenangkan.. Dan penuh hikmah..siapa2 sahaja yg dengar pasti akan dapat mencairkan tembok besi sang EGO.. Aku masih ingat lagi bagaimana kamu mengenalkan kepadaku apa ertinya "SAHABAT".. dan juga apa ertinya "ISLAM"..
Kini..kita terpisah jasad..demi meneruskan perjuangan dan cita2 masing-masing..dan kini ALLAH perkenalkan kepadaku SAHABAT yang BAHARU.. dengan suasana yg BAHARU..
Kisah baharu pun banyak.. Di sini.. aku diperkenalkan sekali lagi erti "SAHABAT" melalui
sikapku sendiri yang kamu katakan mengecewakan.
Buat mereka, aku sedar. Banyak kesilapan yang aku lakukan. Banyak yang aku lukakan..Tapi percayalah, tindakan ku dan yg turut bersamaku bersebab.. Bukan untuk kepentingan diri semata..
Sahabat-sahabatku..
Semua orang pasti nakkan yang terbaik. Tp aku menyedari tindakan ku itu telah melukakan hati kamu semua. Kita tidak akan bahagia dengan kejayaan kita andai ada insan yang terluka.. yang ko rasakan terbaik untukmu, itulah yang melukakan mereka.
Sahabat-sahabatku..
Ya, aku pentingkan diri. Aku sedar, kita x boleh fikir diri sendiri sahaja. Kamu semua adalah yang terbaik. Peranan diri itu penting bagi menguruskan dan menjadikan sesebuah kumpulan itu terbaik.. Ingat sahabatku, kita di sini bukan untuk bersaing sesama sendiri tapi untuk bersama-sama berjuang mendidik diri agar dapat melahirkan lagi insan berguna. Niat awalku yg inginkan yg terbaik sbnrnya bukan utk aku sahaja, tp untuk kamu juga. Bagi yang malas, pasti akan rajin sebab di situ kamu ada peluang untuk kamu. Bagi yang selalu buat kerja lebih, pasti dapat meringankan. Bagi yang x komitmen, pasti akan komitmen sebab tiada yang lebih komitmen melainkan diri kamu sendiri.. itupunkalau sedar..Semua orang akan bertanggungjawab jika diberikan tanggungjawab kan..
Sahabat2ku..
Aku akui aku salah.. Bahayanya lisan dan susunan aksara kan? Macam mana boleh membahayakan?
SEBAB..
Tidak semua suka dengar..Tidak semua boleh faham..Tidak semua boleh menilainya..
Hinggakan ada yang terasa..terluka..dan bersengketa sesama sendiri..
Insiden itu buat aku serik untuk memberi pendapat atau bertanya lagi kepada kamu. Tidak sangka pertanyaan boleh mencetuskan kemarahan sebegitu. Masing-masing mempertahankan diri.. Untuk apa sebenarnya? Malah ia meranapkan kasih kita. Tapi, demi pertalian sahabat itu, aku sanggup mengalah.. Takpa.. biarlah aku rendah.. Biarlah kamu anggap aku jahat. Biarlah semua sangkaan negatif itu hinggap di diriku.. biarlah.. aku tidak kisah semua itu.. asalkan kamu puas dan gembira. Semakin kamu benci aku, semakin aku sayang kamu. entah kenapa. Itulah kuasa ALLAH kan.. ALLAH nak tunjukkan, betapa hinanya diri ini. Betapa baiknya kalian kan..
Sahabat-sahabatku..
Kalau dulu aku akan menangis bila hadapi masalah sekecil kuman.. Tapi kini aku gagah menahan diri daripada menangis..menghadapi semua ini.. Tapi, sejujurnya, aku bukan suka2 untuk menangis.. bukan tanda kelemahanku..tapi cara aku memperoleh balik kekuatanku.. Hanya ALLAH yang tahu sebab aku menangis..
Kalau dulu, aku akan marah bila orang tuduh benda atau perkara yang aku tak buat.. Memang akan marah.. Tapi sekarng, aku tersenyum mendengar tuduhan, kutukan dan hinaan.
Sebab aku yakin, kebenaran akan muncul juga tanpa pertelingkahan dan perdebatan.. Jika aku marah, pasti kebenaran pun x sudi melihat aksi memalukan itu.
Kalau dulu, aku akan komplen, dan bising jika x puas hati dengan kamu. Tapi sekarang aku x akan bisig lagi. Kerna yang aku ingat hanya kesalahanku kepada kamu semua.
INI SEMUA KU LAKUKAN ATAS NAMA SAHABAT..
BUKAN UNTUK MENCARI SIMPATI
Aku tahu ada yang cakap aku minta simpati..aku berlagak baik.. Sombong..Tak apa.. Itu hak kamu..=)
Aku sedar..semua kekuatan itu datangnya dari ALLAH.. Melalui kamu semua..
Pintaku, janganlah kamu putus asa mendidik dan mengenal insan hina sepertiku.. Apatah lagi mengorbankan kejayaan dek secebis dendam di jiwa.. dek sezarah virus malas..Jangan sekali-sekali..
Marahku hanya di bibir.. tidak akan sampai di hati.. Sebab hati ini dicipta bukan untuk membenci insan lain.. tapi menyimpan segala yang berharga, indah, dan tentu sekali untuk menyayangi..
Jadi wahai teman.. Aku mohon..
Jika aku silap..
Tegurlah aku.. Bukan memalukan aku.. dan juga bukan memalukan diri sendiri..
Jangan sampai ada jurang sekecil kangkang semut pun antara kita disebabkan kesilapan ku.
Jika aku salah..
Nasihatlah aku.. Bukan herdik atau sindiran yang ku minta..
Kerna, dengan cara itu kita tidak akan puas dan bahagia..
Jika aku mengecewakan..
Ingatkanlah aku siapa.. dan kamu siapa..
Kerna aku ini manusia, sering membuat kesilapan..
Sering gagal melawan godaan syaitan laknatullah.. Astaghfirullahalazim..
Jika x mampu tegur berhadapan,
Hantarlah SMS, email..
InsyaALLAH aku akan terima..
Janganlah gunakan laman2 sosial untuk kamu luahkan kemarahan kamu kepadaku.. Sebab apa? Nanti aku tidak tahu yang aku ada melakukan kesalahn..
Nanti aku tidak sedar yang aku ini hamba yang hina..
Nanti aku tidak faham betapa jahatnya diri ini..
Dan sudah tentu, tidak ada peluang untuk aku merubah dan menggores sikap negatifku, jika aku xtahu..
Ya, aku bukan budak-budak lagi.. sudah tahu mana yang baik dan mana yang buruk..
Perlu sedar sendiri.. Begitu juga kamu..
Tapi..alangkah indahnya jika hidup kita saling nasihat-menasihati..
Bukankah itu dapat menyubur ikatan antara kita semua..
Permintaan terakhir dariku..
Maafkan aku.. Apa yang aku luahkan ini bukan dusta semata.. bukan karangan cerita lagenda.. bukan hikayat dongeng.. tapi inilah diari hatiku.. yg ku hamparkan di atas blog ini..Terpulanglang sama ada hendak percaya atau tidak..
Maafkan aku... Maafkan aku..
Akhir kata.. Ujian ALLAH tanda kasih pada hambaNYA.. Jangan mengeluh tapi bersyukurlah.. ALLAH itu Maha Penyayang..
Belajarlah untuk memberi..bukan menerima sahaja..
pastikan yang diberi itu tidak mengecewakan penerimanya..
KEBENARAN TETAP AKAN MENDAHULUI YANG DUSTA, SEMOGA BERPUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN ITU..
Pesanan untuk DIRI SENDIRI:
"Ikatlah kata-katamu dgn akal dan ilmu kerana hamburan kata-kata tanpa kewarasan, ibarat anak panah yang terlepas dari busur tanpa kawal, mungkin menikam mereka yang tidak berdosa.
p/s: Thanks to N.AtQ.S 4 the advice.. Alhamdulillah..Saya lebih tenang dan tabah..Begitu juga buat Zara dan Nadia.. Sentiasa ada di masa susah dan senang..Dan memperkenalkan ERTI SAHABAT..=)
Assalamualaikum aini..
ReplyDeletemoga kuat ea..
ce renung kata-kata Hilal ne..
selalu sy jdikan motivasi utk diri sndiri bila ada mslh dgn teman2...
"Bukan semua org faham bkenaan ukhuwah.
Ya, kita sayang sahabat kita tapi, apakah sahabat kita faham makna ukhuwah seperti yang kita faham?
Kalau kita faham bahawa makna ukhuwah tertinggi adalah itsar (melebihkan sahabat daripada diri sendiri),
apakah sahabat kita juga faham perkara yang sama?
Kalau sahabat kita faham, apakah dia kuat untuk menggerakkan kefahamannya dalam amalan?
Jangan harapkan apa2 daripada sahabat kita.
Memang kita perlu korbankan masa kita untuk sahabat kita..
Kita korbankan jiwa kita untuk sahabat kita..
Kita korbankan harta kita untuk sahabat kita.
Kita korbankan apa sahaja. Semuanya untuk ukhuwah yang kita bina kerana Allah.."
smoga, semuanya kembali pulih. :)
Terima kasih tiQa.. InsyaALLAH..Tapi aku punya harapan tentang mereka.. Berharap mereka akan berubah dan jadi lebih baik..Lebih matang.. Bukan mencari kesalahan orang semata tnpa sedari diri sendiri pun buat silap dan selidik. Apapun, terima kasih Tiqa.. Alhamdulillah..
ReplyDeletesahabat umpama keluarga....semoga kita beroleh sahabat yang menyayangi kita :)
ReplyDelete