Assalamualaikum dan salam Pandu Puteri.. Opps.. Salam
sejahtera. Tersasul kerana aura-aura sebagai ahli Pandu Puteri Kadet yang hebat
masih membara. Haha..
Pernahkah
mendengar perkataan kad segera? Selama ni makanan segera adalah. Mungkin kami di IPG KBM yang menghasilkan kad
segera. Hehe.. Padahal mungkin saya jak yang buat kad last minute. Kalau tak
kerana terlalu sibuk mungkin sudah siap. Mungkin. Haha.
Baiklah, sempena Hari Peringatan
Sedunia Sabtu ini, pemimpin-pemimpin Pandu Puteri Kadet meminta agar kami
membuat sebuah kad kreatif secara individu
dan kad besar secara berkumpulan. Kemudian, kad-kad itu akan dikirim ke
IPG di seluruh Malaysia sebagai tanda sokongan kepada Hari Peringatan Sedunia.
Apa yang menarik, tema Hari Peringatan
tahun ini adalah isu semasa yang hangat diperkatakan di Malaysia. Jelaslah
bahawa, Penubuhan Pandu Puteri ini banyak menerapkan impak positif dari dalam
hinggalah keluar.
Inilah hasil kad Segera saya.. Nampak
sangat hasil “1 malamnya”.. huhu.. IPG manalah yang ‘bertuah’ dapat kad ni. IPG
Tawau? IPG KKRI? Haha. Apapun saya
berharap agar mesej yang ingin sampaikan dalam kad tersebut dapat dihayati
lebih-lebih lagi sebagai seorang guru dan insan yang mempunyai nilai kehidupan.
Muka hadapan. Buruk gila susunan. Credit doodles Fiz Graphic. Tak sempat nak buat doodles sendiri. Lepas ni ada tak doodles segera? Maybe..haha |
Cover belakang |
Muka surat 1 |
Muka surat 2 |
Kata-kata yang ringkas tapi bermakna. |
Muka surat terakhir |
muka surat terakhir |
Muka surat Terakhir |
sampul surat.. |
Jika kita mampu jadi guru yang baik, tidak mustahil untuk
kita menjadi pemimpin keluarga mahupun negara yang baik. InsyaALLAH.
Tema :
Together we can save children`s lives (MDG4) & “Every mother’` life and
health is Precious”
“ Menyelamatkan Nyawa Kanak-Kanak” & “ Kehidupan Dan Kesihatan Setiap
Ibu Sangat Berharga”
Sebagai
ahli Pandu Puteri Kadet, kami mesti mengamalkan 2 cogan kata ini, Tolong Orang
Selalu dan Selalu Sedia.. Suci murni sahaja cogan kata ni. Lebih cantik kalau
dapat diamalkan.
Ceh, macam ayat promote Pandu Puteri pula. Haha.. Maklumlah
ketua AJK Dokumentasi..haha.. Tak adalah.. Apa yang baik kita kongsikan
bersama. Sentiasalah melihat yang positif pada sesuatu perkara walaupun hanya
sedikit kearan fikiran positif mampu menjadikan diri kita lebih maju, bahagia
dan berjaya. InsyaALLAH. Doakan kami AJK Dokumentasi Pandu Puteri Kadet IPG KBM
2013/2014 dapat menghasilkan buletin pertama kami.
Akhir kata,
kasihilah kanak-kanak seperti Rasulullah S.A.W mengasihi mereka. Sesungguhnya
kanak-kanak adalah ahli syurga. Marahilah mereka kerana kasih sayang tetapi
elakkan memarahi mereka kerana benci. Dan Jangan derhaka panda bondamu, kelak
akan menyesal d pusara Ibu.
Sekian, salam sayang buat yang mengenali.
0 komen Geng Comel:
Post a Comment