Perkongsian untuk semua..
13 Alasan Wanita Tentang Aurat
1. Semua
yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti,
tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung
labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis
tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan
perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”.
Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya
baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah
kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak
tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk
pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau
Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul.
Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau
kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau
mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia
sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai
jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau
berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang
tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa
apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau
tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau
kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah
ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin
kau masuk syurga?
8. Sukahati
kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau
sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan
menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur
dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang
kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani
cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah
Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami
pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk
disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup
patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan
kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak
mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat
nanti.
12. Takkan
nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke
cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi
nyawa aku.
13. Tutup
aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau
begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam
Sumber :
Facebook
Aku juga wanita seperti kalian. Masih belum terlambat sayang! Lakukan perubahan.. Utamakan pandangan ALLAH.. : )
0 komen Geng Comel:
Post a Comment