Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Jangan manjakan diri!



Hari ini masa pertama kuliah ialah permainan padang. Pensyarah yang bertanggungjawab memberikan titis-titis ilmu sebagai bekalan sebelum kehausan ialah EN.SELVA.

Apa yang aku nak kongsikan hari ni suasana kelas kami di awal pagi. Bila sahaja sampai padang, memang ramai yang tak datang lagi. En. Selva pulak baru tiba di padang..Wktu kejadian 7.53 pagi..Ada 7 minit lagilah sebelum start kelas..

Seperti mana yang kita ketahui, sekarang ni musim tikaynep (Apa tu? Search dlm google..hehe. Kalau tak nak, baca jak bawa ni)


Jadi ramailah yang tak berapa nak sihat.. Ada yang demam, ada yang batuk, ada yang selsema n ada jugak sakit mata. Aku sendiri pun turut terexpose dgn virus2 cinta si Romantika demamo dan virus kasih sayang dari si prince coughlove.

Jadi, pagi2 dah sukan..Bak kata En.Selva " Kalau sy demam, sy akan lari..Biar peluh2 penyakit akan keluar.." Dengan penuh semangat (kepala dah pening+ batuk+fever), aku pun menyahut kata2 beliau.. Ingat hari ni nak lari 20minit tanpa henti, tapi rupa2nya lari dengan bermacam2 pose(bersama dgn kayu hoki)..(uhuk2..) Mula2 lari tu okay jugaklah..Boleh lari laju lagi..Bila lama2 tu, pandangan sekitar jadi hitam.. Dalam hatiku berdoa, "kuatkanlah aku Ya ALLAH" Rasa nak muntah pun ada masa tu..My beloved friends, Zara dgn Nadia suruh aku rehat tapi aku enggan kerna aku kononnya nak sihat dengan bersukan( salah satu insiatiflah)..

Tidak lama kemudian, Roomateku Hakimah meminta izin dgn En.Selva untuk rehat kerana dia sakit perut. Pastu, Marliah yang kelihatan pucat pun melakukan hal yang sama seperti Kim. Aku masa tu memang nak pitam n muntah pun ada.. Tapi si Alhaadi pun berkata " Fitness ni..tahan jak.." Aku pun membatalkan niatku untuk mengikuti jejak langkah mereka berdua.

Semangat tak semangat, ikut jaklah..Larianku semakin lemah. tapi aku cuba memujuk diri jangan mengalah!!! Tiba2, something terasa nak memaksa keluar dari celah kerongkong ni..Dgn sisa tenaga yang ada aku berlari ke arah longkang yang berdekatan. Memang sakit..tapi anggaplah itu ada hikmahnya..InsyaALLAH tanda kasih ALLAH S.W.T dengan kita. bila aku toleh ke kiri kelihatan adi pun tertunduk2 ke dalam longkang.. rupanya dia pun terasa nak pitam n loya. Huh! Habis kami kena lecture ngan En.Selva..Perkataan yang aku ingat.." JANGAN MANJAKAN DIRI!" Hanya dengan pandangan, kami mengiyakan statement itu..Memang betul cakap beliau..Kami cuba menerimanya dengan fikiran yang positif demi kebaikan bersama..^^

Apa yang aku nak sampaikan ni sebenarnya..JANGAN MANJAKAN DIRI ANDA!
( tiba2 teringat perkataan adored..opps, tiada kaitan) Jaga Kesihatan diri masing2 ya kawan2, sahabat2, kakak2, abang2 dan adik2 sekalian.. Akhir kata, berbanyak berserah n berdoa pada yang ESA..iNSYAllah, sAkit ini adalah nikmat yabg tidak terhingga..betulkan..sapa bangkang tutup mata..hehe^^. Ok itu jak..Salam..^^









<span class=

Thursday, June 16, 2011

Malang Tidak Berbau

Pepatah Melayu pernah mengatakan bahwa " Malang itu tidak berbau.." Ada baukah? Kalau ikut logik memang takda baulah..Semua kejadian sebenarnya dah dirancang oleh ALLAH S.W.T..

Baru2 ni bertarikh 12 Jun 2011 bersamaan Hari Ahad, satu insiden yg menyeramkan dan membuatkan aku mengalirkan air mata berlaku.. Adikku si Qawie, Haziq dan Uncle Eddie(bos aka adik kandg mak aku) pg buka kanopi..biasalah, mo cari rezeki n isi masa lapang cuti ni..masa kerja tu, tiba2 tiang kanopi meluncur laju menghempap kaki adikku si Qawie..biasanya besi tu xpernah jatuh mcm tu..Benda tu perlu ditarik baru jatuh ke bumi..Memang dah takdir.. Dia telah ditimpa kmlgn.. pastu apa jadi?? satu jari kakinya hampir terputus..!! Tulang jarinya patah!!

Photobucket

:: pic ni diambik oleh pa cik arman, kalau tgk dpn2, jari ni tergantung2..aargh!!::


Photobucket

:: ni dah balik rumah lepas kena tahan di hospital..kesian guna kerusi roda..::

Photobucket

::Lepas kena operation::


Memang kami sekeluarga panik sangat..adik bongsu aku, x henti2 nangis..ari kejadian tu jgk dia kena operate..Dktr kata hnya 50:50 utk operation tu berjaya..Ya ALLAH, Sedihnya kami dgr..Kaki dia dimasukkan dawai utk support tulang jari yg patah tu..adui..sakitnyaa...!
PhotobucketYa ALLAH, sembuhkanlah adikku..

Photobucket

Demam selsema



Salam..lama x online..sebabnya aku demam..Org bnyk dosakn ..T_T lagi satu line tenet di kg kamu kena curi..apa nak jadilah..hm..Cuti 3 minggu xdpt guna sebaiknya..lepas cuti seminggu aku diserang demam selsema..smpai skrg pun masih ada ni..actually maw on9 ni pun xlarat..maw buat kerja pun asyik pening..memang dugaan betul..sabar jaklah..ni lah payah tul bila org xtahan sejuk ni..sejuk sikit, sdhlah bertamu tu flu.tugasan time cuti pun tak settle lagi..habislaah..poningnyaa..buat entri ni pun asyik berenti rht jak..Ya ALLAH..Bantulah hambaMu ini..

Pesanan: jaga kesihatan baik2..ingat tu..

Jadi aku tak tahan aku ikhtiar apa benda nak stop " DS" ni.. Hm, baca bawah ni..aku copy paste jak dari sini..nak buat ayat sendiri dah x larat..Jom baca..

Apakah itu demam selsema?

Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?

Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.

Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.

Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:

  • Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
  • Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
  • Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
  • Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
  • Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
  • Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.

Gejala-gejala yang lain

  • Mata rasa kepanasan sedikit
  • Hilang deria bau dan rasa.
  • Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
  • Demam.
  • Sakit-sakit badan.

Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.

Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.

Apakah komplikasi demam selsema?

Kadangkala demam selsema melarat menjadi sesuatu yang lebih serius, terutama apabila berlaku jangkitan bakteria lain (jangkitan yang bertindan) seperti:

    • Jangkitan di bahagian telinga tengah (otitis media)- kerap berlaku pada kanak-kanak apabila jangkitan merebak dari rongga hidung ke telinga tengah.
    • Sinusitis- jangkitan merebak hingga ke sinus.
    • Pneumonia- jangkitan merebak melalui saluran udara hingga ke paru-paru.

Risiko

Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk (atau komplikasinya). Ini termasuklah mereka yang:

    • Kekurangan zat makanan.
    • Letih dan berasa tidak sihat
    • Susah hati.
    • Warga tua.
    • Pesakit yang sistem pertahanan badannya ditekan seperti mereka yang sedang menjalani rawatan radioterapi.

Pencegahan

Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:

    • Selalu membasuh tangan dengan bersih.
    • Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
    • Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
    • Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
    • Jangan menggigit kuku.
    • Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin
    • Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
    • Makanlah makanan yang seimbang.
    • Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
    • Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
    • Jauhi daripada merokok - Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
    • Jauhkan diri daripada alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.

Pengurusan sendiri

Masa merupakan satu-satunya penawar demam selsema. Bagaimanapun, sesetengah perkara boleh dilakukan bagi membuatkan anda rasa lebih baik dan selesa.

Di sini disenaraikan beberapa petua untuk melawan demam selsema:

  • Berehat di katil.
    Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam ketika anda melawan penyakit ini.
  • Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas.
    Ia boleh menggalakkan/melancarkan rembesan saluran pernafasan, dengan itu dapat membantu penyingkiran dan pembersihan lendir dan kahak oleh silia (rerambut dalam rongga pernafasan yang menolak bahan buangan).
  • Menghadkan aktiviti, terutama semasa penyakit sedang teruk. Ia dapat mengurangkan penyebaran virus kepada orang lain.
  • Meminum banyak air
    Minum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi (kekontangan).
    Lendir akan mengalir dengan bebas dalam badan yang cukup cecair dan menolong anda mengelakkan jangkitan atau pulih daripadanya.
    Virus sukar menjangkiti tisu yang sihat dan lembab berbanding tisu yang kering.
  • Berkumur-kumur dengan air garam yang suam
    Untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.

Photobucket

Photobucket

Andai aku bisa putar masa..akanku gunakan sebaiknya..bnyk benda nak buat!!!

Photobucket


Friday, February 4, 2011

Oh Lipas!



:: lipas cute,yucks! musuh ketatku! ::

Ada apa dengan lipas? Ramai yang tak suka akan lipas ni sebab geli jijik dan sebagainya. Tapi tak salah kalau kita tau beberapa fakta yang menarik tentang lipas ni.
  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. kalau aku ngn member bilik aku nampak, mmg naik gila lah..haha
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow..powerlah..
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus..oh tidak!! confirm aku tak kan dekatkan diri dgn benda2 mcm ni..
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup..Bertuahlah ko lipas..tp jgn senang dulu ya lipas oi..sebenarnya bukan lipas yang akan hidup selepas peperangan nuklear.. ada orang dah buat eksperimen pasal ni. Lipas tu tak terselamat pun daripada nuklear tu, yang terselamat.. kumbang..haha..yes!!
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih..x sangka ya,hati sang lipas ni suci..ingat isi perut dia..
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya...persoalan, apa beza yg boleh terbang dan tak?
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram..nasib baik bukan di Malaysia
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia..yucks!! Ingat, dlm Islam hukumnya haram!
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya..wah, mcm power rangerslah ni kan..
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani. Bagus jugak lipas ni, tapi aku tetap tak suka lipas!
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya..I can`t imagine..
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat..mcm The Mask lah pula..
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula. Wah, patah tumbuh hilang berganti..
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho..macam mana tu?
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam.. memanglah, dia bnyk kaki..tapi tak ble juga mengalahkan " Shieldtox aku.." hehe
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa..sungguh membosankan! pemalas betul lipas ni..nah, ada ayat baru dah..jangan malas macam lipas.. haha
  21. ada lagi satu fakta tertinggal. Sebiji telur lipas boleh menghasilkan 28-30 ekor anak lipas. Jadi bayangkanlah, betapa sukarnya nak hapuskan serangga ni.



tips nak bunuh lipas? yg aku taw guna penyembur jaklah..hehe..kalau pukul2 ni aku give up..silap2 aku yg pengsan..haha

MySpace
tak suka lipas...lari...!!
p/s: just be cool yah..selagi lipas ni tak dekat dengan aku selagi tu aku boleh bertenang.. best moment at 12:54 a.m, 5 Feb 2011..haha..thanks to sis bilik sebelah..sorry, disturb ur night..

Saturday, November 27, 2010

Kesan Zikir Terhadap Otak


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Sunday, November 7, 2010

Sayangi mata anda.. ^_^

Kelmarin, hari sABTU bersamaan dengan 6 November, memang aku langsung tak jenguk blog.Memang rasa agak pelik, dan rindu nak tengok keadaan blog, tapi disebabkan keadaan aku yang tidak mengizinkan pada hari tu, aku kena utamakan study aku dulu.. SMS pagi tadi membuat aku terpanggil untuk memenuhi isi2 blog ni.. Kesian kat dia..hm, maybe smua ni ada hIkmahnya kan.. Bercakap pasal mata ni, bnyak nak cakap..Sesungguhnya mata itu adalah anugerah ALLAH yang terindah.. Mata dalam bahasa arAb "AINUN".. Mata ni macam2, ada mata pen, matahari, mata air, mata hati n sebagainyalah.. Kali ni nak cakap pasal mata manusia..

Persoalannya di sini, berapa jam anda berada di depan skrin komputer setiap hari, siang dan malam? Kini, penggunaan komputer tidak dapat dielakkan, samada di rumah atau pejabat apalgi bila bergelar student. Semua kerja memerlukan komputer, lebih-lebih lagi kepada kaki pelayar internet di mana sebahagian besar masa di habiskan di depan skrin komputer/laptop.
Mata yang sentiasa memandang skrin komputer berjam-jam sudah tentu berasa strain dan letih. BEtul tak? Nah, mulalah bio aku nak keluar ni.. Bila kita da hadap skrin mata kita akan kurang berkelip, Kalau x silap hnya 25% jak.. Jadi kesannya mata kering, bila mata kering samalah macam pintu grill..bila da kering sgt( berkarat) payah nak gerak.. Analoginya, mata akan pedih, rasa sakit yg amat sgt.. bila da teruk tu maybe pandangan makin kabur, mata pula jadi kemerahan gitu..Ooo..

Di sini ada beberapa tipslah, ini pun ambik dari web member.terima kasih ya sbb bnrkan aku post dlm blog aku ni..harap dapat membantu..

1. Lakukan Pemeriksaan Mata

Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi yang baru mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan komputer, anda perlulah membuat check-up mata untuk menentukan tahap penglihatan dan kesihatan mata.
Pemeriksaan ini adalah penting untuk mencegah sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry eye’. Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), pemeriksaan mata bagi pekerja industri yg menggunakan komputer adalah sangat perlu. Individu perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap penggunaan komputer dalam satu-satu masa.


2. Gunakan Pencahayaan yang Bersesuaian

Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaannya.
Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit sahaja.
Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang banyak cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan.


3. Kurangkan Silau
Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.
Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya.
Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.


4. ‘Upgrade’ Monitor
Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi sumber dan faktor utama SPK. ‘Flicker’ akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75 Hz. Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer.
Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah mempunyai ‘dot-pitch’ yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan kurang beban pada mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih selesa.

5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer

Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita dan jangan terlalu kecil. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata. Sebagai contoh tulisan hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dgn latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.

6. Kelipkan Mata Dengan Kerap
Cuba senaman ini: Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan2 (seperti mata orang nak tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali.
Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang berkelip. Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan. Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’.
Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.


7. Rehatkan Pandangan
Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stress pada bebola mata anda.
Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya otot-otot fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan. Jika otot-otot fokus kejang, pengguna2 komputer akan kabur melihat objek-objek jauh selepas penggunaan komputer.


8. Luangkan Masa Untuk Berehat
Menurut kajian NIOSH, pengguna komputer yg berehat hanya 5 minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari. Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yg lama.
Apabila rehat, lakukanlah ‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang terlibat.


9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda
Jika anda perlu melihat bersilih ganti antara ‘print copy’ dan skrin komputer, letakkan ‘print copy’ bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan keletihan pada otot-otot mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau mata anda.

Ubah suai kerusi anda sama level dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari satah penglihatan anda. Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya sejauh 50 -100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat dengan monitor/skrin memang sedikit membahayakan bagi mata kita. Seharusnya kita menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik.



10. Memakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer
Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) boleh menimbangkan untuk memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat.
Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini. Rujuklah jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue.
Jangan terkeliru dengan kanta yang kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK keseluruhannya.

hm..ada tak cara yang lebih mudah? still mencari gak ni..
Semua yang tertulis dalam blog ini hak ALLAH..kLu nak copy, silakan^_^