:: lipas cute,yucks! musuh ketatku! ::
Ada apa dengan lipas? Ramai yang tak suka akan lipas ni sebab geli jijik dan sebagainya. Tapi tak salah kalau kita tau beberapa fakta yang menarik tentang lipas ni.
- Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. kalau aku ngn member bilik aku nampak, mmg naik gila lah..haha
- Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow..powerlah..
- Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus..oh tidak!! confirm aku tak kan dekatkan diri dgn benda2 mcm ni..
- Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup..Bertuahlah ko lipas..tp jgn senang dulu ya lipas oi..sebenarnya bukan lipas yang akan hidup selepas peperangan nuklear.. ada orang dah buat eksperimen pasal ni. Lipas tu tak terselamat pun daripada nuklear tu, yang terselamat.. kumbang..haha..yes!!
- Lipas mempunyai darah berwarna putih..x sangka ya,hati sang lipas ni suci..ingat isi perut dia..
- Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya...persoalan, apa beza yg boleh terbang dan tak?
- Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram..nasib baik bukan di Malaysia
- Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia..yucks!! Ingat, dlm Islam hukumnya haram!
- Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
- Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
- Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya..wah, mcm power rangerslah ni kan..
- Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani. Bagus jugak lipas ni, tapi aku tetap tak suka lipas!
- Lipas ada gigi di dalam perutnya..I can`t imagine..
- Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
- Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat..mcm The Mask lah pula..
- Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula. Wah, patah tumbuh hilang berganti..
- Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
- Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho..macam mana tu?
- Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam.. memanglah, dia bnyk kaki..tapi tak ble juga mengalahkan " Shieldtox aku.." hehe
- Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa..sungguh membosankan! pemalas betul lipas ni..nah, ada ayat baru dah..jangan malas macam lipas.. haha
- ada lagi satu fakta tertinggal. Sebiji telur lipas boleh menghasilkan 28-30 ekor anak lipas. Jadi bayangkanlah, betapa sukarnya nak hapuskan serangga ni.
tips nak bunuh lipas? yg aku taw guna penyembur jaklah..hehe..kalau pukul2 ni aku give up..silap2 aku yg pengsan..haha
tak suka lipas...lari...!!
p/s: just be cool yah..selagi lipas ni tak dekat dengan aku selagi tu aku boleh bertenang.. best moment at 12:54 a.m, 5 Feb 2011..haha..thanks to sis bilik sebelah..sorry, disturb ur night..
arghhhhhhh.....musuh ketatku juga lipas :p
ReplyDeletehehe..
ReplyDeletemmg bestlah tadi!