::: Berjuang keranaNYA.Masih wujudkah mereka??:::
dulu..
bila disebut lelaki, wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah, Saifullah,
tokoh ramai tak terkira.
kini bila disebut lelaki,
wanitanya tunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya boneka Yahudi..
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati,
lelaki kami menjaga kami, melindungi kami..
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat, perogol bersiri..
dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih datang membela,
Al-muta`sim kebanggaan wanita.
kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga..
dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda..
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah ayratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas binasa..
dulu,
lelaki menggadai nyawa dan harta,
untuk mengangkat kemuliaan agama..
kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya..
dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad, tekun berdakwah..
kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan, tenaga tak dikerah..
dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al Farouq, Zunurain mati terbunuh..
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh..
dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh..
kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
bertelingkah sesama sendiri..
kembalilah wahai lelaki,
pada kelelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
acuan madrasah Rasul..
KAMI RINDUKAN LELAKI DULU, ACUAN MADRASAH RASUL..
Minta maaf andai pernyataan ini terlalu menjengkelkan lelaki-lelaki di luar sana..
Ibarat siapa makn cili terasa pedasnya..
Kembalilah wahai muslimin..
Takda niat nak memburukkan kaum lelaki..
tapi inilah luahan hati kami sebagai seorang wanita..
Minta maaf andai ada yg terasa n tak puas hati..
hanya ingin berkongsi..
P/s : selamat bermujahadah..Muhasabah diri..Cermin diri sendiri
0 komen Geng Comel:
Post a Comment