Bagaimanapun, bagi penunjuk perasaan yang tidak mempedulikan perintah berkurung, kenyataan dan ikrar Mubarak dianggap sudah terlambat, manakala desakan agar beliau meletak jawatan semakin memuncak.. Kenapa jadi macam ni? Sejarah?? Tidaak!
Kerisauan agak berkurangan bila membaca post sahabat2 di sana..
"alhamdulilah slmt sampai ke kaherah..skrg brada d rumah sabah...internet baru dpt bfungsi d mesir...dharapkn org2 m'sia x menerima bulat2 crita yg dsampaikn d tv krna dkhuatiri ada unsur2 tokok tmbh..doakan kami selamat d bumi mesir ni."
"Alhmdulillah.dpt sdh c0nnect internet.thanks kwn2 utk d0a2 kmu.jgn risau.kmi ok jak d cni.insya-allah kmi akn kna antr blik msia.d0akn kmi ah"
""Alhamdulillah, dpt connect intrnt.. Mama, yaya n shbt2, jgn risau.. Alwayz pray for us"
TAPI..Sekali lagi mereka diduga..Janji yg diukir ternyata tidak ditepati..Pernyataan seorang sahabat sungguh mengejutkan aku,
"Pengummn pntg!phatian kpd smua,dgn dkacitanya kta tlah DITIPU oleh kdutaan Malaysia sndiri.Kpl trbg yg spttnya kta naiki pd pg ne tlah dgunakn utk org lain! .kami xkan pulg mlainkn pnrbgan trus ke kta knabalu!ssgghnya d0a org2 teraniaya dmkbulkn,insyaAllah"
Semoga mereka diberi kesabaran. Permudahkanlah urusan mereka..Amin..Kesian mereka.. Ya ALLAH, lindungilah mereka..
Rusuhan ini sedikit banyak mengajarku, bahawa sesungguhnya perancangan ALLAH itu lebih baik.. Kerna terlalu bnyk hikmahnya lebih2 lagi bila sabar menghadapi musibah.Setiap manusia sudah pasti bercita-cita untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bahagia, selesa dan baik dalam hidupnya. Dalam membuat perancangan kehidupan itu tanpa kita sedar Allah juga telah merancang seluruh kehidupan kita. Perancangan Allah itu terlalu hebat. Kadangkala hikmahnya tidak kita nampak. Di saat kita mula menyalahkan takdir atas perkara yang hadir dalam hidup kita, Allah berikan kita sinar baru yang tidak pernah terfikir dalam hidup. Saat itu barulah kita merasa keindahan perancangan Allah itu.
Janganlah risau kerana Allah tidak pernah terlepas pandang kepada setiap hambaNya. Walaupun kita selalu lalai dan ingkar kepada setiap suruhanNya Allah tetap berikan kita rezeki yang baik. Oleh itu, janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Sentiasalah berdoa dan berusaha yang terbaik dalam hidup. Kadangkala apa yang kita terlalu hajati tu Allah lambat makbulkan. Mungkin juga Allah gantikan yang lebih baik kepada kita melalui jalan berbeza. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.
Ada hikmahnya di situ yang kita tidak nampak. Ia menuntut sedikit kesabaran dan mendidik sifat redha dalam diri kita. Di sebalik redha itulah datang sifat ikhlas. Dari sifat ikhlas pula akan membuatkan kita lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang, insyaallah.
moga mereka tabah..
0 komen Geng Comel:
Post a Comment