Dasyat gak member ni, tp xpa2..Sabar jak..Xkisahlah selagi dia x menjatuhkan martabat agama..kan3x..Jom kita tgk apa sebnrnya ada di Tamparuli, Sabah ni..^_^
“Pak pak kang ku doh, Sumunsui doh jambatan, Jambatan doh Tamparuli, Bakasut tinggi oku…” itulah dia antara lirik lagu Jambatan Tamparuli yang dinyanyikan oleh Justin Lusah sekitar tahun 1970 yang popular didalam masyarakat “Kadazandusun”. Lagu ini jugalah yang telah mempopularkan kawasan Tamparuli dan kini dijadikan sebagai tempat yang patut dilawati ketika berada di Sabah. Memang rugi kalau tidak singgah ke Jambatan Tamparuli ni, kalau ke sini korang boleh beli bermacam-macam sayur dan aneka juadah kuih muih yang enak dibuat oleh penduduk disekitarnya.
Menarik juga kalau kita nak tahu sejarah Tamparuli ni dan ada juga bermacam-macam mitos yang disampaikan oleh penduduk. Tetapi antara yang menarik adalah nama Tamparuli ini berasal dari perkataan orang Brunei iaitu “ditampar oleh air” dimana pada zaman dulu semasa pedagang-pedagang Brunei datang ke sini mereka tidak dapat naik ke hulu akibat air sungai yang tersangatlah deras, jadi dengan nama “ditampar oleh air” itu disingkatkan dan jadilah “Tamparuli” .. macam tulah ceritanya sejarah nama Tamparuli ni diambil kalau korang nak tahu..
Mitos yang diceritakan oleh penduduk setempat pula cakap suatu ketika dulu ada seorang perempuan yang tersangat cantik dan pandai menyanyi diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan yang dikenali sebagai “Tajau”. Menurut mitos kalau nak jambatan kukuh berdiri perlu mengorbankan satu nyawa sebagai penguat. “Tajau” itu diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli bagi mengugukuhkan lagi jambatan tersebut. Sehingga kehari ini mitos tersebut masih lagi diceritakan dan kita lihatlah sendiri Jambatan Tamparuli kian teguh berdiri walaupun usianya dah berpuluh tahun.
0 komen Geng Comel:
Post a Comment