Yang mengecewakan, umat Islam sendiri yang menyebutnya seperti itu. Tidakkah anda terfikir apakah maksud yang anda ucapkan sedemikian rupa? Sejujurnya, saya sendiri tidak mengetahui maksud zikir yang telah diubah sebutannya melainkan yang telah diajar oleh Nabi junjungan kita. Ucapan—ucapan ini telah menjadi tabiat atau kebiasaan oleh orang sekeliling. Oleh itu, melalui risalah ini saya akan membetulkan apa yang telah menjadi tabiat atau kebiasaan yang tidak boleh diteruskan.
Melalui buku Indahnya Hidup Bersyarat karangan Dato’ Ismail Kamus, istighfar bermaksudmenundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan. Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana saja mereka berada. Firman Allah:
'Selain memohon keampunan daripada Allah S.W.T, beristighfar juga adalah pembuka pintu rezeki seperti hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'anhuma ia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
Beristighfar adalah amalan yang dtuntut dalam agama Islam. Pelbagai hikmah yang diperolehi hasil daripada beristighfar iaitu dapat membanteras tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa, meningkatkan ketaqwaan diri, mendekatkan diri dengan Allah dan menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbetulkan ucapan lafaz istighfar kita mulai saat ini. Lafazkan istighfar yang bermakna. Usahlah dipermain-mainkan dengan sengaja. Dosa akan mengiringi kita jika kita sengaja menyebutnya dengan salah. Jadilah hamba Allah yang lidahnya sentiasa basah dengn berzikir kepada Allah. Semoga kita mendapat keampunan dan rahmat daripada Nya. Wallahualam.
Sumber : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat, (2009).klik sini.
perkongsian yang baik...keep it up dear :)
ReplyDelete@Aishiteru_nzee :)
ReplyDeleteok..InsyaALLAH..tERima kasih ya..;)
satu pengisian yg selama ni kita bt xtw je kn...bgus2.k.aini..:)
ReplyDeleteperkongsian yg baik, teruskan menulis utk Islam..
ReplyDeletejust tertanya, kalau dalam penulisan bagaimana?
ReplyDeletesbb y saya penah dgr/ baca (xingt ) ia adalah sebagai shortform. contoh
basmalah = bismillahirrohmanirrohim
salam = assalamualaikum
astaga = astaghfirullahalazim
sume ini adelah shortform dalam bentuk penulisan sahaja.please correct me if i am wrong..tq :)
ssstengah pndapat kata astaga tu jd mcm sbutan biasa mcm alahai, hish. uhh.. mcm mane plak tu?? sbb mmg xde niat nk guna astaga tu untuk shortform astaghfirulllah..
ReplyDeleteSalam.. memang ada yang bepndpt astaga tu sebutan biasa sahaja.. saya faham niat saudara/saudari bukanlah hendak meng"shortformkan" astaghfirullahalazim tu.. Tapi mengapa tidak gunakan sahaja perkataan yang membawa manfaat pada diri kita? Bukankah lebih berpahala? Entri ini cuma inginkan menyampaikan mesej "sentiasa mengingati ALLAH.." Sesuai dengan maksudnya, memohon ampun pada ALLAH..Lazimkan menyebut zikir2 dan nama2 ALLAH.. Tak susah bukan.. :)
DeleteSebut je la alahai...tak pun yak yak yey..
DeleteInsyaALLAH..
ReplyDeleteMantap admin. Keep it up
ReplyDelete