Aku dah tak ingat sudah berapa lama aku menggunakan Facebook. Walaupun pada mulanya teragak-agak untuk membuka akaun di Facebook, namun disebabkan oleh jemputan rakan-rakan dan dikatakan ramai pula boleh dijumpai rakan-rakan lama di sana, maka aku pun membuka akaun Facebook.
Aku takut aku gagal mengawal diriku. Kerna aku tahu, diri ini sangat lemah. Dengan ini, aku mengambil keputusan untuk deactivate FB ni. Jika aku tidak mampu menahan diri, lebih baik aku tinggalkan. Aku tak sanggup kehilangan waktu yg nikmat dan hidayahNYA. Aku merasa ingin dihargai..Tapi pernahkah aku menghargai diri ini? Hati kecilku berbisik, “Jika ko hargai nikmat diri yang ALLAH bg kat kau, baik tinggalkan perkara yg boleh memudaratkan aku..Nak tunggu bila lagi?”Entah bila aku akan kemballi mengactivekan akaun FB lama itu. Sayang memang sayang.. Tapi nak yang terbaik kenalah berkorban. Bukan mudah untuk memujuk diri ini. Sebenarnya FB ni ada jugak kebaikannya..Bergantung pada diri seseorang sama ada nak yang positifkah atau yang negative. Sejujurnya, aku mahukan yang positif. Namun begitu, bila hati tidak kuat maka terjebaklah aku ke arah negative. Apa yang paling aku terasa dgn FB ni ialah “ FB NI MELALAIKAN AKU!!” Banyaknya masa yang aku hamburkan berjam2 menghadap FB. Sedangkan, banyak lagi kerja yang berfaedah yang boleh aku lakukan..Mengapa masa itu tidak aku isi dengan membaca AL-Quran? Memahami isi2 AL-Quran? Membuat solat sunat? Membuat kerja2 amal? Ya ALLAH..Alpanya diri ini..Maafkan hambaMU ini Ya ALLAH…
Mungkin bila ada antara kamu yang membaca post ini akan berkata
“Ala..pandai2lah bagi masa..Ko tu yang jumud sangat. Itulah FB mampu melalaikan kau..”
" Kenapa salahkan medium sedangkan medium tidak berakal, dan tidak boleh membezakan baik dan buruk? Kenapa tidak salahkan diri sahaja sebab kita ada akal, dan reti bezakan baik dan buruk. Salah kita kerana tidak dapat mengawalnya. Patutnya kita sedar dan cakap pada diri sendiri: "Saya sedar saya yang melalaikan diri saya dengan facebook" =)
Seronok baca entry yg bnyk pgjran mcm ni..keep it up :)
ReplyDelete@Aishiteru_nzee :) mudahan segala yg tercatat bukan retorik semata..Ku dambakan sinar NUR dariNYA..Diri ini terlalu lemah..:((
ReplyDelete