FONETIK
Fonetik ialah bidang linguistik yang khusus mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa ialah bunyi bermakna yang dikeluarkan oleh alat ujaran manusia, iaitu rongga mulut dan hidung. Fromkin dan Rodman ( 1988 ) mendefinisikan fonetik sebagai “the study of the speech sounds that are utilized by all human languages to represent meanings is called phonetics”. Bunyi-bunyi bermakna menolak bunyi seperti batuk, bersin, dan berdengkur kerana bunyi-bunyi ini tidak mendukung makna. Bertil Malmberg ( 1968 ) mendefinisikan fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa dan memberatkan pelahiran bahasa dan bukan kandungannya. J.D. O’Connor ( 1973 ) menyatakan bahawa ilmu fonetik ialah ilmu yang bersangkutan dengan bunyi-bunyi bising yang dihasilkan oleh manusia.
Ilmu ini terbahagi kepada tiga kelompok, iaitu fonetik artikulatori, fonetik akustik, dan fonetik auditori. Fonetik artikulatori mengkaji fungsi alat-alat ujaran (artikulator ) dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ujaran secara umumnya terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian yang boleh digerakkan seperti lidah dan rahang, manakala bahagian yang tidak boleh digerakkan disebut titik artikulasi seperti labial, dental, alveolar, dan palatal. Fonetik akustik mengkaji peranan gelombang udara dan proses bunyi dibawa ke pendengaran pendengar. Fonetik auditori pula menghuraikan proses gelombang bunyi tadi di telinga dan dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna.
Semua bahasa di dunia mempunyai dua kelas bunyi asas yang digunakan semasa membuat bunyi-bunyi ujaran, iaitu bunyi konsonan dan bunyi vokal. Bunyi-bunyi konsonan terhasil apabila arus udara yang melalui rongga mulut mengalami sekatan, manakala bunyi-bunyi vokal terhasil apabila arus udara yang melalui rongga mulut keluar tanpa mengalami apa-apa sekatan. Kawasan artikulasi pula merujuk kepada kawasan sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan dan sering dirujuk kepada bahagian atas rongga mulut yang disebut titik artikulasi. Antara titik artikulasi yang menghasilkan bunyi ujaran ialah labial, interdental, alveolar, palatal, dan velar. Cara artikulasi pula merujuk kepada cara sesuatu bunyi bahasa dihasilkan sama ada secara hentian, letupan, frikatif, afrikat, nasal, bersuara, ataupun tidak bersuara.
Kedudukan lidah semasa membunyikan bunyi-bunyi vokal juga amat penting agar sesuatu bunyi bahasa itu diujar dengan lebih tepat dan menepati kaedah penyebutan yang betul. Kedudukan lidah merujuk kepada darjah ketinggian lidah, iaitu jarak antara permukaan lidah dengan rongga di atas mulut ataupun disebut lelangit. Darjah ketinggian lidah ini dapat dibahagikan kepada empat tahap, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas, dan luas. Selain itu, keadaan bibir juga perlu dipastikan dalam keadaan yang betul untuk membunyikan bunyi vokal agar bunyi yang terhasil dapat mewakili huruf yang disebut itu. Ada tiga keadaan atau bentuk bibir yang dibahagikan oleh ahli-ahli fonetik, iaitu hampar, bundar, dan neutral.
Di samping bunyi konsonan dan vokal, kebanyakan bahasa juga mempunyai bunyi diftong. Bunyi-bunyi diftong ialah dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu daripada satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain. Raja Mukhtaruddin R. Mohd Dain dalam buku Ilmu Fonetik dengan Latihan ( 1986 ) menyifatkan bunyi diftong sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan. Dalam bahasa Melayu, ada tiga bunyi diftong, iaitu ai, misalnya dalam perkataan pandai dan hairan, au dalam perkataan kacau dan atau, dan oi dalam perkataan seperti baloi dan kaloi.
Berdasarkan penjelasan ringkas ini, dapatlah disimpulkan bahawa ilmu fonetik sangat membantu para guru khasnya apabila mengajarkan sebutan bagi murid-murid tahap satu pada awal persekolahan mereka. Para guru juga diharap dapat memberikan penekanan tentang kaedah penyebutan yang betul kepada pelajar yang akan menduduki ujian lisan bahasa. Kaedah penyebutan yang betul ini antara lain mampu memberikan penjelasan yang deskriptif sekiranya berhadapan dengan sesuatu masalah bahasa, misalnya yang berkaitan dengan proses pengimbuhan bahasa.
FONOLOGI
Fonologi ialah ilmu yang mengkaji sistem bunyi bahasa yang terdapat di dalam akal manusia dan bersifat abstrak. Dua kata yang membentuk istilah fonologi ialah fonem dan logos. Fonem ialah unit bunyi yang digunakan untuk mewakili bunyi bahasa yang abstrak dan logos bermaksud ilmu. Menurut Asmah Omar, fonem dianggap sebagai unit linguistik terkecil yang tidak mengandungi makna. Fonem dapat membezakan makna dan hal ini berbeza dengan alofon yang tidak membezakan makna.
Untuk membezakan sama ada sesuatu unsur tersebut berstatus fonem atau alofon, kita dapat menggunakan tiga cara, iaitu melalui kaedah pasangan minimal, pasangan minimal terdekat, dan variasi bebas. Selain itu, dalam pengkajian fonologi, unsur yang membentuk fonem, iaitu fitur distingtif juga dikaji. Fitur distingtif telah diperkenalkan oleh Nikolai Trubetzkoy dan Roman Jacobson pada awal abad ke-20. Antara fitur yang dikenal pasti tersembunyi dalam fonem-fonem tersebut ialah konsonan, silabik, sonoran, koronal, anterior, labial, nasal, dan bersuara. Kesemua fitur tersebut diberikan nilai sama ada nilai wujud atau hadir ( + ) ataupun nilai tiada atau kosong ( - ).
Pengetahuan tentang fitur distingtif amat penting dan dianggap perlu dalam kajian fonologi dewasa ini. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu, perkataan /tanpa/ sering disebut sebagai [ tampa]. Sebutan bakunya ialah [tanpa] dan bukannya [tampa] tetapi orang Melayu sejak dahulu lagi tidak menyebutnya sedemikian. Fitur distingtif dapat menghuraikan permasalahan ini dan menghuraikan sebab masyarakat Melayu menggunakan nasal bilabial /m/ dan bukannya bunyi nasal palatal /n/. Hal ini kerana titik artikulasi bagi bunyi /n/ terlalu jauh untuk digerakkan ke arah bunyi bilabial tak bersuara /p/. Oleh sebab bunyi awal dalam suku kata kedua perkataan /tanpa/ bermula dengan huruf bilabial /p/, maka kemungkinan besar penutuf natif bahasa Melayu menggunakan bunyi nasal yang berada pada titik artikulasi yang sama, iaitu bilabial. Dengan itu, penutur Melayu tanpa disedari akan memilih bunyi nasal bilabial /m/ dan menyebutnya sebagai [tampa].
Fitur distingtif juga memudahkan kita mengenal pasti kawasan-kawasan yang digunakan untuk menghasilkan bunyi-bunyi ujaran. Oleh sebab sifatnya yang universal, seseorang itu dapat memahami cara penghasilan bunyi-bunyi bahasa lain di dunia ini.
Saturday, July 31, 2010
Sahabat Baru
Rata-rata kawan dari Sabah dan Sarawak..Syok jugalah coz masih terasa suasana di sabah.
Alhamdulillah kawan2 sekelas memang baik dan ramah..
Mashlina- Orangnya cute, manis, ramah, sopan dan bijak.n suka kasi bagus tudung..bnyk peminat
Ririn - ketua kelas kami yang peramah, riang, berani, rajin sgt n rock! hehe..hidup Pak Sako!
liza - agak pendiam dalam kelas, kelakar, baik n suka share ilmu.
kim- serikandi sarawak yang sgt rajin berbanding saya yg agak kurang rajin..hehe, comel2, putih n pernah wakil SUKMA dlm acara pedang.
Syidah - Awek kelantan ,cantik,..suka dgr dia berckp..
zaharah- Along, roomate, ex-stdnt matrik, wajah ala2 chinese girl,da berpunya, aktif, dan rajin.
nadia - angah, roomate, digelar datin, sgt ayu tapi ada ketegasannya, petah berkata2, suka sgt dgr dia berckp..
cass- sumandak KK yng so sweet, baik,ada gossip dgn abg senior (hehe, kami yg buat), bermat empat, n kacukan.
marliah - gadis pendiam, tapi petah berkata2 bila berkata, cantik n sopan.
adibah - awek perak, lebih kurang mash, da terpengaruh dgn bhs2 sbh..suka dgr dias speak sabah.
Wan- penolong k.kelas, dari kelantan, bertanggungjawab, bila berckp agak pekat klntannya, pandai menyanyi..suka duduk paling belakang, ada bakat2 terpendam cuma dia jak xnak tunjuk..
anje- pembaca doa IB (ririn yg bagi), paling bongsu, dulu suka tidur dlm kelas sekarng tak, suka p tandas, slalu jadi tumpuan pensyarah.
adi - adik, dia kelihatn macmm budak2 tapi pemikirannya matng,suka makn choki2, dia selalu jadi penggerrak kerja2 dlm kumpulan..
ben - pandai berkata2, pemidato n pendebat yang baik, ada rupa, baik, suka share pndpt, kwn baik tadong.
tadong - cute, mcm ben juga pandai berkata2
hafiz - rupa mcm penjahat tapi tak jahat, nakal jugak lah, tapi baik lect pS pnggil dia ustaz, ntah napa..tutor panggil jabu..ada gossip dgn classmate, hehe..
Bong - iras2 datuk lee chong wei, presiden kelab badminton, suka melukis, suka makan makann laut, n suka buat lawak.
henley - putih2, pandai melukis, suara agak perlahan bila bercakap, baik n rajin..kan ririn..hehe
wal- ex-stdnt matrik, ririn suka kacau, suka duduk sebelah wan
isa - abang long, dari sabah tapi ckp mcm org kelantan, suka senyum, pnaggil je ise..
Detik2 bergelar guru pelatih
Pejam celik pejam celik..saya kini berada di Institusi Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, mungkin inilah jalan yang terbaik untukku. Tawaran dari universiti saya tolak walaupun jurusan yang ditawarkan memang idaman saya. Jurusan sains pemuliharaan (biodiversiti)..Kita hanya mampu merancang dan ALLAH yang menentukannya.
Jauh sekali saya ditempatkan..mungkin semua ni ada hikmahnya..Mendftar tanpa ditemani kedua ibu bapa sungguh janggal sekali, berbeza dengan pelajar lain. Masing-masing dihantar dengan kedua orang insan tersayang. Namun, itu tidak buat saya lemah, dengan kudrat yang diberi oleh ALLAH aku gagahkan juga diri untuk meneruskan anak tangga dalam hidupku. Nasib baik ada aunty n uncle yang menemankan, kalau tak mungkin kesepian itu sungguh terasa.
Minggu Orientasi memang memberi banyak pengajaran, walaupun letih tapi semua ini adalah permulaan bagi setiap insan yang bakl begelar seorang guru..
Jauh sekali saya ditempatkan..mungkin semua ni ada hikmahnya..Mendftar tanpa ditemani kedua ibu bapa sungguh janggal sekali, berbeza dengan pelajar lain. Masing-masing dihantar dengan kedua orang insan tersayang. Namun, itu tidak buat saya lemah, dengan kudrat yang diberi oleh ALLAH aku gagahkan juga diri untuk meneruskan anak tangga dalam hidupku. Nasib baik ada aunty n uncle yang menemankan, kalau tak mungkin kesepian itu sungguh terasa.
Minggu Orientasi memang memberi banyak pengajaran, walaupun letih tapi semua ini adalah permulaan bagi setiap insan yang bakl begelar seorang guru..
Subscribe to:
Posts (Atom)