Aku rasa, antara kwn2 aku, akulah yg plg lmbt buat akaun FB..Huhu..Sebut je pasal Facebook, aku rasa dah ramai dah mengenali apa itu Facebook.Ianya adalah laman web sosial yang membolehkan kita berkenalan secara melalui rangkaian tak kisah jauh atau dekat. Itulah yang dikatakan sosial networking. Aku tengok banyak kemudahan yang ada fb (facebook), ada ruangan chatting, boleh post status kita, komen gambar, main game dan macam-macam lagi la!
Aku dah tak ingat sudah berapa lama aku menggunakan Facebook. Walaupun pada mulanya teragak-agak untuk membuka akaun di Facebook, namun disebabkan oleh jemputan rakan-rakan dan dikatakan ramai pula boleh dijumpai rakan-rakan lama di sana, maka aku pun membuka akaun Facebook.
Aku takut aku gagal mengawal diriku. Kerna aku tahu, diri ini sangat lemah. Dengan ini, aku mengambil keputusan untuk deactivate FB ni. Jika aku tidak mampu menahan diri, lebih baik aku tinggalkan. Aku tak sanggup kehilangan waktu yg nikmat dan hidayahNYA. Aku merasa ingin dihargai..Tapi pernahkah aku menghargai diri ini? Hati kecilku berbisik, “Jika ko hargai nikmat diri yang ALLAH bg kat kau, baik tinggalkan perkara yg boleh memudaratkan aku..Nak tunggu bila lagi?”
Realitinya! Sejak awal tahun ini, aku nampak pengguna-pengguna fb ini sudah menjadi semakin “sosial” . Ini apa yang aku nampak sekarang. Ianya sudah menjadi tempat untuk memaki hamun, tempat melepaskan geram, gaduh dan lain-lain perkara negatif yang aku rasa boleh pecahbelahkan persaudaraan sesama kita. Kadang-kadang kenapa di Facebook ingin melepaskan geram? Aku juga pernah melepaskan geram di FB hinggakan menimbulkan salah faham. Sampai begitu sekali. Merasa berdosanya aku.. .
Entah bila aku akan kemballi mengactivekan akaun FB lama itu. Sayang memang sayang.. Tapi nak yang terbaik kenalah berkorban. Bukan mudah untuk memujuk diri ini. Sebenarnya FB ni ada jugak kebaikannya..Bergantung pada diri seseorang sama ada nak yang positifkah atau yang negative. Sejujurnya, aku mahukan yang positif. Namun begitu, bila hati tidak kuat maka terjebaklah aku ke arah negative. Apa yang paling aku terasa dgn FB ni ialah “ FB NI MELALAIKAN AKU!!” Banyaknya masa yang aku hamburkan berjam2 menghadap FB. Sedangkan, banyak lagi kerja yang berfaedah yang boleh aku lakukan..Mengapa masa itu tidak aku isi dengan membaca AL-Quran? Memahami isi2 AL-Quran? Membuat solat sunat? Membuat kerja2 amal? Ya ALLAH..Alpanya diri ini..Maafkan hambaMU ini Ya ALLAH…
Mungkin bila ada antara kamu yang membaca post ini akan berkata
“Ala..pandai2lah bagi masa..Ko tu yang jumud sangat. Itulah FB mampu melalaikan kau..”
" Kenapa salahkan medium sedangkan medium tidak berakal, dan tidak boleh membezakan baik dan buruk? Kenapa tidak salahkan diri sahaja sebab kita ada akal, dan reti bezakan baik dan buruk. Salah kita kerana tidak dapat mengawalnya. Patutnya kita sedar dan cakap pada diri sendiri:"Saya sedar saya yang melalaikan diri saya dengan facebook"=)
Ya, memang benar..Itu bergantung pd diri seseorang. Orang lain mungkin kuat..tapi aku? Aku masih terlalu cetek ilmu dan iman di dada.Tanggungjawab sebagi seorang khalifah perlu diambik kira. Berapa banya sumbangan aku pada agama Islam? Berapa banyak muhasabah diri yg aku buat? Dan berapa banyak dosa yang aku buat? Astaghfirullahalazim..Ampunkan aku Ya ALLAH.. Oleh sebab aku sedar yg aku dah hanyut telalai dgn FB tu lah saja ambil keputusan untuk deactivate acc aku buat sementara waktu.. [hingga saya bnr2 bersedia dn tidak akan lalai lagi *insyaAllah ] boleh juga dikatakan 'punishment' untuk diri sendiri :( :) walau-apa-pun, saya akan cuba yg terbaik :) supya tak lalai lagi ;) *insyaAllah ;) ;) ;)
p/s : Tahniah dan syabas pada mereka yg berjaya menggunakan FB dgn baik..Semoga terus dilindungi ALLAH..
Pepatah Melayu pernah mengatakan bahwa " Malang itu tidak berbau.." Ada baukah? Kalau ikut logik memang takda baulah..Semua kejadian sebenarnya dah dirancang oleh ALLAH S.W.T..
Baru2 ni bertarikh 12 Jun 2011 bersamaan Hari Ahad, satu insiden yg menyeramkan dan membuatkan aku mengalirkan air mata berlaku.. Adikku si Qawie, Haziq dan Uncle Eddie(bos aka adik kandg mak aku) pg buka kanopi..biasalah, mo cari rezeki n isi masa lapang cuti ni..masa kerja tu, tiba2 tiang kanopi meluncur laju menghempap kaki adikku si Qawie..biasanya besi tu xpernah jatuh mcm tu..Benda tu perlu ditarik baru jatuh ke bumi..Memang dah takdir.. Dia telah ditimpa kmlgn.. pastu apa jadi?? satu jari kakinya hampir terputus..!! Tulang jarinya patah!!
:: pic ni diambik oleh pa cik arman, kalau tgk dpn2, jari ni tergantung2..aargh!!::
:: ni dah balik rumah lepas kena tahan di hospital..kesian guna kerusi roda..::
::Lepas kena operation::
Memang kami sekeluarga panik sangat..adik bongsu aku, x henti2 nangis..ari kejadian tu jgk dia kena operate..Dktr kata hnya 50:50 utk operation tu berjaya..Ya ALLAH, Sedihnya kami dgr..Kaki dia dimasukkan dawai utk support tulang jari yg patah tu..adui..sakitnyaa...!
Jadi aku tak tahan aku ikhtiar apa benda nak stop " DS" ni.. Hm, baca bawah ni..aku copy paste jak dari sini..nak buat ayat sendiri dah x larat..Jom baca..
Apakah itu demam selsema?
Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.
Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.
Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?
Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.
Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.
Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.
Gejala-gejala yang lain
Mata rasa kepanasan sedikit
Hilang deria bau dan rasa.
Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
Demam.
Sakit-sakit badan.
Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.
Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.
Apakah komplikasi demam selsema?
Kadangkala demam selsema melarat menjadi sesuatu yang lebih serius, terutama apabila berlaku jangkitan bakteria lain (jangkitan yang bertindan) seperti:
Jangkitan di bahagian telinga tengah (otitis media)- kerap berlaku pada kanak-kanak apabila jangkitan merebak dari rongga hidung ke telinga tengah.
Sinusitis- jangkitan merebak hingga ke sinus.
Pneumonia- jangkitan merebak melalui saluran udara hingga ke paru-paru.
Risiko
Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk (atau komplikasinya). Ini termasuklah mereka yang:
Kekurangan zat makanan.
Letih dan berasa tidak sihat
Susah hati.
Warga tua.
Pesakit yang sistem pertahanan badannya ditekan seperti mereka yang sedang menjalani rawatan radioterapi.
Pencegahan
Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:
Selalu membasuh tangan dengan bersih.
Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
Jangan menggigit kuku.
Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin
Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
Makanlah makanan yang seimbang.
Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
Jauhi daripada merokok - Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
Jauhkan diri daripada alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.
Pengurusan sendiri
Masa merupakan satu-satunya penawar demam selsema. Bagaimanapun, sesetengah perkara boleh dilakukan bagi membuatkan anda rasa lebih baik dan selesa.
Di sini disenaraikan beberapa petua untuk melawan demam selsema:
Berehat di katil. Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam ketika anda melawan penyakit ini.
Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas. Ia boleh menggalakkan/melancarkan rembesan saluran pernafasan, dengan itu dapat membantu penyingkiran dan pembersihan lendir dan kahak oleh silia (rerambut dalam rongga pernafasan yang menolak bahan buangan).
Menghadkan aktiviti, terutama semasa penyakit sedang teruk. Ia dapat mengurangkan penyebaran virus kepada orang lain.
Meminum banyak air Minum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi (kekontangan). Lendir akan mengalir dengan bebas dalam badan yang cukup cecair dan menolong anda mengelakkan jangkitan atau pulih daripadanya. Virus sukar menjangkiti tisu yang sihat dan lembab berbanding tisu yang kering.
Berkumur-kumur dengan air garam yang suam Untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.
Andai aku bisa putar masa..akanku gunakan sebaiknya..bnyk benda nak buat!!!
Salam.. Ada apa dengan Tamparuli? Semangat plak mo post pasal sejarah2 ni..hehe.. actually ini cara tuk promote Sabah sbb pernh org tnya aku mcm ni..
Dasyat gak member ni, tp xpa2..Sabar jak..Xkisahlah selagi dia x menjatuhkan martabat agama..kan3x..Jom kita tgk apa sebnrnya ada di Tamparuli, Sabah ni..^_^
“Pak pak kang ku doh, Sumunsui doh jambatan, Jambatan doh Tamparuli, Bakasut tinggi oku…” itulah dia antara lirik lagu Jambatan Tamparuli yang dinyanyikan oleh Justin Lusah sekitar tahun 1970 yang popular didalam masyarakat “Kadazandusun”. Lagu ini jugalah yang telah mempopularkan kawasan Tamparuli dan kini dijadikan sebagai tempat yang patut dilawati ketika berada di Sabah. Memang rugi kalau tidak singgah ke Jambatan Tamparuli ni, kalau ke sini korang boleh beli bermacam-macam sayur dan aneka juadah kuih muih yang enak dibuat oleh penduduk disekitarnya.
Menarik juga kalau kita nak tahu sejarah Tamparuli ni dan ada juga bermacam-macam mitos yang disampaikan oleh penduduk. Tetapi antara yang menarik adalah nama Tamparuli ini berasal dari perkataan orang Brunei iaitu “ditampar oleh air” dimana pada zaman dulu semasa pedagang-pedagang Brunei datang ke sini mereka tidak dapat naik ke hulu akibat air sungai yang tersangatlah deras, jadi dengan nama “ditampar oleh air” itu disingkatkan dan jadilah “Tamparuli” .. macam tulah ceritanya sejarah nama Tamparuli ni diambil kalau korang nak tahu..
Mitos yang diceritakan oleh penduduk setempat pula cakap suatu ketika dulu ada seorang perempuan yang tersangat cantik dan pandai menyanyi diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan yang dikenali sebagai “Tajau”. Menurut mitos kalau nak jambatan kukuh berdiri perlu mengorbankan satu nyawa sebagai penguat. “Tajau” itu diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli bagi mengugukuhkan lagi jambatan tersebut. Sehingga kehari ini mitos tersebut masih lagi diceritakan dan kita lihatlah sendiri Jambatan Tamparuli kian teguh berdiri walaupun usianya dah berpuluh tahun.
Assalamualaikum..Kali nak share pasal penggunaan perkataan Astaga.. Sebelum tu aku minta maaf if ada salah silap.. Aku hanya ingiN berkongsi ilmu dengan semua dgn niat mo bg teguran jgklah..Moga yg tak tahu dah tahu dan yg dah tahu bertambah tahu..InsyaALLAH..Jom baca, jgn lupa Bismillah..Biar ilmu tu lekat..InsyaALLAH..^^
Seringkali andai kita terlupa sesuatu, menerima khabaran buruk atau melakukan kesalahan, kita akan terus mengucapkan ‘Astaghfirullahalazim’.Namun, apa yang menyedihkan, zikir ini sentiasa disalah sebut atau diubah hingga menjadi sebutan yang berlainan seperti‘astaga’, ‘’astagaaaaa’, ‘astaganaga’ dan yang paling pendek istighfar yang diucapkan ialah‘astag..’. Dan ada juga yang melafazkan dengan sebutan yang salah iaituastaufirullahalhazim. Sebutan yang sebenar ialah"astaghfirullahal'aziim", iaitu huruf"ghain" bukan huruf "wau"
Yang mengecewakan, umat Islam sendiri yang menyebutnya seperti itu. Tidakkah anda terfikir apakah maksud yang anda ucapkan sedemikian rupa? Sejujurnya, saya sendiri tidak mengetahui maksud zikir yang telah diubah sebutannya melainkan yang telah diajar oleh Nabi junjungan kita. Ucapan—ucapan ini telah menjadi tabiat atau kebiasaan oleh orang sekeliling. Oleh itu, melalui risalah ini saya akan membetulkan apa yang telah menjadi tabiat atau kebiasaan yang tidak boleh diteruskan.
Melalui buku Indahnya Hidup Bersyarat karangan Dato’ Ismail Kamus, istighfar bermaksudmenundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan. Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana saja mereka berada. Firman Allah:
'Selain memohon keampunan daripada Allah S.W.T, beristighfar juga adalah pembuka pintu rezeki seperti hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'anhuma ia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
Beristighfar adalah amalan yang dtuntut dalam agama Islam. Pelbagai hikmah yang diperolehi hasil daripada beristighfar iaitu dapat membanteras tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa, meningkatkan ketaqwaan diri, mendekatkan diri dengan Allah dan menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbetulkan ucapan lafaz istighfar kita mulai saat ini. Lafazkan istighfar yang bermakna. Usahlah dipermain-mainkan dengan sengaja. Dosa akan mengiringi kita jika kita sengaja menyebutnya dengan salah. Jadilah hamba Allah yang lidahnya sentiasa basah dengn berzikir kepada Allah. Semoga kita mendapat keampunan dan rahmat daripada Nya. Wallahualam.
Sumber : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat, (2009).klik sini.
The problems you face will either defeat you or develop you - depending on how you respond to them. Unfortunately, most people fail to see how Allah wants to use problems for good in their lives. They react foolishly and resent their problems rather than pausing to consider what benefit they might bring. Here are five ways how Allah uses the problems in your life:
1. Allah uses problems to DIRECT you. Sometimes Allah must light a fire under you to get you moving. Problems often point us in a new direction and motivate us to change. Is the Almighty trying to get your attention? “Sometimes it takes a painful situation to make us change our way
2. Allah uses problems to INSPECT you. People are like tea bags…if you want to know what’s inside them, just drop them into hot water! Has Allah tested your faith with a problem? What do problems reveal about you? “When you have many kinds of troubles, you should be full of joy, because you know that these troubles test your faith, and this will give you patience.”
3. Allah uses problems to CORRECT you. Some lessons we learn only through pain and failure. It’s likely that as a child your parents told you not to touch a hot stove…. But you probably learned by being burnt. Sometimes we only learn the value of something… health, money, a relationship. .. by losing it. “It was the best thing that could have happened to me, for it taught me to pay attention to your laws.”
4. Allah uses problems to PROTECT you. A problem can be a blessing in disguise if it prevents you from being harmed by something more serious. Last year a friend was fired for refusing to do something unethical that his boss had asked him to do. His unemployment was a problem - but it saved him from being convicted and sent to prison a year later when management’s actions were eventually discovered. “You intended to harm me, but Allah intended it for good…
5. Allah uses problems to PERFECT you. Problems, when responded to correctly, are character builders. Allah is far more interested in your character than your comfort. Your relationship to Allah and your character are the only two things you’re going to take with you into eternity. “We can rejoice when we run into problems…they help us learn to be patient. And patience develops strength of character in us and helps us trust Allah more each time we use it until finally our hope and faith are strong and steady.”
do not recognize it or understand it. But it’s much easier and profitable when you cooperate with Him.
Allah Taa'laa Knows Best…♥
Do not recognize it or understand it. But it’s much easier and profitable when you cooperate with Him.
“Success can be measured not only in achievements, but in lessons learned, lives touched and moments shared along the way”
Assalamualaikum dan salam sejahtera suma!! Apa khabar? Harap semuanya sihat2 belaka.^^Oh ya..7 hari bt operation..dan inilah hasilnya.."caaaak!!!" Amacam? Best sgt main dgn blog ni..Buat tu..buat ni..Paling ak happy, da ble sikit2 bt design sendiri cuma blum mahir lg..Masih Sekolah Rendah lgni mo bt design,graphic n design sendiri..tgklah hasilnya..hehe..Hm, pada pendapat aku sendirilah, aku lebih suka design blog lama..Sebab?
Apa agaknya ya part2 yg kena operate ni? kepala ke, kakikah..matakah, tgnkah, bibirkah..hm, kalau nak taw, baca post ni smpai habis k..(klu rajin mendgr kemengarutan akulah..)^^
Yang Pertama
Sudah tentulah background kan.. Pilihan pertama warna ungu..mati2 nak bt blog ni maintain ungu..tp hati ni lebih tertarik pd pinky background..(mY second fav colour after purple)..nak buat perubahn lah..namanya pun wajah baharu..ya sudah tentu baju pun baharu kan!
Yang Kedua
Cuba tgk header dia? Amacam? Pndpt aku sendiri, biasa2 jak..xpandai lg nk edit2 gmbr ni..haru biru dibuat..nak bt tu pun punyalah lama..(almaklum, bdk baru blajar)..napa pilih kartun? sebabnya aku dah minat..nak bt mcm mana..hehe.. Aku bt header tu gn paint ngn photoshop jak..tp sejujurnya paint bnyk membantulah..(dlm hatiku: nmpk sgt ko ni aini masih merangkak2 nak edit2 pic ni..masih gak gn paint..haha..) Sebenarnya..bnyk Header yg aku dah buat...Pic2 comel ni aku ambik dr site OwhSoMuslim..(Maaf pd editor sbb ambik pic ni n pandai2 p ubah)..Cuba usha pic di bwh ni..
Header 1
Header 2
Header 3
Header 4
Header 5 ( Menjadi pilihan hati ^_^)
Pastu Footer dia..Ada 2 footer..satu " senyum tak perlu kata apa2.." n satu g" Jika nakkan pelangi, kena bertahan dgn hujan"
(CSI, hope u still remember this..)
Yang Ketiga
Cuba tgk kat tajuk blog ni..ada nama baru..Actually sama jak, cuma dizahirkan dalam lambang bahasa yang berbeza..
***Hakikatnya Nama blog yg dulu tu bersempena dgn mksd nama aku..n yg skrg ni, nama btul aku tp yg first name jaklah..
Yang keempat
Apa lagi ya..bnyk sgt smpai aku pun ble lupa..hihi..(mkn semut gak kah mcm cik syidah? jgn mrh ya chek!) Widget2 aku pun dah kurg..dah takda lgi aksesori2 Habib Jewel yang dipakaikan kat blog ni..klu dulu blink2..Aku dah buang blink2 tu sbb kacaulah..org nak klik lain, lain yg muncul..bila ada benda tu cursor pun xdpt nak melintasi tmbok pertahanan widget bllink2 tu..so, dgn senang hatinya..aku g derma aksesori2 tu balik pd tuan punya Habib Jewel..^^
Yang kelima
Lepas ni..xdalah org nak jemput2 korg masuk blog ni..drg dah pencen..xdpt nak cari pengganti..hehe..Pada yg nak follow..followlah..(xda unsur paksaan)
Yang keenam
Ha..Shoutbox pun dah berubah..ada pic muslimah yg memegang banner " Jom Borak".. Pic tu dpt dr Wan Hazel :)..thanks to him..^_^
Yang ketujuh
Floating button..Hm, nampak tak yg belah kiri tu..nmpk pelik jak kan..haha..aku pun gelak sendiri tgk hasil kerja aku..tiba2 lak aku rajin nak buat imej floating button sendiri..Serius lucu..tp aku puas hati sbb ini hasil kerja aku sendiri..aku dah usaha semampu yg aku boleh..Bt button ni memerlukan paint, photoshop n photobucket..photobucket tuk ambik URL gmbr..Cuba arahkan mouse ke arah gmbr..nmpk apa? ada rainbow rain kan..(p/s: I really care with the rain to being rainbow)
Yang kelapan
Hm, secara ringkasnya...korg mesti dah menyampah baca post ni kan? hehe..(aini! jgn buruk sgka..ALLAH x suka..)
Akhir kata.. Kalau ada apa2 komen adalah sgt dialu2kan..Positifkah..negatifkah...Tp biarlah ayt yg ada budi sikit..Opps terlupa, ada lagi, signature aku bkn yg tulisan berangkai tu..tp kali ni siap ada cop rasmi lagi..tgk pic perempuan comel tu kat bwh ni..
Hm..oklah..Rasanya itu jak mo dicerita kali ni..Sebenarnya operaTion x settle lg..still ada yg ak nak improvekan..Banyak yg aku nak buat tp bnyk x jadi..fUH, sabar jaklah..( belajar bersabar k!)