Siapa di sini suka membaca?? Tak kiralah novelkah, komikkah, majalahkah, buku agama, buku ilmiah, signboardkah dll..
Saya nak share pengalaman masa pergi Karnival Buku anjuran Karangkraf hari tu..
Memang excited sangat nak pergi sebab sy sangat sukakan buku..(perasan ulat buku)
JALAN, JIMAT DAN JENG..JENG..JENG..Hahaha..
Begini kisahnya, tujuan nak ke sana memang nak cari buku.. Buku apa? Buku2 rujukan dan 1 novel... Bajet anggaran RM200 sahaja.. (SAHAJA?! Banyak tu...)
Masing-masing membayangkan buku2 yang ada di sana..
Ni lepas ambil duit kat IPBA dengan kawan2 satu aras a.k.a SFS Family..^-^
Baiklah.. setelah beberapa jam ke sana ( Kuala Lumpur-->Shah Alam), akhirnya tiba juga kami dekat Karangkraf... Sebelum turun teksi tu sekali lagi niat..
" Ya ALLAH, sesungguhnya aku datang ke sini untuk mendapatkan ilmu. Jauhkanlah aku dari sifat boros dan lindungilah aku dan rakan-rakanku dari perkara yang tidak diingini. Kami mengharap keberkatanMU.."
Dengan harapan agar urusan kami dipermudahkan dan diberkati.. InsyaALLAH..
Ha.. Inilah tempatnya..
Sampai sahaja depan pintu masuk, memang terasa kehangatannya.. Bukan sahaja kehangatan terik matahari, malah kehangatan sambutan karnival buku ini..Nah, ini buktinya.. Banyaknyaaa hamba ALLAH..
Selamat Datang ke Karnival Karangkraf..=)
Dan bermulalah operasi kami mencari buku-buku dan novel-novel.. Setelah sejam membedah tempat itu.. tibalah masa membayar.. Punyalah panjang barisan untuk membayar tu.. Macam nak beli tiket bola..(staf sana yg cakap, bukan saya..hehe)
Sedang berbaris untuk membayar buku dan novel..
To GTS aka CSI: Lihatlah wajahku yang semakin hodoh dengn bekas2 jerawat tu..=(
Dan akhirnya... buku yang diidamkan pun dapat..^_^
Inilah buku dan novel yang dibeli...
Sahabat: RM3.00 sahaja
Buku resepi.. yaa! Sambal tu yg power..hehe
Novel Islamik: Bila Salam Bersambut & Doa Terakhir
Novel Islamik: Jihad Mardina
Tertarik sebab novel ini mengisahkan tentang perjuangan hidup seorang muallaf.. =)
Haa.. ini paling best
Aku Sanggup Duhai Muhammad-memaparkan kisah perjuangan Rasulullah S.AW.
Belailah Kalbu- lebih kepada terapi hati dan mengikis penyakit hati..Penulisnya pun saya minat..hehe..=P
JUMLAHNYA SEMUA IALAH
RM 78.90
Amacam? Tak sampai RM100 pun.. sebab ada diskaun.. ^_^
Dapat juga save bajet. Tapi sayang, ada satu buku xdpat dicari..
"Teaching Skill"
Lain hari..lain tempat akanku cari kau buku "Teaching Skill..."
Bagi melegakan hati, kami pun pg melawat booth2 para penulis..
:: Dengan Ekin ::
Bersanding sekejap..haha
Ha..ini dengan nema..=)
Ni dengan Ayu Emelda
Autograph comel Ayu Emelda,
" Indahnya Kasih sayang.. Mencintai dan dicintai. Salam Sayang.."
Masa untuk balik...Sedih konon tapi hati puas..
p/s: Credit to Miss Photographer Noor Ashikin Abdul Rahman..=)
dan selamat Sejahtera semuanya.. Apa khabar.. Diharapkan semuanya baik..
Hari ini Cikgu Qurratu akan menggunakan kata ganti diri "Aku". Maaf jika nampak kasar..
Pagi tadi seorang sahabat saya menghantarkan pesanan ringkas lewat handphone usang yg telah bnyak berbakti padaku.. SMS itu berbunyi..
Jawabku:
Responsnya lagi:
Nampaknya sahabatku itu memahami jawapan itu. Alhamdulillah..
Siap bagi motivasi lagi. Sejujurnya, aku sgt merindui kamu.. Yang sentiasa memberi
teguran dan nasihat dengan nada intonasi yg menenangkan.. Dan penuh hikmah..siapa2 sahaja yg dengar pasti akan dapat mencairkan tembok besi sang EGO.. Aku masih ingat lagi bagaimana kamu mengenalkan kepadaku apa ertinya "SAHABAT".. dan juga apa ertinya "ISLAM"..
Kini..kita terpisah jasad..demi meneruskan perjuangan dan cita2 masing-masing..dan kini ALLAH perkenalkan kepadaku SAHABAT yang BAHARU.. dengan suasana yg BAHARU..
Kisah baharu pun banyak.. Di sini.. aku diperkenalkan sekali lagi erti "SAHABAT" melalui
sikapku sendiri yang kamu katakan mengecewakan.
Buat mereka, aku sedar. Banyak kesilapan yang aku lakukan. Banyak yang aku lukakan..Tapi percayalah, tindakan ku dan yg turut bersamaku bersebab.. Bukan untuk kepentingan diri semata..
Sahabat-sahabatku..
Semua orang pasti nakkan yang terbaik. Tp aku menyedari tindakan ku itu telah melukakan hati kamu semua. Kita tidak akan bahagia dengan kejayaan kita andai ada insan yang terluka.. yang ko rasakan terbaik untukmu, itulah yang melukakan mereka.
Sahabat-sahabatku..
Ya, aku pentingkan diri. Aku sedar, kita x boleh fikir diri sendiri sahaja. Kamu semua adalah yang terbaik. Peranan diri itu penting bagi menguruskan dan menjadikan sesebuah kumpulan itu terbaik.. Ingat sahabatku, kita di sini bukan untuk bersaing sesama sendiri tapi untuk bersama-sama berjuang mendidik diri agar dapat melahirkan lagi insan berguna. Niat awalku yg inginkan yg terbaik sbnrnya bukan utk aku sahaja, tp untuk kamu juga. Bagi yang malas, pasti akan rajin sebab di situ kamu ada peluang untuk kamu. Bagi yang selalu buat kerja lebih, pasti dapat meringankan. Bagi yang x komitmen, pasti akan komitmen sebab tiada yang lebih komitmen melainkan diri kamu sendiri.. itupunkalau sedar..Semua orang akan bertanggungjawab jika diberikan tanggungjawab kan..
Sahabat2ku..
Aku akui aku salah.. Bahayanya lisan dan susunan aksara kan? Macam mana boleh membahayakan?
SEBAB..
Tidak semua suka dengar..Tidak semua boleh faham..Tidak semua boleh menilainya..
Hinggakan ada yang terasa..terluka..dan bersengketa sesama sendiri..
Insiden itu buat aku serik untuk memberi pendapat atau bertanya lagi kepada kamu. Tidak sangka pertanyaan boleh mencetuskan kemarahan sebegitu. Masing-masing mempertahankan diri.. Untuk apa sebenarnya? Malah ia meranapkan kasih kita. Tapi, demi pertalian sahabat itu, aku sanggup mengalah.. Takpa.. biarlah aku rendah.. Biarlah kamu anggap aku jahat. Biarlah semua sangkaan negatif itu hinggap di diriku.. biarlah.. aku tidak kisah semua itu.. asalkan kamu puas dan gembira. Semakin kamu benci aku, semakin aku sayang kamu. entah kenapa. Itulah kuasa ALLAH kan.. ALLAH nak tunjukkan, betapa hinanya diri ini. Betapa baiknya kalian kan..
Sahabat-sahabatku..
Kalau dulu aku akan menangis bila hadapi masalah sekecil kuman.. Tapi kini aku gagah menahan diri daripada menangis..menghadapi semua ini.. Tapi, sejujurnya, aku bukan suka2 untuk menangis.. bukan tanda kelemahanku..tapi cara aku memperoleh balik kekuatanku.. Hanya ALLAH yang tahu sebab aku menangis..
Kalau dulu, aku akan marah bila orang tuduh benda atau perkara yang aku tak buat.. Memang akan marah.. Tapi sekarng, aku tersenyum mendengar tuduhan, kutukan dan hinaan.
Sebab aku yakin, kebenaran akan muncul juga tanpa pertelingkahan dan perdebatan.. Jika aku marah, pasti kebenaran pun x sudi melihat aksi memalukan itu.
Kalau dulu, aku akan komplen, dan bising jika x puas hati dengan kamu. Tapi sekarang aku x akan bisig lagi. Kerna yang aku ingat hanya kesalahanku kepada kamu semua.
INI SEMUA KU LAKUKAN ATAS NAMA SAHABAT..
BUKAN UNTUK MENCARI SIMPATI
Aku tahu ada yang cakap aku minta simpati..aku berlagak baik.. Sombong..Tak apa.. Itu hak kamu..=)
Aku sedar..semua kekuatan itu datangnya dari ALLAH.. Melalui kamu semua..
Pintaku, janganlah kamu putus asa mendidik dan mengenal insan hina sepertiku.. Apatah lagi mengorbankan kejayaan dek secebis dendam di jiwa.. dek sezarah virus malas..Jangan sekali-sekali..
Marahku hanya di bibir.. tidak akan sampai di hati.. Sebab hati ini dicipta bukan untuk membenci insan lain.. tapi menyimpan segala yang berharga, indah, dan tentu sekali untuk menyayangi..
Jadi wahai teman.. Aku mohon..
Jika aku silap..
Tegurlah aku.. Bukan memalukan aku.. dan juga bukan memalukan diri sendiri..
Jangan sampai ada jurang sekecil kangkang semut pun antara kita disebabkan kesilapan ku.
Jika aku salah..
Nasihatlah aku.. Bukan herdik atau sindiran yang ku minta..
Kerna, dengan cara itu kita tidak akan puas dan bahagia..
Jika aku mengecewakan..
Ingatkanlah aku siapa.. dan kamu siapa..
Kerna aku ini manusia, sering membuat kesilapan..
Sering gagal melawan godaan syaitan laknatullah.. Astaghfirullahalazim..
Jika x mampu tegur berhadapan,
Hantarlah SMS, email..
InsyaALLAH aku akan terima..
Janganlah gunakan laman2 sosial untuk kamu luahkan kemarahan kamu kepadaku.. Sebab apa? Nanti aku tidak tahu yang aku ada melakukan kesalahn..
Nanti aku tidak sedar yang aku ini hamba yang hina..
Nanti aku tidak faham betapa jahatnya diri ini..
Dan sudah tentu, tidak ada peluang untuk aku merubah dan menggores sikap negatifku, jika aku xtahu..
Ya, aku bukan budak-budak lagi.. sudah tahu mana yang baik dan mana yang buruk..
Perlu sedar sendiri.. Begitu juga kamu..
Tapi..alangkah indahnya jika hidup kita saling nasihat-menasihati..
Bukankah itu dapat menyubur ikatan antara kita semua..
Permintaan terakhir dariku..
Maafkan aku.. Apa yang aku luahkan ini bukan dusta semata.. bukan karangan cerita lagenda.. bukan hikayat dongeng.. tapi inilah diari hatiku.. yg ku hamparkan di atas blog ini..Terpulanglang sama ada hendak percaya atau tidak..
Maafkan aku... Maafkan aku..
Akhir kata.. Ujian ALLAH tanda kasih pada hambaNYA.. Jangan mengeluh tapi bersyukurlah.. ALLAH itu Maha Penyayang..
Belajarlah untuk memberi..bukan menerima sahaja..
pastikan yang diberi itu tidak mengecewakan penerimanya..
KEBENARAN TETAP AKAN MENDAHULUI YANG DUSTA, SEMOGA BERPUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN ITU..
Pesanan untuk DIRI SENDIRI:
"Ikatlah kata-katamu dgn akal dan ilmu kerana hamburan kata-kata tanpa kewarasan, ibarat anak panah yang terlepas dari busur tanpa kawal, mungkin menikam mereka yang tidak berdosa.
p/s: Thanks to N.AtQ.S 4 the advice.. Alhamdulillah..Saya lebih tenang dan tabah..Begitu juga buat Zara dan Nadia.. Sentiasa ada di masa susah dan senang..Dan memperkenalkan ERTI SAHABAT..=)
Lama tak update blog ni.. Disebabkan kekangan masa dan komitmen lain, blog ni terpaksa dibiarkan sekejap.
Sekarang dah masuk tahun baharu. Macam-macam berlaku.. Kisah suka duka mewarna Bulan Januari ni. Baru sebulan, dah macam2 kisah terlakar indah dan pahit.
Dengan bermulanya tahun baharu ini, saya dah rasmi bergelar sebagai Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Guru. Alhamdulillah.. Syukur ya ALLAH.
Tapi....
.
.
.
.
.
.
.
Kisah duka lebih bnyak terlukis tanpa bicara, tanpa diingini.. Berlaku juga.
ALKISAH 1 : Laptop SAKIT
Mula-mula laptop kesayangan ini rosak. Sebab belum diketahui lagi. Sebab akan diketahui bila elaun sdh keluar.. Mudahanlah laptop tu boleh dibaiki. Terlalu sayangkan laptop tu. Dah nak 3 tahun laptop tu sy GUNA.. Dugaan betul.. Tugasan banyak, tapi x dapat buat kerja. Perasaan bersalah pun ada. Laptop tu pemberian ayah.. Tapi sy dah rosakkan secara x sengaja.. T_T
ALKISAH 2 : Si merah
Bila ingat si merah ni, terfikir.. xpa aku dah ada back up.. Tapi harapan itu hanya harapan rapuh. Bilamana si merah "Hard disk" pun sakit. Semua folder dalam hard disk tu jadi shortcut. Maknanya ada virus lah tu. Fail jadi hidden. Yang x tahan tu folder assignment yang hilang. Harap2 dapat jumpa balik lepas format back up nanti.
ALKISAH 3: Gagal 2 kali dalam masa seminggu
Gagal 2 kali.. Memang terukkan? Ya, saya memang teruk. Minggu ni saya ada 2 tugasan.
Tugasan yang pertama ialah tugasan Huraian Sukatan BM KBSR. Kami dikehendaki membuat sesi p dan p. Maka dengan semangatnya sy dan rakan-rakan merancang aktiviti. Aktiviti memang seronok hinggakan pensyarah yang garang pun ikut gelak dan tersenyum melihat telatah kami. Dan inilah kali pertama saya menyanyi di hadapan kelas. Mengajar kanak-kanak melalui lagu dan gerakan. TAPI....Aktiviti ini gagal menepati objektif pembelajaran. Owh~Bercakap di hadapan bagai nak rak, macam dah lulus.. mcam dah lama jadi cikgu tp result = 0.. T_T
Tugasan 2 pasal Kaedah Pengajaran BM sekolah Rendah. Kali ni kami kena buat sesi p dan p berdasarkan teori transformasi generatif. Aktiviti ni lebih kepada teori ni, jadi pendekatan yang digunakan adalah pendekatan deduktif. Jadi ajarlah macam mana nak buat ayat tunggal dan ayat majmuk. Siap bagi rumus lagi, bgtaw subjek dan predikat, jenis kata hubung n aktiviti yang mlbtkn pembinaan ayat majmuk. Memang ada kesilapan kami. Bila ayat yg diberi x sesuai. Selesai sesi p dan p, lecturer cakap mcm ni.. " teori itu ada, dan pendekatn deduktif itu pun ada... cuma anda masih belum punya kemahiran menyampaikan sbg seorg guru.." Dush! Satu hentaman hinggap di kepala rasanya. " Masih belum punya kemahiran" itu yg rasa down sangat. Sy try fikir positif, ambik pengajaran jangan putus asa. ini baru permulaan.. Namun, dalam proses sy membina semangat diri tu..TIBA-TIBA 2 orang classmates saya melihat saya lalu menggelakkan saya. Apa tujuan mereka?! Memang lepas tu, semangat ni hilang. Namun xda siapa yang tahu.. Tahu pun bila kolam mata ni menumpahkan airnya..Saya x nak tunjuk kt orang saya sedih tapi mata ni tak habis2 mengalirkan air mata. Semakin ditahan semakin deras. Dalam masa yang sama.. masalah2 yg berlaku bermain di minda..Laptop..hard disk..T_T
ALKISAH 4 : NAWAK
Tak habis masalah yg di atas tu, wujud lagi masalah baharu. ALLAH.. Besarnya ujianMU ya ALLAH. Saya pun pelik macam mana benda ni boleh jadi.. Kalau tengok dari awal, sebenarnya isu sebegitu tidak wujud. Xda masalah sebenarnya, tapi dibesar-besarkan.. Dan bila ada masalah begini, nama ini turut dikaitkan.. Seolah-olah saya punca masalah.. Sedarlah.. siapa sebenarnya yg membesarkan masalah? Sy x nak cakap, biarlah dia sedar sendiri. Bila diingatkan cakap saya menyibuk..bila saya beri pendapat kata saya ni pembangkang.. xda pendirian.. sombong.. Minta maaf.. ada saya kata yang saya BANGKANG?! Bila masa pula saya sombong? Yang korang terasa apa hal.. Sombong macam mana tu? Saya masih respect organisasi yang ada. Bukannya bertindak melulu dan mentafsir bukan2. Sy ada sebab tersendiri. Biarlah sy luahkan di sini sebab kalau saya explain kau xkan dengar. Tahu bercakap dan mengarah sahaja. dan menjatuhkan kawan sendiri.
1. sY ingin memudahkan perbincangan.
Sebab: Kalau perempuan dengan perempuan senang nak bincang. Boleh bincang dan buat kerja di asrama sampai lewat malam. Kalau satu grup dengan lelaki payah nak bincang.. Tapi bukan smua lelaki xboleh dibawa berbincang. Saya masih ingat lagi seorang kawan saya, yang sanggup korbankan kreditnya untuk berbincang dengan kami (sy dan seorg kwn perempuan sy) dlm jarak jauh di mana kami d asrma perempuan dan dia di asrama lelaki, padahal petang tu kami dah bincang. Malam tu kami bincang lagi. Nampak komitmennya di situ.. Perbincangan tetap boleh berlaku andai ada "komitmen'' di situ.. Komitmen yang dimaksudkan.. sedar akan tanggungjawab tanpa perlu ditegur dan diingatkan.. Dah 3 sem, x cukup lagikah pengalaman membuat tugasan? Xkan x sedar-sedar kesilapan diri. Nanti bila ditegur kata orang sombonglah, berlagaklah., minta pujilah, memandang rendahlah...bila tak tegur cakap pentingkan dirilah, asyik nak dalam geng sendirilah.. apasal x tegur, kalau taw org salah tegurlah.. Maaf sngt2, dah penat mulut ni bercakap ok.. Tapi kata2 tu macam angin lalu sahaja. Setakat ni, geng perempuan semua okay. Tapi pelik bila ada yg terasa.. Pelik..pelik.. yg sepatutnya terasa x terasa pulak..
2. Untuk keadilan
Apa yang saya maksudkan dengan keadilan? Keadilannya, sama2 boleh buat kerja.. sama2 senang hati buat kerja.. Jadi xdalah yang buat kerja terlebih dan terkurang.. sy dah serik kerja dgn org yg x bagi komitmen.. Adakah itu yang dikatakan sombong? Orang berhempas pulas dan ahli lain sedap jak tidur..
3. Keikhlasan
Bila dah wujud ketidakpuasan hati.. maka keikhlasan yg dibina hancur berkecai. Ikhlas itu sulit dan bukan mudah untuk ikhlas.. Ini satu usaha.
4. Pengajaran
Rasalah nikmat membuat assignment dan nikmat berjaya atas usaha bersama. Bukan atas usaha sendiri.. dan juga bukan atas usaha orang lain.. Kalau x paham boleh tanya ya,,
Pandai jak cakap "BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH" aPa buktinya.. Ko tu yng memanaskan keadaan. Rileklah bro.. Kalau ko tak taw apa2 jangan cepat buat kesimpulan sendiri. Ko ada tanya aku kah? Tiada kan.. Alaa, dari dulu lagi memang begitu, Bila ada masalah terus aku kena cap "PENJAHAT" tERima kasihlah title tu. Dengan orang lain aku xda masalah, dengan kamu jak yg ada masalah. Sebelum ni aman damai jak aku hidup dengan mereka di zaman remaja. Xdalah nak kecoh2 macam ni.. Nama jak paling senior tapi mcm budak2! begitukah cara menyelesaikan masalah yg x pernah wujud ni.. haha..masalah ni xakan pernah habis jika pencetus dan pembesar2 masalah ni x leraikan masalah ni..
Sejujurnya..bila sy kenangkan masalh num 4 ni memang sy terharu dan sedih.. Di mana silapnya saya?? Dipersalahkan atas perkara yg kurang jelas.. Ya,saya akui, saya bukan anak yang baik..kawan yang baik..kakak yg baik.. guru yang baik dan juga bukan hamba ALLAH yang baik.
Ya, saya sedar itu..
JAWAPAN KEPADA PERMASALAHAN DI ATAS:
JAWAPAN 1 dan 2 :
Laptop rosak pasti ada hikmahnya. Jadi xyahlah habiskan masa depan laptop dengna on9 jak. Lepas tu, bila difikir2 balik.. itu harta dunia.. pinjaman semata.. ALLAH dah tarik balik pinjamanNYA.. Itu semua ujian kan.. Tanda kasih ALLAH. ALLAH nak ingatkan kita balik apa kesilapan ita. Untunglah masih boleh berfikir.
JAWAPAN 3:
sAya dah dapat terima kenyataan gagal 2x. Sesungguhnya manusia setiap hari akan mempelajari ilmu baharu. Ilmu boleh didapati dgn pelbagai cara. Sama ada melalui petanyaan, bacaan, teguran dan ejekan orang. Terserah kepada diri sendiri untuk menilai dan menerimanya.. Pesanan untuk diri " GAGAL ATAS USAHA SENDIRI LEBIH BAIK DARIPADA BERJAYA ATAS USAHA ORANG LAIN" =)
JAWAPAN 4:
Kawan yang baik ialah kawan yang sering menasihati kawannya sendiri bukan menjatuhkan sesama sendiri. Yang penting ALLAH tahu apa yang aku fikirkan.. Tidak sejahat seperti yang disangkakan mereka. Semoga mereka bahagia.. Jadi bila ada org bertanya dan memberi pendapat jangan cepat melatah.. kalau tak, jadilah isu macam ni.. SALAH FAHAM SEMATA! Sekadar cadangan, banyak lagi cara untuk bina ukhuwah dan perpaduan.. Bukan dengan "cara" itu semata.. Jangan jadikan alasan itu ya. Pesanan untuk semua.."Ikatlah kata-katamu dgn akal dan ilmu kerana hamburan kata-kata tanpa kewarasan, ibarat anak panah yang terlepas dari busur tanpa kawal, mungkin menikam mereka yang tidak berdosa." Apapun saya MINTA MAAF SANGAT-SANGAT JIKA SELAMA NI SAYA BUAT PERKARA YG MENYAKITKAN HATI. KALAU ADA TEGURLAH, JANGAN FACEBOOK IT. JANGN PENDAM DALAM HATI. JUST TELL ME. SAYA JENIS ORANG BOLEH MENERIMA TEGURAN.. KAWAN ADALAH CERMIN DIRI KITA=).. Memang betul kita kena belajar menerima kekurangan orang lain..tapi jangan sampai orang lain ambik kesempatan atas diri kita.. peace no war..=)
Sejujunya mood masih sedih. Hanya ALLAH yang tahu betapa sedihnya diri ini. Try to build self-motivation.. Yakinlah AIni.. ALLAH selalu ada untukmu.
p/s: Terima kasih to my roomate sbb pnjamkan laptop n broadband untuk update blog ni..