Tuesday, December 21, 2010
Perasaan malu perisai masalah gejala sosial
Saturday, December 18, 2010
Kesabaranku teruJi..
Wednesday, December 15, 2010
Jemput-Jemput Hangus
10 Muharram
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Tuesday, December 7, 2010
pesaN mak aku ( Part 1)
Cerita yang sama mak cerita berulang-ulang kali. Nasihat yang sama mak ulang2..Namun aku tak pernah jemu. Setiap kali mak bercerita, alhamdulillah, Allah izinkan aku untuk berfikir dan kembali melihat siapa diri ini.
Aku start guna tudung waktu tadika lagi..Masa tu aku tadika Agama di Merotai.. Di tadika tu kami cuma belajar pasal agama, dan mengenal dan membaca huruf2 Jawi.. Kami tak diajar ABC.. Jadi mak memainkan peranan untuk mengajar aku ABC..Mak cerita balik dgn aku, waktu ni aku agak liat sikt diajar..Malas..tak nak mendengar cakap..jadi ajar guna rotan..Pesan mak, jangan malas, malas tu kawan syaitan..Masa tu budak2 kan, jadi terus aku ketakutan..Sampai nangis2 bah aku diajar..Alhamdulillah, berkat usaha kedua orang tuaku aku da boleh baca jawi dan rumi umur 6 tahun. Da lewat sangat ni..hihi
Ada satu hari, kami adik beradik ditegur oleh mak. Direct. Kami adik beradik yang perempuan, masa tu tengah main game. Tengah main-main tu, tiba2, ada yang tergelak besar. Langsung mak tegur, “Apa gelak besar sangat tu? Kamu tu perempuan. Tutup aurat bukan nya dengan pakai tudung jak, tapi tutup perangai2 yang tak elok.” Mula2 kami tak boleh terima, sebab masih budak2 waktu tu umur 12 tahun..boleh terimakah alasan macam ni..ALhamdulillah, kitorang tak sudah gelak besar-besar lepas mak tegur tu..
Dulu, aku selalu gaduh dengan adik-adik terutama yang kembar tu..yang menang selalunya adik2lah..2 lawan 1, mmglah kalah..hehe..sebenrnya sebab aku ni cengeng, tak berani maw membalas..Lagipun mak tak bagi aku naik tangan dengan adik2..Sebab apa selalu gaduh, mulut aku ni takda insurans..TAk tahulah kenapa dulu suka sangat menyakat adik2..ada jak maw dikacau bah.adik2 pun selalu kacau jugak..hehe.kalau dikenang2 kisah budak2 dulu, nakalnya aku ni..kalau diam terlampau pendiam, kalau bising terlampau bising..bila da gaduh, mak cuma kata "Itulah, kerana mulut badan binasa.." Tapi itu kisah lama da..sekarang kami da ok..Tapi sekarang aku yg selalu kena buli..buli2 tanda sayang, makin mesra dah kami..hihi..sabar jaklah, carik2 bulu ayam, akhirnya bercantum semula..
Waktu umur 13 tahun, aku asyik nak study jak..mASA memang bnyk habis dgn buku, masa untuk beribadat cuma waktu solat 5 waktu dan waktu kelas mengaji dgn Ustaz Manaf.. Mak pun tegur lagi " Ulat buku seorang ni, ingat apa tujuan ALLAH cipta manusia..Allah menjadikan manusia / makhluk dari tiada kepada ada .bukan sia-2 .. tetapi ada tujuan yang khusus .. iaitu untuk mengabdikan diri kepada allah sebagai tanda syukur kepada allah .. yang telah memberi kita nikmat kehidupan yang sangat banyak ..Sebagai orang yang membalas budi Allah yang terlalu banyak .. maka kita pergunakanlan segala nikmat yang diberikan dengan cara yang dibenarkan oleh syara' .. semua anggota dan nikmat yang allah berikan untuk tujuan agama .. walaupun pada zahirnya perbuatan dunia .. tapi hakikatnya kembali pada agama / akhirat..beLajarlah kerana ALLAH..Jangan lupa tanggungjawab lain.." Punya panjang mak tegur aini..Di sini aku berfikir lagi, ayat yg jadi hint kat minda aku ni "mengabdikan diri pada ALLAH.Aku sedar aku terlalu asyik dibuai dunia dek kerana mengejar cita2.. pADAhal tanpa nikmat2 kurniaanNYA aku tak sempurna, tak punya akal, tak akan jadi si ulat buku..Hm..betul jugak cakap mak. Niat aku belajar bukan kerana ALLAH, kerana impian dunia semata2..Astaghfirullah..
Kalau pasal makanan aku ni agak kurang makan sikit orangya..adik beradik aku jak yang paling kerap makan sayur. Adik2 tak..sebab waktu kecik2 dulu aku kena paksa makan sayur. Ingat lagi pesan mak, nak sihat makan sayur..Aku pun makan tapi aku muntahkan balik. Mak marah aku..Aku nangis2 kena marah.. Ingat maw minta simpati dengan mak tapi, tangisan tak dapat meraih simpati mak. Mahu tak mahu, aku pun makan sayur tu perlahan2..Satu hari aku makan, mak buat keja. Jadi aku berniat nak buang sayur, kalu tak silap sayur kobis. Perlahan2 aku pergi dekat tingkap, nak lempar sayur kobis tu. Akhirnya aku berjaya melaksanakan misi burukku itu tanpa pengetahuan mak..Esoknya aku nak buat lagi, tapi bak kata pepatah sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..Aku kedapatan..Punyalah mak aku marah sangat dengan aku. apalagi aku kenalah..Aku pun nangis lagi..Aku merajuk dengan mak..Malam masa aku tidur lebih kurang jam 10 mlm,(padahal aku pura2 tidur, takut kena marah lagi sebab tak tido lagi time2 begitu), mak datang kat katil aini. Mak usap2 kepala aini..Mak cium peluk aini..Terharunya aku..Mak bisik kat aini
" nak, jangan membazir, nanti jadi kawan syaitan..Kalau jadi kawan syaitan, siapa nak kawan dengan mak?" Punyalah sedih aku dngar macam tu..Aku terus berenti berlakon. aku Peluk mak..Makkkk!!! Mak terkejut..Dan malam tu aku tidur di pangkuan mak..
Teringat waktu umur 13 tahun gitu..Family kitorang memang rajin buat kenduri, majlis2, rumah2 terbuka..Biasanya kami buat kerja ni secara gotong-royong.. Aku tak nak tolong..Mak tegur, " kau ni kenalah bantu2 sikit kerja kat dapur tu..Kamu tu perempuan. Apa orang kata ni, tgk perawan duk jak tak buat kerja..Tak reti buat kerja"
Aku menjawab, " pedulilah orang cakap apa..diorang jugak berdosa..nak mengata orang lain.."
Mak jawab, " baguslah perangai macam tu..Pelihara sampai ke tua.. ingat, setiap perbuatan ada balasannya..Kita ni hidup dalam masyarakat bukan dalam hutan.. Tolong-menolong sesama insan itu amalan mulia. "
Aku tersedar..Ya ALLAH..Kenapa aku ni..aku terus bangkit ke dapur menolong apa yang patut..Alhamdulillah, pesan ibu ini aku ingat sampai sekarang..
Akhir2 ni mak selalu cakao macam ni, hari2 rasanya..Tapi aku tak pernah bosan mendengarnya.." Kerja puas2 kat rumah, luang masa banyak2 dengan family ni, utamakan komitmen dengan family di zaman membujang ni,sebab nanti da kerja sibuk kerja..Da kahwin da ada tanggungjawab baru n jadi tanggungjawab orang lain..Ingat pesanan ni..Tanggungjawab seorang anak tak pernah berakhir dengan kedua orang tuanya.."
Ayat ni terngiang2 di telinga aku.. Bila difikirkan aku nekad, komitmen dengan family perlu diutamakan! Aku tak nak sia-siakan peluang yang ada..Aku tengok saudara2 aku yang lain bila da kahwin tapi tak semualah adalah 2 3 0rang gitu,sibuk urus rumah tangga..Agaknya mak tak nak aku macam tu..Hm, btul jugak kan..
Banyak lagi pesan ibu ni..nanti sambung lagi..^_^
Saturday, November 27, 2010
Buatmu ayahanda bondaku..
Kesan Zikir Terhadap Otak
Monday, November 22, 2010
Pelangi selepas Hujan
Sunday, November 7, 2010
Sayangi mata anda.. ^_^
Persoalannya di sini, berapa jam anda berada di depan skrin komputer setiap hari, siang dan malam? Kini, penggunaan komputer tidak dapat dielakkan, samada di rumah atau pejabat apalgi bila bergelar student. Semua kerja memerlukan komputer, lebih-lebih lagi kepada kaki pelayar internet di mana sebahagian besar masa di habiskan di depan skrin komputer/laptop.
Mata yang sentiasa memandang skrin komputer berjam-jam sudah tentu berasa strain dan letih. BEtul tak? Nah, mulalah bio aku nak keluar ni.. Bila kita da hadap skrin mata kita akan kurang berkelip, Kalau x silap hnya 25% jak.. Jadi kesannya mata kering, bila mata kering samalah macam pintu grill..bila da kering sgt( berkarat) payah nak gerak.. Analoginya, mata akan pedih, rasa sakit yg amat sgt.. bila da teruk tu maybe pandangan makin kabur, mata pula jadi kemerahan gitu..Ooo..
Di sini ada beberapa tipslah, ini pun ambik dari web member.terima kasih ya sbb bnrkan aku post dlm blog aku ni..harap dapat membantu..
1. Lakukan Pemeriksaan Mata
Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi yang baru mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan komputer, anda perlulah membuat check-up mata untuk menentukan tahap penglihatan dan kesihatan mata.
Pemeriksaan ini adalah penting untuk mencegah sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry eye’. Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), pemeriksaan mata bagi pekerja industri yg menggunakan komputer adalah sangat perlu. Individu perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap penggunaan komputer dalam satu-satu masa.
2. Gunakan Pencahayaan yang Bersesuaian
Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaannya.
Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit sahaja.
Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang banyak cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan.
3. Kurangkan Silau
Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.
Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya.
Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.
4. ‘Upgrade’ Monitor
Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi sumber dan faktor utama SPK. ‘Flicker’ akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75 Hz. Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer.
Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah mempunyai ‘dot-pitch’ yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan kurang beban pada mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih selesa.
5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer
Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita dan jangan terlalu kecil. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata. Sebagai contoh tulisan hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dgn latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.
6. Kelipkan Mata Dengan Kerap
Cuba senaman ini: Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan2 (seperti mata orang nak tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali.
Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang berkelip. Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan. Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’.
Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.
7. Rehatkan Pandangan
Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stress pada bebola mata anda.
Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya otot-otot fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan. Jika otot-otot fokus kejang, pengguna2 komputer akan kabur melihat objek-objek jauh selepas penggunaan komputer.
8. Luangkan Masa Untuk Berehat
Menurut kajian NIOSH, pengguna komputer yg berehat hanya 5 minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari. Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yg lama.
Apabila rehat, lakukanlah ‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang terlibat.
9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda
Jika anda perlu melihat bersilih ganti antara ‘print copy’ dan skrin komputer, letakkan ‘print copy’ bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan keletihan pada otot-otot mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau mata anda.
Ubah suai kerusi anda sama level dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari satah penglihatan anda. Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya sejauh 50 -100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat dengan monitor/skrin memang sedikit membahayakan bagi mata kita. Seharusnya kita menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik.
10. Memakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer
Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) boleh menimbangkan untuk memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat.
Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini. Rujuklah jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue.
Jangan terkeliru dengan kanta yang kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK keseluruhannya.
hm..ada tak cara yang lebih mudah? still mencari gak ni..
Thursday, November 4, 2010
~ya, sy jatuh cinta kat awk bkn krn Allah @ kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan......~
401
401? hm napa ngn 401? apa istimewanya? banyak yang istimewa..401 ni terdapatnya insan2 yang aku sayangi, kitorang dah macam adik beradik..
Dalam bilik ni ada 6 orang termasuk aku..
Member2 401:
Zara@Along : awek Brunei, chinese look, awek cun, umur 19 tahun tp still awet muda. Paling rajin mengemas dalam bilik, paling rajin buat sebarang assignment dan homework..tgh buat apa agaknya dia sekarang..movie? or maybe study, musim exam kan..Kenangan jerit ngn lari sama2 is the best moment I have with her..^_^
Nadia@Angah : kitorang panggil datin, AJK air, sangat2 baik, bila berkata2 memang powerlah, dia banyak tolong aku, suka ngn dia..rindu2..nad, sayang awak~!Kenangn bersama terlalu banyak, selalu gado2, besa ar mengeratkan hubungan,haha..
Ekin@ usu: sumandak cun ni.. sapa tgk pasti terpikat..hehe, seorg yang sangat lembut dan bersopan santun. Gadis Melayu Terakhir gitu. Rindu dgn sifatnya yang manja dan sopan. Mak ekin best friend mak aku tyme mak aku umur2 kitorag smbung study kat maktab,suka lagu Hindustan..Ekin Kapoor!!
Nema@Achik : C Cute yg bersebelahan katil ngan aku, AJK lampu,baik sangat2, jiwang seh kalau bercinta, rindu dengan senyumannya, dia yg ajar aku makan maggi, b4 ni x pernah mkn maggi adik nema yg ajar..bole save bajet kan..hehe
YAti@ Ucu : nI LAgi sorang, awek yang sangat cantik, "ustazah ni", pakar dalam bab2 agama ni, pandai masak, kuat chat ni..hehe..Kenangan bersama, make up dinner..hehe, paling terror bab kecantikan ni..
p/s : Sayang korang semua..Harap2 kita akan sentiasa bersama..happy together..best friend forever..^_^
nasi beryani+aBC+Bunga telur+tears..
Aduh..peningnya kepala bila bangun pagi ni..Macam ada batu jak rasanya..Aku kuatkan diri membaca doa bangun tidur disertai selawat dgn harapan aku mampu bangkit segar menyahut seruanNYA..
Lepas Subuh baca buku, tiba2 mata ni semakin layu..Jadi aku pun tertidur sekejap..Bila terbangun tu terus pg mandi..Lepas mandi ingat nak sambung study, tp bila terlihat laptop comelku, on9lah jawabnya..hehe..
Kira2 pukul 11.35 pg aku ngan aunty keluar makan..atas permintaanku..ehe..makan nasi beriyani mamak ngn ABC..Memang kenyanglah..ALhamdulillah, syukur Ya ALLAH atas rezeki yang Engkau berikan.. Lepas tu kami pg kedai pengantin..Eh, sapa nak kahwin ni? bIla melangkah masuk kat kedai tu, mata ni trus tertarik ke arah sepasang baju..Memang cantik, harga dia pun banyak cantik..Dalam hati aku berdoa agar tidak melakukan pembaziran semata2 hanya sepasang baju. Masih ada lagi keperluan yang penting jika difikirkan.. Lebih kurg sejam memilih2 aksesori untuk buat bunga telur akhirnya selesai jugak.
Dan bermulalah operasi buat bunga telur dengan aunty maria..berbakat juga aunty aku ni..hm, bgs2..Sambil tu On9 nonton cerita one litre tears..sedih betul..isk2..pengajarannya, bersyukur dgn apa yg telah ALLAH beri dan guna dengan sebaiknya..n buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali..ok!
Tuesday, October 5, 2010
Gimnas Day
~ memang nervous..tp kita kena yakin boleh!!
~ hm, ni kali pertama sy guna make up..oh..mcm hantu rasanya..haha
~ nak buat muka ala2 gothic, tp jadi ala2 anak patung plak..hoho..
~ intro, memang gempak..tp bila dah pertengahan tu agak kurg kemas sikit..agak kalut..entah kenapa..tp xpa, kitorang da buat yang terbaik..
~ memang hebat2 team hari ni..
~ hm, esok larian 2.4km n ujian kecergasan plak..all the best..I can`t imagine tomorrow how to face it..Wish me luck!
Saturday, October 2, 2010
...Cikgu..
saja jak nak post kat blog ni.. nak bg kata2 ckit b4 lari 2.4..
Sometimes ALLAH does not give what you want, He gives you what you need. So, appreciate every bits and pieces of your life and never give up on what you are trying to achieve. You are the one of the bits and pieces of my life..remember, shine like the moon..always bright and beautiful..
Selamat berjuang...Kuatkan diri, hadapinya dengan senyuman..Senyum sokmo!!
Cikgu boleh, cikgu kuat, ckgu tabah, cikgu utuh!
Senyuman dariku..^_^
p/s : nanti aku bg senyuman kat ckgu at the next post ea..hehe
Permata yANg dicari
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Hikmah di sebalik Konflik
Alhamdulillah,setelah lama tangan ini tidak menulis, akhirnya Allah izinkan juga saya meneruskan perkongsian melalui penulisan yang tidak seberapa ini, tapi semoga memberi manfaat walau sedikit.
Last week mcm2 jadi..konflik sana sini..Bnyk hikmah n pengajaran yang sy perolehi..
fIRST skali kerjasama..mcm cerita wonderpets lah pulak..apa yg penting kerjasama..hm, kalau ank buat sesutu apa lagi secara berkumpulan kenalah ada kerjasama, bersatu hati,berpegang teguh dan saling bertoleransi..kalau buat assignment, kerjasama penting..^_^
yang kedua jgn buat kerja last minit..sy selalu pesan kat diri ni jgn wat kerja last minit, tapi tetap juga buat..aiyoo..
ketiga, share is caring..hehe..
keempat jgn menyerah..=)
kelima, kalau nak menyampuk biarlah bertempat, nanti apa org nak sampaikan tu x samapi msgnya..berdasarkan dgn apa yg da berlaku, memg ada kesan sampingannya..baik atau buruk terserah tp if buruk amacam??
keenam, jangn pentingkan diri..sebab kita x bole berdiri sendiri tnpa bantuan ALLAH n org2 di sekeliling..
( bersambung..)
Sunday, August 29, 2010
Trip 10 hari di Putrajaya
Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 53 tahun, kami turut terlibat dalam menjayakan sambutan itu..Penat jugaklah..banyak juga kenangan pahit..opps!! kenangan pahit?? biarlah rahsia.Teringat plak kata kawan saya, "bersyukur kpd ALLAH atas dugaan yang DIA beri padA kau. Mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang terjadi.."
Wednesday, August 11, 2010
Pembentangan Sejarah BM
1.mawar merah>memiliki makna cinta, kecantikan, keberanian, penghormatan, keromantisan,dan ucapan selamat.
2.mawar putih>menyimbolkan cinta sejati, kemurnian dan kesungguhan, kelembutan, kesucian dan kerendahan hati..biasa digunakan tuk memuja pasangan.
3.mawar pink> Warnanya memang menggemaskan dan menggoda, membuat siapa saja yang menerimanya tersipu malu.
Mawar pink melambangkan penghargaan, kebahagiaan, kekaguman, kelembutan, kasih sayang dan ucapan terima kasih sebagai seorang sahabat yang dekat. Nah jika ada kiriman mawar pink dari si dia, ini artinya perasaan yang dia rasakan masih sebatas perasaan kagum,
belum menjadi perasaan cinta yang mendalam.
4. mawar kuning> untuk persahabataN
salam Ramadhan Al-Mubarak
Hari ini umat islam di seluruh dunia menunaikan salah satu rukun Islam " Berpuasa di bulan Ramadhan". First day, memang agak meletihkan saya. Hm, tambah2 lagi ada kelas pendidikan pergerakan..memang penat..tapi Alhamdulillah, kami dilepaskan awal oleh pensyarah kelab hoki..jadi dapatlah tidur sekejap..kira2 jam 5 g2 bangun, solat asar pastu p bazar. sesaknya bazar ramadhan ni..malas da nak p esok..pas berbuka dgn nasi ayam yang agak masin dan air mangga saya pun bersiap p mandi, solat magrib n trus p terawih..
hm, syok2 mengarang tiba2 roomate sound.." kerja puan wak chu da siapkah?" Hm terus teringat plak assignment lain..assignment kb, kmt, psv, ff dll. Waduh! K, lah mo buat assignment dulu..salam ramadhan. Puasalah kerana ALLAH bukan kerana nak raya je..
Thursday, August 5, 2010
Untukmu Ya Mukminah
Insan yg dikasihi,
Peliharalah auratmu walau di mana kau berada.
Jangan biar keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yg bukan mahrammu.
Insan yg dikasihi,
Pelihara solatmu,
Tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yg bukan milikmu.
Kelak engkau yg bertuah ketika menjadi tetamu Allah.
Moga2 dirimu disambut penuh kasih oleh bidadari syurga Ainul Mardhiah.
Insan yg dikasihi,
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu,
contohi dan ikutinya.
Pasti engkau yg bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan wanita solehah sepertimu.
Insan yg dikasihi,
Jadikanlah dirimu seperti permata yg berharga dicelah kaca.
Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.
Al-Quran panduan hidupmu, Hadith menjadi sumber rujukmu.
Insan yg dikasihi,
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada.
Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada.
Moga ia menjadi perisai buat dirimu.
Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.
Buat mu ya daieyah
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.
Beritahu muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati2 meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dlaam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..
buat yang bergelar wanita umumnya, kuatkan diri kita ya.
dulu dan kini
yang melihat dunia ini tanpa sebarang pertanyaan...
yang hanya mengiakan setiap yang berlaku disekelilingku...
yang hanya berdiam diri andai diaju persoalan tentang apa yang berlaku...
"...kini aku sudah dewasa...
yang telah dianugerahkan akal yang sempurna...
yang mampu untuk berfikir baik dan buruk...
yang boleh memilih untuk menjadi hamba yang solehah...
yang boleh menidakkan setiap perkara mungkar yang hadir...
yang tidak ragu-ragu untuk memusuhi syaitan..."
"...namun...kenapa tidak aku begitu...
kenapa aku masih begini...
sibuk benar aku mengejar keduniaan...
busy sungguh aku dengan harta duniawi...
leka aku dengan hiburan...lalai aku dengan fantasi duniaku...
puas sungguh aku dengan perkara lagha..."
"...sehingga aku tidak sedar...
akan KIAMAT yang hampir tiba...
sehingga aku menjadi hamba yang leka...
sehingga aku berjaya memberatkan buku dosa-dosaku...
sehingga aku mmbenarkan amalanku dtindih dgn dosaku...
sehingga aku membiarkan ALLAH,
Pencipta aku itu, kecewa denganku...
murka denganku...
jauh sudah denganku...
maka hilang sudah tempat pergantunganku...
hanya kerana perkara dunia yang hampir semuanya melalaikan sudah!!!
"...Ya Allah...kembalikan diri ini...
agar aku sedar bahawa aku adalah MilikMU Ya Allah...
agar aku tidak terikat dengan dunia ini yang hanya melalaikanku...
agar aku dapat merasa ketenangan yang datangnya dariMu Ya Allah...
Ya Allah...
Aku ingin menjadi penghuni SyurgaMU...
amin Ya Rabbal Alamin....................
Apa ertinya aku menuntut ilmu???
"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."
Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,
Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,
"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah,
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)
Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,
Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,
Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,
"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."
khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"
Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.
Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.
Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,
"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)
dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,
Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,
Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”
Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.
Tanda-tanda Dilamun Cinta
Apakah perasaan kita apabila cinta kita ditolak..?
Dan apa pula perasaan kita apabila cinta kita berbalas?
Tambahan yang membalas cinta kita adalah Yang Maha Perkasa, Allahu Rabbul jalil. Mesti gembirakan?
Disini ana titipkan beberapa tanda kita dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta, supaya kita semua dapat melabuhkan cinta kita kepada yang Maha Esa.
• Kita suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Sekiranya tidak berjumpa sesaat kita akan jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiap kali ingin bertemu-Nya.
• Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya kita utamakan dan yang dilarangnya kita cepat-cepat menjauhkan diri supaya keredhaannya sentiasa milik kita.
• Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana kita berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kita luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
• Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cinta kita terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan kita tak kehilangan ISLAM .
• Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintah-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan kita merasa nikmat di dunia.
• Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.
Itulah sedikit tanda-tanda kita dilamun cinta kepada-Nya. Adakah segala tanda-tanda di atas telah tumbuh mekar di dalam hati kita? Sekiranya ada, adakah cinta kita berbalas? Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar. Biarlah kepahitan yang menyelubungi diri kita di dunia, asalkan kita dapat merasakan kemanisan syurga di akhirat kelak.
Oh ALLAH!
Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
Pada Allah
Pengasih…
Pemurah dan Penyayang
Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa