-->
Q-Aini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 27, 2010

Buatmu ayahanda bondaku..


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku
dan Pahala yangbesar
atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab
susutnya dosa-dosa mereka dan
bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu

ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama
dengan santunan-Mudi
tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya
Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih
diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
Dari anakmu...
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 2:50 AM 0 komen Geng Comel
Labels: inspirasi, karya kreatif, ukhuwah

Kesan Zikir Terhadap Otak


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 2:24 AM 0 komen Geng Comel
Labels: info Islam, inspirasi, kesihatan

Monday, November 22, 2010

Pelangi selepas Hujan


Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam.

" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "

" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "

" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "

" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "

" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "

Jawabnya, SENANG.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.

" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "






Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 6:21 AM 0 komen Geng Comel
Labels: inspirasi

Sunday, November 7, 2010

Sayangi mata anda.. ^_^

Kelmarin, hari sABTU bersamaan dengan 6 November, memang aku langsung tak jenguk blog.Memang rasa agak pelik, dan rindu nak tengok keadaan blog, tapi disebabkan keadaan aku yang tidak mengizinkan pada hari tu, aku kena utamakan study aku dulu.. SMS pagi tadi membuat aku terpanggil untuk memenuhi isi2 blog ni.. Kesian kat dia..hm, maybe smua ni ada hIkmahnya kan.. Bercakap pasal mata ni, bnyak nak cakap..Sesungguhnya mata itu adalah anugerah ALLAH yang terindah.. Mata dalam bahasa arAb "AINUN".. Mata ni macam2, ada mata pen, matahari, mata air, mata hati n sebagainyalah.. Kali ni nak cakap pasal mata manusia..

Persoalannya di sini, berapa jam anda berada di depan skrin komputer setiap hari, siang dan malam? Kini, penggunaan komputer tidak dapat dielakkan, samada di rumah atau pejabat apalgi bila bergelar student. Semua kerja memerlukan komputer, lebih-lebih lagi kepada kaki pelayar internet di mana sebahagian besar masa di habiskan di depan skrin komputer/laptop.
Mata yang sentiasa memandang skrin komputer berjam-jam sudah tentu berasa strain dan letih. BEtul tak? Nah, mulalah bio aku nak keluar ni.. Bila kita da hadap skrin mata kita akan kurang berkelip, Kalau x silap hnya 25% jak.. Jadi kesannya mata kering, bila mata kering samalah macam pintu grill..bila da kering sgt( berkarat) payah nak gerak.. Analoginya, mata akan pedih, rasa sakit yg amat sgt.. bila da teruk tu maybe pandangan makin kabur, mata pula jadi kemerahan gitu..Ooo..

Di sini ada beberapa tipslah, ini pun ambik dari web member.terima kasih ya sbb bnrkan aku post dlm blog aku ni..harap dapat membantu..

1. Lakukan Pemeriksaan Mata

Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi yang baru mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan komputer, anda perlulah membuat check-up mata untuk menentukan tahap penglihatan dan kesihatan mata.
Pemeriksaan ini adalah penting untuk mencegah sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry eye’. Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), pemeriksaan mata bagi pekerja industri yg menggunakan komputer adalah sangat perlu. Individu perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap penggunaan komputer dalam satu-satu masa.


2. Gunakan Pencahayaan yang Bersesuaian

Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaannya.
Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit sahaja.
Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang banyak cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan.


3. Kurangkan Silau
Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.
Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya.
Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.


4. ‘Upgrade’ Monitor
Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi sumber dan faktor utama SPK. ‘Flicker’ akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75 Hz. Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer.
Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah mempunyai ‘dot-pitch’ yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan kurang beban pada mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih selesa.

5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer

Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita dan jangan terlalu kecil. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata. Sebagai contoh tulisan hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dgn latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.

6. Kelipkan Mata Dengan Kerap
Cuba senaman ini: Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan2 (seperti mata orang nak tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali.
Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang berkelip. Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan. Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’.
Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.


7. Rehatkan Pandangan
Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stress pada bebola mata anda.
Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya otot-otot fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan. Jika otot-otot fokus kejang, pengguna2 komputer akan kabur melihat objek-objek jauh selepas penggunaan komputer.


8. Luangkan Masa Untuk Berehat
Menurut kajian NIOSH, pengguna komputer yg berehat hanya 5 minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari. Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yg lama.
Apabila rehat, lakukanlah ‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang terlibat.


9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda
Jika anda perlu melihat bersilih ganti antara ‘print copy’ dan skrin komputer, letakkan ‘print copy’ bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan keletihan pada otot-otot mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau mata anda.

Ubah suai kerusi anda sama level dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari satah penglihatan anda. Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya sejauh 50 -100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat dengan monitor/skrin memang sedikit membahayakan bagi mata kita. Seharusnya kita menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik.



10. Memakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer
Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) boleh menimbangkan untuk memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat.
Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini. Rujuklah jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue.
Jangan terkeliru dengan kanta yang kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK keseluruhannya.

hm..ada tak cara yang lebih mudah? still mencari gak ni..
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 6:57 AM 0 komen Geng Comel
Labels: kesihatan

Thursday, November 4, 2010

~ya, sy jatuh cinta kat awk bkn krn Allah @ kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan......~

Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim.

Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice: Tapi..
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya...saya...
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice: sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.


Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian.

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.
Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya...
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya.
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif: Alice...(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab?
Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum.. :)

by: iera sukri
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 11:02 AM 0 komen Geng Comel
Labels: inspirasi, kisah teladan, muslimah

401



401? hm napa ngn 401? apa istimewanya? banyak yang istimewa..401 ni terdapatnya insan2 yang aku sayangi, kitorang dah macam adik beradik..
Dalam bilik ni ada 6 orang termasuk aku..

Member2 401:
Zara@Along : awek Brunei, chinese look, awek cun, umur 19 tahun tp still awet muda. Paling rajin mengemas dalam bilik, paling rajin buat sebarang assignment dan homework..tgh buat apa agaknya dia sekarang..movie? or maybe study, musim exam kan..Kenangan jerit ngn lari sama2 is the best moment I have with her..^_^

Nadia@Angah : kitorang panggil datin, AJK air, sangat2 baik, bila berkata2 memang powerlah, dia banyak tolong aku, suka ngn dia..rindu2..nad, sayang awak~!Kenangn bersama terlalu banyak, selalu gado2, besa ar mengeratkan hubungan,haha..


Ekin@ usu: sumandak cun ni.. sapa tgk pasti terpikat..hehe, seorg yang sangat lembut dan bersopan santun. Gadis Melayu Terakhir gitu. Rindu dgn sifatnya yang manja dan sopan. Mak ekin best friend mak aku tyme mak aku umur2 kitorag smbung study kat maktab,suka lagu Hindustan..Ekin Kapoor!!

Nema@Achik : C Cute yg bersebelahan katil ngan aku, AJK lampu,baik sangat2, jiwang seh kalau bercinta, rindu dengan senyumannya, dia yg ajar aku makan maggi, b4 ni x pernah mkn maggi adik nema yg ajar..bole save bajet kan..hehe

YAti@ Ucu : nI LAgi sorang, awek yang sangat cantik, "ustazah ni", pakar dalam bab2 agama ni, pandai masak, kuat chat ni..hehe..Kenangan bersama, make up dinner..hehe, paling terror bab kecantikan ni..


p/s : Sayang korang semua..Harap2 kita akan sentiasa bersama..happy together..best friend forever..^_^
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 7:00 AM 0 komen Geng Comel
Labels: cerita kami, muslimah, ukhuwah

nasi beryani+aBC+Bunga telur+tears..



Aduh..peningnya kepala bila bangun pagi ni..Macam ada batu jak rasanya..Aku kuatkan diri membaca doa bangun tidur disertai selawat dgn harapan aku mampu bangkit segar menyahut seruanNYA..

Lepas Subuh baca buku, tiba2 mata ni semakin layu..Jadi aku pun tertidur sekejap..Bila terbangun tu terus pg mandi..Lepas mandi ingat nak sambung study, tp bila terlihat laptop comelku, on9lah jawabnya..hehe..

Kira2 pukul 11.35 pg aku ngan aunty keluar makan..atas permintaanku..ehe..makan nasi beriyani mamak ngn ABC..Memang kenyanglah..ALhamdulillah, syukur Ya ALLAH atas rezeki yang Engkau berikan.. Lepas tu kami pg kedai pengantin..Eh, sapa nak kahwin ni? bIla melangkah masuk kat kedai tu, mata ni trus tertarik ke arah sepasang baju..Memang cantik, harga dia pun banyak cantik..Dalam hati aku berdoa agar tidak melakukan pembaziran semata2 hanya sepasang baju. Masih ada lagi keperluan yang penting jika difikirkan.. Lebih kurg sejam memilih2 aksesori untuk buat bunga telur akhirnya selesai jugak.

Dan bermulalah operasi buat bunga telur dengan aunty maria..berbakat juga aunty aku ni..hm, bgs2..Sambil tu On9 nonton cerita one litre tears..sedih betul..isk2..pengajarannya, bersyukur dgn apa yg telah ALLAH beri dan guna dengan sebaiknya..n buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali..ok!
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 6:06 AM 0 komen Geng Comel
Labels: cerita kami
Subscribe to: Posts (Atom)
shoutbox icon
BIODATA SAYA
Qurratu `Aini binti Jumaan
Tawau, Sabah
Sweet 23
Bakal Cikgu 2016
Memantapkan team Netball IB 2014..
99 KEKASIHKU
Image Hover Effects @ JellyMuffin.comJellyMuffin.com Glitter graphics and flash generators
TERKINI DARI GAZA

Geng Comel

Photobucket
 
SECEBIS INGATAN

Mengadulah kepada ALLAH.. Ambillah wudhu kemudian mengaji.. Sesungguhnya Al-Quran adalah penawar bg orang yang beriman. Tiada gunanya kita mengadu sesama makhluk. Minta doa kepada ALLAH agar tabah menghadapi semua masalah..InsyaALLAH ~Cikgu Qurratu~





TINTA-TINTA ILMU
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  February (7)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (18)
    • ►  December (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (7)
    • ►  January (8)
  • ▼  2010 (33)
    • ►  December (5)
    • ▼  November (7)
      • Buatmu ayahanda bondaku..
      • Kesan Zikir Terhadap Otak
      • Pelangi selepas Hujan
      • Sayangi mata anda.. ^_^
      • ~ya, sy jatuh cinta kat awk bkn krn Allah @ kecant...
      • 401
      • nasi beryani+aBC+Bunga telur+tears..
    • ►  October (4)
    • ►  August (13)
    • ►  July (3)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (45)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (15)
    • ►  March (12)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
CERITA TERBAHARU
get this widget here
MY BLOG LIST
  • Tinta Islami
    Swagbucks: (GPT)
    8 years ago
  • سماي كباءيقن تواي كريضاءن
    Amal yang Hilang
    9 years ago
  • Unit Kokurikulum IPG KBM
    Perhimpunan Unit Beruniform Bil 2/2016
    9 years ago
  • "Art Is Pleasant... "
    SOFTWARE FOR YOU from someone blog, credit to him, (BUT THIS IS ALL PIRATE, SO GLUCK)
    11 years ago
  • ~:\ NuKiLaN KeHiDuPaN /:~
    TeRoMPeT IsRaFiL DiTeMui NASA (hanya teori)
    11 years ago
  • KERANAMU BEGITU BERHARGA
    JANGAN SELALU TIDO LEWAT
    13 years ago
  • Nisa' Kawasan Tawau
    Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video
    13 years ago
  • ...RaKaN SuRau aR-RaSHiDiN...
    Pertandingan MuslimSmart Production
    13 years ago
  • Sahabat Al-'Irfaan
    adab menguap~~
    13 years ago
  • Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
    Data penipuan dalam otak manusia
    14 years ago
  • Alumni Irfaan
    Sejarah Tercipta
    14 years ago
  • Laman Rasmi JPP IPG Kampus Bahasa Melayu
  • ♥World Of FRENZZ♥
BLOG SAHABAT
  • LUKISANHATIE NAIEN
    :: Terakhir ::
    7 years ago
  • apabila paan menulis
    Home Tuition Tanjung Malim
    9 years ago
  • ~assyifaa'~(^^)~
    Cerita cinta sikit..eh.
    11 years ago
  • MisEyz BLurz
    Senangnya kalau jadi seorang guru
    11 years ago
  • Taste Of Life
    Because He Is A Muslim
    12 years ago
  • :: CIK DOI PUNYA CERITA ::
    Kalau tiap hari nak seronok, bila masanya kita nak rasa susah?
    12 years ago
  • Indahnya Islam...adakah aku mensyukuri nikmatNYA?
    Mari Belajar Al-Quran
    12 years ago
  • farisukimi =)
    Pakej Fotografi Perkahwinan FP
    12 years ago
  • Khalila Is Khalila
    Haram Ke Tak Haram Ni?
    12 years ago
  • Aku Seorang Cikgu
    Bahan Mengajar 4 : Panduan Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR
    12 years ago
  • BicaraKu,Dari Hati
    #Cuti=KehidupanSebagaiStudent
    12 years ago
  • KASIH PENAWAR
    12 years ago
  • SentapHatiMakNak [dot] com
    SentapHatiMakNak : Kek Buat Kawan
    13 years ago
  • ❀ nzee_zara ❀
    J.A.D.U.A.L E.X.A.M :)
    13 years ago
  • "KAMI DELEGASI PENCETUS REVOLUSI, MEDIUM KEINTELEKTUALAN TERCIPTA"
    13 years ago
  • Selembut Kasih Hawa
    14 years ago
  • Konotasi Si Pencinta
  • Hijazie Zikrullah
  • iedaya's life
  • SuKa - SuKi
  • ♥
  • PPISMP 3E - kita berjalan bersama-sama, menuju yang Satu
  • Kerana namaku SHARIFAH .....
  • Dewi_Syifa
  • c!k EmMa OraNg UtaRa nak habaq Ma!
  • AkHbAr
  • nukhilan anak mama
  • nadia nabilah

Umur Blog

Daisypath Friendship tickers

Apa kata Hati?

Apa kata Hati?

Mereka..^^

Cikgu Q-ratuaini~. Powered by Blogger.
Semua yang tertulis dalam blog ini hak ALLAH..kLu nak copy, silakan^_^