-->
Q-Aini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 29, 2011

Pergi Tak Kembali


::: no more whiskas after this:::
::: di saat dirinya baru mengenal dunia:::
::: terserlah kecomelannya:::
::: semakin meningkat dewasa:::


::: pandangannya yang penuh harapan bila minta makan :::


"FE MAU"..nm yg terpilih untuk kucing ini..sbb dia gemuk.. semakin dia dewasa semakin bnyk perubhn pd wajahnya..pd perangainya..
satu-satunya kucing yg aku berani pegang, belai n peluk..
honestly..aku sbnrnya jenis yg takut kucing..tp dgn dia ni lain sikit..nth knp
n satu-satunya kucing yg kami sekeluarga bela..x nak kucing lain..
aku sayang sangat kucing ni..
bANYAk kenangan suka duka dengannya..
selalu bangunkan aku pagi2 untuk solat subuh..hairan kan?
memang dia selalu buat bunyi bising subuh tu kat bilik aku seolah-olah nak bangunkan aku solat..
selalu gesel2 badan kat kaki aku..
bila kami makan, dia pun makan..
slalu beli whiskas untuk dia..
semakin hari semakin matang..
kucing yang bijak, macho dan manja..
rajin mandi..
kalau balik Sabah..mesti ada dia menyambut kepulanganku..lepas ni dah tak da..=(
sebelum aku balik semula ke KL untuk meneruskan study, dia ada tidur sama dgn aku..
rupa2nya..itulah saat terakhir aku bersamanya..


Waktu mak call bagitaw Fe mau dah mati..rasanya nak meraung masa tu jgk..(nsb baik kat kelas,boleh kwal sikit)
Bila teringat tentangnya, mataku berat..asyik mengeluarkan mutiara-mutiara jernih..
Yang sedihnya, dia mati dalam keadaan tragis n aku tiada kat Sabah masa tu..
Mula2, mak kata dia sakit..badan dia makin lama makin kurus..
Bila keluar rumah, dia mati dibelasah anjing..aku BENCI Anjing!!
rAsA macam tak percaya jak.. Aku berharap semua ni hanya mimpi..tp hakikatnya, tiada siapa boleh menandingi kuasa ALLAH..




MySpace
p/s : Sedikit pengajaran yang aku perolehi..kematian itu tidak mengenal siapa diri kita..kematian itu akan berlaku bila2 masa shj..Ajal maut ketentuanNYA..
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 11:12 AM 0 komen Geng Comel

Monday, March 14, 2011

Warkah buat Kaum Hawa

salam


Dengarkanlah. Dengarkanlah suara hatiku ini.

Bukanlah niat hati untuk mencari perang atau meminta simpati. Cuma hati ini terlalu bimbang melihat keadaanmu dewasa ini. Saban hari bertambah parah.

Hati manakah yang tidak sayu melihatmu begitu andai empunya diri ini jua memiliki kakak dan adik yang sejiwa denganmu. Jiwa yang begitu halus. Tempat yang bersarang naluri keibuan.

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai (perintah) Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim : 6)

Pakaian adalah lambang keperibadian akhlak. Setuju? Lantas apakah yang mendorong engkau masih memakai pakaian ahli maksiat? Kelak kerana pakaian itu engkau akan dihumban ke neraka!

Aku tahu, jauh di sudut hatimu, ingin benar kau menjadi muslimah yang solehah. Ia tersemat kukuh. Kerana itulah fitrah. Fitrah yang suci. Fitrah yang indah.

"Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ar-Rum:30)

Sungguh indah fitrah itu. Madu iman meyelaputinya.

Kembalilah kepada fitrah Islam, pasti engkau dapat merasai manisnya madu iman itu. Ya, amat manis. Tapi ia hanyalah dikhaskan kepada yang benar-benar berusaha untuk mendapatkannya. Aku tahu, untuk kembali kepada fitrah itu terlalu banyak besi halangan dan paku keperitan. Benarlah sabda Nabi Muhammad saw :

"Neraka itu dikelilingi oleh kesenangan, dan syurga itu dikelilingi oleh kesukaran." (HR Bukhari dan Muslim)

Namun tiada alasan untuk kita tidak kembali membersihkan segala noda dan titik hitam dalam hati andai kita benar-benar inginkan. Hendak seribu daya.

Terkadang aku pelik. Tudungmu sudah elok, menutup segala rambutmu. Namun jelek dan pelik bila engkau pakaikan baju yang berlengan pendek. Lagi malang baju adikmu yang kau sarungkan pada badanmu. Bila ditanya, inilah fesyen terkini jawabnya. Namun aku cabar jawapan ini lah yang akan engkau berikan di hadapan Allah nanti. Adakah masih diberi kekuatan untuk menuturkannya sedemikian rupa?

Mengertilah. Aurat itu bukan hanya terletak pada rambut. Namun pada seluruh anggotamu kecuali tapak tangan dan mukamu. Aku yakin engkau sudah tahu cuma tidak mahu mengerti. Mengapa begini? Bukankah kau ingin kembali kepada fitrah?

"Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur: 31)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab : 59)

Terkadang aku terdengar kau merungut. Merungut kerana auratmu terlalu berat berbanding aurat lelaki bagimu. Usah begitu. Sebaliknya kau harus berbangga kerana engkau adalah ibarat permata yang tidak ternilai harganya. Lantas kerana itulah engkau dijaga rapi tanpa calar.

Apakah kau tidak melihat wanita barat yang hilang ketamadunan dan maruah serta malu angkara tidak dijaga oleh agama mereka. Mereka umpama batu hitam penuh debu di jalanan yang boleh dikutip dan dibuang sesuka hati. Aku pasti engkau tidak mahu begitu.

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah." (HR. Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Aku menyeru dengan seruan sayang dan kasih sebagai adik atau abangmu, marilah sama-sama kita kembali kepada fitrah. Singkirkan segala pakaian ahli maksiat dan pakaikan pakaian solehah.

Moga Allah memberi kekuatan untuk kembali kepada fitrah. Rapatlah dengan-Nya, pasti kekuatan itu timbul tanpa dipinta. Aku menyeru dan menasihati diriku terlebih dahulu.

Buatlah pilihan tekad. Mulakan dengan dirimu. Pasti sahabatmu yang lain mengikutimu. Walau pada awal mereka kelihatan menentang atau tidak suka perubahanmu namun, hatinya juga seperti hatimu. Ingin jua menjadi muslimah sejati. Hanya kekuatan belum muncul.

Ayuh, tanggalkan segala pakaian ahli neraka itu. Pakaikanlah pakaian fitrah. Pakaian ahli syurga. Tutuplah auratmu. Rapatlah dengan-Nya. InsyaAllah Dia akan membantu merealisasikan hasratmu itu.

MySpace

p/s: KECANTIKAN SEORANG WANITA ITU TIDAK TERLETAK PADA RAUT WAJAHNYA TETAPI TERLETAK PADA SIFAT MALUNYA..(HADIS)
* diambil daripada iluvislam....wasalam

Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 5:04 AM 0 komen Geng Comel
Labels: info Islam, inspirasi, muslimah

Tuesday, March 1, 2011

Kenapa dengan Tujuh?

Dalam banyak2 nombor aku suka num 1,7, 10,13..Masing2 ada keistimewaannya..
Tapi kali ini aku nak share pasal nombor 7..

7 HAL YANG AKU TAKUTI
1)Allah
2)Anjing
3)Kekecewaan
4)Melintas jalan
5)Kehilangan insan2 yg disayangi
6)Masa depan
7) Gagal Istiqamah

7 HAL YANG SANGAT PENTING UNTUKKU
1)Ayah dan Bonda tercinta
2) Keluargaku
3) Sahabat, teman, kawan
4)Masa depan
5)Pendidikan
6) Blog comel ni..
7) Choki-choki..hehe

7 PERKARA YANG PALING DISUKAI
1)Warna Ungu
2)Berblog...
3) Bunga-bungaan
4) Masak
5)Rumahku syurgaku
6)Dunia IT
7)Makan choki2..hehe

7 PERKARA YANG AKU TAK SUKA
1) Penipuan
2) Lipas
3) Pergaduhan
4) Org yg tdk menghormati org lain
5) Tauhu
6) Orang pemalas
7) Kemalangan

7 FAKTA TENTANG DIRIKU( X menarik pun)
1) Pemalu..kdg2 pemalu tidk bertempat
2) Kuat merajuk..sensitif jgklah
3)mudah menangis..
4) fanatik warna ungu n sgt suka pelangi
5) Anak Sulung..(anak bapa)
6)kalut..cepat nervous..
7) sentiasa nakkan yg terbaik

7 BAKAT (bolehlah..x berbakat sangat pun)
1. Pidato
2. Menulis cerpen
3. Bersajak
4. Masak Air..hehe
5. Debat
6. Blogging
7. Bersukan ( lari anak je)

7 HAL YANG AKU PERLUKAN
1) Sahabat Baik
2) Kasih sayang
3) Kelulusan Pendidikan
4) Tafsir Al-Quran
5) Laptop berimej baru (proses meng`ungu` kan)
6)Belajar untuk memperbaiki diri
7) Sapu tangan

7 PERKARA YANG AKU INGINKAN (Wishes)
1) Sekebun bunga ros..
2) Jadi muslimah yg btul2 muslimah
3) Ingin belajar naik basikal
4) Jam tangan yg btul2 akan tahan di tangan aku ni..
5) Koleksi pakaian dari pelbagai jenis..hehe
6) Hard disk
7) Microsoft Office 2010



Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 10:09 AM 0 komen Geng Comel
Labels: cerita kami

Mampukah aku menjadi seperti mereka??

wanita solehah perhiasan dunia
mampukah kita merialisasikannya
bukan senang seperti yang dikata
bersamalah usaha peroleh redhaNya
kita di sini tak lama mana
beramal soleh sebelum ke sana ...

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...


MySpace

P/s: Usaha tangga kejayaan..Istiqamah..mampukah aku?


Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 9:53 AM 0 komen Geng Comel
Labels: inspirasi, muslimah
Subscribe to: Posts (Atom)
shoutbox icon
BIODATA SAYA
Qurratu `Aini binti Jumaan
Tawau, Sabah
Sweet 23
Bakal Cikgu 2016
Memantapkan team Netball IB 2014..
99 KEKASIHKU
Image Hover Effects @ JellyMuffin.comJellyMuffin.com Glitter graphics and flash generators
TERKINI DARI GAZA

Geng Comel

Photobucket
 
SECEBIS INGATAN

Mengadulah kepada ALLAH.. Ambillah wudhu kemudian mengaji.. Sesungguhnya Al-Quran adalah penawar bg orang yang beriman. Tiada gunanya kita mengadu sesama makhluk. Minta doa kepada ALLAH agar tabah menghadapi semua masalah..InsyaALLAH ~Cikgu Qurratu~





TINTA-TINTA ILMU
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  February (7)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (18)
    • ►  December (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  January (6)
  • ▼  2011 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ▼  March (4)
      • Pergi Tak Kembali
      • Warkah buat Kaum Hawa
      • Kenapa dengan Tujuh?
      • Mampukah aku menjadi seperti mereka??
    • ►  February (7)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (33)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  August (13)
    • ►  July (3)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (45)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (15)
    • ►  March (12)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
CERITA TERBAHARU
get this widget here
MY BLOG LIST
  • Tinta Islami
    Swagbucks: (GPT)
    8 years ago
  • سماي كباءيقن تواي كريضاءن
    Amal yang Hilang
    9 years ago
  • Unit Kokurikulum IPG KBM
    Perhimpunan Unit Beruniform Bil 2/2016
    9 years ago
  • "Art Is Pleasant... "
    SOFTWARE FOR YOU from someone blog, credit to him, (BUT THIS IS ALL PIRATE, SO GLUCK)
    11 years ago
  • ~:\ NuKiLaN KeHiDuPaN /:~
    TeRoMPeT IsRaFiL DiTeMui NASA (hanya teori)
    11 years ago
  • KERANAMU BEGITU BERHARGA
    JANGAN SELALU TIDO LEWAT
    13 years ago
  • Nisa' Kawasan Tawau
    Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video
    13 years ago
  • ...RaKaN SuRau aR-RaSHiDiN...
    Pertandingan MuslimSmart Production
    13 years ago
  • Sahabat Al-'Irfaan
    adab menguap~~
    13 years ago
  • Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
    Data penipuan dalam otak manusia
    14 years ago
  • Alumni Irfaan
    Sejarah Tercipta
    14 years ago
  • Laman Rasmi JPP IPG Kampus Bahasa Melayu
  • ♥World Of FRENZZ♥
BLOG SAHABAT
  • LUKISANHATIE NAIEN
    :: Terakhir ::
    7 years ago
  • apabila paan menulis
    Home Tuition Tanjung Malim
    9 years ago
  • ~assyifaa'~(^^)~
    Cerita cinta sikit..eh.
    11 years ago
  • MisEyz BLurz
    Senangnya kalau jadi seorang guru
    11 years ago
  • Taste Of Life
    Because He Is A Muslim
    12 years ago
  • :: CIK DOI PUNYA CERITA ::
    Kalau tiap hari nak seronok, bila masanya kita nak rasa susah?
    12 years ago
  • Indahnya Islam...adakah aku mensyukuri nikmatNYA?
    Mari Belajar Al-Quran
    12 years ago
  • farisukimi =)
    Pakej Fotografi Perkahwinan FP
    12 years ago
  • Khalila Is Khalila
    Haram Ke Tak Haram Ni?
    12 years ago
  • Aku Seorang Cikgu
    Bahan Mengajar 4 : Panduan Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR
    12 years ago
  • BicaraKu,Dari Hati
    #Cuti=KehidupanSebagaiStudent
    12 years ago
  • KASIH PENAWAR
    12 years ago
  • SentapHatiMakNak [dot] com
    SentapHatiMakNak : Kek Buat Kawan
    13 years ago
  • ❀ nzee_zara ❀
    J.A.D.U.A.L E.X.A.M :)
    13 years ago
  • "KAMI DELEGASI PENCETUS REVOLUSI, MEDIUM KEINTELEKTUALAN TERCIPTA"
    13 years ago
  • Selembut Kasih Hawa
    14 years ago
  • Konotasi Si Pencinta
  • Hijazie Zikrullah
  • iedaya's life
  • SuKa - SuKi
  • ♥
  • PPISMP 3E - kita berjalan bersama-sama, menuju yang Satu
  • Kerana namaku SHARIFAH .....
  • Dewi_Syifa
  • c!k EmMa OraNg UtaRa nak habaq Ma!
  • AkHbAr
  • nukhilan anak mama
  • nadia nabilah

Umur Blog

Daisypath Friendship tickers

Apa kata Hati?

Apa kata Hati?

Mereka..^^

Cikgu Q-ratuaini~. Powered by Blogger.
Semua yang tertulis dalam blog ini hak ALLAH..kLu nak copy, silakan^_^