-->
Q-Aini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 9, 2012

TIPS UNTUK ISTIQAMAH



Assalamualaikum dan salam ukhuwah..

ISTIQAMAH


Credit to circleofhearts untuk doodles yang bermakna ini.. :)


Baiklah, bagaimana hendak istiqamah? Berikut ada beberapa tips untuk istiqamah di jalan ALLAH.. 

1. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH S.W.T

Doodle Berdoa-Istiqamah



 Doa supaya istiqamah di jalan ALLAH..
" Ya Allah, kami mohon kepada-MU teguh dalam segala urusan dan ketetapan hati di atas petunjuk. Kami mohon kepadaMU hati yang bersih dan lidah yang jujur. Kami mohon kepadaMU kebajikan yang ENGKAU ketahui. Kami berlindung kepadaMU dari kejahatan yang ENGKAU ketahui dan kami mohin ampun kepadaMU terhadap apa yang ENGKAU ketahui. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui hal-hal yang ghaib. Ya ALLAH, ENGKAU yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atasa agamaMU. Ya Allah, ENGKAU yang mengubah-ubah hati, ubahlah hati kami atas ketaatab kepadaMU"
(HR.Muslim)

2.  Dekatkan diri dengan orang/sahabat yang gemar melakukan kebaikan




3. Tulis / Catat/ Tampal matlamat yang kita nak capai.



4. Bersyukur dengan membuat kenduri-panggil saudara-saudara terdekat.





4. Berdialog pada diri sendiri




Semoga kita semua istiqamah di jalan ALLAH..Amin..
Niat yang baik pasti dipermudahkan ALLAH..










Photobucket
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 9:15 PM 2 komen Geng Comel

Saturday, December 8, 2012

Kamu tidak Berhak!



" Ah! mak ni kenapa?! Asyik memekak jak dari tadi!.."
" Amboi, banyak cantik muka mak nak main makan jak.. Ingat rumah ni hotel! Minta apa sahaja boleh dapat?"
"Sudahlah! Menyampah aku tengok gayamu mak yang memang menyebalkan!"

HEI, SAUDARA/SAUDARI.. KAMU TIDAK BERHAK UNTUK CAKAP MACAM TU.. KAMU TIDAK BERHAAK!

Nauzubillah minzalliq.. Pernahkah kita sebelum ini meninggikan suara pada ibu, ayah mahupun orang yang lebih tua? Andai pernah, jangan malu untuk meminta maaf.. Kadang kerana silap percaturan, kata-kata dan sikap yang tak sepatutnya dipersembahkan untuk hati2 mereka yang sudah banyak berbakti pada anak-anak tanpa dipinta.. 

okay..sila lihat gambar di bawah ni.. InsyaALLAH boleh jadi muhasabah untuk diri yang hina ini dan juga buat rakan-rakan.. 




Dah baca? Ingat taw.. Mudahan kita dijauhkan dari golongan Si Tanggang.. Amin..






Photobucket
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 6:28 AM 2 komen Geng Comel

Friday, December 7, 2012

Status Terpilih dan Terbaik


Assalamualaikum dan salam seharum bunga ros..
Baru-baru ni lebih kurang sebulan yang lalu, aku buat "FB walking". Tengah jalan-jalan tu, ternampak sebuah status yang sangat-sangat baik punyer.. Sebab? Status tu berupa nasihat yang berhikmah dan dapat memberikan peringatan pada ramai orang khusunya yang 'jarang' balik kampung untuk jumpa family. So.. aku apa lagi, terus buat doodles dan masukkan status akak tu..

Klik gambar untuk saiz yang lebih besar..


I agree with this! Bila lagi nak bermesra-mesra dengan keluarga? Kalau jauh rindu-rinduan.. kalau dekat mesra-mesraan(hancus BM aku..haha). Apapun aku tak ketinggalan nak cermin diri sendiri. Takut2 aku lalai dengan alat2 komunikasi ni.. Maklumlah, 3 tahun lagi baru habis.. Takut-takut pula jodoh sampai lepas 3 tahun..=P

Tak adalah, kalau dah kahwin pun boleh jak mesra dengan parents kita.. Tapi x puaslah.. Sebaik2nya luangkan masa banyak dengan keluarga.. I prefer to stay with my parents.. Sebab tu 'kalau' ada yang ajak nikoh lepas 3 tahun, aku teragak-agak.. Relaxlah.. I still want stay beside my parents.. Bagi parents tengok dan rasai hasil kerja dan keringat kita.. And yang paling penting, parents pun happy! Taaapi, aki tak pernah larang pun if ada yang nak kahwin awal. Tak kisah, jodoh dah sampai. Pandai2lah korang menyusun atur dan membahagikan masa dengan sebaiknya agar tidak ada yang terasa.. :)

Apapaun nasihat aku, sesibuk mana pun jangan lupakan keluarga terutamanya ibu dan bapa kita. How? Always pray for them ok.



SELAMAT BERCUTI 







Photobucket








Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 8:28 AM 0 komen Geng Comel
Labels: cerita kami, Doodles Story, Ilmu Pengetahuan

Tuesday, October 16, 2012

Kasih Mawar Berduri

Mampukah diri ini menjadi mawar berduri?




Photobucket
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 9:47 PM 0 komen Geng Comel

Saturday, September 8, 2012

Sejujurnya..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni mood memang pelbagai. Sedih pun ada, gembira pun ada, nervous pun ada, kecewa pun ada, seronok pun ada.. Indahnya kurniaan ALLAH S.W.T pada hambaNYA.. Hanya manusia yang dikurniakan akal berserta perasaan.. Alhamdulillah..

Baru buat entri hari ini memandangkan perasaanku yang tak stabil, jadualku yang terlampau penuh hinggakan terpaksa mereka yang masuk dalam jadualku duduk berpangku-pangku..Tambah-tambah lagi, hati ini rasa hilang pelanginya buat seketika.. Why? Senyum sahajalah.. Hari ini baru ada kekuatan hendak buat entri. Tambah-tambah lagi, sang diari hati enggan menerima luahan hatiku lagi. Dia give up dah mendengar keluhanku. Tapi aku tetap sayang pemberian ALLAH ini.. sebab hari ni dia tolong juga aku membuat entri yang penuh emosional ini..

Family dan kawan-kawan tengok aku gembira.. Murid-murid pun tengok aku gembira..Pensyarah-pensyarah aku pun tengok aku happy semacam jak.. Iya, betullah apa yang kamu nampak. Aku senyum, aku gelak sampai terguling-guling..Aku buat lawak.. Aku jadi superhero mengalahkan ultraman..Aku berlagak seperti kaunselor gemilang mengalahkan Dr.Fadzilah Kamsah.. Pokoknya, akulah orang yang paling BAHAGIA..  Yes, itulah perasaan yang aku tunjukkan pada kamu semua. Perasaan yang telah bekerjasama dengan aku untuk “cover line..” sesuatu. Terima kasih banyak2.. J

Kenapa aku boleh paksa perasaan gembira itu supaya berkomplot dengan aku? Reason dia banyak..
1.    ALLAH masih sayang aku. ALLAH kurniakan kekuatan. ALLAH mendengar doa-doaku.. ALLAH memang Maha Penyayang. Buktinya,
"Sesungguhnya Allah lebih sayang kepada hambaNya melebihi sayangnya ibu kepada anaknya," (HR Bukhari & Muslim)





2.   sejujurnya Aku mempunyai FAMILY yang sangat penyayang dan supportive. Aku yakin dan percaya, semua orang pasti mempunyai family macam aku kan.. Syukurlah. Mereka seolah-olah tahu hati ini perlukan ubat. Mereka hadir tanpa dipinta. Mungkin sahaja itu hadiah daripada ALLAH sempena Karnival Dari Hati Ke Hati . Hari ini sahaja, aku baru habis Video Chat dengan mak, bapa, dan adik perempuan aku. Banyak yang dibualkan.. Banyak juga yang ditunjukkan.. Pengubat hati yang sedang lara.

3.    sejujurnya Aku mempunyai sahabat-sahabat yang cool dan positif. Bila aku luahkan rasa dengan mereka, secara tiba2 aku jadi orang yang positif. Ya, mungkin di situlah aku cuba membina menara motivasi. Aura sahabat yang dikasihi memberikan penangan sebegitu padaku. Lagi satu, aku suka buka FB sebab mereka sering share kata-kata positif tak kiralah hak cipta terpelihara mahupun hak cipta perkongsian. Serius, aku cuba bisikkan kata-kata positif itu dalam diri walaupun suatu ketika dahulu ada insan yang sering memberikan kata-kata nasihat.. Kata-kata nasihat yang aku rindui.. Mereka sememangnya anugerah percuma yang mengindahkan hari-hariku dengan kisah suka dan duka. Antara kata perangsang yang aku dapat tanpa dipinta:

Bukan Allah tiidak mengetahui jerihnya hatimu..
Bukan Allah tidak tahu letihnya dirimu..
Bukan Allah tidak tahu lemahnya kamu..
Bukan Allah tidak tahu sakitnya hatimu..
Bukan Allah tidak tahu semua yang terjadi pada dirimu.

Allah cuma mahu kau merintih pada-Nya..
Allah cuma mahu mendengar luahan hatimu pada-Nya..
Allah cuma mahu melihat gugurnya air matamu di hadapan-Nya..
Allah cuma mahu melihat pengharapanmu hanya pada-Nya.

Ya, kesabaran yang bertahun itu amat memeritkan..
Adakalanya pasti dikau hampir berputus asa..
Namun, Allah anugerahkan lagi kekuatan..
dan akhirnya tanpa kausedari kesabaranmu itu sudah terlalu lama.

Engkau menanti saat Allah mengabulkan doamu..
Engkau menanti saat Allah mengizinkan yang terbaik untukmu..
Jangan pernah engkau berhenti menanti saat Allah mengabulkan doamu..
Jika bukan sekarang, pasti Allah merencanakan yang terbaik untuk dirimu.

Ya, yang terbaik untukmu. Pasti. Pasti yang terbaik untuk dirimu.


Terima kasih sahabat.. :)

4.    Sejujurnya Aku   belajar untuk tidak melupakan. Mungkin aku sudah dilupakan. Dan kadang kala silapku juga kerana berlagak seperti melupakan. Walaupun hakikatnya, sedikit pun aku tidak melupakan. Aku sentiasa ingat kau. Bukan susuk dirimu, tapi keperibadianmu.  Maaf, aku bukan minta simpati, Aku tak perlu semua itu. Hanya keikhlasan yang aku dambakan. Bukan calang-calang orang yang pandai menyelitkan kata-kata nasihat di sendi hatiku.. dan bukan mudah hendak merobohkan tembok EGO yang tersergam kukuh di urat hatiku.. Apalagi membuka pintu hati yang pernah suatu ketika kehilangan kuncinya. Kau berjaya buat itu semua. Dan bila suatu hari kau ungkapkan kata-kata semudah menyebut ABC.. Aku sebenarnya terpaku. Aku rasa macam hilang sesuatu. Tapi aku gagahkan diri melawan kata-kata hatiku. Aku cuba antonimkan kata2 hatiku dan terjemahkannya dalam bentuk tulisan. Maaf aku tak terus terang dengan kau hari tu,,Kau mungkin anggap, betapa tak ada perasaannya aku kan.. Mungkin kau fikir hati aku dah tawar, dah jadi batu. Aku tak salahkan kau.. Aku tak salahkan siapa2.. Mungkin ini sudah ketentuannya.. Sejujurnya, aku tak nangis sebab kau.. Cuma bila aku rasa sebak, cepat2 aku menghalau rasa sebak itu. Sebab apa? Sebab aku masih berpegang dan ingat dan kata-kata kau,

“jangan menangis sebab aku jangan bersedih kerana aku, bersedihlah kerana ALLAH Taala.“


Ya.. aku ingat semua itu.. Didikan dari kau yang tidak pernah sekali aku perolehi dari mana2 dan tidak aku lupakan.Terima kasih atas segalanya.. Aku minta maaf jika selama ni jadi bebanan. Dan untuk pengetahuan kau, kau tidak pernah jadi bebanan buat diri ini. Aku cuma takut kita mengukir kemurkaan ALLAH S.W.T.. Aku tahu kau tahu cara yang sebaiknya.. sebagai seorang MUSLIM.. Apapun, semoga kau bahagia dengannya... :)


p/s: "Kekuatan manusia itu pada hatinya, hati manusia itu milik Allah. Ada Allah dihatinya, maka segala kekuatan itu ada pada kita".


 Photobucket
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 8:36 PM 0 komen Geng Comel

Sunday, May 27, 2012

Tetamu yang tidak diundang!!!


Jangan pernah katakan bahawa
Cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini
Harus ku tinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa..

Opps!!!!! (Malunyaaaaaa..)
Kantoi pula tgh menyanyi lagu Rossa.. (Bukan aku yg pasang lagu ni, adik aku..jadi aku dengar2 tu ternyanyilah sekali..untuk memantapkan vokal..hehe).. Ok.. abaikan!

Abaikan gambar ni..haha
Baiklah.. Assalamualaikum dan salam cuti2 Sekolah.. ^_^
Buat semua guru2.. Cikgu2.. Ustaz2..Ustazah2.. adik2 sekolah.. dan geng2 IPG..Sebelum nak cerita pasal entri kali ni, aku nak ucapkan Selamat Bercuti.. Cepat senyum dan bt peace..hehe..

Lukis masa bt revision..haha..Bolekah macam tu? Bole bah kalau kau..haha


Hmm.. ok, aku cerita sikit pasal lukisan di atas ni ya.. ada kaitan dgn tajuk entri ni.. kawan aku tanya, apasal lukis gambar katak?

Nak tahu jawapan? 
Tapi aku nasihatlah, sila sediakan tisu atau baldi banyak2.. Tisu sebab kamu akan nangis mendgr cerita sedih aku ni.. dan baldi utk yg nak muntah dgr kisah benar lagi nyata ni..

Sebenarnyakan ada kaitan jugaklah dengan aku.. Kenapa ya? Sebab kulit aku skrg ni rasanya macam katak..(sedih sgt2). Jerawat sana sini..Kedut sana sini.. Mereka itu tetamu tidak diundang!! Agak terkejut bila tgk cermin.. Sepanjang study week tu duk memerap kat bilik jak.. Jadual harian study,makan dan mandi sepanjang seminggu tu.. Bila nak bersiap p exam pertama tu, punyalah terkejut melihat siapakah puteri katak yg berada di dalam cermin tu.. Oh.. rasa nak nangis jak masa tu.. Rasanya, akulah wanita terhodoh di dunia..

Lepas jak exam, termenung seketika.. Bukan memikirkan paper exam yg power tu.. tapi perihal TETAMU DIRAJA tu Nasib baik roommate aku ni cool n tenang mndgr rungutan pasal si tetamu2 yang tidak diundang ni…
Mahu tak mahu, aku biarkan sahaja tetamu2 tak diundang ni.. Kalau aku layan confirm gossip 1 dunia ni aku tahu...kesannya, aku xkan pandang buku lagi..

Dipendekkan cerita aku biar jak tetamu2 ni pg melawat2 di mukaku ni hinggalah skrg. Aku memang macam ni, terlalu segan.. Malu2 kalau ada tamu..haha..(Serius bah ni)

Lagipun roommate aku, Kim, cakap.. “jgn risau kak aini..lepas kahwin confirm dah xda jerawat lagi.. memang kulit akan licin. “
Aku: Owh yakah? Kenapa ya? (hati berbunga2..hehe =P)
Kim: Sebab…..(Hm..ini kamu Tanya sendiri dgn dia.. aku xnak cerita..=P)
Aku gelak jak dgr jwpn dia.. Aku rasa btul juga ckpnya tu..Sebab bukti di sana sini..^_^

Ok.. fine! Lupakan kisah sedih ni..
Bila difikir2 kan ada juga hikmahnya mukaku begini..
I will know which people I can put trust.. and accept who I am with sincere..and also rise my sense of grateful to ALLAH.. Apa? Xpaham? Malaslah nak explain,,hihi..
Okaylah.. Nak p buat tempahan yang tak siap lagi.. Tempahan apa? Seganlah nak cerita.. kalau siap baru aku cerita ya..  Apa? Jerawat ni? Aku pun xtahu nak buat apa.. Hanya mampu melihat sahaja..(sedih2..sedih2..)


Kesimpulannya.. sebagai hamba ALLAH.. Kena beringat.. apa yg ada sekarang ni pinjaman ALLAH.. Jadi, gunakanlah apa yg dipinjamkan dengan sebaik2nya.. Bila2 masa sahaja ALLAH boleh tarik balik..InsyaALLAH, patuh pada ALLAH, berkat yg kita perolehi.. Hiasi peribadimu!

Ok..Selamat bercuti..

P/s: Kalau ada tetamu.. sila layan dengan baik..^_^



Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 5:28 AM 2 komen Geng Comel

Tuesday, May 1, 2012

Buat pertama kalinya.. =)




Oh.. hoi. Hoi…Pertama kali ku melihat wajah si dia.. Pertemuan bermula di taman si kebun bunga.. Si tua mulanya.. berjumpa bertentangan mata..

Alamak-alamak.. ternyanyi lah pulak aku ni.. haha.. Macam “banyak bakat” jak kan..haha.. Sampai terlupa maw bagi salam.. Astaghfirullahalazim..(cepat ikut aku istighfar jg..Tenangkan hati sbb aku taw kamu bengang dengar nyanyian aku ni..hehehe..)

Baiklah.. Assalamualaikum dan salam muhibbah buat semua..
Kali ini Ratu  aku nak cerita sedikit..(padahal banyak..hahaha).

Okay, berbalik kepada tajuk entri.. “ Pertama kali.” Entri ni pun akan dibuat oleh si gadis comel, Nur Siti Zahara.. (Klik sini untuk pergi ke blognya)


Harini aku penat lah jugak kan. aduhai. penat penat.. Semalam baru habis buat show.. (padahal baru show yg pertama kali..haha) Show apa? Biarlah rahsia.. Kalau aku bagitaw nanti confirm banyak sgt yg nak panggil untuk buat show demi menyerikan sesebuah majlis..haha.. (jangan menyampah ok..=P). 

Itu cerita semalam.. sekarang maw bagitaw cerita hari ini. Hari ni kan cuti sempena hari pekerja, jadi aku dan kawan-kawan sekelas pergilah melakukan aktiviti tutorial bersama.. Jadi tadi, start pukul 10.30 pagi kami pun bergerak menuju ke Mid Valley. 
Eh kejap, aku ada jumpa kau lah tadi.. Alaa, cuba ingat balik.. Ada kan budak yang comel-comel tu.. (perasan gila ko Cikgu Qurratu!) Haha.. abaikan statement merapu ini.
Kat Mid Valley buat apa? Sebelum tu cuba tarik nafas dalam-dalam.. Sedalam cintaku padamu.. pergh! Maaf ya..agak ter”EXCITED”

Sebenarnya kan kami sekelas nak main bowling.. Dan untuk pengetahuan semua (walaupun dalam hati tak nak tahu..) ini merupakan pertama kali aku bermain Bowling.. Kesian kan.. padahal family selalu jak ajak pergi main bowling,  tp saja x nak ikut. (alasan: nak study..haha..=P) Kawan-kawan sekolah menengah pun ada ajak juga dulu, tapi malu-malu arnab.. haha.. xda bakat konon..
Ok, berbalik pada cerita main bowling ni.. Untuk permainan pertama,kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan.. iaitu BAWAR, ADA CAAN, MANTOP, & OTAI. Haha..lawak jak nama kumpulan kan..
Aku merupakan ahli kumpulan ADA CAAN.. Ha.. Cuba tengok gambar kat bawah ni.. Inilah grup ADA CAAN yang confirm hebat-hebat belaka..
Dari kiri: Aku , Nadia, Cass, Hafiz, Adiba


Berdebarnya..Sampai Pilih bola pun minta orang pilihkan..hahaha
Mula-mula main tu rasanya macam orang kampung sahaja.. memang pun aku dari kampung.. yang belajar di kota metropilitan.. Malu jugaklah.. Asyik nak masuk longkah sahaja.. haha.. Berkat tunjuk ajar Mr. Carlos, Cass, Nadia dan Adiba.. Akhirnya boleh juga aku main walaupun masih masuk longkang..hahaha..

hahaha.. Fokus konon..=P

Game ini dimenangi oleh MR.Carlos a.k.a Hafiz Sukaimi, satu-satunya sang kumbang di dalam grup Ada Caan.. Cuba teka aku dapat tempat ke berapa? Hahaha.. Cepat tengok gambar di bawah ni..hehe.. Dah taw, diam-diam..hehe

Hahaha.. 47? Okaylah tu untuk budak yg baru perrtama kali main mcm aku ni..

Lepas game ni, aku main lagi.. Xpuas main 10 pusingan..=P
Kali ni main dengan diorang Zara, Nadia, Marliah, Adibah dan Cassandra.. Makin lama makin excited.. Hasil game ni,

Haha.. sekali lagi di tangga kedua..dan makin merosot nampaknya..=P

Haha.. Keputusan itu tidak penting.. Yang penting ukhuwah kita semakin erat dan rapat.. Tak gitu? Masing-masing saling memberi sokongan antara satu sama lain.. =)
Lepas main bowling kami pergi makan dekat Oasis Food Court.. Haaa.. ini pun pertama kali juga.. Sebelum2 ni asyik nak makan dekat food Court yang atas sekali tu jak..  Memang masa tu lapar sangat, jadi aku pun memesan makanan dan minuman yang terlalu mewah tapi masih mengekalkan ciri makanan kampung.. (haruslah..hehe). Mendengar sahaja akak dekat kaunter menjerit-jerit.. “Order..Order..Order.. Adik nak order apa?” Dengan semangatnya aku menjawab, Akak nak Ikan Pari Bakar dan Sotong.. Bab bakar-bakar ni, memang selera nombor satu aku.. hehe.. Pastu aku beli ABC Durian.. Pergh.. sedap sangat.. Alhamdulillah, ALLAH bagi rezeki.. Jom hayati menu-menu yang telah dimakan..Sebelum tu, jangan terkejut melihat makanan-makanan yg telah dihadamkan aku beberapa jam yang lalu.. Memang aku kuat makan.. Tapi x gemuk-gemuk juga..Kurus melidi sahaja.. hahaha..
Jom layaanz..
Nasi putih..-FREE of CHARGE.. =)

Ikan Pari Bakar +Sotong..


ABC Durian.. Power punya.. nyummy.. Kalau aku bagi Cik Lyeen ni, confirm dia tolak habis.. hehe..kenapa pulak? Cuba tnya Cik Lyeen ni.. Pglah trejah blognya,, 

Haa.. ini pun sedap juga.. Ni bukan aku punya, tapi aku makan juga..haha..=P

Ini Sup Ayam.. Paling syok ada tomato, my favourite! Dan yg paling penting, ini pun bukan aku punya..hehe.. Tapi aku tetap makan juga sup ni.. Haa..aku kena bagi rasa, aku makanlah sikit.. Sikitkah aku rasa ya? haha..=P
Hmm.. mesti kamu fikir, aku x dapat habiskan makanan2 tadi itu.. Oh tidak.. sangkaan anda salah 100%. Aku berjaya menghabiskannya.. Padahal memang selalu habis pun.hehe.. Kan membazir x elok.. Org lain terutamnya yg susah  kesian selalu x dapat makan.. Jadi x bolehlah nak buang2..bazir2.. bagus bagi orang sedekah duit tu.. Betul tak.. ?

Haa.. ini bukti2 yg menunjukkan aku tidak menipu kamu..hehe..
Bukti 1: Nasi dan ikan bakar habis! Alhamdulillah

Bukti 2: Hehe..



Bukti 3: ABC Durian..Licin..hehe..
ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..
Lepas makan kitorang solat.. Lepas solat kami berpisah.. Masing-masing dengan urusan sendiri yang perlu diselesaikan.. Apa? Urusan aku? Aku apa lagi, shopping lah..heheh.. Tiadalah, gurau sahaja.. Aku, Zara, Nadia dan Ririn pergi membeli barang keperluan yang telah habis stok. Dan buat pertama kalinya, belanja aku tak lebih RM 50 bila pergi Jusco.. Hehe.. Kan aku dah kata, nak beli barang keperluan sahaja..hehe.. Itu dekat Jusco sahaja.. Belum lagi campur dengan tempat lain..hehe=P

Dan buat pertama kalinyaaa... aku melihat seorang perempuan yg tidak menangis apabila hp nya hilang.. Kalau aku sudah nangis kali.. Sebab terbayang-bayang betapa susahnya nak dapatkan duit untuk beli hp.. Perempuan tu kawan aku juga, Miss Nadia Nabilah.. Bravo Nadia! Dan juga Zahara, Ririn, Liza dan Syidah yang setia menanti dan mencari hp Nadia.. Walaupun tak jumpa, usaha kalian sangat2 berharga.. =)

Sebagai penutup cerita, aku ingin ucapkan terima kasih pada semua kawan-kawan yang sudi meluangkan masa bersama.. Susah senang bersama.. That is the promise ok! Serius, memang seronok..Sayang mereka semua ni.. Sporting betul! Hehe..
Credit To Zahara.. Abaikan org yg pose dekat tiang tu..hahaha..=P


Ok.. cukup sahaja cerita hari ini.. Ampun maaf dipinta buat semua.. Andai ada kata2 yg x sedap didengar..


p/s: aku bukan penulis berkaliber, tapi aku cuba melakar coretan asam garam kehidupanku.. =P




Photobucket
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 9:53 AM 6 komen Geng Comel
Labels: cerita kami, ukhuwah

Friday, April 20, 2012

Selamat!

 





ALL THE BEST..

Photobucket
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 4:37 AM 2 komen Geng Comel

Sunday, April 15, 2012

Aku Sayang Kamu!


Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku!

Terima kasih ya sahabat.. Pesanan yg sangat membekas di hati.. Ya ALLAH, alpanya hambaMU ini.. T_T

Credit to: My beloved Jr Sahabat Al-Irfaan, Kolej Matrikulasi Labuan..

Aku akan kembali ke sana kelak dengan harapan dan ilmu untuk dikongsi bersama.. InsyaALLAH.. =)

Photobucket
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 3:12 AM 0 komen Geng Comel
Labels: cerita kami, Ilmu Pengetahuan, karya kreatif, kawan, ukhuwah

Saturday, April 14, 2012

Seribu Bunga Pun Tak Cukup




Aku : saya tidak layak untuk awak.

Kau : Kenapa?

Aku : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…

Kau : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Aku : awak pintar, awak ada banyak peminat.

Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Aku : saya juga tidak dalam ilmu agama.

Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.

Aku : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…

Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Aku : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.

Aku : Awak terlalu sempurna.

Kau : Belum. Akan sempurna jika awak ada.

Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

.

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).

.

Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:

“Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut”



kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/temuilah-ayah-saya/#ixzz1s5EQD5FW




Photobucket
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 10:13 PM 0 komen Geng Comel
Labels: Cinta
Subscribe to: Posts (Atom)
shoutbox icon
BIODATA SAYA
Qurratu `Aini binti Jumaan
Tawau, Sabah
Sweet 23
Bakal Cikgu 2016
Memantapkan team Netball IB 2014..
99 KEKASIHKU
Image Hover Effects @ JellyMuffin.comJellyMuffin.com Glitter graphics and flash generators
TERKINI DARI GAZA

Geng Comel

Photobucket
 
SECEBIS INGATAN

Mengadulah kepada ALLAH.. Ambillah wudhu kemudian mengaji.. Sesungguhnya Al-Quran adalah penawar bg orang yang beriman. Tiada gunanya kita mengadu sesama makhluk. Minta doa kepada ALLAH agar tabah menghadapi semua masalah..InsyaALLAH ~Cikgu Qurratu~





TINTA-TINTA ILMU
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  February (7)
    • ►  January (5)
  • ▼  2012 (18)
    • ▼  December (3)
      • TIPS UNTUK ISTIQAMAH
      • Kamu tidak Berhak!
      • Status Terpilih dan Terbaik
    • ►  October (1)
      • Kasih Mawar Berduri
    • ►  September (1)
      • Sejujurnya..
    • ►  May (2)
      • Tetamu yang tidak diundang!!!
      • Buat pertama kalinya.. =)
    • ►  April (4)
      • Selamat!
      • Aku Sayang Kamu!
      • Seribu Bunga Pun Tak Cukup
    • ►  March (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (7)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (33)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  August (13)
    • ►  July (3)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (45)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (15)
    • ►  March (12)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
CERITA TERBAHARU
get this widget here
MY BLOG LIST
  • Tinta Islami
    Swagbucks: (GPT)
    8 years ago
  • سماي كباءيقن تواي كريضاءن
    Amal yang Hilang
    9 years ago
  • Unit Kokurikulum IPG KBM
    Perhimpunan Unit Beruniform Bil 2/2016
    9 years ago
  • "Art Is Pleasant... "
    SOFTWARE FOR YOU from someone blog, credit to him, (BUT THIS IS ALL PIRATE, SO GLUCK)
    11 years ago
  • ~:\ NuKiLaN KeHiDuPaN /:~
    TeRoMPeT IsRaFiL DiTeMui NASA (hanya teori)
    11 years ago
  • KERANAMU BEGITU BERHARGA
    JANGAN SELALU TIDO LEWAT
    13 years ago
  • Nisa' Kawasan Tawau
    Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video
    13 years ago
  • ...RaKaN SuRau aR-RaSHiDiN...
    Pertandingan MuslimSmart Production
    13 years ago
  • Sahabat Al-'Irfaan
    adab menguap~~
    13 years ago
  • Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
    Data penipuan dalam otak manusia
    14 years ago
  • Alumni Irfaan
    Sejarah Tercipta
    14 years ago
  • Laman Rasmi JPP IPG Kampus Bahasa Melayu
  • ♥World Of FRENZZ♥
BLOG SAHABAT
  • LUKISANHATIE NAIEN
    :: Terakhir ::
    7 years ago
  • apabila paan menulis
    Home Tuition Tanjung Malim
    9 years ago
  • ~assyifaa'~(^^)~
    Cerita cinta sikit..eh.
    11 years ago
  • MisEyz BLurz
    Senangnya kalau jadi seorang guru
    11 years ago
  • Taste Of Life
    Because He Is A Muslim
    12 years ago
  • :: CIK DOI PUNYA CERITA ::
    Kalau tiap hari nak seronok, bila masanya kita nak rasa susah?
    12 years ago
  • Indahnya Islam...adakah aku mensyukuri nikmatNYA?
    Mari Belajar Al-Quran
    12 years ago
  • farisukimi =)
    Pakej Fotografi Perkahwinan FP
    12 years ago
  • Khalila Is Khalila
    Haram Ke Tak Haram Ni?
    12 years ago
  • Aku Seorang Cikgu
    Bahan Mengajar 4 : Panduan Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR
    12 years ago
  • BicaraKu,Dari Hati
    #Cuti=KehidupanSebagaiStudent
    12 years ago
  • KASIH PENAWAR
    12 years ago
  • SentapHatiMakNak [dot] com
    SentapHatiMakNak : Kek Buat Kawan
    13 years ago
  • ❀ nzee_zara ❀
    J.A.D.U.A.L E.X.A.M :)
    13 years ago
  • "KAMI DELEGASI PENCETUS REVOLUSI, MEDIUM KEINTELEKTUALAN TERCIPTA"
    13 years ago
  • Selembut Kasih Hawa
    14 years ago
  • Konotasi Si Pencinta
  • Hijazie Zikrullah
  • iedaya's life
  • SuKa - SuKi
  • ♥
  • PPISMP 3E - kita berjalan bersama-sama, menuju yang Satu
  • Kerana namaku SHARIFAH .....
  • Dewi_Syifa
  • c!k EmMa OraNg UtaRa nak habaq Ma!
  • AkHbAr
  • nukhilan anak mama
  • nadia nabilah

Umur Blog

Daisypath Friendship tickers

Apa kata Hati?

Apa kata Hati?

Mereka..^^

Cikgu Q-ratuaini~. Powered by Blogger.
Semua yang tertulis dalam blog ini hak ALLAH..kLu nak copy, silakan^_^