-->
Q-Aini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 13, 2013

Sajak Hari Lahir Semalam

13 Oktober 2013

Credit to photographer: My mom
Model: Qurratu Aini Jumaan

Budak di atas ni dah tua dah,, umur 22 tahun dah..

Alhamdulillah..ku sujud syukur padaMU kerana masih memanjangkan usiaku ini dan masih memberikan aku peluang untuk menikmati keindahan dunia ciptaan Mu.. sedangkan kematian itu semakin menghampiriku. Dan Terima kasih tidak terhingga buat emak yg mengandungkan diri ini  selama 9 bulan, melahirkan dan membesarkan dengan seribu kepayahan....serta mendidik ku menjadi anak yang berguna....jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat.. Terima kasih juga buat keluarga, kawan2 dan insan yang sentiasa menjaga dan membawaku ke arah kebenaran.. Segala ucapan dan doa sempena hari lahir amat dihargai dan semoaga doa2 itu dimakbulkan untuk yang didoakan dan yang mendoakan....
Sebenarnya.. saya sendiri terlupa hari ini hari lahir saya.. hinggakan emak di kampung membuat panggilan jam 7.00 pagi. Saat itu, terkejut masa emak wish, " Selamat Hari lahir Aini.. Semoga panjang umur, murah rezeki dan banyaaak lagilah.." Terus cepat-cepat check kalendar. Oh.. hari ini hari lahir aku.. aku lupa.. T.T
Rasa bersalahnya.. Sepatutnya, sbagai anak yang patut wish kat mak walaupun hari lahir sendiri. Sebab di hari lahir ini yang layak dapat penghargaan adalah emak yang telah susah payah melahirkan.. T.T
Cepat-cepat minta ampun.. Ucap terima kasih..

Harapanku.. Moga emak sihat selalu, bahagia dunia dan akhirat..




Sajak : Hari Lahir Semalam

Pagi ini..
Ku mendapat panggilan telefon,
Dari insan yang amat ku sayang,
Dari suaranya, ada rasa rindu yang berbisik,
Melafaz kalimah di hari penuh makna ini.

Tapi..
Berdosanya diriku.. Aku malu,
Tidak sanggup lagi berkata,
Dan membiarkan sahaja hatiku menjerit pilu,
Kerdilnya diri ini hingga,
Terlupa akan hari bermakna ini.

Ya!
Mana mungkin insan itu lupa..
Kerna..
Dialah insan yang sudah mempertaruhkan nyawa..
Untuk melahirkanku,
Dialah insan yang memanggilku anak,
membesarkan dengan seribu kepayahan....
serta mendidik ku menjadi anak yang berguna.

Masih terngiang-ngiang..
“Selamat hari lahir anakku”
Sedang sepatutnya..
Aku yang patut memberikan panggilan dahulu..
Memberi penghargaan..
buat Insan yang kupanggil “emak”.

Ku titip sejuta kemaafan buat insan itu..
Ku berjanji..
Kisah ini tidak akan beputar lagi,
Sungguh insan itu bererti buatku..

Nukilan,
Qurratu `Aini Jumaan
13 Oktober 2013, 8.10 pagi





Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 10:40 AM 4 komen Geng Comel

Thursday, June 27, 2013

My Doodles.. :)

Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 12:14 AM 0 komen Geng Comel

Wednesday, February 20, 2013

Kad Segera



Assalamualaikum dan salam Pandu Puteri.. Opps.. Salam sejahtera. Tersasul kerana aura-aura sebagai ahli Pandu Puteri Kadet yang hebat masih membara. Haha..

            Pernahkah mendengar perkataan kad segera? Selama ni makanan segera adalah.  Mungkin kami di IPG KBM yang menghasilkan kad segera. Hehe.. Padahal mungkin saya jak yang buat kad last minute. Kalau tak kerana terlalu sibuk mungkin sudah siap. Mungkin. Haha.

Baiklah, sempena Hari Peringatan Sedunia Sabtu ini, pemimpin-pemimpin Pandu Puteri Kadet meminta agar kami membuat sebuah kad kreatif secara individu  dan kad besar secara berkumpulan. Kemudian, kad-kad itu akan dikirim ke IPG di seluruh Malaysia sebagai tanda sokongan kepada Hari Peringatan Sedunia. Apa yang menarik, tema Hari  Peringatan tahun ini adalah isu semasa yang hangat diperkatakan di Malaysia. Jelaslah bahawa, Penubuhan Pandu Puteri ini banyak menerapkan impak positif dari dalam hinggalah keluar.

Inilah hasil kad Segera saya.. Nampak sangat hasil “1 malamnya”.. huhu.. IPG manalah yang ‘bertuah’ dapat kad ni. IPG Tawau? IPG KKRI? Haha.  Apapun saya berharap agar mesej yang ingin sampaikan dalam kad tersebut dapat dihayati lebih-lebih lagi sebagai seorang guru dan insan yang mempunyai nilai kehidupan.

Muka hadapan. Buruk gila susunan. Credit doodles Fiz Graphic. Tak sempat nak buat doodles sendiri. Lepas ni ada tak doodles segera? Maybe..haha

Cover belakang

Muka surat 1

Muka surat 2

Kata-kata yang ringkas tapi bermakna.

Muka surat terakhir

muka surat terakhir

Muka surat Terakhir

sampul surat..


Jika kita mampu jadi guru yang baik, tidak mustahil untuk kita menjadi pemimpin keluarga mahupun negara yang baik. InsyaALLAH.

Tema :
Together we can save children`s lives (MDG4) & “Every mother’` life and health is Precious”
“ Menyelamatkan Nyawa Kanak-Kanak” & “ Kehidupan Dan Kesihatan Setiap Ibu Sangat Berharga”

            Sebagai ahli Pandu Puteri Kadet, kami mesti mengamalkan 2 cogan kata ini, Tolong Orang Selalu dan Selalu Sedia.. Suci murni sahaja cogan kata ni. Lebih cantik kalau dapat diamalkan.

Ceh, macam ayat promote Pandu Puteri pula. Haha.. Maklumlah ketua AJK Dokumentasi..haha.. Tak adalah.. Apa yang baik kita kongsikan bersama. Sentiasalah melihat yang positif pada sesuatu perkara walaupun hanya sedikit kearan fikiran positif mampu menjadikan diri kita lebih maju, bahagia dan berjaya. InsyaALLAH. Doakan kami AJK Dokumentasi Pandu Puteri Kadet IPG KBM 2013/2014 dapat menghasilkan buletin pertama kami.

 Akhir kata, kasihilah kanak-kanak seperti Rasulullah S.A.W mengasihi mereka. Sesungguhnya kanak-kanak adalah ahli syurga. Marahilah mereka kerana kasih sayang tetapi elakkan memarahi mereka kerana benci. Dan Jangan derhaka panda bondamu, kelak akan menyesal d pusara Ibu.
Sekian, salam sayang buat yang mengenali.



Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 7:26 PM 0 komen Geng Comel

Saturday, February 16, 2013

Apa kata mereka: Alamak! Wah! Oh! Ya!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kali ni penulisan agak santai memandangkan tinggal beberapa jam sahaja untukku bersantai-santai. hehe
Saya cuba menguatkan diri untuk menulis pada sisa-sisa cuti ni..Ceh..Padahal kerja berkilo-kilo tak siap lagi. Hehe.. 
Okaylah.. buat adik-adik, kakak-kakak.. abang-abang, cikgu-cikgu.. pak cik-pakcik dan mak cik-makcik.. 
Wah.. speacial sangat.. haha..

Jom kita dengar apa kata mereka.. Ada pesanan yang ingin disampaikan buat insan-insan comel di luar sana. :)














Macam mana sekarang? Ada okaay? Apapun saya ucapkan Selamat Kembali setelah bercuti sekian lamanya.. Kawan-kawan chinese, jgn lupa bawakan oren sebagai oleh-oleh. heheh..

Ok.. Sekian. Salam sayang buat yang mengenali. 
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 11:56 PM 9 komen Geng Comel

Redha


"Saya mesti berusaha sedaya upaya untuk mendapat apa yang saya hendak, namun saya perlulah meredhai apa yang Allah takdirkan untuk saya.”





Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 5:44 PM 0 komen Geng Comel

Masih Belum Terlambat Sayang..

Perkongsian untuk semua..



13 Alasan Wanita Tentang Aurat

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam
.
Sumber : Facebook


Aku juga wanita seperti kalian. Masih belum terlambat sayang! Lakukan perubahan.. Utamakan pandangan ALLAH.. : )
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 5:00 PM 0 komen Geng Comel

First Giveaway by MisEyz

AssalamualaiKum dan salam sejahtera. Hari ni sy join GA yg dianjurkan oleh rakan seIPG, searas.. Orangnya comel mcm budak sekolah, walhal umur dah nak 23 tahun.. hehe.. Awet muda.. Cik Eyz? Kongsi tips bole? hehe..


Okay berbalik pada tujuan entri, syarat dia senang sahaja.. Jom support MisEys kita buat Giveaway.. :)

Klik gambar untuk join sekali!


Saya tag si comel.. si manis.. dan si cantik.


Blogger lain pun joinlah.. Lai..lai..:)

Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 3:46 PM 2 komen Geng Comel

Friday, February 15, 2013

Jika doamu belum dimakbulkan..


Bismillahirrahmanirrahim
Salam sejahtera buat semua warga pembaca yang budiman..

Sebagai seorang hamba ALLAH, hanya ALLAH tempat kita meminta-minta. Sungguh, doa itu adalah senjata seorang mukmin.  Pernahkah doamu tidak dimakbulkan ALLAH? 





Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…

Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…

Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini… 
Namun kemudian…

Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat menawan.


Bunga yang cantik

Rama-rama yang menawan


Kadang-kadang..




Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Jika kita meminta ikan paus, Allah beri samudera dengan ombak yang besar…Kalau kita minta kekayaan, Allah kasih kemiskinan yang tegar agar kita boleh kaya hasil usaha sendiri. Kalau kita minta jadi orang berjaya, Allah terus beri masalah supaya kita berjaya menyelesaikannya.

Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka…, tetapi mana tahu Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita. Yakin sahaja kepada Allah… Berusaha.. Jangan hanya berdoa sahaja kerana Allah hanya memberi fasaliti, kita yang memanfaatkan fasiliti tersebut. Yakin saja kepada Allah kerana setiap masalah Insya Allah dapat diselesaikan jika kita berusaha.

Dan syukurilah apa yang kita punya.Jangan menunggu bahagia baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka kita akan bahagia..

Akhir kata..
Jika anda memohon tibanya cahaya siang pada saat kian melekatnya kegelapan malam, maka penantian anda akan lama, kerana ketika itu kepekatan akan meningkat hingga terbitnya fajar. Tetapi yakinlah bahwa fajar pasti menyingsing, baik anda kehendaki atau tidak. Jika anda menghendaki kembalinya malam pada saat itu, maka doa anda tidak akan dikabulkan, kerana anda meminta sesuatu yg tak layak, dan anda akan dibiarkannya meratap, lunglai, jemu dan enggan.


Tetapi, anda salah bila jemu berdoa, kerana “Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”

Cukuplah sekadar disini sahaja coretan kali ini.Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk diri ini menulis buat manfaat semua. InsyaALLAH, pada entri yang seterusnya akan saya kongsikkan mengapa doa tidak makbul. Salam sayang buat semua yang mengenali. 



Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 11:14 PM 0 komen Geng Comel

Thursday, February 14, 2013

Segmen Header siapa paling Awesome?


Bismillahirrahmanirrahim
Salam sejahtera buat semua warga pembaca yang budiman..
Hari ni saya join Segmen Header siapa paling Awesome? 

Kat bawah ni header saya.. :)

Alhamdulilah.. Hobi mendoodles akhirnya dapat saya tumpahkan dalam Header saya...;)





Nak join? Klik gambar di bawah.. :)



Jom kita meriahkan segmen ni..  Terima kasih!:)


Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 9:00 PM 0 komen Geng Comel

Monday, January 28, 2013

Fitrah yang menyuntik Motivasi


         Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca budiman sekalian. Syukur sebanyak-banyaknya kerana ALLAH masih meminjamkan segala nikmat yang kita ada. Sungguh, tiada yang sempurna melainkan ALLAH.
 Pada hari ini, terdetik di hati kecil ini untuk berkongsi sebuah artikel yang sy baca sebelum ini apabila sejak akhir-akhir ini, banyak sahabat sy yg membicarakn beberapa isu yang dapat sy simpulkan sebagai fitrah. Artikel ini berbaur cinta, motivasi dan perkahwinan. Tapi, percayalah bahawa artikel ini sebenarnya telah membantu saya untuk membuka kotak pemikiran sy yang terlalu sempit. 

Saya harap, selepas para pembaca membaca artikel ini.. sedikit banyak dapat menyuntik motivasi di dalam diri. Sejujurnya, saya sudah berulang kali membaca artikel ini tanpa jemu. Pada awalnya agak malas untuk baca kerana terlalu panjang berjela. Apabila saya mula membacanya, perasaan seronok itu muncul. Fitrah manusia yang sukakan keseronokan dan kebaikan. InsyaALLAH, jika diselami baik-baik pasti menenangkan dan memotivasikan.

Selamat membaca. :)

” saya nak tanya sikit. macam mana nak tangani perasaan nak bercinta ni ye.. kahwin lambat lagi, mak saya kata tunggu habis belajar.. saya pun tak fikir pasal kahwin, tapi perasaan ni datang..”

Seorang sahabat berpangkat adik mengadu rasa baru-baru ini. Saya berfikir sejenak. Soal fitrah, bukan boleh disekat. Itu respon pertama saya.

Sebenarnya, ramai remaja keliru tika didatangi perasaan tersebut. Sebahagian mereka menyalahkan diri sendiri dan berusaha mencampakkan fitrah tersebut jauh-jauh. Fitrah yang mengusik jiwa itu dianggap sebagai parasit yang bisa ‘merosakkan’ cita-cita dan masa depan. Saya kurang bersetuju.
Lalu saya rumuskan satu panduan kepada sahabat tersebut. Soal fitrah sukakan berlainan jantina, itu normal. Hadirnya waktu ini, juga suatu yang normal. Yang tidak normal, sukakan sesama jantina. Maka, usah hukum diri sendiri sebaliknya ambillah perasaan tersebut sebagai motivasi.

Ketika anda didatangi perasaan tersebut, anda bayangkan perkahwinan sebagai suatu yang berbaur mustahil. Ini silap. Jangan anggap perkahwinan itu sebagai ‘terlampau jauh’ sehingga anda tidak mahu memikirkannya. Perkahwinan itu soal jodoh, ia kerja mutlak Sang Penguasa ; Allah. Sebagai manusia yang beriman dengan takdir tersebut, kita jahil tentang bila masanya dan siapa orangnya. Maka apa yang ada pada kita adalah usaha. Dan usaha itu, perlu dimulakan dari sekarang.

Dengan hadirnya perasaan bernama fitrah itu, ubahlah diri dan pemikiran anda untuk maju setapak. Anda bakal bergelar pemimpin kepada sebuah keluarga. Anda bakal naik ke jawatan suami melalui AGM yang dipengerusikan Tok Kadi. Itu suatu benda yang besar. Maka, benda sebesar itu perlukan persiapan dari sekarang. Tak kanlah rancangan kahwin nanti habis belajar, maka berfikir dan bersedia ke arah perkahwinan baru akan bermula selepas habis belajar?
Tidak. Segalanya bermula di sini dan hari ini. Tingkatkan pengetahuan dan bahan bacaan. Ubah personaliti diri. Bina daya kepimpinan. Maju setapak ke depan dengan berusaha keras menjadi seorang pemuda yang matang. Di samping pengajian di bilik kuliah, pengajian sampingan ke arah Bait Muslim itu perlu turut sama digiatkan.
Sedar atau tidak, anda sedang bergerak ke arah perkahwinan yang cemerlang. Melalui apa? Melalui tindakan bijak anda meraikan fitrah. Bukan hanyut dalam arus fitnah. Anda tidak akan menjadi seorang yang kuat berangan, leka bermain cinta, termenung siang malam dan hilang fokus pada pelajaran. Semuanya kerana sebuah fitrah yang menyuntik motivasi.

GANGGUAN?
Kita perlu mengubah minda dan tanggapan kita pada hal ehwal cinta, jodoh dan perkahwinan.
Kalau kita aktif dengan kerja dakwah di kampus, jangan jadikan rak buku kita hanya penuh dengan buku-buku gerakan dakwah tarbiyah semata-mata. Isikan juga dengan bahan bacaan tentang Baitul Muslim. Petua membina rumahtangga bahagia, panduan menangani konflik rumahtangga, pengurusan ekonomi keluarga, persoalan haid, nifas dan istihadhah, kesemuanya adalah bacaan wajib bagi anda. Kenapa perlu ada diskriminasi?
Ramai orang beranggapan semua perkara berkaitan rumahtangga sewaktu di alam belajar, adalah gangguan kepada pelajaran. Ini silap. Pemikiran sebegini cenderung menjadikan remaja lambat matang dan tidak berjiwa besar. Mereka seolah ‘dilalaikan’ dengan pembelajaran bersijil semata-mata, tanpa dititikberatkan nilai tambah yang lain. Pada mereka, perkahwinan itu lambat lagi. Sekarang fikir belajar dahulu.
Maka ketika didatangi fitrah dan perasaan inginkan teman hidup, mereka mula menggelabah. Terdesak kerana tidak nampak jalan yang ‘halal’, maka perhubungan jalan belakang menjadi pilihan. Mak ayah tidak tahu dan pembelajaran juga dianggap ‘selamat’. Mabuklah mereka dengan ucapan-ucapan kasih, rindu dan sayang. Lekalah mereka dengan keluar berduaan yang akhirnya menjebakkan diri mereka ke kancah nafsu yang hina lagi menghinakan.
Dalam masa yang sama, adakah soal menjadi pemimpin kepada keluarga, membina keluarga bahagia dan menuju perkahwinan yang cemerlang menjadi tumpuan dan fokus utama? Tidak. Mereka hanya leka bermain cinta, sedikit pun tiada suntikan motivasi.
Sebahagian besarnya tewas di tengah jalan, lantas menanggung penyesalan yang tidak berkesudahan.

MULIA
Ingatlah teman. Fitrah itu tidak pernah menjadikan anda hina. Fitrah itu secara dasarnya bertujuan untuk memuliakan anda sebagai anak adam.
Firman Allah ta’ala : ” Dan sesungguhnya telah kami muliakan Bani Adam..”
Tilik kembali ke dalam diri anda. Jika perkahwinan itu masih jauh dari perancangan anda, saya tidak mengajak anda supaya menjadikannya lebih cepat. Saya cuma mengajak anda mengubah cara fikir, dengan menjadikan perkahwinan itu sebagai suatu yang sedang mampir. Bererti, anda sedang menuju ke arahnya.
Maka, jika anda sedar hakikat tersebut, anda akan terus berusaha dari sekarang.
Contoh :
3 tahun lagi untuk berkahwin. Maka dalam buku perancangan anda, segera ditulis. Tahun pertama, ingin hadam buku motivasi berkaitan nilai komunikasi positif dalam rumahtangga. Juga buku penting berjudul ‘Men Are From Mars, Women Are From Venus’. Tahun kedua pula, kajian tentang pengurusan ekonomi keluarga beserta elemen tarbiyah asas suami dan isteri. Tahun ketiga pula, kitab Tarbiyatul Awlad ( Pendidikan Anak-anak ) akan diperhalusi dengan teliti.
Melihat kembali apa yang anda tulis, anda akan dapati bahawa masa yang anda ada sangat singkat!
Tidak ada banyak masa untuk masih leka dengan dunia ‘ulala’ budak-budak muda. Tidak banyak masa untuk membaca komik dan bermain games. Tidak ada banyak masa untuk mengorat si Timah dan si Minah. Tidak ada banyak masa untuk melayan perasaan syok kepada pelakon drama Korea!

MOTIVASI
Percayalah, anda akan berubah menjadi seorang yang penuh dengan motivasi dan ‘mimpi-mimpi’ yang bersedia untuk dijadikan realiti. Anda beruntung jika masih muda dan perkahwinan masih jauh dalam perancangan anda, kerana anda akan punya banyak masa untuk bersedia.
Jika anda sedar dan faham apa yang cuba saya sampaikan dalam entri ini, maka jangan ragu-ragu untuk berubah.
Asingkan diri anda dari kehidupan ‘biasa’ orang-orang bujang, kepada kehidupan ‘luar biasa’ orang-orang bujang.
Anda akan menjadi orang bujang yang rajin, kemas, matang dan positif sebagai ganti kepada orang bujang yang pemalas, selekeh, kebudak-budakan dan negatif.
InsyaAllah, jika anda sanggup mengambil fitrah itu sebagai Motivasi.

Sekian.





Sumber: my.ilham.com



Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 12:25 AM 0 komen Geng Comel

Wednesday, January 23, 2013

Sambutlah Cinta Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, tarikh hari ni adalah 24 Januari 2013 bersamaan dengan 12 Rabiulawal....Ada apa dengan 12 Rabiulawal?? Siapa tahu, sila ucapkan selawat ke atas ke atas Nabi Muhammad S.A.W  10 kali tanpa henti. : )

TAHNIAH bagi mereka yang masih dan sentiasa ingat tarikh bersejarah dan istimewa ini..Bulan kelahiran manusia agung iaitu Muhammad Bin Abdullah.. Mari berselawat! Allahumma salli ala muhammad..  24 Januari 2013, tarikh yang sungguh istimewa.. Salam Maulidur Rasul kawan-kawan.. Kehadiran cinta ini jangan disiakan..

credit to nadieya, pakar doodle. 


Bersempena menyambut Hari Maulidur Rasul, marilah kita bersama menghayati erti sebenar Maulidur Rasul itu dengan penuh penghayatan.
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari keputeraan Nabi Muhammad. ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 

Baginda Rasulullah S.A.W. juga, mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.

Tidak dapat disangkal lagi, kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi. Alhamdulillah..

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Bagaimana? Terbit cinta dalam hati bukan? Sungguh, aku telalu merinduinya.. :’)
Dengan kehadiran cinta itu, marilah sama-sama kita pupuk rasa cinta itu..kerana sesebuah perasaan itu tidak akan hadir jika tidak disambut..
Jangan cakap kamu cintakan Nabi, andai sirah Nabi pun kamu tidak tahu..
Jangan kata kamu cinta Nabi, andai sifat Nabi pun kamu tidak tahu..

Jangan kata kamu cintakan Nabi, andai sepotong hadis Nabi kamu tidak mampu menghafalnya..


Sama-sama kita muhasabah diri..Kalau boleh, eh, bukan kalau.. Mesti! Mesti boleh.. Positif thinking..biarlah kita ingat pada nabi pada setiap hari dan bukan hanya pada 12 Rabiul awal sahaja.Jom, kita berusaha untuk menghidupkan serta mengamalkan sunnah nabi di dalam segenap aspek kehidupan kita. Bukan hanya dari segi penampilan luaran semata, tetapi yang lebih penting sebenarnya ialah mengamalkan cara hidup dan akhlak nabi. Semoga di akhirat kelak, kita akan berasa bangga berada di belakang barisan baginda, dan bagindapun akan berasa gembira memimpin di depan kita. Insya-Allah. Dan semoga hari-hari mendatang lebih mendekatkan lagi diri kepada perkara-perkara menuju kejalanNYA. semoga kehidupan kita sama2 direstui dan diberkati.. InsyaAllah..

Di sini diselitkan sebuah hadis.Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: 

“Janganlah kamu menjadikan kuburku sebagai tempat mengadakan perayaan (‘Ied), dan janganlah pula kamu menjadikan rumah-rumah kamu seperti perkuburan. Di mana pun kamu berada, berselawatlah kamu ke atasku, kerana sesungguhnya selawat kamu tersebut sampai kepadaku.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 14/403)

Huraian hadis: Bamyakkan selawat, ibadah dan membaca AL-Quran.. Jangan biarkan suasana rumah kamu seperti kubur.. ;)


Terima kasih. Salam ukhuwah. Sambutlah cinta ini.. 





Salam maulidur rasul :)

Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 10:21 PM 0 komen Geng Comel

MY BLOUZE SHOPPE



Assalamualaikum, selamat pagi, tengah hari, petang dan malam.. hehe

Hari ni sy nak post satu entri comel atas permintaan sahabat sy yang comel,  Cik Lieza.. :)



Klik sini untuk ke blog liza.. :)



Entri apa tu? Entri pasal MY BLOUZE SHOPPE. Kedai online ni adalah milik kakak liza. Kakak dia pun comel macam dia..hehe..

Kawan-kawan yang berminat, jemput klik gambar untuk ke page My Blouze Shoppe. :)




Berikut antara koleksi blouse yang dijual. Kalau nak taw lagi, bole sahaja klik link gambar di atas. :)

Deanda Blouse (high-quality material-jahitan sangat kemas-highly recommended!!)
Long Sleeves plain blouse with collar.
3 colours to grab.
Amanda Jackets.
Juniel Blouse (high-quality material-jahitan sangat kemas-highly recommended)!!
Long Sleeves dot blouse with collar.





Okay.. itu sahaja.. Jumpa lagi. 
Jangan lupa like dan follow page MYBLOUZE.. 


p/s: nanti kalau Mr.E dah bagi nafkah, sy pun nak usha baju2 kat sini.. hehe







Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 9:16 PM 4 komen Geng Comel

Saturday, January 5, 2013

Rindu dia..




Bismillah..
Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih, yang masih sayang pada aku dan kamu dengan memberikan kita peluang untuk terus meninggalkan jejak di bumiNya ini. Alhamdulillah,segala puji bagi Dia yang menggerakkan segala sesuatu.

1 Febuari 2008 bersamaan hari Jumaat jam 1.35 pagi di rumah nenda.
Di depan mataku sendiri, aku lihat dirimu pergi menemui diriNya, Ar-Rafiq Al-A'la setelah sekian lama bertahan melawan penyakit Leukimia.. Ketika itu aku lihat wajahmu tenang sahaja menahan kesakitan. Sunnguh aku tak tahu bagaimana rasanya sakit dirimu ketika itu. Aku ketika itu takut, sangat takut untuk kehilanganmu. Pada masa yang sama aku berdoa agar syaitan-syaitan jahanam tidak mengganggumu di saat dirimu dijemput ALLAH.Tapi aku redha juga akhirnya kerana sesungguhnya detik Allah menjemputmu telah tiba. Kalimah terakhir yang aku dengar dari mulutmu , ‘ALLAH’ sungguh buatkan kami sekeluarga terharu selepas beberapa kali dirimu mengucapkan 2 kalimah syahadah dengan sempurna.

Al-Fatihah buat allahyarham pak cik tersayang, Mohd.Esmanto bin Jumadi, yang lebih mesra dipanggil sebagai Pak cik Is. Tiadalah apa yang mampu ku berikan buat dirimu, melainkan doa yang tidak putus-putus agar Allah melimpahkan kesejahteraan ke atas rohmu.




Usah berduka keluargaku, Usah berduka Aini,  kerana ku yakin perpisahan kita ini hanya sementara, InsyaAllah bertemu kembali di syurga sana, yang kekal abadi.Tenanglah rohmu di sisi Tuhanmu, semoga diampunkanNya segala dosa-dosamu, dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang soleh.

Sungguh, aku rindu padanya! Hampir 4 tahun arwah pergi meninggalkan kami.. Walaupun begitu. Aku masih terngiang-ngiang akan ucapan  arwah padaku di Hari Raya Terakhir..

“ Aini, pak cik minta maaf atas segala silap dan salah pak cik. Pak cik tahu, pak cik ni bukan pak cik yang baik. Selalu marah Aini. Tapi percayalah, Pak Cik marah bukan untuk menyakitkan hati Aini. Tapi sebab Pak Cik sayang Aini. Pak Cik tahu, Pak Cik selalu menyusahkan Aini. Minta maaf sangat-sangat.. Pak Cik ni bukan lama lagi ada di dunia ni. Pak cik tak tahu esok Pak Cik ada lagi kah tak esok. Bila-bila jak boleh pergi. Mungkin raya tahun depan Pak Cik dah tak ada. Apapun ingatlah pesanan dari Pak Cik yang tak seberapa ni, yang cetek ilmunya. Aini, belajar rajin-rajin, bila belajar tu fokus matlamat utama kita. Jangan bercinta masa study ni, Ingat jangan bercinta ya waktu masih belajar ni, hormat orang tua, jadi orang yang berguna. Kamu masih banyak peluang untuk bersama orang tua kamu, keluarga dan kawan-kawan kamu.  Bantu orang tua dahulu baru kahwin. Apapun pak cik minta maaf sangat-sangat. Itu sahaja yang Pak Cik ingin sampaikan. Janji.”

Aku ketika itu merasa sebak, tapi aku cuba tahankan air mataku daripada jatuh. Aku tak nak Pak cik ku lihat aku lemah. Dan buat pertama kalinya tanganku digenggam erat dan lama oleh Pak Cikku ketika aku bersalam dengannya. Aku merasa bersalah kerana aku yang sepatutnya meminta maaf dengannya sebanyak-banyaknya. Aku hanya mampu mengucapkan maaf sebanyak-banyaknya kerana sudah tidak tahan untuk menatap wajahnya dengan lebih lama. Jika tidak pasti banyak luahan hati yang aku luahkan padanya. Aku sedih dan ingin segera menyembunyikan perasaan sedihku.  Ya, aku akan ingat pesanan Pak Cik hingga ke akhir hayatku.. Serius, aku rindu dengan arwah. Aku rindu tengok senyumannya, aku rindu kena marah, aku rindu nak buatkan air untuknya, aku rindu bercerita dengan dia, aku rindu nak jaga dia kat hospital, Ya Allah aku rindu!

Dia insan yang aku sayang.. Dia insan yang banyak berjasa.. Dia insan yang tak pernah kenal erti penat lelah.. Dia insan yang selalu menghiburkan kami.. Dia insan yang sangat cekal.. Dia insan yang penyayang..

Al-Fatihah sekali lagi buat allahyarham pak cik tersayang, Mohd.Esmanto. Ya Allah, kasihanilah dan sayangilah Allahyarham, sebagaimana sayang dan kasihnya Allahyarham terhadap diriku. Terimalah segala amalannya semasa hayatnya di dunia dahulu.

Ya ALLAH sampaikan seribu rindu dari kami di sini buatnya.. Sampaikanlah salam kami.. smapaikanlah doa kami kepadanya.. Hanya Engkau Yang mampu Ya Allah..





"Ya Allah, Ampunilah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan tempat-kanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau istri di Surga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia),  dan masukkan dia ke Surga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.” (HR. Muslim 2/663) 

Mohon sahabat-sahabat turut menyedeqahkan al-fatihah dan bacaan yaasin buat Allahyarham. Terima kasih.


 Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah,

"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya." [65:4] 

Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan,

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." [ 94:5-6] 
Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.

Terima kasih kerana sudi membaca. 

Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 4:37 PM 4 komen Geng Comel
Subscribe to: Posts (Atom)
shoutbox icon
BIODATA SAYA
Qurratu `Aini binti Jumaan
Tawau, Sabah
Sweet 23
Bakal Cikgu 2016
Memantapkan team Netball IB 2014..
99 KEKASIHKU
Image Hover Effects @ JellyMuffin.comJellyMuffin.com Glitter graphics and flash generators
TERKINI DARI GAZA

Geng Comel

Photobucket
 
SECEBIS INGATAN

Mengadulah kepada ALLAH.. Ambillah wudhu kemudian mengaji.. Sesungguhnya Al-Quran adalah penawar bg orang yang beriman. Tiada gunanya kita mengadu sesama makhluk. Minta doa kepada ALLAH agar tabah menghadapi semua masalah..InsyaALLAH ~Cikgu Qurratu~





TINTA-TINTA ILMU
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2013 (14)
    • ▼  October (1)
      • Sajak Hari Lahir Semalam
    • ►  June (1)
      • My Doodles.. :)
    • ►  February (7)
      • Kad Segera
      • Apa kata mereka: Alamak! Wah! Oh! Ya!
      • Redha
      • Masih Belum Terlambat Sayang..
      • First Giveaway by MisEyz
      • Jika doamu belum dimakbulkan..
      • Segmen Header siapa paling Awesome?
    • ►  January (5)
      • Fitrah yang menyuntik Motivasi
      • Sambutlah Cinta Ini
      • MY BLOUZE SHOPPE
      • Rindu dia..
  • ►  2012 (18)
    • ►  December (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (7)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (33)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  August (13)
    • ►  July (3)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (45)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (15)
    • ►  March (12)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
CERITA TERBAHARU
get this widget here
MY BLOG LIST
  • Tinta Islami
    Swagbucks: (GPT)
    8 years ago
  • سماي كباءيقن تواي كريضاءن
    Amal yang Hilang
    9 years ago
  • Unit Kokurikulum IPG KBM
    Perhimpunan Unit Beruniform Bil 2/2016
    9 years ago
  • "Art Is Pleasant... "
    SOFTWARE FOR YOU from someone blog, credit to him, (BUT THIS IS ALL PIRATE, SO GLUCK)
    11 years ago
  • ~:\ NuKiLaN KeHiDuPaN /:~
    TeRoMPeT IsRaFiL DiTeMui NASA (hanya teori)
    11 years ago
  • KERANAMU BEGITU BERHARGA
    JANGAN SELALU TIDO LEWAT
    13 years ago
  • Nisa' Kawasan Tawau
    Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video
    13 years ago
  • ...RaKaN SuRau aR-RaSHiDiN...
    Pertandingan MuslimSmart Production
    13 years ago
  • Sahabat Al-'Irfaan
    adab menguap~~
    13 years ago
  • Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
    Data penipuan dalam otak manusia
    14 years ago
  • Alumni Irfaan
    Sejarah Tercipta
    14 years ago
  • Laman Rasmi JPP IPG Kampus Bahasa Melayu
  • ♥World Of FRENZZ♥
BLOG SAHABAT
  • LUKISANHATIE NAIEN
    :: Terakhir ::
    7 years ago
  • apabila paan menulis
    Home Tuition Tanjung Malim
    9 years ago
  • ~assyifaa'~(^^)~
    Cerita cinta sikit..eh.
    11 years ago
  • MisEyz BLurz
    Senangnya kalau jadi seorang guru
    11 years ago
  • Taste Of Life
    Because He Is A Muslim
    12 years ago
  • :: CIK DOI PUNYA CERITA ::
    Kalau tiap hari nak seronok, bila masanya kita nak rasa susah?
    12 years ago
  • Indahnya Islam...adakah aku mensyukuri nikmatNYA?
    Mari Belajar Al-Quran
    12 years ago
  • farisukimi =)
    Pakej Fotografi Perkahwinan FP
    12 years ago
  • Khalila Is Khalila
    Haram Ke Tak Haram Ni?
    12 years ago
  • Aku Seorang Cikgu
    Bahan Mengajar 4 : Panduan Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR
    12 years ago
  • BicaraKu,Dari Hati
    #Cuti=KehidupanSebagaiStudent
    12 years ago
  • KASIH PENAWAR
    12 years ago
  • SentapHatiMakNak [dot] com
    SentapHatiMakNak : Kek Buat Kawan
    13 years ago
  • ❀ nzee_zara ❀
    J.A.D.U.A.L E.X.A.M :)
    13 years ago
  • "KAMI DELEGASI PENCETUS REVOLUSI, MEDIUM KEINTELEKTUALAN TERCIPTA"
    13 years ago
  • Selembut Kasih Hawa
    14 years ago
  • Konotasi Si Pencinta
  • Hijazie Zikrullah
  • iedaya's life
  • SuKa - SuKi
  • ♥
  • PPISMP 3E - kita berjalan bersama-sama, menuju yang Satu
  • Kerana namaku SHARIFAH .....
  • Dewi_Syifa
  • c!k EmMa OraNg UtaRa nak habaq Ma!
  • AkHbAr
  • nukhilan anak mama
  • nadia nabilah

Umur Blog

Daisypath Friendship tickers

Apa kata Hati?

Apa kata Hati?

Mereka..^^

Cikgu Q-ratuaini~. Powered by Blogger.
Semua yang tertulis dalam blog ini hak ALLAH..kLu nak copy, silakan^_^