-->
Q-Aini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 28, 2013

Fitrah yang menyuntik Motivasi


         Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca budiman sekalian. Syukur sebanyak-banyaknya kerana ALLAH masih meminjamkan segala nikmat yang kita ada. Sungguh, tiada yang sempurna melainkan ALLAH.
 Pada hari ini, terdetik di hati kecil ini untuk berkongsi sebuah artikel yang sy baca sebelum ini apabila sejak akhir-akhir ini, banyak sahabat sy yg membicarakn beberapa isu yang dapat sy simpulkan sebagai fitrah. Artikel ini berbaur cinta, motivasi dan perkahwinan. Tapi, percayalah bahawa artikel ini sebenarnya telah membantu saya untuk membuka kotak pemikiran sy yang terlalu sempit. 

Saya harap, selepas para pembaca membaca artikel ini.. sedikit banyak dapat menyuntik motivasi di dalam diri. Sejujurnya, saya sudah berulang kali membaca artikel ini tanpa jemu. Pada awalnya agak malas untuk baca kerana terlalu panjang berjela. Apabila saya mula membacanya, perasaan seronok itu muncul. Fitrah manusia yang sukakan keseronokan dan kebaikan. InsyaALLAH, jika diselami baik-baik pasti menenangkan dan memotivasikan.

Selamat membaca. :)

” saya nak tanya sikit. macam mana nak tangani perasaan nak bercinta ni ye.. kahwin lambat lagi, mak saya kata tunggu habis belajar.. saya pun tak fikir pasal kahwin, tapi perasaan ni datang..”

Seorang sahabat berpangkat adik mengadu rasa baru-baru ini. Saya berfikir sejenak. Soal fitrah, bukan boleh disekat. Itu respon pertama saya.

Sebenarnya, ramai remaja keliru tika didatangi perasaan tersebut. Sebahagian mereka menyalahkan diri sendiri dan berusaha mencampakkan fitrah tersebut jauh-jauh. Fitrah yang mengusik jiwa itu dianggap sebagai parasit yang bisa ‘merosakkan’ cita-cita dan masa depan. Saya kurang bersetuju.
Lalu saya rumuskan satu panduan kepada sahabat tersebut. Soal fitrah sukakan berlainan jantina, itu normal. Hadirnya waktu ini, juga suatu yang normal. Yang tidak normal, sukakan sesama jantina. Maka, usah hukum diri sendiri sebaliknya ambillah perasaan tersebut sebagai motivasi.

Ketika anda didatangi perasaan tersebut, anda bayangkan perkahwinan sebagai suatu yang berbaur mustahil. Ini silap. Jangan anggap perkahwinan itu sebagai ‘terlampau jauh’ sehingga anda tidak mahu memikirkannya. Perkahwinan itu soal jodoh, ia kerja mutlak Sang Penguasa ; Allah. Sebagai manusia yang beriman dengan takdir tersebut, kita jahil tentang bila masanya dan siapa orangnya. Maka apa yang ada pada kita adalah usaha. Dan usaha itu, perlu dimulakan dari sekarang.

Dengan hadirnya perasaan bernama fitrah itu, ubahlah diri dan pemikiran anda untuk maju setapak. Anda bakal bergelar pemimpin kepada sebuah keluarga. Anda bakal naik ke jawatan suami melalui AGM yang dipengerusikan Tok Kadi. Itu suatu benda yang besar. Maka, benda sebesar itu perlukan persiapan dari sekarang. Tak kanlah rancangan kahwin nanti habis belajar, maka berfikir dan bersedia ke arah perkahwinan baru akan bermula selepas habis belajar?
Tidak. Segalanya bermula di sini dan hari ini. Tingkatkan pengetahuan dan bahan bacaan. Ubah personaliti diri. Bina daya kepimpinan. Maju setapak ke depan dengan berusaha keras menjadi seorang pemuda yang matang. Di samping pengajian di bilik kuliah, pengajian sampingan ke arah Bait Muslim itu perlu turut sama digiatkan.
Sedar atau tidak, anda sedang bergerak ke arah perkahwinan yang cemerlang. Melalui apa? Melalui tindakan bijak anda meraikan fitrah. Bukan hanyut dalam arus fitnah. Anda tidak akan menjadi seorang yang kuat berangan, leka bermain cinta, termenung siang malam dan hilang fokus pada pelajaran. Semuanya kerana sebuah fitrah yang menyuntik motivasi.

GANGGUAN?
Kita perlu mengubah minda dan tanggapan kita pada hal ehwal cinta, jodoh dan perkahwinan.
Kalau kita aktif dengan kerja dakwah di kampus, jangan jadikan rak buku kita hanya penuh dengan buku-buku gerakan dakwah tarbiyah semata-mata. Isikan juga dengan bahan bacaan tentang Baitul Muslim. Petua membina rumahtangga bahagia, panduan menangani konflik rumahtangga, pengurusan ekonomi keluarga, persoalan haid, nifas dan istihadhah, kesemuanya adalah bacaan wajib bagi anda. Kenapa perlu ada diskriminasi?
Ramai orang beranggapan semua perkara berkaitan rumahtangga sewaktu di alam belajar, adalah gangguan kepada pelajaran. Ini silap. Pemikiran sebegini cenderung menjadikan remaja lambat matang dan tidak berjiwa besar. Mereka seolah ‘dilalaikan’ dengan pembelajaran bersijil semata-mata, tanpa dititikberatkan nilai tambah yang lain. Pada mereka, perkahwinan itu lambat lagi. Sekarang fikir belajar dahulu.
Maka ketika didatangi fitrah dan perasaan inginkan teman hidup, mereka mula menggelabah. Terdesak kerana tidak nampak jalan yang ‘halal’, maka perhubungan jalan belakang menjadi pilihan. Mak ayah tidak tahu dan pembelajaran juga dianggap ‘selamat’. Mabuklah mereka dengan ucapan-ucapan kasih, rindu dan sayang. Lekalah mereka dengan keluar berduaan yang akhirnya menjebakkan diri mereka ke kancah nafsu yang hina lagi menghinakan.
Dalam masa yang sama, adakah soal menjadi pemimpin kepada keluarga, membina keluarga bahagia dan menuju perkahwinan yang cemerlang menjadi tumpuan dan fokus utama? Tidak. Mereka hanya leka bermain cinta, sedikit pun tiada suntikan motivasi.
Sebahagian besarnya tewas di tengah jalan, lantas menanggung penyesalan yang tidak berkesudahan.

MULIA
Ingatlah teman. Fitrah itu tidak pernah menjadikan anda hina. Fitrah itu secara dasarnya bertujuan untuk memuliakan anda sebagai anak adam.
Firman Allah ta’ala : ” Dan sesungguhnya telah kami muliakan Bani Adam..”
Tilik kembali ke dalam diri anda. Jika perkahwinan itu masih jauh dari perancangan anda, saya tidak mengajak anda supaya menjadikannya lebih cepat. Saya cuma mengajak anda mengubah cara fikir, dengan menjadikan perkahwinan itu sebagai suatu yang sedang mampir. Bererti, anda sedang menuju ke arahnya.
Maka, jika anda sedar hakikat tersebut, anda akan terus berusaha dari sekarang.
Contoh :
3 tahun lagi untuk berkahwin. Maka dalam buku perancangan anda, segera ditulis. Tahun pertama, ingin hadam buku motivasi berkaitan nilai komunikasi positif dalam rumahtangga. Juga buku penting berjudul ‘Men Are From Mars, Women Are From Venus’. Tahun kedua pula, kajian tentang pengurusan ekonomi keluarga beserta elemen tarbiyah asas suami dan isteri. Tahun ketiga pula, kitab Tarbiyatul Awlad ( Pendidikan Anak-anak ) akan diperhalusi dengan teliti.
Melihat kembali apa yang anda tulis, anda akan dapati bahawa masa yang anda ada sangat singkat!
Tidak ada banyak masa untuk masih leka dengan dunia ‘ulala’ budak-budak muda. Tidak banyak masa untuk membaca komik dan bermain games. Tidak ada banyak masa untuk mengorat si Timah dan si Minah. Tidak ada banyak masa untuk melayan perasaan syok kepada pelakon drama Korea!

MOTIVASI
Percayalah, anda akan berubah menjadi seorang yang penuh dengan motivasi dan ‘mimpi-mimpi’ yang bersedia untuk dijadikan realiti. Anda beruntung jika masih muda dan perkahwinan masih jauh dalam perancangan anda, kerana anda akan punya banyak masa untuk bersedia.
Jika anda sedar dan faham apa yang cuba saya sampaikan dalam entri ini, maka jangan ragu-ragu untuk berubah.
Asingkan diri anda dari kehidupan ‘biasa’ orang-orang bujang, kepada kehidupan ‘luar biasa’ orang-orang bujang.
Anda akan menjadi orang bujang yang rajin, kemas, matang dan positif sebagai ganti kepada orang bujang yang pemalas, selekeh, kebudak-budakan dan negatif.
InsyaAllah, jika anda sanggup mengambil fitrah itu sebagai Motivasi.

Sekian.





Sumber: my.ilham.com



Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 12:25 AM 0 komen Geng Comel

Wednesday, January 23, 2013

Sambutlah Cinta Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, tarikh hari ni adalah 24 Januari 2013 bersamaan dengan 12 Rabiulawal....Ada apa dengan 12 Rabiulawal?? Siapa tahu, sila ucapkan selawat ke atas ke atas Nabi Muhammad S.A.W  10 kali tanpa henti. : )

TAHNIAH bagi mereka yang masih dan sentiasa ingat tarikh bersejarah dan istimewa ini..Bulan kelahiran manusia agung iaitu Muhammad Bin Abdullah.. Mari berselawat! Allahumma salli ala muhammad..  24 Januari 2013, tarikh yang sungguh istimewa.. Salam Maulidur Rasul kawan-kawan.. Kehadiran cinta ini jangan disiakan..

credit to nadieya, pakar doodle. 


Bersempena menyambut Hari Maulidur Rasul, marilah kita bersama menghayati erti sebenar Maulidur Rasul itu dengan penuh penghayatan.
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari keputeraan Nabi Muhammad. ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 

Baginda Rasulullah S.A.W. juga, mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.

Tidak dapat disangkal lagi, kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi. Alhamdulillah..

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Bagaimana? Terbit cinta dalam hati bukan? Sungguh, aku telalu merinduinya.. :’)
Dengan kehadiran cinta itu, marilah sama-sama kita pupuk rasa cinta itu..kerana sesebuah perasaan itu tidak akan hadir jika tidak disambut..
Jangan cakap kamu cintakan Nabi, andai sirah Nabi pun kamu tidak tahu..
Jangan kata kamu cinta Nabi, andai sifat Nabi pun kamu tidak tahu..

Jangan kata kamu cintakan Nabi, andai sepotong hadis Nabi kamu tidak mampu menghafalnya..


Sama-sama kita muhasabah diri..Kalau boleh, eh, bukan kalau.. Mesti! Mesti boleh.. Positif thinking..biarlah kita ingat pada nabi pada setiap hari dan bukan hanya pada 12 Rabiul awal sahaja.Jom, kita berusaha untuk menghidupkan serta mengamalkan sunnah nabi di dalam segenap aspek kehidupan kita. Bukan hanya dari segi penampilan luaran semata, tetapi yang lebih penting sebenarnya ialah mengamalkan cara hidup dan akhlak nabi. Semoga di akhirat kelak, kita akan berasa bangga berada di belakang barisan baginda, dan bagindapun akan berasa gembira memimpin di depan kita. Insya-Allah. Dan semoga hari-hari mendatang lebih mendekatkan lagi diri kepada perkara-perkara menuju kejalanNYA. semoga kehidupan kita sama2 direstui dan diberkati.. InsyaAllah..

Di sini diselitkan sebuah hadis.Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: 

“Janganlah kamu menjadikan kuburku sebagai tempat mengadakan perayaan (‘Ied), dan janganlah pula kamu menjadikan rumah-rumah kamu seperti perkuburan. Di mana pun kamu berada, berselawatlah kamu ke atasku, kerana sesungguhnya selawat kamu tersebut sampai kepadaku.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 14/403)

Huraian hadis: Bamyakkan selawat, ibadah dan membaca AL-Quran.. Jangan biarkan suasana rumah kamu seperti kubur.. ;)


Terima kasih. Salam ukhuwah. Sambutlah cinta ini.. 





Salam maulidur rasul :)

Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 10:21 PM 0 komen Geng Comel

MY BLOUZE SHOPPE



Assalamualaikum, selamat pagi, tengah hari, petang dan malam.. hehe

Hari ni sy nak post satu entri comel atas permintaan sahabat sy yang comel,  Cik Lieza.. :)



Klik sini untuk ke blog liza.. :)



Entri apa tu? Entri pasal MY BLOUZE SHOPPE. Kedai online ni adalah milik kakak liza. Kakak dia pun comel macam dia..hehe..

Kawan-kawan yang berminat, jemput klik gambar untuk ke page My Blouze Shoppe. :)




Berikut antara koleksi blouse yang dijual. Kalau nak taw lagi, bole sahaja klik link gambar di atas. :)

Deanda Blouse (high-quality material-jahitan sangat kemas-highly recommended!!)
Long Sleeves plain blouse with collar.
3 colours to grab.
Amanda Jackets.
Juniel Blouse (high-quality material-jahitan sangat kemas-highly recommended)!!
Long Sleeves dot blouse with collar.





Okay.. itu sahaja.. Jumpa lagi. 
Jangan lupa like dan follow page MYBLOUZE.. 


p/s: nanti kalau Mr.E dah bagi nafkah, sy pun nak usha baju2 kat sini.. hehe







Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 9:16 PM 4 komen Geng Comel

Saturday, January 5, 2013

Rindu dia..




Bismillah..
Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih, yang masih sayang pada aku dan kamu dengan memberikan kita peluang untuk terus meninggalkan jejak di bumiNya ini. Alhamdulillah,segala puji bagi Dia yang menggerakkan segala sesuatu.

1 Febuari 2008 bersamaan hari Jumaat jam 1.35 pagi di rumah nenda.
Di depan mataku sendiri, aku lihat dirimu pergi menemui diriNya, Ar-Rafiq Al-A'la setelah sekian lama bertahan melawan penyakit Leukimia.. Ketika itu aku lihat wajahmu tenang sahaja menahan kesakitan. Sunnguh aku tak tahu bagaimana rasanya sakit dirimu ketika itu. Aku ketika itu takut, sangat takut untuk kehilanganmu. Pada masa yang sama aku berdoa agar syaitan-syaitan jahanam tidak mengganggumu di saat dirimu dijemput ALLAH.Tapi aku redha juga akhirnya kerana sesungguhnya detik Allah menjemputmu telah tiba. Kalimah terakhir yang aku dengar dari mulutmu , ‘ALLAH’ sungguh buatkan kami sekeluarga terharu selepas beberapa kali dirimu mengucapkan 2 kalimah syahadah dengan sempurna.

Al-Fatihah buat allahyarham pak cik tersayang, Mohd.Esmanto bin Jumadi, yang lebih mesra dipanggil sebagai Pak cik Is. Tiadalah apa yang mampu ku berikan buat dirimu, melainkan doa yang tidak putus-putus agar Allah melimpahkan kesejahteraan ke atas rohmu.




Usah berduka keluargaku, Usah berduka Aini,  kerana ku yakin perpisahan kita ini hanya sementara, InsyaAllah bertemu kembali di syurga sana, yang kekal abadi.Tenanglah rohmu di sisi Tuhanmu, semoga diampunkanNya segala dosa-dosamu, dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang soleh.

Sungguh, aku rindu padanya! Hampir 4 tahun arwah pergi meninggalkan kami.. Walaupun begitu. Aku masih terngiang-ngiang akan ucapan  arwah padaku di Hari Raya Terakhir..

“ Aini, pak cik minta maaf atas segala silap dan salah pak cik. Pak cik tahu, pak cik ni bukan pak cik yang baik. Selalu marah Aini. Tapi percayalah, Pak Cik marah bukan untuk menyakitkan hati Aini. Tapi sebab Pak Cik sayang Aini. Pak Cik tahu, Pak Cik selalu menyusahkan Aini. Minta maaf sangat-sangat.. Pak Cik ni bukan lama lagi ada di dunia ni. Pak cik tak tahu esok Pak Cik ada lagi kah tak esok. Bila-bila jak boleh pergi. Mungkin raya tahun depan Pak Cik dah tak ada. Apapun ingatlah pesanan dari Pak Cik yang tak seberapa ni, yang cetek ilmunya. Aini, belajar rajin-rajin, bila belajar tu fokus matlamat utama kita. Jangan bercinta masa study ni, Ingat jangan bercinta ya waktu masih belajar ni, hormat orang tua, jadi orang yang berguna. Kamu masih banyak peluang untuk bersama orang tua kamu, keluarga dan kawan-kawan kamu.  Bantu orang tua dahulu baru kahwin. Apapun pak cik minta maaf sangat-sangat. Itu sahaja yang Pak Cik ingin sampaikan. Janji.”

Aku ketika itu merasa sebak, tapi aku cuba tahankan air mataku daripada jatuh. Aku tak nak Pak cik ku lihat aku lemah. Dan buat pertama kalinya tanganku digenggam erat dan lama oleh Pak Cikku ketika aku bersalam dengannya. Aku merasa bersalah kerana aku yang sepatutnya meminta maaf dengannya sebanyak-banyaknya. Aku hanya mampu mengucapkan maaf sebanyak-banyaknya kerana sudah tidak tahan untuk menatap wajahnya dengan lebih lama. Jika tidak pasti banyak luahan hati yang aku luahkan padanya. Aku sedih dan ingin segera menyembunyikan perasaan sedihku.  Ya, aku akan ingat pesanan Pak Cik hingga ke akhir hayatku.. Serius, aku rindu dengan arwah. Aku rindu tengok senyumannya, aku rindu kena marah, aku rindu nak buatkan air untuknya, aku rindu bercerita dengan dia, aku rindu nak jaga dia kat hospital, Ya Allah aku rindu!

Dia insan yang aku sayang.. Dia insan yang banyak berjasa.. Dia insan yang tak pernah kenal erti penat lelah.. Dia insan yang selalu menghiburkan kami.. Dia insan yang sangat cekal.. Dia insan yang penyayang..

Al-Fatihah sekali lagi buat allahyarham pak cik tersayang, Mohd.Esmanto. Ya Allah, kasihanilah dan sayangilah Allahyarham, sebagaimana sayang dan kasihnya Allahyarham terhadap diriku. Terimalah segala amalannya semasa hayatnya di dunia dahulu.

Ya ALLAH sampaikan seribu rindu dari kami di sini buatnya.. Sampaikanlah salam kami.. smapaikanlah doa kami kepadanya.. Hanya Engkau Yang mampu Ya Allah..





"Ya Allah, Ampunilah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan tempat-kanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau istri di Surga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia),  dan masukkan dia ke Surga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.” (HR. Muslim 2/663) 

Mohon sahabat-sahabat turut menyedeqahkan al-fatihah dan bacaan yaasin buat Allahyarham. Terima kasih.


 Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah,

"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya." [65:4] 

Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan,

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." [ 94:5-6] 
Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.

Terima kasih kerana sudi membaca. 

Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 4:37 PM 4 komen Geng Comel

Langkah Tercipta




Ukhuwah yang tertinggi  adalah “berkorban untuk orang lain”
-Gambar Hiasan-

Bismillahirrahmanirrahim
Salam sejahtera buat semua warga pembaca yang budiman..
Alhamdulillah,setinggi-tinggi pujian di rafa'kan ke hadrat Rabbul Izzati kerana setelah sekian lama tidak menjengah ke laman ini,jari-jemari saya masih lembut untuk menulis sesuatu dan minda masih mampu memikirkan bahan untuk ditulis kali ini.Syukur Alhamdulillah,syukur.

Langkah tercipta, Kenangan pun tercipta..
Dalam persahabatan, keikhlasan itu amat penting. Berkawan itu bukannya untuk mendapat ganjaran dari sesiapa.. Tapi, sanggup habiskan jiwa raga kita dalam persahabatan yang sejati. Ukhuwah yang tercipta seiring dengan langkah yang tercipta.. Sesungguhnya, Ukhuwah yang tertinggi  adalah “berkorban untuk orang lain”. Baik buruk diri kita, sahabat sejati dapat menerima diri kita.

Sahabat sejati boleh dianggap sebagai sebuah pelangi yang indah.. Pelangi muncul selepas hujan. Jika hendakkan pelangi, bertahanlah dengan hujan. Pelangi tidak akan terhasil sekiranya tiada sedikit pun rintik hujan menyembah bumi.  Sukar untuk kita saksikan keindahan sang Pelangi di langit biru.. Istimewa bukan? Ya, begitulah istimewanya pelangi. Seperti pelangi, sahabat sejati juga adalah yang teristimewa..Istimewanya pelangi, begitulah juga istimewanya sahabat sejati. Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat sejati..

Kali ini, aku ingin bercerita. Bercerita tentang kehidupanku jauh nun di perantauan. Bercerita tentang mereka yang bersama denganku untuk mencapai matlamat yang sama di sini. Rasanya inilah entri yang terpanjang.. Harap bersabar membacanya..

Bermula dengan Ririn..
Ririn adalah seorang kawan, sahabat dan kakak yang baik. Perangainya yang kadang kala keanak-anakan bukan menunjukkan dia tidak matang. Malahan lebih matang daripada diriku. Dia sebenarnya adalah saudara baru dalam Islam. Namun ternyata ilmunya tentang Islam lebih banyak berbanding diriku yang sudah hidup selama 22 tahun ini. Aku terkadang malu dengan ALLAH betapa ceteknya ilmuku ini.. Hm, lagi satu Ririn ni Susah atau senang dia tetap ada. Sungguh! Aku terlalu sayangkan dia. Ririn ni pandai masak taw! Sedap-sedap air tangan dia.. Serius! Dia ni kadang-kadang suka buat kerja lambat tapi dia tetap usahakan untuk siap. Aku pernah merajuk dengan dia gara-gara dia lambat siapkan part dia. Tapi sebenarnya merajuk tak boleh selesaikan masalah ya! Tindakan yang patut diambil ialah, berilah nasihat agar perkara yang tidak diingini berlaku sekali lagi. Alhamdulillah, Ririn ni kawan yang baik. Dia menerima pandangan dan nasihat walaupun aku lebih muda daripada dia. Comel je Ririn ni, bila kena marah boleh gelak lagi.. hehe.. Serius, aku suka satu kumpulan dengan dia bila buat kerja. Saling memberi dan menerima, konsep yang kami amalkan dalam kerja berkumpulan. :)

Seterusnya, Ben.
Ben adalah seorang pendebat. Walaupun dia ni pendebat, tapi dialah antara budak lelaki yang mempunyai sikap bersopan santun. Namun jika dia me”laser” siaplah korang! Haha.. Nangis tak berlagulah.. Kalau nak pergi cari barang di seluruh pelusuk supermarket, jangan bawa dia.. Dia ni tak suka jalan lama-lama. Cepat angin! Biasalah penat kaaan.. Wajahnya boleh dikatakan tampan juga.. Jangan kembang ya ben..haha.. Orangnya rajin membuat kerja dan bertanggungjawab. Ya, orang yang rajin tapi tak suka diejek.. Jangan ambik kesempatan dengan kerajinannya! Sekali kamu buat, selamanya kamu akan hilang kepercayaan! Ceh, suka hati jak tafsir..huhu. Bab-bab pakaian dia boleh dikategorikan dalam kategori individu yang kemas. Kelebihannya yang pandai berkata-kata memang bonus untuknya menjadi cikgu. Oh ya, dia ni manja dengan pensyarah kami, Puan Zainiyah.. hehe.. Dia ni juga suka bergambar.. Ya, sampaikan dalam hp buruk aku pun ada gambar dia.. Terkejut aku bila tengok gambarnya yang posing bagai dalam hp aku.. haha.. Dah hobi, nak buat macam mana.. hehe

Baiklah yang seterusnya adalah Zara.
Zara ni comel orangnya. Dahlah comel, pandai pula tu! Buktinya, banyak cetusan pendapat dia dah buat.. Siap bubuh “nzeezara_1330”.. hehe.. Lagi satu dia ni sangat rapat dengan keluarganya dan seorang anak yang solehah. Penyejuk mata dan penghibur hati keluarga ni! Dialah antara sahabatku yang kusayangi sepanjang perkenalan di sini. Mula-mula tengok, ingatkan orang Cina rupanya orang Brunei.. Suka makan maggi tengah malam kalau lapar.. Dia mempunyai sikap yang tegas, tegas ya bukan garang.. Kalau dia buat muka serius memang menjadi sampaikan aku pun kadang-kadang takut juga..haha. Kalau aku buat muka serius macam orang stress jak ditengok. Haha.. Zara juga adalah orang yang bertanggungjawab dan rajin orangnya.. Pandai bahagikan masanya..Jadi tak hairanlah jika semua hasil kerjanya “THE BEST”. Nak yang terbaik, kenalah berusahakan! Zara ni antara orang yang banyak memberikan inspirasi untuk diri ini selain keluargaku. Siapapun yang kenal dengannya, pasti akan merasa senang dengan perwatakannya. Tapi jangan cari pasal dengan dia. Memang jelingan tajam ko dapat! Boleh buat kau tak lalu makan, minum mandi tak basah.. hehe.. Tapi jangan risau, dia ni pemaaf orangnya asalkan korang berani dan ikhlas untuk meminta maaf..Berani kerana benar, takut kerana salah! Ya, segala nasihat dan tegurannya sangat berguna. Itulah namanya kawan. Tak puas hati bagilah teguran. Kawan-kawan, buat macam Zara ni..  Boleh dapat Anugerah Kawan Terbaik ni.. Dia dah berpunya ya.. hehe..:)

Sekarang aku nak cerita pasal Tadong.
Tadong ni anak jati Sarawak berbangsa Iban. Kulitnya mulus dan licin macam Baby. Kalah aku yang perempuan ni. Dia ni suka membaca jadi tak hairanlah banyak yang dia tahu. Kan membaca tu jambatan ilmu. Kawan-kawan ikut macam Tadong ni. Dia ni sangat menjaga sikap dan sahsiah. Sebagai seorang kawan sekelas, dia sering memberi nasihat kepada kami sekelas. Nada suaranya yang tegas dan yakin sedikit banyak membangkitkan semangatku dan kawan-kawan. Ada sifat kepemimpinan yang tinggi! Tapi ada masanya dia sukar nak terima pendapat. KaLau nak bercakap dengannya sila sediakan hujah dan bukti-bukti yang kukuh agar Tadong yakin dengan pendapat yang diberikan.. hehe..Di kelas dia sangat tekun dan menghormati pensyarah. Oh ya! Dia ni penasihat kelas kami. Siapa-siapa yang ada masalah disiplin boleh rujuk Tadong. Sangat menepati masa. Kawan-kawan, contohi ketepatan masa Tadong ni!

Seterusnya Nadia.
Nadia si mata bulat ni kacukan India dan Dusun. Dulu tinggal kat Perancis.. Memang jelitawan betul dia ni, ala-ala Kajol gitu. Jangan terpedaya dengan keayuannya! Tengok ayu, sekali bercakap sungguh petah! Mengalahkan pendebat di parlimen. Bahasanya yang indah boleh memukau pendengarnya.. Jadi tidak hairanlah dia ni disayangi oleh ramai pihak..Nadia ni juga kawan yang baik dan ku sayangi. Susah senang sentiasa ada. Rajin buat kerja. Ada aura wanita yang penyayang. Boleh dapat Anugerah Sahabat Penyayang ni! Hehe.. Dia juga dikenali sebagai Pakar psikologi..Kalah Dr.Fadzilah Kamsah taw! Pandai memujuk dan pandai memberikan pendapatnya. Jadi tidak hairanlah ramai yang tergila-gilakan dia. Hehe.. Tapi dia ni jenis yang lambat bersiap! Sampai aku pun pernah geram tunggu dia bersiap..haha.. Dia ni senang diajak berbincang. Psst.. dia ni masih single taw..haha..

Okay, seterusnya tentang Henly dan Wal Asri.
Henly ni ketua kelas kami untuk sem 3 ni.. Boleh diberikan kepercayaan sebagai seorang ketua kelas. Dia ni bersahabat baik dengan Wal Asri yang juga dikenali sebagai Uzba.. Henly mempunyai kulit yang cerah manakala Wal mempunyai kulit sawo matang. Henly Dulu pernah jadi ketua pelajar.. So, jelaslah dia ni ada sifat kepemimpinan. Dia juga pandai melukis. Waktu PP dulu dia pernah bagi hadiah lukisan sempena hari lahirku. Cantik gila lukisan dia. Dia lukis potret wajahku ni.. Lukisan dia jak yang cantik ya, bukan orang yang dilukisnya tu. Haha.. Uzba pula pakar Matematik dan pakar IT. Kreatif orangnya.. Pandai melukis juga macam henly. Banyak lukisannya yang dia buat menggunakan medan ICT. Kraetifnya dia. Uzba pula sporting orangnya.. Tapi kadang-kadang aku takut juga kalau tengok dia marah. Habis barang-barang sekitarnya dibelasah Teringin nak jadi macam mereka. Itulah kelebihan mereka. Namun mereka ni susah betul nak keluarkan suara bila bercakap kat  hadapan. Malu kot dengan aku. Tak adalah. Padahal aku ni pun penakut nak bercakap kat hadapan.. Haha,,. Tapi aku yakin, suatu hari nanti mereka pasti akan mampu berbicara dengan yakinnya kelak! Aku respect dengan mereka berdua ni. Ya, aku hormat dan kagum dengan mereka. Sebab? Kerana semangat setiakawan mereka yang tak pernah luntur. Teringat waktu BIG 1 dulu. Henly sanggup bersusah payah angkat pengusung seorang diri ke atas bukit yang tinggi dan curam bagi menyelamatkan Alif yang terseliuh. Terserlah sifat setiakawannya itu. Serius! Aku kagum tengok dia hari tu. Walaupun penat, dia tak pentingkan diri! Kawan-kawan, jangan pentingkan diri ! Contohi Henly dan Uzba!

Seterusnya pasal Cass.
Cass ni Photogenic orangnya. Cantik, tertarik deboom gitu! Aku suka dengar dia berkata-kata. Penuh semangat dan keyakinan! Itulah baru namanya cikgu! Bab-bab kerja, dia agak bertanggungjawab dan komitmen. Sebab tu aku suka sekumpulan dengan dia kalau buat kerja. Senang diajak berbincang.. Pendapatnya agak bernas dan relevan. Boleh diajak bergurau. Anak yang manja, confirm! Kawan yang baik dan penyayang. Tak suka cari masalah dengan kawan-kawan. Sentiasa inginkan yang terbaik. Pandai menari dan kadang-kadang aku tengok dia ni pemalu juga orangnya. Haha.. Cass ni cepat meminta maaf orangnya kalau dia rasa ada buat salah. Pernah suatu ketika dia minta maaf dengan aku. Aku pun hairan kenapa dia minta maaf, padahal dia takda buat salah apa-apa pun.. haha.. Aku suka sikap tu! Ini buat aku sedar yang Cass ni jenis orang yang bukan perasan hebat dan perasan sempurna. Jadi maknanya, dia ni tak sombong! Sentiasa meminta maaf walaupun salah atau tidak. Contohi Cass ni. Cepat-cepat minta maaf. Dia dah berpunya jugaa.. hehe..:)

Haa, seterusnya pasal roomatesku yang juga classmatesku, Kim.
Kim ni orang Sarawak. Manis orangnya dan berwajah keibuan. Perwatakan agak pendiam tapi ramah. Roomate yang baik dan sporting. Penyabar dan tabah. Buktinya, banyak sudah episod duka yang dia lalui tapi aku tengok dia tak pernah rebah! Aku kagum dengan sikapnya. Bukan mudah untuk melihat ketabahan pada jiwa anak muda. Pada hari ini, aku lihat dia tetap ceria menjalani kehidupannya. Dia juga sering memberikan dorongan dan motivasi pada diriku yang sering terpedaya dengan episod duka. Banyak kenangan terindah yang tercipta sepanjang perkenalan dengannya. Dialah juga kawan yang tak jemu mendengar aku bercakap tak henti-henti kat bilik ni.. Punyalah Sabar Cik Hakimah seorang ni..haha.. Dia juga tulus dan setia  orangnya. Bertuah siapa dapat dia ni. Perwatakannya menenangkan kami. Sebab tu aku sayang kawan aku ni!

Okay, part ni paling best. Tentang 3 sahabat, 3 seniwati, 3 dara..
Mereka adalah  Marliah, Syidah dan Liza. Digelar juga geng bujang lapok sebab bertiga. Ajis, Ramlee dan Sudin..
Marliah a.k.a Ajis mempunyai suara yang merdu dan lunak. Digelar Ajis sebab kecil dan sering dikenakan oleh Syidah dan Liza. Aku ada simpan recording suara dia. Bila aku perdengarkan pada adik-adik sepupuku, mereka pun suka. Siap ambik hp bapak diorang dan bluetooth. Serius, suara dia memang sedap. Dia ni Cikgu Gurindam aku taw! Kalau tak sampai sekarang aku tak boleh gurindam dengan merdunya.. Merdulah sangat..haha.. Dia ni kecil sahaja orangnya dan pendiam juga. Tapi kalau berpidato, memang mantap! Boleh wakil IB ni.. Si Bong selalu buli dia tapi kali ni mungkin tak sudah sebab kedudukan meja dah berubah. Hehe.. Aku sangat menyenangi Marliah ni. Pandai menjaga hati dan ada sikap macam Cass. Tidak sombong dan merendah diri. Diam2 ubi berisi tau. Bertanggungjawab orangnya dan rajin!

Syidah a.k.a P.Ramlee pula che mek molek dari Kelantan. Director filem 3 bujang Lapok tu..haha.. Sangat cantik dan menawan orangnya. Kalau membentang di kelas macam pemberita gayanya. Kalau dia membentang, serius tak bosan. Orang yang ngantuk pasti akan membuang bantalnya jauh2.. haha.. Pandai bergaya tapi masih menjaga batasan aurat dengan sempurna. Dia selalu memhiburkan suasana kelas yang hambar. Suka mengenakan marliah. Rajin buat assignment! Anak murid kesayangan Encik Zakuan ni..hehe. Aku selalu pinjam jam dengan dia waktu exam. Sebab? AKu tak reti nak jaga jam.. Semua jam yang aku ada hilang, rosak dan sebagainya.. Hanya gelang berlian yang bertahan di tanganku..haha.. Gurau saja..

Liza a.k.a sudin pula geng Tawau. Kurus dan tinggi orangnya. Manis senyumannya! Berperwatakan menarik dan kelakar orangnya. Sekarang dia adalah penolong ketua kelas kami. Serius! Sangat progresif dan tegas orangnya. Inilah pemimpin yang dinanti-nantikan! Berani! Liza juga orangnya pendiam tapi berisi. Dia sering memberikan persembahan lain dari yang lain. Ada pendapat sendiri. Yakin dengan usahanya. Sering melontarkan hujah-hujah yang tidak diduga oleh orang lain. Speacial kan dia? Sangat banyak kelebihan. Dia juga orangnya suka memendam rasa. Tapi ada kalanya dia akan luahkan juga demi kebaikan bersama.
Aku sangat kagum dengan mereka bertiga ni. Sentiasa bersama walau di mana jua..

Okay seterusnya Zuhaidi.
Zuhaidi dikenali ustaz di dalam kelas. Budak-budak IPG juga panggil dia ni Anje tak kira lelaki mahupun perempuan. Haha..Sering menjadi perhatian pensyarah yang masuk kerana sikapnya yang lain dari yang lain. Suka cakap pasal agama. Pendiam. Kalau dimarah diam dan kadang-kadang senyum jak. Haha.. Tapi dia ni suka cakap laju-laju dan suaranya perlahan sahaja. Sometimes, bila aku tak dapat tangkap apa yang dia cakap, aku ya kan sahaja.haha.. Ilmu agamanya tak usah cakaplah, memang tip top. Ilmu dunianya pun boleh tahan juga. Apa petuanya? Dia ni suka membaca rupanya.. Dia juga suka buat hal sendiri dalam kelas. Dia juga sering digossipkan dengan awek2 comel. Haha.. And agak payah untuk dapatkan kerjasama daripadanya. Dia mesti sentiasa didorong dan diingatkan agar tidak leka dengan tanggungjawabnya sebagai pelajar IPG. Aku kadang segan dengan dia, aku asyik nasihat dia supaya perbaiki diri. Padahal aku juga perlu perbaiki diri. Banyak kelebihan budak ni, tapi tidak digunakan sepenuhnya. Jujur, dia antara kawanku yang banyak ilmunya. Kan bagus kalau dikongsikan bersama. Apapun, ambil yang baik, buang yang buruk.

Kemudian nak cerita pasal Mash.
Mash ni bakal-bakal orang Kedah. Haha.. Asalnya Sabah, Negeri di bawah bayu. Berkulit cerah, comel, manis dan cantik orangnya. Dia pakai apapun tetap cantik. Mahir dalam bidang pengacaraan. Kalau bersyair, punyalah sedap. Sangat mendayu-dayu. Untung kau F bukan nama sebenar.haha.. Adik beradiknya yang lain pun comel-comel macam dia. Kalau musim assignment, dia cepat mengantuk dalam kelas. Sampai terangguk-angguk dia aku tengok dalam kelas time kuliah.haha.. Biasalah tu, penat.. Mash juga pemantun yang baik. Selalau wAkil IB untuk berpantun.Suka tengok dia berpantun. Mashlah orang yang ajak aku  dan beri keyakinan padaku untuk sertai bidang pantun memantun ni dulu. Kalau tak, sampai sekarang aku tak pandai berpantun dan merasa suasana pertandingan berpantun. Dulu waktu PP, dia juga yang bagi aku keyakinan untuk ikut bertanding dalam pertandingan pidato. Alhamdulillah, aku dapat Naib Johan. Masa tu aku malu sebab masih super junior lagi.  Mash juga pandai bergaya dan spontan sahaja jika disoal. Kalau aku, mesti tergagap-gagap sudah kalau ditanya.haha.. Oh ya, Mash ni anak murid kesayangan Ustaz Lufti..haha..
Okay, seterusnya Adibah.
Adibah ni orang Jawa. Kecil molek dan comel orangnya. Pandai masak, pandai menjahit. Wong Jowo gitu.. Psst, aku pun orang Jawa.. Haha..  Aku paling suka tempe buatannya. Punyalah sedap. Tiap kali cuti aku mesti tak lupa memesan agar dia bawakan tempe. Hehe.. Kerana terlalu tidak malu asyik meminta tempe, bekas makanan dia masih ada dengan aku sampai sekarang.. haha.. Di kelas, dia adalah bendahari kelas kami yang kekal. Kepercayaan diberikan sepenuhnya untuk menguruskan hal-hal kewangan kelas kami. Lagipun, dia ni pakar Matematik. Sebab tu kami lantik dia jadi bendahari. Dia sistematik dan teratur pengurusannya. Tengoklah siapa, orang Jawa gitu.haha.. Bertuah ko H bukan nama sebenar.

Baiklah kini tibalah pada abang kami, Isa.
Isa adalah yang paling tua antara kami semua. Beliau kelas kami ni.. Sesuai dengan umurnya, dia memang matang dan mempunyai sifat kepemimpinan. Serius! Aku suka dengan sikap coolnya. Tulisannya cantik sangat-sangat, macam tulisan perempuan. Last year dia jadi Setiausaha.. Anti Korea, padahal awek dia peminat Korea.hehe.. Selalu berperang dengan Cass disebabkan Korea.haha..

Okay seterusnya Hafiz.
Hafiz bekulit hitam sawo matang. Orang selalu ejek dia ni orang India, walhal dia ni orang Johor Melayu tulen. Muka dia muka penjahat tapi macho jugalah..haha.. Walaupun muka rock-rock gitu, dia ni pemalu juga rupanya. Aku selalu gelakkan dia kalau dia membentang. Bukan apa, muka rock tapi malu bercakap di depan.haha.. And dia juga anak mak yang manja. Ada peluang, dia pasti balik Johor. Haa.. sekarang ni Hafiz nampaknya tak boleh dah balik selalu kerana IB dah buat peraturan baharu iaitu pelajar IB hanya dibenarkan balik 7 kali sahaja bagi setiap Semester. Sabarlah ya piz..

Hazwan.
Hazwan pula jejaka Kelanatan. Pandai menyanyi dan menari. Badan agak berisi. Aku masih ingat lagi waktu minggu orientasi, hazwan menari sambil menyanyi lagu generasiku. Memang semanagt dan sedap juga suara dia. Tak hairanlah kumpulan diorang juara pada malam tu. Hazwan juga aktif dalam dikir barat. Baru-baru ni dia dapat anugerah sempena Anugerah Citra Keguruan kerana telah memberikan sumbangan pada IB. Apa sumbangannya? Sebenarnya, Hazwan dan kumpulan dikirnya telah mendapat emas dalam pertandingan Dikir Barat semasa mewakili IPG KBM tahun lalu. Hebat tak Hazwan? Aku sampai sekarang tak pernah lagi wakili IB untuk mana-mana pertandingan. Wakil pergi makan adalah..haha..

Okay seterusnya Encik Alhaadi.
Alhaadi ni pandai masak kek lapis. Dia selalu bawakan kek lapis tiap kali balik cuti. Tapi kali ni dia tak bawa, malas katanya. Dia juga antara golongan yang pandai berkata-kata dan spontan sahaja bila disoal. Suka buat bising dalam kelas. Dia juga suka me’laser’ orang. Haha.. Silap2 jika dia terbaca ni, aku kena laser nanti.haha.. Dia suka makan sampaikan time perbincangan kumpulan pun dia masih sibuk makan. Haha.. dia juga suka jalan2, suka nonton wayang. Hpnya yang canggih manggih tu sering ada dengan dia 24 jam. Senang nak akses maklumat katanya..Padahal..hahaha.. Student Favourite Encik Lee ni.. hehe..

Akhir sekali, Bong.
Bong ni nampak nakal tapi berisi juga orangnya. Loghat Ibannya masih kedengaran tapi tak sepekat Tadong. Dia suka buli Marliah, mentang-mentanglah Marliah baik kan. Hehe.. Kat kelas, dia selalu salin nota. Rajin kan dia.. Jangan kembang ya bong.. Oh ya, Sem  ni dia jadi setiausaha kelas. Seronok juga tengok lelaki jadi setiausaha..haha.. Boleh dijadikan latihan untuk dia buat assignment. Hehe..

Begitulah kisah mereka. Diharapkan jika kawan-kawan terbaca jangan ambil hati. Ampun maaf saya pohonkan.. Glad to know u all.. :) Banyak pahit manisnya mengenali mereka. Apa yang aku tahu,aku tidak menyesal berada disini,berada disekeliling orang-orang ini.Berada jauh dari Sabah yang banyak membuka mata saya,mengajar saya pelbagai erti dan definisi kehidupan yang sebenar.Sungguh,pasti saya akan menyesal jika tidak memanfaatkan sebaik-baiknya masa 5 tahun setengah  ini. Harapan saya cuma satu,untuk kembali sebagai seorang guruyang baik yang bukan setakat mengajar tapi mendidik. Aku ingin disambut oleh keluarga,sanak saudara dan sahabat-sahabat kelak sebagai seorang Qurratu Aini Jumaan yang baharu.Dan sungguh,aku sedang berusaha keras ke arah itu.

Cukuplah sekadar disini sahaja coretan kali ini.Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk diri ini menulis buat manfaat semua.Salam sayang buat semua yang mengenali.



Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 5:39 AM 2 komen Geng Comel
Subscribe to: Posts (Atom)
shoutbox icon
BIODATA SAYA
Qurratu `Aini binti Jumaan
Tawau, Sabah
Sweet 23
Bakal Cikgu 2016
Memantapkan team Netball IB 2014..
99 KEKASIHKU
Image Hover Effects @ JellyMuffin.comJellyMuffin.com Glitter graphics and flash generators
TERKINI DARI GAZA

Geng Comel

Photobucket
 
SECEBIS INGATAN

Mengadulah kepada ALLAH.. Ambillah wudhu kemudian mengaji.. Sesungguhnya Al-Quran adalah penawar bg orang yang beriman. Tiada gunanya kita mengadu sesama makhluk. Minta doa kepada ALLAH agar tabah menghadapi semua masalah..InsyaALLAH ~Cikgu Qurratu~





TINTA-TINTA ILMU
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2013 (14)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  February (7)
    • ▼  January (5)
      • Fitrah yang menyuntik Motivasi
      • Sambutlah Cinta Ini
      • MY BLOUZE SHOPPE
      • Rindu dia..
      • Langkah Tercipta
  • ►  2012 (18)
    • ►  December (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (7)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (33)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  August (13)
    • ►  July (3)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (45)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (15)
    • ►  March (12)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
CERITA TERBAHARU
get this widget here
MY BLOG LIST
  • Tinta Islami
    Swagbucks: (GPT)
    8 years ago
  • سماي كباءيقن تواي كريضاءن
    Amal yang Hilang
    9 years ago
  • Unit Kokurikulum IPG KBM
    Perhimpunan Unit Beruniform Bil 2/2016
    9 years ago
  • "Art Is Pleasant... "
    SOFTWARE FOR YOU from someone blog, credit to him, (BUT THIS IS ALL PIRATE, SO GLUCK)
    11 years ago
  • ~:\ NuKiLaN KeHiDuPaN /:~
    TeRoMPeT IsRaFiL DiTeMui NASA (hanya teori)
    11 years ago
  • KERANAMU BEGITU BERHARGA
    JANGAN SELALU TIDO LEWAT
    13 years ago
  • Nisa' Kawasan Tawau
    Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video
    13 years ago
  • ...RaKaN SuRau aR-RaSHiDiN...
    Pertandingan MuslimSmart Production
    13 years ago
  • Sahabat Al-'Irfaan
    adab menguap~~
    13 years ago
  • Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
    Data penipuan dalam otak manusia
    14 years ago
  • Alumni Irfaan
    Sejarah Tercipta
    14 years ago
  • Laman Rasmi JPP IPG Kampus Bahasa Melayu
  • ♥World Of FRENZZ♥
BLOG SAHABAT
  • LUKISANHATIE NAIEN
    :: Terakhir ::
    7 years ago
  • apabila paan menulis
    Home Tuition Tanjung Malim
    9 years ago
  • ~assyifaa'~(^^)~
    Cerita cinta sikit..eh.
    11 years ago
  • MisEyz BLurz
    Senangnya kalau jadi seorang guru
    11 years ago
  • Taste Of Life
    Because He Is A Muslim
    12 years ago
  • :: CIK DOI PUNYA CERITA ::
    Kalau tiap hari nak seronok, bila masanya kita nak rasa susah?
    12 years ago
  • Indahnya Islam...adakah aku mensyukuri nikmatNYA?
    Mari Belajar Al-Quran
    12 years ago
  • farisukimi =)
    Pakej Fotografi Perkahwinan FP
    12 years ago
  • Khalila Is Khalila
    Haram Ke Tak Haram Ni?
    12 years ago
  • Aku Seorang Cikgu
    Bahan Mengajar 4 : Panduan Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR
    12 years ago
  • BicaraKu,Dari Hati
    #Cuti=KehidupanSebagaiStudent
    12 years ago
  • KASIH PENAWAR
    12 years ago
  • SentapHatiMakNak [dot] com
    SentapHatiMakNak : Kek Buat Kawan
    13 years ago
  • ❀ nzee_zara ❀
    J.A.D.U.A.L E.X.A.M :)
    13 years ago
  • "KAMI DELEGASI PENCETUS REVOLUSI, MEDIUM KEINTELEKTUALAN TERCIPTA"
    13 years ago
  • Selembut Kasih Hawa
    14 years ago
  • Konotasi Si Pencinta
  • Hijazie Zikrullah
  • iedaya's life
  • SuKa - SuKi
  • ♥
  • PPISMP 3E - kita berjalan bersama-sama, menuju yang Satu
  • Kerana namaku SHARIFAH .....
  • Dewi_Syifa
  • c!k EmMa OraNg UtaRa nak habaq Ma!
  • AkHbAr
  • nukhilan anak mama
  • nadia nabilah

Umur Blog

Daisypath Friendship tickers

Apa kata Hati?

Apa kata Hati?

Mereka..^^

Cikgu Q-ratuaini~. Powered by Blogger.
Semua yang tertulis dalam blog ini hak ALLAH..kLu nak copy, silakan^_^