Ukhuwah yang tertinggi adalah “berkorban untuk orang lain”
-Gambar Hiasan-
Bismillahirrahmanirrahim
Salam sejahtera buat semua warga pembaca yang budiman..
Alhamdulillah,setinggi-tinggi pujian di rafa'kan ke
hadrat Rabbul Izzati kerana setelah sekian lama tidak menjengah ke laman
ini,jari-jemari saya masih lembut untuk menulis sesuatu dan minda masih mampu
memikirkan bahan untuk ditulis kali ini.Syukur Alhamdulillah,syukur.
Langkah tercipta, Kenangan pun tercipta..
Dalam persahabatan, keikhlasan itu amat penting. Berkawan
itu bukannya untuk mendapat ganjaran dari sesiapa.. Tapi, sanggup habiskan jiwa
raga kita dalam persahabatan yang sejati. Ukhuwah yang tercipta seiring dengan
langkah yang tercipta.. Sesungguhnya, Ukhuwah yang tertinggi adalah “berkorban untuk orang lain”. Baik
buruk diri kita, sahabat sejati dapat menerima diri kita.
Sahabat sejati boleh dianggap sebagai sebuah pelangi yang
indah.. Pelangi muncul selepas hujan. Jika hendakkan pelangi, bertahanlah
dengan hujan. Pelangi tidak akan terhasil sekiranya tiada sedikit pun rintik
hujan menyembah bumi. Sukar untuk kita
saksikan keindahan sang Pelangi di langit biru.. Istimewa bukan? Ya, begitulah
istimewanya pelangi. Seperti pelangi, sahabat sejati juga adalah yang
teristimewa..Istimewanya pelangi, begitulah juga istimewanya sahabat sejati.
Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat sejati..
Kali ini, aku
ingin bercerita. Bercerita tentang kehidupanku jauh nun di perantauan.
Bercerita tentang mereka yang bersama denganku untuk mencapai
matlamat yang sama di sini. Rasanya
inilah entri yang terpanjang.. Harap bersabar membacanya..
Bermula dengan Ririn..
Ririn adalah seorang kawan, sahabat dan kakak yang baik.
Perangainya yang kadang kala keanak-anakan bukan menunjukkan dia tidak matang.
Malahan lebih matang daripada diriku. Dia sebenarnya adalah saudara baru dalam
Islam. Namun ternyata ilmunya tentang Islam lebih banyak berbanding diriku yang
sudah hidup selama 22 tahun ini. Aku terkadang malu dengan ALLAH betapa
ceteknya ilmuku ini.. Hm, lagi satu Ririn ni Susah atau senang dia tetap ada.
Sungguh! Aku terlalu sayangkan dia. Ririn ni pandai masak taw! Sedap-sedap air
tangan dia.. Serius! Dia ni kadang-kadang suka buat kerja lambat tapi dia tetap
usahakan untuk siap. Aku pernah merajuk dengan dia gara-gara dia lambat siapkan
part dia. Tapi sebenarnya merajuk tak boleh selesaikan masalah ya! Tindakan
yang patut diambil ialah, berilah nasihat agar perkara yang tidak diingini
berlaku sekali lagi. Alhamdulillah, Ririn ni kawan yang baik. Dia menerima pandangan
dan nasihat walaupun aku lebih muda daripada dia. Comel je Ririn ni, bila kena
marah boleh gelak lagi.. hehe.. Serius, aku suka satu kumpulan dengan dia bila
buat kerja. Saling memberi dan menerima, konsep yang kami amalkan dalam kerja
berkumpulan. :)
Seterusnya, Ben.
Ben adalah seorang pendebat. Walaupun dia ni pendebat,
tapi dialah antara budak lelaki yang mempunyai sikap bersopan santun. Namun
jika dia me”laser” siaplah korang! Haha.. Nangis tak berlagulah.. Kalau nak
pergi cari barang di seluruh pelusuk supermarket, jangan bawa dia.. Dia ni tak
suka jalan lama-lama. Cepat angin! Biasalah penat kaaan.. Wajahnya boleh
dikatakan tampan juga.. Jangan kembang ya ben..haha.. Orangnya rajin membuat
kerja dan bertanggungjawab. Ya, orang yang rajin tapi tak suka diejek.. Jangan
ambik kesempatan dengan kerajinannya! Sekali kamu buat, selamanya kamu akan
hilang kepercayaan! Ceh, suka hati jak tafsir..huhu. Bab-bab pakaian dia boleh
dikategorikan dalam kategori individu yang kemas. Kelebihannya yang pandai berkata-kata
memang bonus untuknya menjadi cikgu. Oh ya, dia ni manja dengan pensyarah kami,
Puan Zainiyah.. hehe.. Dia ni juga suka bergambar.. Ya, sampaikan dalam hp
buruk aku pun ada gambar dia.. Terkejut aku bila tengok gambarnya yang posing
bagai dalam hp aku.. haha.. Dah hobi, nak buat macam mana.. hehe
Baiklah yang seterusnya adalah Zara.
Zara ni comel orangnya. Dahlah comel, pandai pula tu! Buktinya,
banyak cetusan pendapat dia dah buat.. Siap bubuh “nzeezara_1330”.. hehe.. Lagi
satu dia ni sangat rapat dengan keluarganya dan seorang anak yang solehah.
Penyejuk mata dan penghibur hati keluarga ni! Dialah antara sahabatku yang
kusayangi sepanjang perkenalan di sini. Mula-mula tengok, ingatkan orang Cina
rupanya orang Brunei.. Suka makan maggi tengah malam kalau lapar.. Dia
mempunyai sikap yang tegas, tegas ya bukan garang.. Kalau dia buat muka serius
memang menjadi sampaikan aku pun kadang-kadang takut juga..haha. Kalau aku buat
muka serius macam orang stress jak ditengok. Haha.. Zara juga adalah orang yang
bertanggungjawab dan rajin orangnya.. Pandai bahagikan masanya..Jadi tak
hairanlah jika semua hasil kerjanya “THE BEST”. Nak yang terbaik, kenalah
berusahakan! Zara ni antara orang yang banyak memberikan inspirasi untuk diri
ini selain keluargaku. Siapapun yang kenal dengannya, pasti akan merasa senang
dengan perwatakannya. Tapi jangan cari pasal dengan dia. Memang jelingan tajam
ko dapat! Boleh buat kau tak lalu makan, minum mandi tak basah.. hehe.. Tapi
jangan risau, dia ni pemaaf orangnya asalkan korang berani dan ikhlas untuk
meminta maaf..Berani kerana benar, takut kerana salah! Ya, segala nasihat dan
tegurannya sangat berguna. Itulah namanya kawan. Tak puas hati bagilah teguran.
Kawan-kawan, buat macam Zara ni.. Boleh
dapat Anugerah Kawan Terbaik ni.. Dia dah berpunya ya.. hehe..:)
Sekarang aku nak cerita pasal Tadong.
Tadong ni anak jati Sarawak berbangsa Iban. Kulitnya
mulus dan licin macam Baby. Kalah aku yang perempuan ni. Dia ni suka membaca
jadi tak hairanlah banyak yang dia tahu. Kan membaca tu jambatan ilmu.
Kawan-kawan ikut macam Tadong ni. Dia ni sangat menjaga sikap dan sahsiah.
Sebagai seorang kawan sekelas, dia sering memberi nasihat kepada kami sekelas.
Nada suaranya yang tegas dan yakin sedikit banyak membangkitkan semangatku dan
kawan-kawan. Ada sifat kepemimpinan yang tinggi! Tapi ada masanya dia sukar nak
terima pendapat. KaLau nak bercakap dengannya sila sediakan hujah dan
bukti-bukti yang kukuh agar Tadong yakin dengan pendapat yang diberikan..
hehe..Di kelas dia sangat tekun dan menghormati pensyarah. Oh ya! Dia ni
penasihat kelas kami. Siapa-siapa yang ada masalah disiplin boleh rujuk Tadong.
Sangat menepati masa. Kawan-kawan, contohi ketepatan masa Tadong ni!
Seterusnya Nadia.
Nadia si mata bulat ni kacukan India dan Dusun. Dulu
tinggal kat Perancis.. Memang jelitawan betul dia ni, ala-ala Kajol gitu.
Jangan terpedaya dengan keayuannya! Tengok ayu, sekali bercakap sungguh petah!
Mengalahkan pendebat di parlimen. Bahasanya yang indah boleh memukau
pendengarnya.. Jadi tidak hairanlah dia ni disayangi oleh ramai pihak..Nadia ni
juga kawan yang baik dan ku sayangi. Susah senang sentiasa ada. Rajin buat
kerja. Ada aura wanita yang penyayang. Boleh dapat Anugerah Sahabat Penyayang
ni! Hehe.. Dia juga dikenali sebagai Pakar psikologi..Kalah Dr.Fadzilah Kamsah
taw! Pandai memujuk dan pandai memberikan pendapatnya. Jadi tidak hairanlah
ramai yang tergila-gilakan dia. Hehe.. Tapi dia ni jenis yang lambat bersiap!
Sampai aku pun pernah geram tunggu dia bersiap..haha.. Dia ni senang diajak
berbincang. Psst.. dia ni masih single taw..haha..
Okay, seterusnya tentang Henly dan Wal Asri.
Henly ni ketua kelas kami untuk sem 3 ni.. Boleh
diberikan kepercayaan sebagai seorang ketua kelas. Dia ni bersahabat baik dengan
Wal Asri yang juga dikenali sebagai Uzba.. Henly mempunyai kulit yang cerah
manakala Wal mempunyai kulit sawo matang. Henly Dulu pernah jadi ketua
pelajar.. So, jelaslah dia ni ada sifat kepemimpinan. Dia juga pandai melukis.
Waktu PP dulu dia pernah bagi hadiah lukisan sempena hari lahirku. Cantik gila
lukisan dia. Dia lukis potret wajahku ni.. Lukisan dia jak yang cantik ya,
bukan orang yang dilukisnya tu. Haha.. Uzba pula pakar Matematik dan pakar IT.
Kreatif orangnya.. Pandai melukis juga macam henly. Banyak lukisannya yang dia
buat menggunakan medan ICT. Kraetifnya dia. Uzba pula sporting orangnya.. Tapi
kadang-kadang aku takut juga kalau tengok dia marah. Habis barang-barang
sekitarnya dibelasah Teringin nak jadi macam mereka. Itulah kelebihan mereka.
Namun mereka ni susah betul nak keluarkan suara bila bercakap kat hadapan. Malu kot dengan aku. Tak adalah.
Padahal aku ni pun penakut nak bercakap kat hadapan.. Haha,,. Tapi aku yakin,
suatu hari nanti mereka pasti akan mampu berbicara dengan yakinnya kelak! Aku
respect dengan mereka berdua ni. Ya, aku hormat dan kagum dengan mereka. Sebab?
Kerana semangat setiakawan mereka yang tak pernah luntur. Teringat waktu BIG 1
dulu. Henly sanggup bersusah payah angkat pengusung seorang diri ke atas bukit
yang tinggi dan curam bagi menyelamatkan Alif yang terseliuh. Terserlah sifat
setiakawannya itu. Serius! Aku kagum tengok dia hari tu. Walaupun penat, dia
tak pentingkan diri! Kawan-kawan, jangan pentingkan diri ! Contohi Henly dan
Uzba!
Seterusnya pasal Cass.
Cass ni Photogenic orangnya. Cantik, tertarik deboom
gitu! Aku suka dengar dia berkata-kata. Penuh semangat dan keyakinan! Itulah
baru namanya cikgu! Bab-bab kerja, dia agak bertanggungjawab dan komitmen.
Sebab tu aku suka sekumpulan dengan dia kalau buat kerja. Senang diajak
berbincang.. Pendapatnya agak bernas dan relevan. Boleh diajak bergurau. Anak
yang manja, confirm! Kawan yang baik dan penyayang. Tak suka cari masalah
dengan kawan-kawan. Sentiasa inginkan yang terbaik. Pandai menari dan
kadang-kadang aku tengok dia ni pemalu juga orangnya. Haha.. Cass ni cepat
meminta maaf orangnya kalau dia rasa ada buat salah. Pernah suatu ketika dia
minta maaf dengan aku. Aku pun hairan kenapa dia minta maaf, padahal dia takda
buat salah apa-apa pun.. haha.. Aku suka sikap tu! Ini buat aku sedar yang Cass
ni jenis orang yang bukan perasan hebat dan perasan sempurna. Jadi maknanya,
dia ni tak sombong! Sentiasa meminta maaf walaupun salah atau tidak. Contohi
Cass ni. Cepat-cepat minta maaf. Dia dah berpunya jugaa.. hehe..:)
Haa, seterusnya pasal roomatesku yang juga classmatesku,
Kim.
Kim ni orang Sarawak. Manis orangnya dan berwajah
keibuan. Perwatakan agak pendiam tapi ramah. Roomate yang baik dan sporting.
Penyabar dan tabah. Buktinya, banyak sudah episod duka yang dia lalui tapi aku
tengok dia tak pernah rebah! Aku kagum dengan sikapnya. Bukan mudah untuk
melihat ketabahan pada jiwa anak muda. Pada hari ini, aku lihat dia tetap ceria
menjalani kehidupannya. Dia juga sering memberikan dorongan dan motivasi pada
diriku yang sering terpedaya dengan episod duka. Banyak kenangan terindah yang
tercipta sepanjang perkenalan dengannya. Dialah juga kawan yang tak jemu
mendengar aku bercakap tak henti-henti kat bilik ni.. Punyalah Sabar Cik
Hakimah seorang ni..haha.. Dia juga tulus dan setia orangnya. Bertuah siapa dapat dia ni.
Perwatakannya menenangkan kami. Sebab tu aku sayang kawan aku ni!
Okay, part ni paling best. Tentang 3 sahabat, 3 seniwati,
3 dara..
Mereka adalah
Marliah, Syidah dan Liza. Digelar juga geng bujang lapok sebab bertiga.
Ajis, Ramlee dan Sudin..
Marliah a.k.a Ajis mempunyai suara yang merdu dan lunak.
Digelar Ajis sebab kecil dan sering dikenakan oleh Syidah dan Liza. Aku ada
simpan recording suara dia. Bila aku perdengarkan pada adik-adik sepupuku,
mereka pun suka. Siap ambik hp bapak diorang dan bluetooth. Serius, suara dia
memang sedap. Dia ni Cikgu Gurindam aku taw! Kalau tak sampai sekarang aku tak
boleh gurindam dengan merdunya.. Merdulah sangat..haha.. Dia ni kecil sahaja
orangnya dan pendiam juga. Tapi kalau berpidato, memang mantap! Boleh wakil IB
ni.. Si Bong selalu buli dia tapi kali ni mungkin tak sudah sebab kedudukan
meja dah berubah. Hehe.. Aku sangat menyenangi Marliah ni. Pandai menjaga hati
dan ada sikap macam Cass. Tidak sombong dan merendah diri. Diam2 ubi berisi
tau. Bertanggungjawab orangnya dan rajin!
Syidah a.k.a P.Ramlee pula che mek molek dari Kelantan. Director
filem 3 bujang Lapok tu..haha.. Sangat cantik dan menawan orangnya. Kalau
membentang di kelas macam pemberita gayanya. Kalau dia membentang, serius tak
bosan. Orang yang ngantuk pasti akan membuang bantalnya jauh2.. haha.. Pandai
bergaya tapi masih menjaga batasan aurat dengan sempurna. Dia selalu
memhiburkan suasana kelas yang hambar. Suka mengenakan marliah. Rajin buat
assignment! Anak murid kesayangan Encik Zakuan ni..hehe. Aku selalu pinjam jam dengan dia waktu exam. Sebab? AKu tak reti nak jaga jam.. Semua jam yang aku ada hilang, rosak dan sebagainya.. Hanya gelang berlian yang bertahan di tanganku..haha.. Gurau saja..
Liza a.k.a sudin pula geng Tawau. Kurus dan tinggi
orangnya. Manis senyumannya! Berperwatakan menarik dan kelakar orangnya.
Sekarang dia adalah penolong ketua kelas kami. Serius! Sangat progresif dan
tegas orangnya. Inilah pemimpin yang dinanti-nantikan! Berani! Liza juga
orangnya pendiam tapi berisi. Dia sering memberikan persembahan lain dari yang
lain. Ada pendapat sendiri. Yakin dengan usahanya. Sering melontarkan
hujah-hujah yang tidak diduga oleh orang lain. Speacial kan dia? Sangat banyak
kelebihan. Dia juga orangnya suka memendam rasa. Tapi ada kalanya dia akan
luahkan juga demi kebaikan bersama.
Aku sangat kagum dengan mereka bertiga ni. Sentiasa
bersama walau di mana jua..
Okay seterusnya Zuhaidi.
Zuhaidi dikenali ustaz di dalam kelas. Budak-budak IPG
juga panggil dia ni Anje tak kira lelaki mahupun perempuan. Haha..Sering
menjadi perhatian pensyarah yang masuk kerana sikapnya yang lain dari yang
lain. Suka cakap pasal agama. Pendiam. Kalau dimarah diam dan kadang-kadang
senyum jak. Haha.. Tapi dia ni suka cakap laju-laju dan suaranya perlahan
sahaja. Sometimes, bila aku tak dapat tangkap apa yang dia cakap, aku ya kan
sahaja.haha.. Ilmu agamanya tak usah cakaplah, memang tip top. Ilmu dunianya
pun boleh tahan juga. Apa petuanya? Dia ni suka membaca rupanya.. Dia juga suka
buat hal sendiri dalam kelas. Dia juga sering digossipkan dengan awek2 comel. Haha..
And agak payah untuk dapatkan kerjasama daripadanya. Dia mesti sentiasa
didorong dan diingatkan agar tidak leka dengan tanggungjawabnya sebagai pelajar
IPG. Aku kadang segan dengan dia, aku asyik nasihat dia supaya perbaiki diri.
Padahal aku juga perlu perbaiki diri. Banyak kelebihan budak ni, tapi tidak digunakan
sepenuhnya. Jujur, dia antara kawanku yang banyak ilmunya. Kan bagus kalau
dikongsikan bersama. Apapun, ambil yang baik, buang yang buruk.
Kemudian nak cerita pasal Mash.
Mash ni bakal-bakal orang Kedah. Haha.. Asalnya Sabah,
Negeri di bawah bayu. Berkulit cerah, comel, manis dan cantik orangnya. Dia
pakai apapun tetap cantik. Mahir dalam bidang pengacaraan. Kalau bersyair,
punyalah sedap. Sangat mendayu-dayu. Untung kau F bukan nama sebenar.haha.. Adik
beradiknya yang lain pun comel-comel macam dia. Kalau musim assignment, dia
cepat mengantuk dalam kelas. Sampai terangguk-angguk dia aku tengok dalam kelas
time kuliah.haha.. Biasalah tu, penat.. Mash juga pemantun yang baik. Selalau
wAkil IB untuk berpantun.Suka tengok dia berpantun. Mashlah orang yang ajak aku
dan beri keyakinan padaku untuk sertai bidang
pantun memantun ni dulu. Kalau tak, sampai sekarang aku tak pandai berpantun
dan merasa suasana pertandingan berpantun. Dulu waktu PP, dia juga yang bagi
aku keyakinan untuk ikut bertanding dalam pertandingan pidato. Alhamdulillah,
aku dapat Naib Johan. Masa tu aku malu sebab masih super junior lagi. Mash juga pandai bergaya dan spontan sahaja
jika disoal. Kalau aku, mesti tergagap-gagap sudah kalau ditanya.haha.. Oh ya,
Mash ni anak murid kesayangan Ustaz Lufti..haha..
Okay, seterusnya Adibah.
Adibah ni orang Jawa. Kecil molek dan comel orangnya. Pandai
masak, pandai menjahit. Wong Jowo gitu.. Psst, aku pun orang Jawa.. Haha.. Aku paling suka tempe buatannya. Punyalah
sedap. Tiap kali cuti aku mesti tak lupa memesan agar dia bawakan tempe. Hehe..
Kerana terlalu tidak malu asyik meminta tempe, bekas makanan dia masih ada
dengan aku sampai sekarang.. haha.. Di kelas, dia adalah bendahari kelas kami
yang kekal. Kepercayaan diberikan sepenuhnya untuk menguruskan hal-hal kewangan
kelas kami. Lagipun, dia ni pakar Matematik. Sebab tu kami lantik dia jadi
bendahari. Dia sistematik dan teratur pengurusannya. Tengoklah siapa, orang
Jawa gitu.haha.. Bertuah ko H bukan nama sebenar.
Baiklah kini tibalah pada abang kami, Isa.
Isa adalah yang paling tua antara kami semua. Beliau
kelas kami ni.. Sesuai dengan umurnya, dia memang matang dan mempunyai sifat
kepemimpinan. Serius! Aku suka dengan sikap coolnya. Tulisannya cantik sangat-sangat,
macam tulisan perempuan. Last year dia jadi Setiausaha.. Anti Korea, padahal
awek dia peminat Korea.hehe.. Selalu berperang dengan Cass disebabkan
Korea.haha..
Okay seterusnya Hafiz.
Hafiz bekulit hitam sawo matang. Orang selalu ejek dia ni
orang India, walhal dia ni orang Johor Melayu tulen. Muka dia muka penjahat
tapi macho jugalah..haha.. Walaupun muka rock-rock gitu, dia ni pemalu juga
rupanya. Aku selalu gelakkan dia kalau dia membentang. Bukan apa, muka rock
tapi malu bercakap di depan.haha.. And dia juga anak mak yang manja. Ada
peluang, dia pasti balik Johor. Haa.. sekarang ni Hafiz nampaknya tak boleh dah
balik selalu kerana IB dah buat peraturan baharu iaitu pelajar IB hanya
dibenarkan balik 7 kali sahaja bagi setiap Semester. Sabarlah ya piz..
Hazwan.
Hazwan pula jejaka Kelanatan. Pandai menyanyi dan menari.
Badan agak berisi. Aku masih ingat lagi waktu minggu orientasi, hazwan menari
sambil menyanyi lagu generasiku. Memang semanagt dan sedap juga suara dia. Tak
hairanlah kumpulan diorang juara pada malam tu. Hazwan juga aktif dalam dikir
barat. Baru-baru ni dia dapat anugerah sempena Anugerah Citra Keguruan kerana
telah memberikan sumbangan pada IB. Apa sumbangannya? Sebenarnya, Hazwan dan
kumpulan dikirnya telah mendapat emas dalam pertandingan Dikir Barat semasa
mewakili IPG KBM tahun lalu. Hebat tak Hazwan? Aku sampai sekarang tak pernah
lagi wakili IB untuk mana-mana pertandingan. Wakil pergi makan adalah..haha..
Okay seterusnya Encik Alhaadi.
Alhaadi ni pandai masak kek lapis. Dia selalu bawakan kek
lapis tiap kali balik cuti. Tapi kali ni dia tak bawa, malas katanya. Dia juga
antara golongan yang pandai berkata-kata dan spontan sahaja bila disoal. Suka
buat bising dalam kelas. Dia juga suka me’laser’ orang. Haha.. Silap2 jika dia terbaca
ni, aku kena laser nanti.haha.. Dia suka makan sampaikan time perbincangan
kumpulan pun dia masih sibuk makan. Haha.. dia juga suka jalan2, suka nonton
wayang. Hpnya yang canggih manggih tu sering ada dengan dia 24 jam. Senang nak
akses maklumat katanya..Padahal..hahaha.. Student Favourite Encik Lee ni..
hehe..
Akhir sekali, Bong.
Bong ni nampak nakal tapi berisi juga orangnya. Loghat
Ibannya masih kedengaran tapi tak sepekat Tadong. Dia suka buli Marliah,
mentang-mentanglah Marliah baik kan. Hehe.. Kat kelas, dia selalu salin nota.
Rajin kan dia.. Jangan kembang ya bong.. Oh ya, Sem ni dia jadi setiausaha kelas. Seronok juga
tengok lelaki jadi setiausaha..haha.. Boleh dijadikan latihan untuk dia buat
assignment. Hehe..
Begitulah kisah mereka. Diharapkan jika kawan-kawan
terbaca jangan ambil hati. Ampun maaf saya pohonkan.. Glad to know u all.. :) Banyak pahit manisnya
mengenali mereka. Apa yang aku tahu,aku tidak menyesal berada disini,berada
disekeliling orang-orang ini.Berada jauh dari Sabah yang banyak membuka mata
saya,mengajar saya pelbagai erti dan definisi kehidupan yang
sebenar.Sungguh,pasti saya akan menyesal jika tidak memanfaatkan sebaik-baiknya
masa 5 tahun setengah ini. Harapan saya
cuma satu,untuk kembali sebagai seorang guruyang baik yang bukan setakat
mengajar tapi mendidik. Aku ingin disambut oleh keluarga,sanak saudara dan
sahabat-sahabat kelak sebagai seorang Qurratu Aini Jumaan yang baharu.Dan
sungguh,aku sedang berusaha keras ke arah itu.
Cukuplah sekadar disini sahaja coretan kali ini.Semoga
Allah terus memberi kekuatan untuk diri ini menulis buat manfaat semua.Salam
sayang buat semua yang mengenali.
Tentang seorang sahabat, namanya Qurratu Aini..
ReplyDeleteSeorang kakak, clasmate, sahabat dan insan yg sangat baik..tinggi ilmu nmun sentiasa merendah diri..suka berkongsi cerita, seorang yg kelakar dan mudah diajak berbincang..mengagumi gayanya yang memenuhi syariat agama namun kemas dan gah bergaya..sentiasa tampil berkeyakinan..terima ksih krn mjdi kakak, clamate dan sahabat yg cukup baik..peace yo!
Akak biasa-biasa jak jika dibandingkan dengan kamu semua. Masih belajar untuk menambah ilmu sekecil kuman. Terima kasih kerana menerima akak sebagai kakak, classmate, sahabat dalam hidup syidah. Semoga ukhuwah kita semakin mekar hendaknya. Bukan lama lagi kita bersama ni. Tinggal 3 tahun jak. Sedih dan sebak bila ingat saat perpisahan itu. Apapun perjuangan harus diteruskan. :)
Delete