Assalamualaikum
dan salam sejahtera..
Alhamdulillah,
tarikh hari ni adalah 24 Januari 2013 bersamaan dengan 12 Rabiulawal....Ada apa
dengan 12 Rabiulawal?? Siapa tahu, sila ucapkan selawat ke atas ke atas Nabi
Muhammad S.A.W 10 kali tanpa henti. : )
TAHNIAH bagi mereka
yang masih dan sentiasa ingat tarikh bersejarah dan istimewa ini..Bulan
kelahiran manusia agung iaitu Muhammad Bin Abdullah.. Mari berselawat!
Allahumma salli ala muhammad.. 24
Januari 2013, tarikh yang sungguh istimewa.. Salam Maulidur Rasul kawan-kawan.. Kehadiran cinta ini jangan disiakan..
credit to nadieya, pakar doodle. |
Bersempena menyambut Hari Maulidur Rasul, marilah kita bersama menghayati erti
sebenar Maulidur Rasul itu dengan penuh penghayatan.
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari keputeraan Nabi Muhammad. ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.
Bersempena
sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama
menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat
dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan
Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat
dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang
yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang
pemurah dan sebagainya.
Baginda
Rasulullah S.A.W. juga, mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam
, semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani
dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada
di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh
yang demikian, umat Islam hendaklah bangun membina kekuatan rohani
seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh
baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat
Islam adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.
Tidak dapat
disangkal lagi, kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan
anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat
itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta
mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah
merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan
berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan
ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk
menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
Alhamdulillah..
Ketokohan
nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini
memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat.
Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun
Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara
jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat.
Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang
jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk
menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda
sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.
Bagaimana?
Terbit cinta dalam hati bukan? Sungguh, aku telalu merinduinya.. :’)
Dengan kehadiran
cinta itu, marilah sama-sama kita pupuk rasa cinta itu..kerana sesebuah perasaan
itu tidak akan hadir jika tidak disambut..
Jangan cakap
kamu cintakan Nabi, andai sirah Nabi pun kamu tidak tahu..
Jangan kata kamu cinta Nabi, andai sifat Nabi pun kamu tidak tahu..
Jangan kata kamu cintakan Nabi, andai sepotong hadis Nabi kamu tidak mampu
menghafalnya..
Sama-sama kita
muhasabah diri..Kalau boleh, eh, bukan kalau.. Mesti! Mesti boleh.. Positif thinking..biarlah kita ingat pada nabi pada setiap hari dan bukan hanya pada 12 Rabiul
awal sahaja.Jom, kita berusaha untuk menghidupkan serta mengamalkan sunnah nabi di dalam segenap
aspek kehidupan kita. Bukan hanya dari segi penampilan luaran semata, tetapi
yang lebih penting sebenarnya ialah mengamalkan cara hidup dan akhlak nabi. Semoga di akhirat kelak, kita akan berasa bangga berada di belakang barisan
baginda, dan bagindapun akan berasa gembira memimpin di depan kita.
Insya-Allah. Dan semoga hari-hari mendatang lebih mendekatkan lagi diri
kepada perkara-perkara menuju kejalanNYA. semoga kehidupan kita sama2 direstui
dan diberkati.. InsyaAllah..
Di sini diselitkan sebuah hadis.Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam bersabda:
“Janganlah kamu menjadikan kuburku sebagai tempat mengadakan perayaan (‘Ied),
dan janganlah pula kamu menjadikan rumah-rumah kamu seperti perkuburan. Di mana
pun kamu berada, berselawatlah kamu ke atasku, kerana sesungguhnya selawat kamu
tersebut sampai kepadaku.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 14/403)
Huraian hadis: Bamyakkan selawat, ibadah dan membaca AL-Quran.. Jangan biarkan suasana rumah kamu seperti kubur.. ;)
0 komen Geng Comel:
Post a Comment