Bismillah..
Dengan nama
Tuhan yang Maha Pengasih, yang masih sayang pada aku dan kamu dengan memberikan
kita peluang untuk terus meninggalkan jejak di bumiNya ini. Alhamdulillah,segala
puji bagi Dia yang menggerakkan segala sesuatu.
1 Febuari 2008
bersamaan hari Jumaat jam 1.35 pagi di rumah nenda.
Di depan mataku
sendiri, aku lihat dirimu pergi menemui diriNya, Ar-Rafiq Al-A'la setelah
sekian lama bertahan melawan penyakit Leukimia.. Ketika itu aku lihat wajahmu
tenang sahaja menahan kesakitan. Sunnguh aku tak tahu bagaimana rasanya sakit
dirimu ketika itu. Aku ketika itu takut, sangat takut untuk kehilanganmu. Pada
masa yang sama aku berdoa agar syaitan-syaitan jahanam tidak mengganggumu di
saat dirimu dijemput ALLAH.Tapi aku redha juga akhirnya kerana sesungguhnya
detik Allah menjemputmu telah tiba. Kalimah terakhir yang aku dengar dari
mulutmu , ‘ALLAH’ sungguh buatkan kami sekeluarga terharu selepas beberapa kali
dirimu mengucapkan 2 kalimah syahadah dengan sempurna.
Al-Fatihah buat
allahyarham pak cik tersayang, Mohd.Esmanto bin Jumadi, yang lebih mesra
dipanggil sebagai Pak cik Is. Tiadalah apa yang mampu ku berikan buat dirimu,
melainkan doa yang tidak putus-putus agar Allah melimpahkan kesejahteraan ke
atas rohmu.
Usah berduka
keluargaku, Usah berduka Aini, kerana ku
yakin perpisahan kita ini hanya sementara, InsyaAllah bertemu kembali di syurga
sana, yang kekal abadi.Tenanglah rohmu di sisi Tuhanmu, semoga diampunkanNya
segala dosa-dosamu, dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang soleh.
Sungguh, aku
rindu padanya! Hampir 4 tahun arwah pergi meninggalkan kami.. Walaupun begitu. Aku
masih terngiang-ngiang akan ucapan arwah
padaku di Hari Raya Terakhir..
“ Aini, pak cik minta maaf atas segala silap dan salah pak cik. Pak cik tahu, pak cik ni bukan pak cik yang baik. Selalu marah Aini. Tapi percayalah, Pak Cik marah bukan untuk menyakitkan hati Aini. Tapi sebab Pak Cik sayang Aini. Pak Cik tahu, Pak Cik selalu menyusahkan Aini. Minta maaf sangat-sangat.. Pak Cik ni bukan lama lagi ada di dunia ni. Pak cik tak tahu esok Pak Cik ada lagi kah tak esok. Bila-bila jak boleh pergi. Mungkin raya tahun depan Pak Cik dah tak ada. Apapun ingatlah pesanan dari Pak Cik yang tak seberapa ni, yang cetek ilmunya. Aini, belajar rajin-rajin, bila belajar tu fokus matlamat utama kita. Jangan bercinta masa study ni, Ingat jangan bercinta ya waktu masih belajar ni, hormat orang tua, jadi orang yang berguna. Kamu masih banyak peluang untuk bersama orang tua kamu, keluarga dan kawan-kawan kamu. Bantu orang tua dahulu baru kahwin. Apapun pak cik minta maaf sangat-sangat. Itu sahaja yang Pak Cik ingin sampaikan. Janji.”
Aku ketika itu
merasa sebak, tapi aku cuba tahankan air mataku daripada jatuh. Aku tak nak Pak
cik ku lihat aku lemah. Dan buat pertama kalinya tanganku digenggam erat dan
lama oleh Pak Cikku ketika aku bersalam dengannya. Aku merasa bersalah kerana
aku yang sepatutnya meminta maaf dengannya sebanyak-banyaknya. Aku hanya mampu
mengucapkan maaf sebanyak-banyaknya kerana sudah tidak tahan untuk menatap
wajahnya dengan lebih lama. Jika tidak pasti banyak luahan hati yang aku
luahkan padanya. Aku sedih dan ingin segera menyembunyikan perasaan sedihku. Ya, aku akan ingat pesanan Pak Cik hingga ke
akhir hayatku.. Serius, aku rindu dengan arwah. Aku rindu tengok senyumannya,
aku rindu kena marah, aku rindu nak buatkan air untuknya, aku rindu bercerita
dengan dia, aku rindu nak jaga dia kat hospital, Ya Allah aku rindu!
Dia insan yang
aku sayang.. Dia insan yang banyak berjasa.. Dia insan yang tak pernah kenal
erti penat lelah.. Dia insan yang selalu menghiburkan kami.. Dia insan yang
sangat cekal.. Dia insan yang penyayang..
Al-Fatihah sekali lagi buat allahyarham pak cik tersayang, Mohd.Esmanto. Ya Allah,
kasihanilah dan sayangilah Allahyarham, sebagaimana sayang dan kasihnya
Allahyarham terhadap diriku. Terimalah segala amalannya semasa hayatnya di
dunia dahulu.
Ya ALLAH sampaikan seribu rindu dari kami di sini buatnya.. Sampaikanlah salam kami.. smapaikanlah doa kami kepadanya.. Hanya Engkau Yang mampu Ya Allah..
Ya ALLAH sampaikan seribu rindu dari kami di sini buatnya.. Sampaikanlah salam kami.. smapaikanlah doa kami kepadanya.. Hanya Engkau Yang mampu Ya Allah..
"Ya Allah,
Ampunilah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan
tempat-kanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia
dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana
Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik
dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau istri di Surga) yang lebih
baik daripada keluarganya (di dunia), dan masukkan dia ke Surga, jagalah dia dari
siksa kubur dan Neraka.” (HR. Muslim 2/663)
Mohon sahabat-sahabat turut menyedeqahkan al-fatihah dan bacaan yaasin buat Allahyarham. Terima kasih.
Allah akan
pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini
ditegaskan lagi oleh Allah,
"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya." [65:4]
Ini janji Allah
yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan
kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana
Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus
asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan,
"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." [ 94:5-6]
Dengan syarat
kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu
mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi...
ReplyDeleteAmin..
DeleteAl Fatihah.. semoga rohnya di tempatkan dalam golongan org2 yang beriman... amin...
ReplyDeleteAmin.. Terima kasih Ainaa..
Delete