-->
Q-Aini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 21, 2010

Perasaan malu perisai masalah gejala sosial



KEBANYAKAN malapetaka sosial yang menimpa masyarakat hari ini seperti gejala seks rambang, hidup bersekedudukan tanpa nikah, main kayu tiga, anak luar nikah, penderaan wanitadan kanak-kanak, wabak Aids adalah kerana hilang atau kurangnya sifat malu dalam diri manusia.
Daripada Abi Mas'ud al-Badri berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di antara ucapan kenabian pertama (Adam) yang didapati manusia (daripada generasi ke generasi) adalah, “Jika engkau tidak malu maka perbuatlah apa yang engkau inginkan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Hadis Nabi SAW ada menyatakan bahawa: “Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalahsaling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Maksud hadis itu ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu. Nabi SAW bersabda bermaksud: “Apabila seorang itu terbabit dengan perzinaan, dia bukan lagi beriman, apabila seseorang itu mencuri, dia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak, dia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyeleweng selepas diberi amanah oleh orang lain, dia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang di antara kamu menipu, dia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah.” Justeru, malu seorang lelaki atau wanita itu datang daripada sifat malu kerana takut kepada Allah.

“Setiap agama mempunyai kriteria dan kriteria (agama) Islam adalah sifat malu.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sifat malu dan memelihara kehormatan adalah perhiasan dan perisai bagi mereka yang percayakan adanya pembalasan pada hari akhirat. Perisai inilah yang menghalang mereka daripada terjerumus melakukan dosa serta noda zahir dan batin.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila
seseorang menyertakan keghairahan atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukannya, ia akan menjadi keburukan, dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan ia akan menjadi indah.” (Hadis riwayat al-Imam at-Tirmizi)

Allah menggantungkan kebahagiaan dan kejayaan insan kepada kemampuannya menjaga kehormatannya. Tidak ada jalan menuju kebahagiaan dan kejayaan tanpa menjaga kehormatan.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang beriman. (Yaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, orang yang menunaikan zakat, orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barang siapa mencari yang di balik itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-7)

Perbuatan zina yang keji bermula daripada pandangan mata. Oleh itu, Allah mendahulukan perintah untuk memalingkan pandangan mata sebelum perintah menjaga kemaluan kerana banyak musibah besar bermula daripada pandangan pertama.

Imam Ibnu Qayyum al Jauzi berpendapat: “Barang siapa yang mampu menjaga empat perkara ini, dia menyelamatkan agamanya. Al-Lahazhat (pandangan pertama), al-Khatharat (fikiran melintas di benak), al-Lafazhat (lidah dan ucapan), al-Khathawat (langkah nyata untuk
sesuatu perbuatan).

Rasulullah SAW memerintahkan kita memelihara diri daripada perbuatan dibenci Allah.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Malu adalah cabang iman dan iman di dalam syurga dan kurang sopan itu adalah sebahagian daripada kekerasan hati, kekerasan hati adalah di dalam api neraka.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmizi)

Menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita adalah cara memupuk sifat malu. Walau apapun yang kita lakukan, mesti dibenteng dengan sifat malu. Kita perlu meletakkan batas dalam minda kita diikuti dengan perbuatan yang mengukuhkan komitmen.

Sifat malu atau (haya') adalah benteng iman. Kerana kita malu kepada Allah, malu kepada manusia dan kepada diri sendiri, maka kita terhalang daripada menjatuhkan maruah dengan perlakuan maksiat. Terbuka atau tersembunyi, sifat malu itulah yang menjadi benteng
daripada suasana persekitaran yang merosakkan iman.


Oleh Endok Sempo M Tahir
Sumber : http://library.kdn.gov.my/documents/perisai%20diri.pdf


Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 12:59 AM
Labels: Ilmu Pengetahuan, inspirasi

0 komen Geng Comel:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
shoutbox icon
BIODATA SAYA
Qurratu `Aini binti Jumaan
Tawau, Sabah
Sweet 23
Bakal Cikgu 2016
Memantapkan team Netball IB 2014..
99 KEKASIHKU
Image Hover Effects @ JellyMuffin.comJellyMuffin.com Glitter graphics and flash generators
TERKINI DARI GAZA

Geng Comel

Photobucket
 
SECEBIS INGATAN

Mengadulah kepada ALLAH.. Ambillah wudhu kemudian mengaji.. Sesungguhnya Al-Quran adalah penawar bg orang yang beriman. Tiada gunanya kita mengadu sesama makhluk. Minta doa kepada ALLAH agar tabah menghadapi semua masalah..InsyaALLAH ~Cikgu Qurratu~





TINTA-TINTA ILMU
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  February (7)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (18)
    • ►  December (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (7)
    • ►  January (8)
  • ▼  2010 (33)
    • ▼  December (5)
      • Perasaan malu perisai masalah gejala sosial
      • Kesabaranku teruJi..
      • Jemput-Jemput Hangus
      • 10 Muharram
      • pesaN mak aku ( Part 1)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  August (13)
    • ►  July (3)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (45)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (15)
    • ►  March (12)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
CERITA TERBAHARU
get this widget here
MY BLOG LIST
  • Tinta Islami
    Swagbucks: (GPT)
    8 years ago
  • سماي كباءيقن تواي كريضاءن
    Amal yang Hilang
    9 years ago
  • Unit Kokurikulum IPG KBM
    Perhimpunan Unit Beruniform Bil 2/2016
    9 years ago
  • "Art Is Pleasant... "
    SOFTWARE FOR YOU from someone blog, credit to him, (BUT THIS IS ALL PIRATE, SO GLUCK)
    11 years ago
  • ~:\ NuKiLaN KeHiDuPaN /:~
    TeRoMPeT IsRaFiL DiTeMui NASA (hanya teori)
    11 years ago
  • KERANAMU BEGITU BERHARGA
    JANGAN SELALU TIDO LEWAT
    13 years ago
  • Nisa' Kawasan Tawau
    Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video
    13 years ago
  • ...RaKaN SuRau aR-RaSHiDiN...
    Pertandingan MuslimSmart Production
    13 years ago
  • Sahabat Al-'Irfaan
    adab menguap~~
    13 years ago
  • Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
    Data penipuan dalam otak manusia
    14 years ago
  • Alumni Irfaan
    Sejarah Tercipta
    14 years ago
  • Laman Rasmi JPP IPG Kampus Bahasa Melayu
  • ♥World Of FRENZZ♥
BLOG SAHABAT
  • LUKISANHATIE NAIEN
    :: Terakhir ::
    7 years ago
  • apabila paan menulis
    Home Tuition Tanjung Malim
    9 years ago
  • ~assyifaa'~(^^)~
    Cerita cinta sikit..eh.
    11 years ago
  • MisEyz BLurz
    Senangnya kalau jadi seorang guru
    11 years ago
  • Taste Of Life
    Because He Is A Muslim
    12 years ago
  • :: CIK DOI PUNYA CERITA ::
    Kalau tiap hari nak seronok, bila masanya kita nak rasa susah?
    12 years ago
  • Indahnya Islam...adakah aku mensyukuri nikmatNYA?
    Mari Belajar Al-Quran
    12 years ago
  • farisukimi =)
    Pakej Fotografi Perkahwinan FP
    12 years ago
  • Khalila Is Khalila
    Haram Ke Tak Haram Ni?
    12 years ago
  • Aku Seorang Cikgu
    Bahan Mengajar 4 : Panduan Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR
    12 years ago
  • BicaraKu,Dari Hati
    #Cuti=KehidupanSebagaiStudent
    12 years ago
  • KASIH PENAWAR
    12 years ago
  • SentapHatiMakNak [dot] com
    SentapHatiMakNak : Kek Buat Kawan
    13 years ago
  • ❀ nzee_zara ❀
    J.A.D.U.A.L E.X.A.M :)
    13 years ago
  • "KAMI DELEGASI PENCETUS REVOLUSI, MEDIUM KEINTELEKTUALAN TERCIPTA"
    13 years ago
  • Selembut Kasih Hawa
    14 years ago
  • Konotasi Si Pencinta
  • Hijazie Zikrullah
  • iedaya's life
  • SuKa - SuKi
  • ♥
  • PPISMP 3E - kita berjalan bersama-sama, menuju yang Satu
  • Kerana namaku SHARIFAH .....
  • Dewi_Syifa
  • c!k EmMa OraNg UtaRa nak habaq Ma!
  • AkHbAr
  • nukhilan anak mama
  • nadia nabilah

Umur Blog

Daisypath Friendship tickers

Apa kata Hati?

Apa kata Hati?

Mereka..^^

Cikgu Q-ratuaini~. Powered by Blogger.
Semua yang tertulis dalam blog ini hak ALLAH..kLu nak copy, silakan^_^