-->
Q-Aini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 29, 2011

REDHALAH Wahai Cikgu!! -Part 1


TAHNIAH! ANDA TERPILIH
Kursus : Sains pemuliharaan – Biodiversiti (UMT)
Sila berikan jawapan dengan memilih pilihan di bawah:
Ya, saya terima tawaran ini.
Tidak (berikan alasan)
• Ingin menukar jenis kursus
• Lain2..
Aku melonjak girang bila mendapat tawaran itu.. Aku terus berlari ke arah mak yang khusyuk menonton rancangan televisyen kegemaran mak.. Dalam hatiku, Alhamdulillah, kursus yang aku mohon dapat jugak walaupun kursus ini pilihan kedua. Walaupun tak dapat pilhan pertama iaitu pendidikan subjek biologi aku gembira kerana melalui bidang ini juga dapat kusalurkan minatku. Kawan2ku sering memanggilku “budak Bio” disebabkan minatku yang terlalu kuat dalam bidang ni, tambah-tambah lagi aku selalu dapat markah tinggi dalam subjek ni. Pada asalnnya aku nak jadi dentist tapi aku tak mampu memandangkan persaingan begitu kuat dengan student2 4 plat..”Aku setakat pointer 3 point something manalah layak..”bisik hatiku sendiri.Jadi aku memilih bidang yg betul2 aku rasa layak untukku. Aku tersengih2 depan mak. Mak agak hairan dengan tingkah laku ku seolah-olah baru mendapat rumah banglo tapi mak tetap juga menonton drama dari seberang itu tanpa menghiraukan kehadiranku di situ. Rasanya aku tidak sabar hendak menunggu iklan..” Bilalah nak iklan ni.., getus hatiku sendiri.. Aku berangan-angan seketika, seronoknya dapat bekerja dengan alam sekitar. Biodiversiti antara bab yang paling mencabar dalam silibus budak2 matrik yang mengambil sains hayat.. Aku turut mengakui betapa mencabarnya topic itu. Banyak sangat yang perlu dikaji..Nama2 saintifik yang perlu diingat.“Wah..ada harapan nak jadi saintis, kalau tak pun pegawai alam sekitar, jadi renjer hutankah..hm,lepas tu boleh jadi pensyarah Biodiversiti pula, dapatlah aku melaksanakan pilihan satu dalam pemohonan UPU..”,otakku terus ligat melakar perancangan masa hadapan sambil tersenyum-senyum.Besar betul impianku..Entah boleh jadi kenyataan atau tak..Aku menghentikan khayalanku risau kalau-kalau aku terlalu taksub dengan perancangan dunia yang sementara ini.
Aku tersenyum-senyum duduk di sebelah mak.. Bila iklan jak aku terus peluk mak.
“ Aini ni kenapa? Lepaslah..sakit badan mak, kuat betul pelukan anak gadis mak ni, badan jak kurus tapi bukan main bila memeluk..” kata mak sambil cuba melepaskan pelukan ku.. Aku lepaskan pelukan itu. Aku tersenyum lagi..Tiba-tiba aku menangis..
“ Aik? Tadi senyum2 tapi sekarang menangis? Kau ni sihat tak aini? Kalau ada masalah cerita dengan mak” , mak mula menunjukkan kerisauan..
Air mataku semakin deras.. Memang aku jenis yang mudah mengalirkan air mata tak kira apa jua keadaan..sama ada sedih mahupun gembira. Di rumah sahaja aku terkenal dengan budak air mata.. Mana taknya, dari kecik cengeng aku ni tak hilang.. Aku berusaha menyuarakan isi hatiku pada mak walaupun agak lambat.
“ Sebenarnya, aini dapat tawaran ke UMT..Kos Sains Pemuliharaan Biodi.. Memang aini harap betul dapat kursus ni..”luahku senang hati.
Mak membisu kejap sebelum memberi respons padaku.. “ Alhamdulillah, syukurlah dapat. Dah bagitahu ayah?” ,ujar mak.
“ Belum lagi..ayahkan belum balik dari solat Jumaat..”, jawabku pula.

Pandangan sesetengah keluargaku agak berbeza kali ini. Ada seorang mak saudaraku. E bkn nama sbnr... Muda setahun dari aku. Nenekku adik beradik dengan ayah dia sebab tu aku panggil mak cik..tapi E tak nak dipanggil mak cik, cukup setakat nama sahaja. Setiap kali berjumpa ada sahaja yang dia akan cakap tanpa menghiraukan perasaan orang. Ada satu hari kata-katanya buat aku menangis..
“ Aini, kau belajar kat mana sekarang?”, soalnya.
“ Kat KL..” jawabku ringkas. Sebenarnya aku malas nak berborak dengan dia, bukan apa cerita dia kadang-kadang tak membawa faedah langsung. Buat dosa adalah..kalau tak buat ketupat mesti ada jak nak buat orang marah.Mesti ada perkataaan yang kurang sedap didengar tiap kali dia bercerita denganku.
“Oh..jadi doctor ya?”, duganya pula.
Dalam hatiku..” ish budak ni, bukan dia dah tanyakah hari tu? Berapa kali tanyalah..Patutlah result exam kau teruk samapai nak sambung study pun tak boleh..”
“ Taklah..jadi cikgu..”,jawabku lagi.
“ Jadi cikgu? Bukan doktorkah? Bilang kau hari tu doctor..Kau tipu aku ya..”, soalnya seolah-olah aku ni seorang penipu dengan lagaknya yang angkuh. Mataku semakin lama semakin berat digenangi air mata. Aku menahan sebak dalam diam dan sedikit perasaan marah. Aku cuba menjawab pertanyaan itu untuk menyembunyikan dilema perasaan yang aku alami sekrang.
“ Bila masa aku cakap doctor, kau tu yang dah nyanyuk.. Aku memang ada cita-cita nak jadi doctor tapi itu semua sudah tinggal kenangan..Sudah lama dibawa pergi oleh angin yang tidak akan kembali lagi..”, jelasku sayu..
Dia kelihatan tidak puas hati dengan jawapanku. Aku sudah tidak kisah apa yang dia fikirkan pasal aku. Kalau dibesar-besarkan hal ni, parah pula jadinya. Bila mengenangkan ayahnya yang selalu membantu aku menghantar ke sekolah dan ke bandar dengan kereta usangnya, aku jadi kasihan melihat mereka. Sampai mati pun aku tidak akan pernah sesekali untuk lupakan jasa ayah E. Hidup E sekeluarga memang agak daif, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi nasib baiklah arwah atuk E ada meninggalkan tanah untuk mereka bercucuk tanam. Sekurang-kurangnya dapat juga jimat kos dan menampungi perbelanjaan harian mereka sekeluarga selepas ayah E pencen. Itulah kebiasaan yang aku lakukan untuk meredakan perasaan amarah dalam diri ini disertai dengan istighfar berbanyak-banyak kepada-NYA.
Aku merasakan mataku tidak dapat menampung air mataku lagi. Aku terus bangkit dan meminta izin untuk masuk bilik sekejap tanpa memandang E. Di bilik, aku menangis sepuas-puas hatiku. Selagi aku tak nangis selagi tulah aku tak puas hati.. Keadaan itu berlarutan untuk beberapa minit sehingga kedengaran azan Asar berkumandang. Aku mengintai-intai keluar agar tidak ada sesipa pun melihat mataku yang bengkak.

Selesai sahaja solat aku terus membaca Al-Quran. Jiwaku sudah kehausan.. Aku tahu jiwaku lapar dengan kalimah-kalimah indah yang tersusun rapi dalam mukjizat Nabi Muhammad S.A.W itu. Sudah 3 hari aku tak membacanya, teman hidupku di dunia dan akhirat.Selepas membaca Al-Quran barulah aku lega sedikit. Teringat kata-kata ustaz Khairun, “Jadikan AL-Quran itu pegangan dan panduan hidupmu”..

_____________________________________________________________________

“Aku tak tau mau cakap macam mana. Yang aku tahu ,hati aku tak ada di maktab. Aku betul2 tak nak jadi cikgu, lebih-lebih lagi cikgu bahasa. Bukan kerana bencikan ilmu bahasa, bukan kerana merendahkan taraf bahasa tapi kerna minatku lebih menjurus ke arah bidang lain. Walaupun aku tak nak menjadi cikgu aku tak pernah memandang rendah dengan pekerjaan mulia ini..Insan sepertiku seolah-olah tidak cukup syarat untuk bergelar pendidik..Mak bapa memanglah happy sebab keluar maktab jak terus dapat kerja. Hakikatnya aku jenis yang suka mencari ilmu, tak kisahlah berapa lama aku belajar.Aku rasa macam mau berhenti jak tapi mana boleh sesuka hati jak keluar. Orang lain mungkin suka sebab dapat maktab sebab dapat elaun, n tak busy macam di U, di U maybe lebih mengajarku untuk hidup berdikari. Tapi aku tak boleh hidup dalam keadaan relax . Entah untuk kali yang ke berapa sudah aku menangis ni.. Kesal dan marah dalam diam..betul2 buntu..”

Begitulah keadaanku bila hatiku digamit rindu untuk belajar Biologi. Bila aku tidak dapat menguasai topic dalam subjek BM, bila aku tak dapat nak melukis.. Rasanya ingin sahaja aku lari dari maktab ni.. Pdahal dah habis satu semester aku study kat sini. Aku betul2 buntu. Aku mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajran atas dasar tidak ingin menyusahkan kedua orang tuaku. Aku tidak mahu mereka terbeban dengan yuran pengajian yang terlalu tinggi walaupun hakikatnya aku tahu mereka mampu membiayai ku. Cukuplah aku menyusahkan mereka.

Kak Miza tempat aku selalu mengadu, senior kami. “ Em walaupun tak suka, aini kena juga terima. Inilah perancangan Allah untuk Aini. Memang Aini tak nampak lagi kepentingan dan hikmahnya tapi percayalah satu hari nanti Aini akan Nampak jugak. Sekarang Aini banyakkan solat tahajud dan istiqorah agar dapat ketenangan. InsyaALLAH Aini... Ririn juga turut sama memberiku nasihat agar bersabar dan melakukan solat tahjud. Tidak kurang dengan roomateku, nadia nabilah atau dikenali sebagai Kak Ngah,.. “ Jangan begitu Alang, saya faham jugak. Tapi semuanya pasti ada hikmahnya. Tak perlu disesalkan, kerana ini adalah pilihan yang terbaik untuk diri kau. Mungkin kenahuan kau berbeza tapi sebenranya perancangan ALLAH S.W.T untuk jalan hidup kau adalah yang terbaik..ingat semua yang telah ALLAH S.W.T tentukan itu adalah yang terbaik untuk hambaNYA. Lagipula kau memang berbakat besar dalam bidang bahasa ni taw. Allah S.W.T berikan cabaran dan dugaan sebab DIA tahu kau mampu hadapi semua ni dengan baik. Lalui dengan tabah dan sabar kerna kau pasti akan dapat ganjaran yang berlipat kali ganda dari ALLAH..InsyaALLAH. Amin..

...Bersambung...




Kisah benar : Cikgu Qurratu

pesanan buatku dan senasib dnganku..REDHLAH WAHAI CIKGU..PERBETULKAN NIATMU!!

MySpace

Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 7:41 PM 0 komen Geng Comel
Labels: cerita kami, karya kreatif

Aku tak nak jadi Cikgu, aku nak jadi pendidik!

Aku tak nak jadi cikgu..Aku nak jadi pendidik!
Hm, aku tertarik dengan entri seorang hamba ALLAH NI..

Korang pernah tak dulu belajar dengan seorang cikgu, yang mana cara dia mengajar menyebabkan korang berfikir,

“Oh indahnya dunia ini sekiranya semua cikgu aku begini!” ?

Jikalau pernah, entri kali ini aku ingin menyentuh berkenaan cikguku yang sebegitu!(Jika tidak pernah, malang sungguh nasib anda)

Tetapi, sebelum itu, ingin aku mengambil contoh cikgu yang lain. Aku di bangku sekolah menengah dulu pernah belajar dengan seorang cikgu tegas. Awal-awal lagi dia menyebut, “Hobi saya suka main dart. Jadi sekiranya saya nampak ada yang tidur, whiteboard marker ini akan terbang ke arah anda!”

Memang beliau tidak memungkiri janji! Malah, bukan saja whiteboard marker, pernah sekali pasu bunga plastik (yang kami susah-susah kumpul duit untuk beli dan jadikan hiasan meja cikgu di hadapan) dijadikan dart juga! Sudah kehabisan marker agaknya. Selalunya yang lelakilah yang kena. Aku tak pernah kena. (Dah professional sleeperkatakan, cikgu susah nak kantoi.)

Jadi, setiap kali tiba masa kelas beliau, semua lelaki bersengkang mata untuk tidak dikejutkan dengan marker di muka, dengan kelajuan 50km/j. Tapi fenomena ‘markerterbang’ ini menyebabkan aku terfikir. Akhirnya, kami bersengkang mata bukan kerana ingin menuntut ilmu, tetapi kerana takut cikgu baling marker! Jadi, persoalan besar sekarang ialah, salah kamikah apabila kami tidur, atau salah cikgu yang kurang upaya untuk membuatkan matapelajaran itu menarik?(Ye la, dah ramai yang (nak) tidur, bukannya kami sepakat pun untuk tidur sekali!)

Aku tak salahkan dia 100%. Pertamanya, matapelajaran beliau ialah ‘Pendidikan Islam’. Aku rasa cabaran besar bagi dia (dan juga cikgu-cikgu seperti beliau) untuk bawa subject tersebut tanpa ada stereotype (anggapan biasa) bahawa matapelajaran itu bosan. Tetapi kerana aku tidak nampak usaha dari beliau sendiri untuk menghidupkan kelas tersebut (selain daripada dart-dart beliau), maka aku rasa sekiranya murid tidur, kami tidak boleh dipersalahkan juga.

Ada saja beberapa cikgu yang mengajar matapelajaran dalam kategori boring (bagi pendapat aku la) seperti Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam yang nampak berusaha untuk menghidupkan kelas, dengan membuat forum, debat, perbincangan dan lain-lain. Aku begitu menghargai usaha-usaha sebegitu. Aku yang mungkin akan tergolong dalam golongan pendidik pada masa akan datang juga sering memikirkan cara untuk tidak membosankan bakal pelajar aku nanti, insyaAllah.

Oh ya, kenapa aku sebut golongan pendidik, bukan golongan guru-guru? Kerana aku ingin mengikut jejak langkah seorang pendidik yang selayaknya aku memberi Best Teacher Awardku ini.

“Saya ini bukan cikgu, saya ini pendidik”

ujar beliau satu ketika dahulu.

Nama beliau ialah Syeikh Abu Bakar. Kami memanggilnya dengan gelaran macho, Cikgu Syeikh. Aku pula menggelarnya “Einstein” sekolahku. (Tapi tak panggil la gelaran tu depan dia!)

Dia mengajar kami matapelajaran Sains tingkatan 1,2 dan 3. Bukan kerana aku meminati sains yang aku memilih beliau sebagai cikgu pilihan (ada je cikgu sains yang aku suka praktikkan kepakaran tidurku di dalam kelas mereka), tetapi atas dasar apa yang beliau sendiri sebut, iaitu beliau bukan cikgu, tetapi pendidik!

Apa perbezaan yang ingin diketengahkan oleh Cikgu Syeikh?

Begini. Seorang cikgu akan mengajar mengikut silibus buku, dan memahamkan murid sekadar ilmu yang terdapat di dalam silibus buku sahaja. Manakala seorang pendidik/pengasuh* pula mengajar murid-murid untuk belajar di dalam suasana asuhan/couching, di mana akhirnya para murid akan mengembangkan pemahaman mereka bukan sekadar di dalam buku teks sahaja, tetapi mengaplikasikannya terhadap persekitaran dan kehidupan seharian. Beliau menjadikan pelajar semua berminat kepada matapelajaran itu. Keinginan untuk mendalami itu timbul secara semula jadi dari pelajar. Malah beliau juga berperanan sebagai batu loncatan untuk para pelajar lebih mendalami mata pelajaran tersebut, bukannya matapelajaran tersebut berhenti setakat apa yang di ajar sahaja. Ini yang diistilahkan di dalam Bahasa Arab sebagai ‘Tarbiyyah’.

Itu kelebihan yang dipunyai oleh Cikgu Syeikh. Sifat seorang pendidik. Malangnya, tidak semua yang menyukai metod beliau. Sesetengah mereka merasakan apa yang dibincangkan, yang mana kadang-kadang di luar topik silibus, adalah membazir masa. Bagi mereka, cukuplah sekadar mengajar di dalam buku. Sayang sekali bagi mereka yang berfikiran begini, kerana mereka sendiri punca utama tidak berkembangnya kefahaman sendiri.

Senang cerita, pendidik ini bertanggungjawab terhadap keseronokan aku belajar sains! Keseronokan menjumpai ilmu-ilmu baru (The pleasures of finding things out**). Mungkin juga kerana kami bersekolah agama, maka beliau selalu mengaitkan antara Sains dan Islam. Mengikuti kelas beliau merupakan sebab mengapa mataku sentiasa bersinar ketika beliau mengajar, dan antara sebab mengapa aku sanggup bertukar ke sekolah lain untuk mendalami ilmu sains tulen yang tidak ditawarkan di sekolah tersebut, walaupun begitu berat diriku ini meninggalkan sekolah tersebut, dek pelbagai kenangan manis dan pahit yang aku lalui di situ.

Atas sebab di atas, izinku menganugerahkan anugerah Best Teacher Award kepada beliau, dan kepada para pendidik yang lain sepanjang pembelajaranku.

“Duhai para pendidik, anak didikmu ini sekarang telah berjaya ke menara gading hasil didikan kalian. Terima kasih aku ucapkan atas segala ilmu yang dicurahkan. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan di dunia dan akhirat”

Ingin sangat aku menceritakan beberapa ilmu yang telah aku belajar melalui Cikgu Syeikh kepada korang. InsyaAllah, bolehlah korang ikuti entriku yang akan datang bertajuk Matahari berorbit?** dan Inovasi melalui pemerhatian organ manusia***.

Tidak kiralah siapa anda, walaupun sekadar seorang bapa/ibu kepada seorang anak, sama-samalah kita berusaha ke arah menjadi bukan sekadar cikgu/guru, tetapi sebagai pendidik/pengasuh kepada anak didik kita!


Perkongsian dari http://warungkampung.wordpress.com/2008/10/10/aku-tak-nak-jadi-cikgu-aku-nak-jadi-pendidik/


Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 7:28 PM 0 komen Geng Comel
Labels: inspirasi, kisah tauladan, ukhuwah

Tahsin Solat- pARt 2

hehe..akhirnya aku diber kekuatan untuk meneruskan kisah " Tahsin Solat" yg tergendala sedikit penceritaannya.. Sampai mana dah ari tu? Lupa dah.. Astaghfirullah..Al-maklum, manusia ini tak sempurna..

Hm, aku cerita jaklah apa yg terlintas dalam ingatan aku ni ya..
" Ceramah bersama ustaz Z"
Berkonsepkan : penyelesaian permasalahan..
Memang agak nervous juga, bab solat ni aku tak berapa sangat. Masih bnyk yg perlu dipelajari.. Punyalah keras aku time membentang tu.. Mana taknya, malu.. Suma orang tgk.. Berckp pasal malu ( maaf, lari dr topik) teringat pula kata2 seorg kakak di mana sewaktu ketika dulu belajar di matiks. Lokasi kejadian di Surau Al-Irfaan, masa kejadian selepas solat magrib secara berjemaah.. Akak ni memang selalu tegurlah junior2nya tp dgn alasan dan hujah yg mantap...
Akak tu cakap macam ni..

" akhuwat yg saya kasihi fillah...malu adalah salah satu cabang iman..tp, camana dgn malu yg tak bertempat??? Sebenarnya, dalam menuntut ilmu, menyebarkan dakwah tak perlu nak malu. Dalam majlis ilmu, untuk berkongsi pendapat kenapa perlu malu? Memang lumrah perempuan ni pemalu.. Kerna malu seorang wanitalah dirinya terpelihara. Namun, adik2 akak.. Jangan malu untuk berdakwah, jangan malu untuk menyuarakan idea2 bernas.."

Tapi..samapai sekrang aku malu..Hm, What can I do..Ok..STOP cerita pasal malu..Kembali kpd topik utama..

Macam2 pendapat dan idea2 bernas telah dilontarkan oleh para sahabat..
Kumpulan kami dapat solan yg berbunyi :
1. Anda sedng melaksanakn solat. Selesai solat anda mendapati adik anda di belakang telah menjadi makmum( berimamkan anda). Sahkah solat anda?

2. Anda telah melakukan solat Fardhu Isyak di rumah berseorangan. Tiba di masjid, anda dapati jemaah baru sahaja solat isyak.. Jadi, perlukah anda ikut serta solat jemaah itu?

Jawapannya..
Bismillahirrahmannirrahim..
Huh! Nervousnya menjawab ari tu..Muka rasanya dah merah menyala..

1. Solat sah sebb kita kan tak tahu ada yg jadi makmum. Kita boleh ambik contoh dr kisah nabi Muhammad S.A.W dengn Saidina Ali. Baginda senang menunaikan solat, Saidina Ali dtg jadi makmum tnpa memberi isyarat. Baginda tak tahu akan keberadaan Ali, maka Baginda meneruskan sahaja solat..

2. Soalan ni memng bnyk pendpat.. Agak mengelirukan..Kerna punya bnyk pendapat..Jawapan kumpulan kami, perlu ikut solat jemaah untuk mengelakkan fitnah, lagipun solat jemaah ni dituntut dan pahalanya besar iaitu 27kali ganda dr solat fardhu..Nak bnykkh nak sikit? Pilihan di tgn anda..^_^
Namun demikian, Ustaz Z tak setuju dgn jwpn kami. Dia kata just buat solat sunat.. Betapa hairannya kau ketika itu sebb blum pernah mendengar solat sunat berimamkn solat fardhu..
Ustaz itu cuba menerangkan kepadaku namun aku masih keliru.. Waduh..Gi mana ni..
At last, persoalan itu terus menjadi tanda tanya sehingga ke akhir program..

Keesokannya, ustaz Z tlh memberi jwpn yg memuaskan hatiku dan member2 lain.. " Boleh solat jemaah tp solat Fardhu yg dibuat kat rumah tu batal" Syukran ya uStaZ..
Perkongsian ilmu ni sgt2 berguna..^_^

Akhirnya tiba majlis penutupan.. Sebelum penutupan, kami ada buat sesuatu.. Kami diberi kertas A4. 1 kertas A4 dibahagi dua kpd 2 org. Dalam kertas tu tulis, SIKAP POSITIF DAN SIKAP NEGATIF.. Lepas tulis, lekat kat belankang. Then, round2lah cari kawan minta kwn isi ruangan kat kertas tu tnpa kita ketahui apa yg diltulis..(Lepas progrm br bc)

HASIL KEPUTUSAN :
Aku bgtaw yg negatif jaklah ya..Yg positif biarlah rahsia..takut menjadi riak..Nauzubillah..

SIKAP NEGATIF

1. kUat merajuk
2. Cepat menangis
3. Gemuruh
4. Kalut

itu jak yg aku dpt..
haha..kuat merajuk n cepat menangis? hm memang betul pun..
Semua memang betul...thanks pd kwn2 yg berlaku jujur.. tp rasanya masih bnyk sikap negatif aku.. Cuma mungkin masa tak mengizinkan untuk meminta pendapat kwn2 lain.
Bgs juga aktiviti macam ni, boleh muhasabah diri..

Penutupan, kami diminta memberi komen pasaal program ni.. 10 bintang..!!
Sekain, pasal tahsin solat.. aKU tgh berangan untuk berdiri bersama2 akak Kelab Rakan Islah untuk menyampaikan dakwah Islam..^_^"

P/S UMUM : Solat itu TIANG AGAMA..
Nak jadi daie kena berani!!





Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 6:40 PM 0 komen Geng Comel
Labels: cerita kami, inspirasi, ukhuwah

Friday, January 28, 2011

Aku, Lim dan Islam

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni marilah sama2 kita berkongsi sebuah coretan luahan pengalaman dari seorang saudara seagama yang saya terima melalui emel yang dikirim. Kisah ini akan membuka mata kita mengenai peranan kita sebagai umat islam, tidak hanya sekadar berpeluk tubuh dengan agama yang kita anuti, bahkan perlu diperkembangkan syiar islam itu kepada golongan yang masih belum mengenal apa itu islam. Semoga Bermanfaat.

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja di sana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang". Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada di perantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? . Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat seseorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Sumber :
http://elaksamana.blogspot.com/2011/01/aku-lim-islam.html



Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 4:38 PM 0 komen Geng Comel
Labels: info Islam, inspirasi, kisah tauladan, ukhuwah

Sunday, January 23, 2011

Bebas Palestin




ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﷲ
ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﷲ
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara

Hentikan penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya’
Berdoa kepada Ilahi agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara


Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 8:05 AM 0 komen Geng Comel
Labels: info Islam, inspirasi, lagu pilihan

Tahsin Solat- pARt 1

Selama 3 hari 2 malam " offline"
Kini aku kembali 0nline..^_^

Sebab??
Kami budak PPISMP Wajib menyertai PROGRAM TAHSIN SOLAT..
Memang bestlah program tu..(sejujurnya)
Nak share sikitlah cerita.. Kisah ini aku khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri aku sendiri untuk hari-hari kemudian..

Sebelum Program aku memang ada mengeluh jugalah sedikit pasal tmpt penginapan sepnjg program mulia ni kot..Aku tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada aku.. Tapi bila aku call mak tercinta aku, Alhamdulillah aku boleh terima seadanya program ni. Mak aku kata, majlis ilmu itu baik, jangan siakan peluang yg sdia ada selagi masih hidup ni.. Kalau mak dah tiada nanti, mak boleh pergi dengan tenang sebab anak mak dah ada ilmu.. Statement ni memang buat aku terharu..Buat aku tambah semangat..ya! Go aini! Sayang mak.. Dan start itu aku cuba perbetulkan niat aku..


" Setiap amalan itu dimulakan dengan niat"..Macam pernah dengar ayat ni, tapi di mana ya? Memang aku kerap mendengar ayat ni. Apa yang penting nawaitu individu itu..Lillahi Taala! Pengarah program Tahsin ni pun ada cakap macam tu.. Wah, awal2 lagi dah ada pengisian..Nice job..Credit to them! ( bro n sis Kelab Rakan Islah)

Hm.. penceramah pun tak kurang hebatnya..Masing-masing berkongsi ilmu ALLAH yang sedia ada..Alhamdulillah.. Antara topik yang dibincangkan:
* Hebatnya Solat vs Kelebihan solat
* Bacaan dan pergerakan solat
*Rukhsah Solat-Sakit-Jamak dan Qasar
* Kelebihan berjemaah, masbuk n muafiq
* n banyak lagilah!! Belum lagi masuk kuliah subuh n kuliah magrib.
Memang banyak ilmu yang aku perolehi..Alhamdulillah, aku terpilih mengikuti majlis ini..
Entah bagaimanalah aku sekarang kalau aku tak join program tu..
Tepuk dada tanya selera..Sempurnakah solat kita? Kita golongan yang macam mana tu?
Suka statement seorang ustaz ni " kalau nak pimpin orang lain kenalah pimpin diri sendiri dahulu".. Setuju tak?? Lagi satu " bacalah buku agama, mantapkanlah ilmu agama kita..sebagai bakal seorang pendidik kita kenalah melengkapkan diri kita dengan ilmu..barulah boleh pimpin anak murid!"


Ukhuwah pun semakin erat terutama dengan senior2.. Aku team number 3.. 1 group 5 orang. Akak Fasi, akak Ain Solehah Anas..(Ustazah Terengganu) Memang 1 Malaysialah.. Team aku :
:::: Nur syuhadah -Ustazah Kelantan::::
:::: Siti Aminah - Ustazah Kelantan::::
::::Noor Ashikin -Ustazah Sabah::::
::::Amiratuz-Ustazah Sarawak::::
Guess who be the leader? Hm, agak seganlah nak cakap.. hehe..(boleh agaklah kan)
Rasa tak layak ja pegang tanggungjawab tu.. Hm, apa org kata blum cuba belum tahu kan? Jadi aku pun cuba memikul tanggunjawab itu dengan sebaiknya, insyaALLAH dengan Petunjuk dari ALLAH S.W.T... Ukhuwah yang terbina atas dasar keikhlasan, cinta dan kasih InsyaALLAH akan diberkati oleh NYA.. Sayang sangat kat mereka. Sebelum ni kami tak rapat, kalau terserempak pun cuma tengok2, pandang2 ja..Bila dah ada program ni secara tidak langsung kami dapat bermesraan.. Walaupun 3 hari jak, aku dah sayang sangat kat mereka.. Kak Ain, terima kasih sebab banyak memberi tunjuk ajar..Sahabat2, peliharalah ukhuwah kita walau di amna jua kita berada.Pesanku buatmu sahabat..Jaga diri! Smoga berjaya dunia akhirat..Amin..

Aktiviti lain..
Aktiviti riadah..
Macam biasa, sangat seronok.. Pagi2 lagi dah makan buah oren. Memang sedaplah oren tu..( Freekan) hehe..
Tak yah nak pakai bedak, dah dapat bedak percuma jenama tepung gandum.. Main bukan sebarang main, ada juga manfaat yang diperolehi di sebalik aktiviti riadah ni.. Sekurang-kurangnya boleh menguji pemahaman kita pasal ISLAM..

Alamak, dah pukul 11.47pm lah.. Banyak lagi nak cerita ni..Tapi mata dah ngantuk.
Esok sambung lagi ya..InsyaALLAH..^_^







Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 6:53 AM 1 komen Geng Comel
Labels: cerita kami

Sunday, January 16, 2011

All about Netball




Assalamualaikum..
Baru jak siapkan tugasan GERKO ( At last I can relax )
Apa aku nak post kali ni..Kali ni ada kena mengena dengan GERKO
GERKO= Gerak Kerja Kokurikulum..

Last year permainan Hoki..Boleh tahanlah.. Seronok juga main hoki tapi tak berapa minat.
Tahun ni, permainan Bola Jaring..
Memang dah lama berangan nak masuk kelab Bola Jaring ni..
(padahal dari form 1 sampai form 5 hinggalah ke Matrik asyik netball je~)

Kenapa aku minat bola Jaring ya? Entahlah.. Sebab permainan perempuan kot.
Tapi permainan itu mula dah dimainkan oleh golongan lelaki..
Tengok, lelaki pun boleh minat main bola Jaring..kan Ben..hehe

Actually banyak pengajaran n pengalaman yg aku perolehi sepanjang menjadi
pemain bola jaring..Pahit, manis dan macam2 lagilah..

Bermula 2003
Menyertai kelab Bola Jaring SK.KG Jawa
Mewakili sekolah posisi GD
~guna baju putih hijau
~ tuan rumah SK Batu 4
~ awal2 sudah kalah
~at last kami tak main permainan akhir sebb ckgu tahu kami tak bole menang..
~kesian kan

2004
Menyertai kelab Bola Jaring SMK Kabota
Menyertai latihan intensif Bola Jaring

2005
Masih ahli rasmi kelab Bola Jaring
Kali ni terpilih mewakili sekolah
~posisi WA(simpanan jak..hehe, maklum bnyk senior)
~antara 4 org junior yg terpilih
~kali ni menang, dapat no.1 trus wakil daerah

2006
Masih ahli rasmi kelab Bola Jaring
~Menjadi Setiausaha Kelab
Mewakili Sekolah sekali lagi
~kali ni bukan simpanan
~posisi WA n WD
~mENang lagi, dapat num 3
~pengalaman pahit time ni : terpaksa memakai skirt pendek =(
(kisah lama..huh..)

2007-2008
Menjadi ahli rasmi Kelab Bola Jaring SMK JAMBATAN Putih
~Setiausaha Kelab Bola Jaring lagi!
Mewakili kelas
~posisi GA
~dapat num 2..kalah dgn senior
Mewakili Sekolah
~posisi WA n WD
~sampai peringkat separuh akhir jak..(sygnya,awal2 jumpa team kuat)
~member lain x main sgt sebb pkirkan akademik..

2009/2010
Menyertai Festival Sukan dlm acara Bola Jaring anjuran Unit Koko Matrikulasi Labuan
~Dapat Num 3
~Posisi GD, WD, GK
~Nama team " Laskar Pelangi"
Menyertai Festival Gila Bola anjuran JPP, Surau, PRD Matrik
~Dapat num 3 lagi ( kalah dgn team KakOM)
~time ni seronok sangat sebab ukhuwah yg terbina memng kuat..
~love LASKAR PELANGI( pijut, meah, tura, mecek, zulfa, ika,dll)

2011
Menjadi ahli Kelab rasmi Bola Jaring PPISMP SEM 2
~Hampir dicalonkan menjadi Pengerusi
~aT last jadi Setiausaha lagi!! ( ingatkan nak rest sem ni dari jadi S/U kelas, tgk2 netball lah pulak)
~yg lain in the future..hehe






Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 4:34 AM 0 komen Geng Comel
Labels: cerita kami

Wednesday, January 12, 2011

Happy Birthday ALONG!! ^_^

1, 2, 3..potong..nyummmy~
sayang semua...^_^
birthday girl..Nur Siti Zahara..^_^
~Happy Birthday Zara!~


Tarikh : 13.01.2011
Masa : 12.01 pagi

Hari ni birthday roomate aku..Khas untuk Nur Siti Zahara Happy Birthday..Semoga berjaya Dunia Akhirat, dimakbulkan segala impian, maintain cute, sihat selalu,bertambah keerkatan umur..hehe..amin..

Semoga persahabatn yang kita jalinkan selama ni terus berkekalan dan semakin mekar mewangi..Sayang Zara.. Sayang semua roomate2 aku..






Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 4:58 PM 0 komen Geng Comel
Labels: cerita kami
Subscribe to: Posts (Atom)
shoutbox icon
BIODATA SAYA
Qurratu `Aini binti Jumaan
Tawau, Sabah
Sweet 23
Bakal Cikgu 2016
Memantapkan team Netball IB 2014..
99 KEKASIHKU
Image Hover Effects @ JellyMuffin.comJellyMuffin.com Glitter graphics and flash generators
TERKINI DARI GAZA

Geng Comel

Photobucket
 
SECEBIS INGATAN

Mengadulah kepada ALLAH.. Ambillah wudhu kemudian mengaji.. Sesungguhnya Al-Quran adalah penawar bg orang yang beriman. Tiada gunanya kita mengadu sesama makhluk. Minta doa kepada ALLAH agar tabah menghadapi semua masalah..InsyaALLAH ~Cikgu Qurratu~





TINTA-TINTA ILMU
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  February (7)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (18)
    • ►  December (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  January (6)
  • ▼  2011 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (7)
    • ▼  January (8)
      • REDHALAH Wahai Cikgu!! -Part 1
      • Aku tak nak jadi Cikgu, aku nak jadi pendidik!
      • Tahsin Solat- pARt 2
      • Aku, Lim dan Islam
      • Bebas Palestin
      • Tahsin Solat- pARt 1
      • All about Netball
      • Happy Birthday ALONG!! ^_^
  • ►  2010 (33)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  August (13)
    • ►  July (3)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (45)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (15)
    • ►  March (12)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
CERITA TERBAHARU
get this widget here
MY BLOG LIST
  • Tinta Islami
    Swagbucks: (GPT)
    8 years ago
  • سماي كباءيقن تواي كريضاءن
    Amal yang Hilang
    9 years ago
  • Unit Kokurikulum IPG KBM
    Perhimpunan Unit Beruniform Bil 2/2016
    9 years ago
  • "Art Is Pleasant... "
    SOFTWARE FOR YOU from someone blog, credit to him, (BUT THIS IS ALL PIRATE, SO GLUCK)
    11 years ago
  • ~:\ NuKiLaN KeHiDuPaN /:~
    TeRoMPeT IsRaFiL DiTeMui NASA (hanya teori)
    11 years ago
  • KERANAMU BEGITU BERHARGA
    JANGAN SELALU TIDO LEWAT
    13 years ago
  • Nisa' Kawasan Tawau
    Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video
    13 years ago
  • ...RaKaN SuRau aR-RaSHiDiN...
    Pertandingan MuslimSmart Production
    13 years ago
  • Sahabat Al-'Irfaan
    adab menguap~~
    13 years ago
  • Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
    Data penipuan dalam otak manusia
    14 years ago
  • Alumni Irfaan
    Sejarah Tercipta
    14 years ago
  • Laman Rasmi JPP IPG Kampus Bahasa Melayu
  • ♥World Of FRENZZ♥
BLOG SAHABAT
  • LUKISANHATIE NAIEN
    :: Terakhir ::
    7 years ago
  • apabila paan menulis
    Home Tuition Tanjung Malim
    9 years ago
  • ~assyifaa'~(^^)~
    Cerita cinta sikit..eh.
    11 years ago
  • MisEyz BLurz
    Senangnya kalau jadi seorang guru
    11 years ago
  • Taste Of Life
    Because He Is A Muslim
    12 years ago
  • :: CIK DOI PUNYA CERITA ::
    Kalau tiap hari nak seronok, bila masanya kita nak rasa susah?
    12 years ago
  • Indahnya Islam...adakah aku mensyukuri nikmatNYA?
    Mari Belajar Al-Quran
    12 years ago
  • farisukimi =)
    Pakej Fotografi Perkahwinan FP
    12 years ago
  • Khalila Is Khalila
    Haram Ke Tak Haram Ni?
    12 years ago
  • Aku Seorang Cikgu
    Bahan Mengajar 4 : Panduan Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR
    12 years ago
  • BicaraKu,Dari Hati
    #Cuti=KehidupanSebagaiStudent
    12 years ago
  • KASIH PENAWAR
    12 years ago
  • SentapHatiMakNak [dot] com
    SentapHatiMakNak : Kek Buat Kawan
    13 years ago
  • ❀ nzee_zara ❀
    J.A.D.U.A.L E.X.A.M :)
    13 years ago
  • "KAMI DELEGASI PENCETUS REVOLUSI, MEDIUM KEINTELEKTUALAN TERCIPTA"
    13 years ago
  • Selembut Kasih Hawa
    14 years ago
  • Konotasi Si Pencinta
  • Hijazie Zikrullah
  • iedaya's life
  • SuKa - SuKi
  • ♥
  • PPISMP 3E - kita berjalan bersama-sama, menuju yang Satu
  • Kerana namaku SHARIFAH .....
  • Dewi_Syifa
  • c!k EmMa OraNg UtaRa nak habaq Ma!
  • AkHbAr
  • nukhilan anak mama
  • nadia nabilah

Umur Blog

Daisypath Friendship tickers

Apa kata Hati?

Apa kata Hati?

Mereka..^^

Cikgu Q-ratuaini~. Powered by Blogger.
Semua yang tertulis dalam blog ini hak ALLAH..kLu nak copy, silakan^_^