-->
Q-Aini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 29, 2011

Aku tak nak jadi Cikgu, aku nak jadi pendidik!

Aku tak nak jadi cikgu..Aku nak jadi pendidik!
Hm, aku tertarik dengan entri seorang hamba ALLAH NI..

Korang pernah tak dulu belajar dengan seorang cikgu, yang mana cara dia mengajar menyebabkan korang berfikir,

“Oh indahnya dunia ini sekiranya semua cikgu aku begini!” ?

Jikalau pernah, entri kali ini aku ingin menyentuh berkenaan cikguku yang sebegitu!(Jika tidak pernah, malang sungguh nasib anda)

Tetapi, sebelum itu, ingin aku mengambil contoh cikgu yang lain. Aku di bangku sekolah menengah dulu pernah belajar dengan seorang cikgu tegas. Awal-awal lagi dia menyebut, “Hobi saya suka main dart. Jadi sekiranya saya nampak ada yang tidur, whiteboard marker ini akan terbang ke arah anda!”

Memang beliau tidak memungkiri janji! Malah, bukan saja whiteboard marker, pernah sekali pasu bunga plastik (yang kami susah-susah kumpul duit untuk beli dan jadikan hiasan meja cikgu di hadapan) dijadikan dart juga! Sudah kehabisan marker agaknya. Selalunya yang lelakilah yang kena. Aku tak pernah kena. (Dah professional sleeperkatakan, cikgu susah nak kantoi.)

Jadi, setiap kali tiba masa kelas beliau, semua lelaki bersengkang mata untuk tidak dikejutkan dengan marker di muka, dengan kelajuan 50km/j. Tapi fenomena ‘markerterbang’ ini menyebabkan aku terfikir. Akhirnya, kami bersengkang mata bukan kerana ingin menuntut ilmu, tetapi kerana takut cikgu baling marker! Jadi, persoalan besar sekarang ialah, salah kamikah apabila kami tidur, atau salah cikgu yang kurang upaya untuk membuatkan matapelajaran itu menarik?(Ye la, dah ramai yang (nak) tidur, bukannya kami sepakat pun untuk tidur sekali!)

Aku tak salahkan dia 100%. Pertamanya, matapelajaran beliau ialah ‘Pendidikan Islam’. Aku rasa cabaran besar bagi dia (dan juga cikgu-cikgu seperti beliau) untuk bawa subject tersebut tanpa ada stereotype (anggapan biasa) bahawa matapelajaran itu bosan. Tetapi kerana aku tidak nampak usaha dari beliau sendiri untuk menghidupkan kelas tersebut (selain daripada dart-dart beliau), maka aku rasa sekiranya murid tidur, kami tidak boleh dipersalahkan juga.

Ada saja beberapa cikgu yang mengajar matapelajaran dalam kategori boring (bagi pendapat aku la) seperti Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam yang nampak berusaha untuk menghidupkan kelas, dengan membuat forum, debat, perbincangan dan lain-lain. Aku begitu menghargai usaha-usaha sebegitu. Aku yang mungkin akan tergolong dalam golongan pendidik pada masa akan datang juga sering memikirkan cara untuk tidak membosankan bakal pelajar aku nanti, insyaAllah.

Oh ya, kenapa aku sebut golongan pendidik, bukan golongan guru-guru? Kerana aku ingin mengikut jejak langkah seorang pendidik yang selayaknya aku memberi Best Teacher Awardku ini.

“Saya ini bukan cikgu, saya ini pendidik”

ujar beliau satu ketika dahulu.

Nama beliau ialah Syeikh Abu Bakar. Kami memanggilnya dengan gelaran macho, Cikgu Syeikh. Aku pula menggelarnya “Einstein” sekolahku. (Tapi tak panggil la gelaran tu depan dia!)

Dia mengajar kami matapelajaran Sains tingkatan 1,2 dan 3. Bukan kerana aku meminati sains yang aku memilih beliau sebagai cikgu pilihan (ada je cikgu sains yang aku suka praktikkan kepakaran tidurku di dalam kelas mereka), tetapi atas dasar apa yang beliau sendiri sebut, iaitu beliau bukan cikgu, tetapi pendidik!

Apa perbezaan yang ingin diketengahkan oleh Cikgu Syeikh?

Begini. Seorang cikgu akan mengajar mengikut silibus buku, dan memahamkan murid sekadar ilmu yang terdapat di dalam silibus buku sahaja. Manakala seorang pendidik/pengasuh* pula mengajar murid-murid untuk belajar di dalam suasana asuhan/couching, di mana akhirnya para murid akan mengembangkan pemahaman mereka bukan sekadar di dalam buku teks sahaja, tetapi mengaplikasikannya terhadap persekitaran dan kehidupan seharian. Beliau menjadikan pelajar semua berminat kepada matapelajaran itu. Keinginan untuk mendalami itu timbul secara semula jadi dari pelajar. Malah beliau juga berperanan sebagai batu loncatan untuk para pelajar lebih mendalami mata pelajaran tersebut, bukannya matapelajaran tersebut berhenti setakat apa yang di ajar sahaja. Ini yang diistilahkan di dalam Bahasa Arab sebagai ‘Tarbiyyah’.

Itu kelebihan yang dipunyai oleh Cikgu Syeikh. Sifat seorang pendidik. Malangnya, tidak semua yang menyukai metod beliau. Sesetengah mereka merasakan apa yang dibincangkan, yang mana kadang-kadang di luar topik silibus, adalah membazir masa. Bagi mereka, cukuplah sekadar mengajar di dalam buku. Sayang sekali bagi mereka yang berfikiran begini, kerana mereka sendiri punca utama tidak berkembangnya kefahaman sendiri.

Senang cerita, pendidik ini bertanggungjawab terhadap keseronokan aku belajar sains! Keseronokan menjumpai ilmu-ilmu baru (The pleasures of finding things out**). Mungkin juga kerana kami bersekolah agama, maka beliau selalu mengaitkan antara Sains dan Islam. Mengikuti kelas beliau merupakan sebab mengapa mataku sentiasa bersinar ketika beliau mengajar, dan antara sebab mengapa aku sanggup bertukar ke sekolah lain untuk mendalami ilmu sains tulen yang tidak ditawarkan di sekolah tersebut, walaupun begitu berat diriku ini meninggalkan sekolah tersebut, dek pelbagai kenangan manis dan pahit yang aku lalui di situ.

Atas sebab di atas, izinku menganugerahkan anugerah Best Teacher Award kepada beliau, dan kepada para pendidik yang lain sepanjang pembelajaranku.

“Duhai para pendidik, anak didikmu ini sekarang telah berjaya ke menara gading hasil didikan kalian. Terima kasih aku ucapkan atas segala ilmu yang dicurahkan. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan di dunia dan akhirat”

Ingin sangat aku menceritakan beberapa ilmu yang telah aku belajar melalui Cikgu Syeikh kepada korang. InsyaAllah, bolehlah korang ikuti entriku yang akan datang bertajuk Matahari berorbit?** dan Inovasi melalui pemerhatian organ manusia***.

Tidak kiralah siapa anda, walaupun sekadar seorang bapa/ibu kepada seorang anak, sama-samalah kita berusaha ke arah menjadi bukan sekadar cikgu/guru, tetapi sebagai pendidik/pengasuh kepada anak didik kita!


Perkongsian dari http://warungkampung.wordpress.com/2008/10/10/aku-tak-nak-jadi-cikgu-aku-nak-jadi-pendidik/


Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 7:28 PM
Labels: inspirasi, kisah tauladan, ukhuwah

0 komen Geng Comel:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
shoutbox icon
BIODATA SAYA
Qurratu `Aini binti Jumaan
Tawau, Sabah
Sweet 23
Bakal Cikgu 2016
Memantapkan team Netball IB 2014..
99 KEKASIHKU
Image Hover Effects @ JellyMuffin.comJellyMuffin.com Glitter graphics and flash generators
TERKINI DARI GAZA

Geng Comel

Photobucket
 
SECEBIS INGATAN

Mengadulah kepada ALLAH.. Ambillah wudhu kemudian mengaji.. Sesungguhnya Al-Quran adalah penawar bg orang yang beriman. Tiada gunanya kita mengadu sesama makhluk. Minta doa kepada ALLAH agar tabah menghadapi semua masalah..InsyaALLAH ~Cikgu Qurratu~





TINTA-TINTA ILMU
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  February (7)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (18)
    • ►  December (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  January (6)
  • ▼  2011 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (7)
    • ▼  January (8)
      • REDHALAH Wahai Cikgu!! -Part 1
      • Aku tak nak jadi Cikgu, aku nak jadi pendidik!
      • Tahsin Solat- pARt 2
      • Aku, Lim dan Islam
      • Bebas Palestin
      • Tahsin Solat- pARt 1
      • All about Netball
      • Happy Birthday ALONG!! ^_^
  • ►  2010 (33)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  August (13)
    • ►  July (3)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (45)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (15)
    • ►  March (12)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
CERITA TERBAHARU
get this widget here
MY BLOG LIST
  • Tinta Islami
    Swagbucks: (GPT)
    8 years ago
  • سماي كباءيقن تواي كريضاءن
    Amal yang Hilang
    9 years ago
  • Unit Kokurikulum IPG KBM
    Perhimpunan Unit Beruniform Bil 2/2016
    9 years ago
  • "Art Is Pleasant... "
    SOFTWARE FOR YOU from someone blog, credit to him, (BUT THIS IS ALL PIRATE, SO GLUCK)
    11 years ago
  • ~:\ NuKiLaN KeHiDuPaN /:~
    TeRoMPeT IsRaFiL DiTeMui NASA (hanya teori)
    11 years ago
  • KERANAMU BEGITU BERHARGA
    JANGAN SELALU TIDO LEWAT
    13 years ago
  • Nisa' Kawasan Tawau
    Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video
    13 years ago
  • ...RaKaN SuRau aR-RaSHiDiN...
    Pertandingan MuslimSmart Production
    13 years ago
  • Sahabat Al-'Irfaan
    adab menguap~~
    13 years ago
  • Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
    Data penipuan dalam otak manusia
    14 years ago
  • Alumni Irfaan
    Sejarah Tercipta
    14 years ago
  • Laman Rasmi JPP IPG Kampus Bahasa Melayu
  • ♥World Of FRENZZ♥
BLOG SAHABAT
  • LUKISANHATIE NAIEN
    :: Terakhir ::
    7 years ago
  • apabila paan menulis
    Home Tuition Tanjung Malim
    9 years ago
  • ~assyifaa'~(^^)~
    Cerita cinta sikit..eh.
    11 years ago
  • MisEyz BLurz
    Senangnya kalau jadi seorang guru
    11 years ago
  • Taste Of Life
    Because He Is A Muslim
    12 years ago
  • :: CIK DOI PUNYA CERITA ::
    Kalau tiap hari nak seronok, bila masanya kita nak rasa susah?
    12 years ago
  • Indahnya Islam...adakah aku mensyukuri nikmatNYA?
    Mari Belajar Al-Quran
    12 years ago
  • farisukimi =)
    Pakej Fotografi Perkahwinan FP
    12 years ago
  • Khalila Is Khalila
    Haram Ke Tak Haram Ni?
    12 years ago
  • Aku Seorang Cikgu
    Bahan Mengajar 4 : Panduan Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR
    12 years ago
  • BicaraKu,Dari Hati
    #Cuti=KehidupanSebagaiStudent
    12 years ago
  • KASIH PENAWAR
    12 years ago
  • SentapHatiMakNak [dot] com
    SentapHatiMakNak : Kek Buat Kawan
    13 years ago
  • ❀ nzee_zara ❀
    J.A.D.U.A.L E.X.A.M :)
    13 years ago
  • "KAMI DELEGASI PENCETUS REVOLUSI, MEDIUM KEINTELEKTUALAN TERCIPTA"
    13 years ago
  • Selembut Kasih Hawa
    14 years ago
  • Konotasi Si Pencinta
  • Hijazie Zikrullah
  • iedaya's life
  • SuKa - SuKi
  • ♥
  • PPISMP 3E - kita berjalan bersama-sama, menuju yang Satu
  • Kerana namaku SHARIFAH .....
  • Dewi_Syifa
  • c!k EmMa OraNg UtaRa nak habaq Ma!
  • AkHbAr
  • nukhilan anak mama
  • nadia nabilah

Umur Blog

Daisypath Friendship tickers

Apa kata Hati?

Apa kata Hati?

Mereka..^^

Cikgu Q-ratuaini~. Powered by Blogger.
Semua yang tertulis dalam blog ini hak ALLAH..kLu nak copy, silakan^_^