-->
Q-Aini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 4, 2011

Say no to Astaga!!

Assalamualaikum..Kali nak share pasal penggunaan perkataan Astaga.. Sebelum tu aku minta maaf if ada salah silap.. Aku hanya ingiN berkongsi ilmu dengan semua dgn niat mo bg teguran jgklah..Moga yg tak tahu dah tahu dan yg dah tahu bertambah tahu..InsyaALLAH..Jom baca, jgn lupa Bismillah..Biar ilmu tu lekat..InsyaALLAH..^^

Situasi 1 : “Astaga !! Hujan plak petang ne.. Adui..Ndak dapat kita main bola sepak neh …”

Situasi 2: A: “Ko sdah buat assignment yang pensyarah kita bagi ka?”
B: “Astagaaaaaaaa… Aku terlupa buat bah..”

Situasi 3: A: yah!! (mengejutkan kawannya)
B : Astaga!! Ko ni kan bt aku terkejut jak..

Seringkali andai kita terlupa sesuatu, menerima khabaran buruk atau melakukan kesalahan, kita akan terus mengucapkan ‘Astaghfirullahalazim’.Namun, apa yang menyedihkan, zikir ini sentiasa disalah sebut atau diubah hingga menjadi sebutan yang berlainan seperti‘astaga’, ‘’astagaaaaa’, ‘astaganaga’ dan yang paling pendek istighfar yang diucapkan ialah‘astag..’. Dan ada juga yang melafazkan dengan sebutan yang salah iaituastaufirullahalhazim. Sebutan yang sebenar ialah"astaghfirullahal'aziim", iaitu huruf"ghain" bukan huruf "wau"

Yang mengecewakan, umat Islam sendiri yang menyebutnya seperti itu. Tidakkah anda terfikir apakah maksud yang anda ucapkan sedemikian rupa? Sejujurnya, saya sendiri tidak mengetahui maksud zikir yang telah diubah sebutannya melainkan yang telah diajar oleh Nabi junjungan kita. Ucapan—ucapan ini telah menjadi tabiat atau kebiasaan oleh orang sekeliling. Oleh itu, melalui risalah ini saya akan membetulkan apa yang telah menjadi tabiat atau kebiasaan yang tidak boleh diteruskan.

Melalui buku Indahnya Hidup Bersyarat karangan Dato’ Ismail Kamus, istighfar bermaksudmenundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan. Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana saja mereka berada. Firman Allah:

Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha pengampun lagi Maha mengasihani’.
(Surah al-Muzammil:Ayat 20)

'Selain memohon keampunan daripada Allah S.W.T, beristighfar juga adalah pembuka pintu rezeki seperti hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'anhuma ia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka."


Beristighfar adalah amalan yang dtuntut dalam agama Islam. Pelbagai hikmah yang diperolehi hasil daripada beristighfar iaitu dapat membanteras tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa, meningkatkan ketaqwaan diri, mendekatkan diri dengan Allah dan menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.

Photobucket


Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbetulkan ucapan lafaz istighfar kita mulai saat ini. Lafazkan istighfar yang bermakna. Usahlah dipermain-mainkan dengan sengaja. Dosa akan mengiringi kita jika kita sengaja menyebutnya dengan salah. Jadilah hamba Allah yang lidahnya sentiasa basah dengn berzikir kepada Allah. Semoga kita mendapat keampunan dan rahmat daripada Nya. Wallahualam.

Sumber : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat, (2009).klik sini.

Photobucket
______________________________________________________________
Amar Ma`ruf Nahi Munkar
______________________________________________________________
Celoteh Cikgu Q-RatU aiNi pada 5:43 AM
Labels: himpunan doa n zikir, Ilmu Pengetahuan, info Islam, inspirasi, muslimah, Muslimin, ucapan

11 comments:

  1. AnonymousJune 4, 2011 at 7:40 AM

    perkongsian yang baik...keep it up dear :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Cikgu Q-RatU aiNiJune 5, 2011 at 4:00 AM

    @Aishiteru_nzee :)

    ok..InsyaALLAH..tERima kasih ya..;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Bunga HijauJune 7, 2011 at 9:47 AM

    satu pengisian yg selama ni kita bt xtw je kn...bgus2.k.aini..:)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. syamilsynzJanuary 29, 2012 at 1:11 AM

    perkongsian yg baik, teruskan menulis utk Islam..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. UnknownMarch 28, 2012 at 12:04 AM

    just tertanya, kalau dalam penulisan bagaimana?
    sbb y saya penah dgr/ baca (xingt ) ia adalah sebagai shortform. contoh

    basmalah = bismillahirrohmanirrohim
    salam = assalamualaikum
    astaga = astaghfirullahalazim

    sume ini adelah shortform dalam bentuk penulisan sahaja.please correct me if i am wrong..tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AnonymousJanuary 20, 2025 at 4:18 PM

      Ianya bukan shotform. Is adalah nama bagi zikir atau ucapan tersebut. Bagi zikir astaghfirullah namanya adalah istighfar seperti yg kita tahu selama ini. Kata astaga harus kita elakkan utk diamalkan. Wallahu'alam

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  6. AnonymousMay 30, 2012 at 11:15 AM

    ssstengah pndapat kata astaga tu jd mcm sbutan biasa mcm alahai, hish. uhh.. mcm mane plak tu?? sbb mmg xde niat nk guna astaga tu untuk shortform astaghfirulllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Q-RatU aiNiSeptember 9, 2012 at 4:36 AM

      Salam.. memang ada yang bepndpt astaga tu sebutan biasa sahaja.. saya faham niat saudara/saudari bukanlah hendak meng"shortformkan" astaghfirullahalazim tu.. Tapi mengapa tidak gunakan sahaja perkataan yang membawa manfaat pada diri kita? Bukankah lebih berpahala? Entri ini cuma inginkan menyampaikan mesej "sentiasa mengingati ALLAH.." Sesuai dengan maksudnya, memohon ampun pada ALLAH..Lazimkan menyebut zikir2 dan nama2 ALLAH.. Tak susah bukan.. :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. AnonymousApril 6, 2022 at 11:53 PM

      Sebut je la alahai...tak pun yak yak yey..

      Delete
      Replies
        Reply
    3. Reply
  7. Cikgu Q-RatU aiNiDecember 5, 2012 at 1:06 AM

    InsyaALLAH..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. Tak RileksJuly 8, 2021 at 10:13 PM

    Mantap admin. Keep it up

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Subscribe to: Post Comments (Atom)
shoutbox icon
BIODATA SAYA
Qurratu `Aini binti Jumaan
Tawau, Sabah
Sweet 23
Bakal Cikgu 2016
Memantapkan team Netball IB 2014..
99 KEKASIHKU
Image Hover Effects @ JellyMuffin.comJellyMuffin.com Glitter graphics and flash generators
TERKINI DARI GAZA

Geng Comel

Photobucket
 
SECEBIS INGATAN

Mengadulah kepada ALLAH.. Ambillah wudhu kemudian mengaji.. Sesungguhnya Al-Quran adalah penawar bg orang yang beriman. Tiada gunanya kita mengadu sesama makhluk. Minta doa kepada ALLAH agar tabah menghadapi semua masalah..InsyaALLAH ~Cikgu Qurratu~





TINTA-TINTA ILMU
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  February (7)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (18)
    • ►  December (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  January (6)
  • ▼  2011 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ▼  June (8)
      • Goodbye My FB
      • Malang Tidak Berbau
      • Demam selsema
      • Waalaikumussalam w.b.t. untuk salam-salam awak sel...
      • Ada Apa di Tamparuli?
      • Say no to Astaga!!
      • 5 reason why ALLAH use problem
      • Wajah Baharu Cik Blog
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (7)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (33)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  August (13)
    • ►  July (3)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (45)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (15)
    • ►  March (12)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
CERITA TERBAHARU
get this widget here
MY BLOG LIST
  • Tinta Islami
    Swagbucks: (GPT)
    8 years ago
  • سماي كباءيقن تواي كريضاءن
    Amal yang Hilang
    9 years ago
  • Unit Kokurikulum IPG KBM
    Perhimpunan Unit Beruniform Bil 2/2016
    9 years ago
  • "Art Is Pleasant... "
    SOFTWARE FOR YOU from someone blog, credit to him, (BUT THIS IS ALL PIRATE, SO GLUCK)
    11 years ago
  • ~:\ NuKiLaN KeHiDuPaN /:~
    TeRoMPeT IsRaFiL DiTeMui NASA (hanya teori)
    11 years ago
  • KERANAMU BEGITU BERHARGA
    JANGAN SELALU TIDO LEWAT
    13 years ago
  • Nisa' Kawasan Tawau
    Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video
    13 years ago
  • ...RaKaN SuRau aR-RaSHiDiN...
    Pertandingan MuslimSmart Production
    13 years ago
  • Sahabat Al-'Irfaan
    adab menguap~~
    13 years ago
  • Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
    Data penipuan dalam otak manusia
    14 years ago
  • Alumni Irfaan
    Sejarah Tercipta
    14 years ago
  • Laman Rasmi JPP IPG Kampus Bahasa Melayu
  • ♥World Of FRENZZ♥
BLOG SAHABAT
  • LUKISANHATIE NAIEN
    :: Terakhir ::
    7 years ago
  • apabila paan menulis
    Home Tuition Tanjung Malim
    9 years ago
  • ~assyifaa'~(^^)~
    Cerita cinta sikit..eh.
    11 years ago
  • MisEyz BLurz
    Senangnya kalau jadi seorang guru
    11 years ago
  • Taste Of Life
    Because He Is A Muslim
    12 years ago
  • :: CIK DOI PUNYA CERITA ::
    Kalau tiap hari nak seronok, bila masanya kita nak rasa susah?
    12 years ago
  • Indahnya Islam...adakah aku mensyukuri nikmatNYA?
    Mari Belajar Al-Quran
    12 years ago
  • farisukimi =)
    Pakej Fotografi Perkahwinan FP
    12 years ago
  • Khalila Is Khalila
    Haram Ke Tak Haram Ni?
    12 years ago
  • Aku Seorang Cikgu
    Bahan Mengajar 4 : Panduan Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR
    12 years ago
  • BicaraKu,Dari Hati
    #Cuti=KehidupanSebagaiStudent
    12 years ago
  • KASIH PENAWAR
    12 years ago
  • SentapHatiMakNak [dot] com
    SentapHatiMakNak : Kek Buat Kawan
    13 years ago
  • ❀ nzee_zara ❀
    J.A.D.U.A.L E.X.A.M :)
    13 years ago
  • "KAMI DELEGASI PENCETUS REVOLUSI, MEDIUM KEINTELEKTUALAN TERCIPTA"
    13 years ago
  • Selembut Kasih Hawa
    14 years ago
  • Konotasi Si Pencinta
  • Hijazie Zikrullah
  • iedaya's life
  • SuKa - SuKi
  • ♥
  • PPISMP 3E - kita berjalan bersama-sama, menuju yang Satu
  • Kerana namaku SHARIFAH .....
  • Dewi_Syifa
  • c!k EmMa OraNg UtaRa nak habaq Ma!
  • AkHbAr
  • nukhilan anak mama
  • nadia nabilah

Umur Blog

Daisypath Friendship tickers

Apa kata Hati?

Apa kata Hati?

Mereka..^^

Cikgu Q-ratuaini~. Powered by Blogger.
Semua yang tertulis dalam blog ini hak ALLAH..kLu nak copy, silakan^_^